BCR BAB 9 : BALQIS HILANG!

Romance Series 14436

HARIS IZZUDDIN mengelap peluh di dahinya, dadanya turun naik akibat kepenatan. Sudah hampir sejam dia meronda seluruh kawasan kampung, namun masih tiada jejak Balqis. Hati semakin berdebar, rasa tidak enak terus menghimpit dadanya.

Langkahnya tiba-tiba terhenti apabila matanya tertancap pada sebuah skuter yang terperosok di tepi sawah. Skuter itu bukan sebarang skuter. Haris masih ingat nombor plat itu! Itu skuter Balqis!

“Balqis!” suara Haris lantang menerpa dalam kegelapan malam. Dia berlari ke arah sawah yang dipenuhi rumpunan padi yang agak meninggi. Kegelapan menyukarkan penglihatannya, tapi dia tidak peduli.

Dari jauh, Firdaus yang berada di laluan bertentangan turut mendengar suara Haris.

“Adan! Kau jumpa Balqis?!”

“Tak lagi! Tapi aku jumpa skuter dia!” Haris terus menyelusup masuk ke dalam sawah, matanya liar mencari kelibat Balqis.

“Balqis! Kalau kau ada, tolong jawab! Aku sumpah, kalau kau cuba nak buat prank, aku angkat kau balik dengan skuter kau sekali!” Haris cuba mengendurkan ketegangan dengan jenaka, namun dalam hati, dia sudah cemas separuh mati.

Tiba-tiba, kakinya tersadung sesuatu. Haris hampir tersungkur, namun sempat menyeimbangkan tubuh. Saat dia menunduk untuk melihat, jantungnya seperti mahu melompat keluar.

“Balqis!”

Balqis terbaring di situ, tidak sedarkan diri. Tubuhnya separuh tenggelam dalam lumpur sawah, wajahnya pucat di bawah sinaran samar lampu telefon Haris.

“Ya Allah… Firdaus! Aku dah jumpa Balqis!” Haris berteriak.

Firdaus berlari mendapatkan mereka. Sebaik sahaja dia melihat keadaan Balqis, wajahnya turut berubah cemas.

“Hoi! Kau jangan cuba nak pengsan jugak, Firdaus! Cepat, kita kena angkat Qis, keluarkan dia dari sini!” Haris bersuara, cuba mengalihkan sedikit tubuh Balqis.

“Macam manalah adik aku ni boleh terjatuh sampai ke sini?” Firdaus bertanya sambil turut membantu.

“Entah! Kau tanya dia sendiri bila dia sedar nanti,” balas Haris, berusaha mengangkat Balqis ke dalam dakapannya.

Firdaus menahan tawa kecil walaupun situasi genting.

“Haris, kalau kau nak angkat dia macam tu, baik kau kahwin terus. Romantik sangat aku tengok.”

“Diamlah, Firdaus! Kau nak tolong ke nak buat skrip drama?” Haris menjeling geram, namun telinganya terasa panas.

Firdaus ketawa kecil sambil membantu menstabilkan Balqis di dalam cempungan Haris.
“Dah, cepat! Kita balik sebelum umi dan abah aku buat operasi menyelamat besar-besaran pula.”

Dalam hati Haris, kegelisahan masih menebal. Kenapa Balqis boleh terjatuh di sini? Apa yang sebenarnya telah berlaku?
Satu perkara yang dia pasti, dia tidak akan membiarkan Balqis terlepas pandang lagi selepas ini.

Haris menggigit bibir, hatinya semakin resah melihat Balqis masih tidak sedarkan diri. Walaupun degupan jantungnya stabil dan nafasnya masih teratur, dia tidak mahu mengambil risiko.

“Kita bawa Qis ke hospital.” Keputusan Haris muktamad.

Firdaus yang berdiri di sisi, mengerut dahi.

“Kau pasti? Mungkin dia cuma penat atau dehidrasi.”

Haris menjeling tajam.

“Kau ingat aku nak tunggu Qis bangun sendiri macam puteri dalam cerita dongeng
'Sleeping Beauty' tu? Tak, Firdaus. Aku tak sanggup ambil risiko. Kalau apa-apa jadi kat Qis, aku tak sanggup nak tanggung.”

Firdaus terdiam seketika.

