BCR BAB 27 : JIRAN BARU SEBELAH RUMAH

Romance Series 14436

HAIQAL yang sudah pulih dari kecederaannya membuat keputusan untuk berpindah ke rumah barunya. Dan dia mahu hidup berdikari dan merasai sendiri pengalaman berumah tangga bersama gadis idamannya, Sofea Ardyla.

"Cantik betul rumah kita ni, honey.” Haiqal bersandar di sofa sambil memandang sekeliling ruang tamu rumah baru mereka. Walaupun tidak sebesar rumah banglo, rumah ini cukup selesa untuk mereka berdua.

Sofea mengerling sekilas.

“Mestilah cantik. Honey yang hias.”

Haiqal ketawa kecil.

“Betul tu. Kalau abang yang buat, entah-entah rumah ni kosong je.”

Sofea menjeling suaminya.

“Jangan nak merendahkan diri sangat. Nanti honey ingatkan abang betul-betul takde bakat nak hias rumah.”

Baru sahaja mereka ingin menikmati suasana rumah baru, pintu pagar rumah mereka diketuk seseorang. Haiqal bangun sambil menolak tubuh Sofea yang cuba mendahuluinya ke pintu utama.

"Biarlah abang buka. Suami kena tunjuk gentleman."

Sofea memeluk tubuh sambil mengangkat kening.

"Kalau yang datang tu perempuan, bagi honey je yang uruskan."

Haiqal hanya tergelak sebelum membuka pintu pagar. Namun, sebaik sahaja dia melihat siapa yang berdiri di luar pagar, ketawa Haiqal terus mati. Seorang wanita berusia awal 30-an, bertubuh langsing, berkulit cerah dan bergaya moden tersenyum manis ke arahnya.

“Assalamualaikum. Saya jiran baru awak. Saya Mona.”

Haiqal terkedu. Namun, sebelum sempat dia menjawab, Sofea sudah muncul di sebelahnya dengan muka tegang.

"Waalaikumussalam," jawab Sofea pantas.

Mona tersenyum dan menghulurkan tangan.

“Oh, awak isteri dia? Selamat berkenalan. Saya baru pindah kat rumah sebelah. Ingat nak datang perkenalkan diri.”

Sofea menyambut huluran tangan Mona acuh tak acuh, seraya hanya tersenyum nipis.

“Oh, baguslah. Jiran baru ya?”

Mona mengangguk.

“Ya. Saya baru pindah semalam. Saya duduk seorang saja. Senang kalau ada jiran macam awak dan suami.”

Sofea mengetap bibir.

“Seorang?”

Mona tersenyum lagi.

“Ya. Saya janda.”

Haiqal tersedak air liurnya sendiri.

Sofea sudah menarik nafas dalam.

“Oh. Baguslah, seronok duduk seorang ni kan? Tak perlu susah payah fikirkan orang lain.”

Mona ketawa kecil.

“Kadang-kadang sunyi juga. Sebab tu seronok kalau ada jiran yang baik macam awak berdua.”

Sofea menjeling tajam ke arah Haiqal yang masih terkedu.

“Oh, jangan risau. Suami saya tak suka bercakap dengan orang sangat. Dia pemalu,” kata Sofea sambil menepuk bahu Haiqal kuat.

Haiqal yang masih belum pulih dari terkejut hanya mengangguk laju.

Mona tersenyum.

“Tak apa. Saya faham. Kalau perlukan apa-apa, jangan segan-segan ya?”

Sofea tersenyum sinis.

“Oh, kami tak perlukan apa-apa. Terima kasih.”

Sebaik sahaja Mona berlalu, Sofea memandang suaminya dengan tajam.

“Apa?” Haiqal mengangkat tangan, tanda tidak bersalah.

Sofea menyilang tangan di dada.

“Muka abang tu kenapa? Tak pernah tengok perempuan cantik ke?”

Haiqal mengangkat kening.

“Abang terkejut je. Tak sangka jiran sebelah janda. Comel jugak”

Sofea menjeling.

“Dan abang ingat itu berita baik?”

Haiqal geleng kepala laju.

“Tak, tak! Abang cuma… err… err…”

“Err apa?” Sofea menekan suaranya.

Haiqal ketawa kecil.

“Abang cuma nak cakap, abang seorang lelaki yang setia, honey.”

Sofea mendengus.

“Abang jangan nak buat pasal. Honey dah nampak dia ni janda berhias yang suka cari perhatian.”

Haiqal mengangkat tangan tanda menyerah.

“Honey, percayalah. Abang tak akan pandang perempuan lain. Abang cuma nak hidup bahagia dengan honey.”

Sofea merenung suaminya seketika sebelum menepuk bahunya.

“Bagus. Kalau honey nampak abang mesra lebih-lebih, honey sekolahkan abang tiap-tiap hari. Ataupun honey kurung je abang kat rumah.”

Haiqal menelan liur. Nampaknya, hidup di rumah baru ini akan lebih mencabar daripada yang disangka!

***

Sofea menyusun pinggan di atas meja makan dengan kasar. Sudu dan garfu berdenting kuat, tanda emosinya sudah mencapai tahap amaran yang paling tinggi. Haiqal yang baru keluar dari bilik air hanya mengerutkan dahi, memerhatikan isterinya yang jelas sedang berang.

"Honey, awak nak rosakkan pinggan ni ke?" Haiqal menegur perlahan sambil mengelap rambutnya dengan tuala.

Sofea mengerling suaminya.

"Pinggan ni tak bersalah, tapi seseorang tu memang cari pasal."

Haiqal menghela nafas panjang.

"Apa lagi ni? Jiran sebelah lagi?"

"Siapa lagi kalau bukan dia?" Sofea meletakkan tangan di pinggang. "Dia tu betul-betul