“Baiklah. Aku ikut cakap kau, Adan. Sayang betul kau kat adik aku ni”

Firdaus mengukir senyuman sambil menepuk-nepuk bahu Haris. Haris tersenyum malu, wajahnya merona merah sambil sepasang lengan kekarnya masih kukuh mengendong tubuh Balqis yang masih tidak sedarkan diri.

***

Setelah membawa Balqis pulang ke rumah, Haris menyerahkan urusan membersihkan tubuh Balqis kepada Hasrina. Dia sendiri segera menukar pakaian selepas membersihkan diri. Dalam masa sejam, mereka sudah pun berada di hospital.

Balqis menggeliat perlahan, matanya terasa berat, tetapi suara-suara di sekelilingnya semakin jelas. Saat dia membuka mata, wajah pertama yang dilihatnya adalah Hasrina yang sedang tersenyum simpul, sementara Haris di sisi dengan riak wajah serius.

"Kak Qis, akak dah sedar?" Hasrina bertanya dengan nada ceria.

Balqis mengerutkan dahi. Dia memandang sekeliling, melihat langsir biru hospital dan beberapa pesakit lain dalam wad yang sama.

"Akak kat mana ni?"

Haris berdeham, menahan ketawa kecil.

"Kau kat hospital, tuan puteri. Pengsan dalam sawah, Qis tahu tak?"

Balqis terkebil-kebil.

"Apa?!"

Hasrina menyambung, “Abang Adan yang jumpa Kak Qis dalam sawah. Kalau dia lambat sikit, mungkin akak dah jadi model lumpur.”

Balqis menekup muka.

"Ya Allah, malunya..."

Haris menahan senyum.

“Sekarang Qis cerita dekat kami, macam mana boleh jatuh dalam sawah? Qis training jadi model iklan baja ke?”

Balqis menjeling tajam.

“Adan, tak lawak...okey.”

Hasrina menekup mulut, menahan gelak. Haris bersandar, menunggu cerita dari Balqis.

Balqis menarik nafas dalam sebelum bersuara perlahan, “Qis sebenarnya nak balik rumah cepat…”

Haris mengangkat kening.

“Kenapa?”

Balqis menundukkan wajah, jelas serba salah.

“Sebab… Qis nak ke tandas.”

Hasrina terpinga.

“Tandas?”

Balqis menggigit bibir.

“Ya… Qis dah tak tahan sangat. Lepas berbuka tadi, Qis minum air banyak sangat, nasi goreng Rin tu pedas sangat, jadi Qis tergesa-gesa nak balik.”

Haris menjatuhkan kepala ke kepala katil, berusaha keras menahan ketawa.

“Ya Allah, Balqis… kau ni…”

Balqis terus menyambung, “Lepas tu, masa tengah memecut skuter, ada budak kecil tiba-tiba melintas! Qis panik lah, Qis cuba elak, tapi tangan Qis kan masih sakit, jadi Qis hilang kawalan… dan terus terhumban ke dalam sawah.”

Hasrina sudah membulatkan mata, cuba menahan dirinya daripada tergelak.

“Akak… jatuh dalam sawah… sebab nak ke tandas?”

Balqis menekup muka dengan tangan kanan yang masih selamat.

“Adan tadi dah pelawa hantar Qis balik, tapi Qis yang degil. Qis fikir Qis boleh balik sendiri… Qis menyesal tak dengar cakap Adan…”

Haris menghela nafas panjang, cuba menahan diri daripada menghamburkan gelak besar. Dia menunduk, merenung wajah Balqis yang jelas malu bukan kepalang.

“Balqis,” Haris akhirnya bersuara, nadanya lebih lembut.

“Adan dah agak, Qis memang degil, tapi Adan tak sangka tahap degil Qis boleh sampai tahap jatuh dalam sawah sebab nak ke tandas.”

Hasrina sudah terduduk sambil menekan perut, tidak lagi mampu menahan ketawanya.

“Astaghfirullah, Kak Balqis… cerita akak ni betul-betul epik.”

Balqis merengus kecil, semakin malu.

Namun, di sebalik gelak tawa itu, Haris diam-diam menarik nafas lega. Dia benar-benar risaukan Balqis tadi, dan kini apabila melihat gadis itu masih boleh tersipu malu, hatinya sedikit tenang.

“Balqis, lepas ni Qis dengar cakap Adan, faham?” Haris menegaskan, nadanya serius walaupun ada senyuman kecil di bibirnya.

Balqis mengangguk kecil, masih menunduk.

Hasrina menepuk bahu abangnya.

“Abang Adan, Rin rasa kita kena buat SOP baru. Kak Balqis tak boleh memandu dalam keadaan dia tercedera, tengok apa dah jadi. Nasib takde apa-apa yang serius berlaku, cuma pengsan sebab terlampau terkejut”

Haris mengangguk bersetuju.

“Setuju. Dan kalau dia degil, kita ikat dia atas skuter.”

Balqis menjeling, tetapi pipinya merona merah. Walaupun dia malu, jauh di sudut hatinya, dia tahu Haris benar-benar mengambil berat tentang dirinya.

***

Keesokan paginya, Balqis akhirnya dibenarkan pulang setelah doktor mengesahkan keadaannya stabil. Namun, sebelum sempat dia menarik nafas lega, dia sudah dapat menjangka reaksi orang-orang yang menunggunya di rumah.

Di hadapan hospital, Firdaus dan Lebai Haji Bakhtiar sudah terpacak menunggu dengan wajah yang penuh kerisauan. Sejak mendapat berita kejadian malam tadi, mereka berdua tidak senang duduk.

"Balqis!" Firdaus meluru mendapatkan adiknya sebaik sahaja Balqis keluar dari pintu hospital bersama Haris dan Hasrina. Wajahnya tegang, seolah-olah menahan marah dan cemas dalam satu masa.

"Abang Fir..." Balqis bersuara perlahan.

"Kenapa Balqis boleh jadi macam ni? Balqis tahu tak betapa risau semua orang? Dah kenapalah Balqis pergi memandu sendiri waktu malam macam tu?" Firdaus membentak, jelas sekali emosinya masih tidak stabil.

Balqis menunduk, terasa bersalah. Dia tahu kejadian itu bukan perkara kecil, lebih-lebih lagi dengan kecederaannya yang masih belum sembuh sepenuhnya.

Lebai Haji Bakhtiar pula hanya menggeleng perlahan, namun riak wajahnya sarat dengan rasa bimbang.

“Balqis, kau ni betul-betul buat hati orang tua ni risau. Mujur Haris dan Firdaus cepat bertindak, kalau tidak, entah apa yang jadi pada kau dalam sawah tu.”

Balqis menggigit bibir.

“Maaf, abah… maaf, abang… Qis janji tak buat lagi dah”

Firdaus menarik nafas panjang, cuba mengawal emosinya.

“Dah, lepas ni tak ada lagi nak balik sorang-sorang, faham? Tak padan tangan yang sakit, abang tak suka adik abang jadi manusia kepala batu!”

Haris di sebelah hanya tersenyum kecil, melihat bagaimana Firdaus menegur adiknya. Sementara itu, Hasrina pula cuba menahan ketawa kerana dia tahu kalau dia bersuara, keadaan pasti jadi lebih dramatik.

Haris menepuk bahu Firdaus perlahan.

“Dah la, Fir. Dia dah serik dah tu. Lagipun dia jatuh sebab nak elak budak kecil yang tiba-tiba je melintas.”

Lebai Haji Bakhtiar menghela nafas.

“Eloklah kalau dah serik. Kalau tidak, kita suruh Haris jadi pemandu peribadi Balqis.”

Balqis serta-merta mendongak dengan wajah terkejut.

“Abah!”

Hasrina terkekek kecil.

“Pakcik Bakhtiar, cadangan pakcik tu menarik juga.”

Haris pula hanya menjungkit bahu dengan senyuman nakal.

“Adan tak kisah. Asalkan Balqis ikut cakap Adan.”

Balqis menjeling tajam ke arah Haris, sementara Firdaus menggeleng kepala dengan wajah kelat.

“Dah, jom balik. Nanti umi pula risau kalau kita lambat,” kata Firdaus sambil menarik beg kecil milik Balqis dari tangan Hasrina.

Dengan berat hati, Balqis akhirnya mengikut langkah mereka ke arah kereta. Namun, jauh di sudut hatinya, dia tahu, kejadian malam tadi bukan sekadar insiden biasa. Ia memberi kesedaran bahawa ada orang yang benar-benar mengambil berat tentang dirinya. Dan seorang daripadanya ialah Haris.

Sebaik sahaja mereka tiba di rumah, Puan Suraya sudah tercegat di hadapan pintu dengan wajah yang penuh kerisauan. Melihat Balqis melangkah masuk, serta-merta dia menarik gadis itu ke dalam pelukannya.

"Ya Allah, Balqis! Umi risau sangat. Nasib baik tak ada apa-apa yang serius," luahnya sambil menepuk belakang Balqis perlahan.

Balqis tersenyum kecil.

“Maaf, umi. Qis dah buat semua orang risau.”

Haris yang berdiri di belakang hanya berpeluk tubuh sambil menjeling ke arah Balqis dengan renungan tajam, seolah-olah menyatakan "aku dah cakap, kan?"

Lebai Haji Bakhtiar yang baru duduk di sofa tiba-tiba bersuara, "Jadi, lepas ni macam mana? Balqis ni tak boleh dibiarkan memandu sendiri lagi. Tangan dia pun masih sakit."

Puan Suraya segera mengangguk setuju.

“Betul tu, abang Bakhtiar. Su pun dah fikirkan perkara ni tadi. Jadi, Su ada cadangan…”

Semua orang menoleh ke arah Puan Suraya.

"Apa kata Adan jadi pengawal peribadi Balqis?" katanya selamba.

Balqis yang baru hendak duduk terus tersedak.

“Hah?!”

Hasrina sudah menekup mulut, cuba menahan ketawa. Firdaus pula berlagak tenang, tapi jelas kelihatan bibirnya terherot menahan senyum.

Haris pula terus mengangkat kening.

"Umi… serius?"

Puan Suraya mengangguk yakin.

“Seriuslah. Adan kan selalu ada di bazar. Jadi, setiap kali Balqis nak ke mana-mana, Adan boleh hantarkan kan?Bukan apa, umi risau kalau jadi lagi perkara macam semalam.”

Balqis terkebil-kebil, cuba mencari alasan untuk menolak, tetapi sebelum sempat dia bersuara, Lebai Haji Bakhtiar tiba-tiba menyampuk, "Abang pun setuju dengan cadangan tu, Suraya."

Sekali lagi Balqis tersedak.

“Abah pun?! Abang Firdaus?”

Firdaus hanya mengangkat bahu.

“Abang Firdaus pun rasa elok juga. At least, Balqis tak buat hal lagi.”

Hasrina terus tergelak besar.

“Hahaha! Dah jadi macam bodyguard betul abang Adan ni, kan!”

Haris hanya tersenyum sinis sambil menoleh ke arah Balqis.

“Kalau semua dah setuju, nampaknya Balqis tak ada pilihan lain.”

Balqis menjeling tajam ke arah Haris.

“Qis boleh jaga diri sendiri, okey?”

“Tengok apa jadi semalam,” balas Haris selamba.

Balqis mencebik geram.

“Qis jatuh sebab kecuaian kecil aje!”

"Kecuaian kecil yang hampir buat semua orang naik darah," perli Haris.

Puan Suraya menepuk tangannya.

“Jadi, mulai hari ini, Adan akan jadi pemandu rasmi Balqis. Ke mana-mana pun, dia kena ikut.”

Balqis melepaskan keluhan berat.

“Qis rasa macam kena hukum je ni.”

“Memang kena hukum,” sampuk Firdaus.

Hasrina masih ketawa di sebelah sambil menepuk bahu Balqis.

“Nasib akak lah, Kak Balqis. Bodyguard akak pun bukan calang-calang orang. Seorang chef selebriti yang ada ramai peminat! Untung akak.”

Balqis mengetap bibir sambil menjeling ke arah Haris yang kini tersenyum sinis ke arahnya.

“Lepas ni, Adan boleh buat jadual ketat sikit untuk awak, Balqis. Kalau Qis ada aktiviti luar waktu malam, Adan takkan benarkan," ujar Haris dengan nada penuh kepuasan.

"Apa hak Adan nak kongkong, Qis..Adan tu bukannya suami Qis, suka hatilah Qis nak buat apa pun!" Balqis membentak keras, seolah-olah tidak bersetuju dengan sikap Haris yang terlebih protektif itu.

"Qis, Qis sedar tak...apa yang terjadi dekat diri Qis tu, tu baru sikit. Baik lepas ni, Adan takkan masuk campur lagi urusan Qis, suka hatilah, Qis nak buat apa pun, Adan tak peduli!"

Balqis mengetap bibir. Dia tahu, hidupnya selepas ini pasti tidak akan tenang dengan adanya Haris sebagai pengawal peribadinya.

Mujur jatuh dalam sawah je...Alahai ...Balqis ni ada org nk jga, jual mahal pulak! Happy reading gaiss...jemput follow and komen..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience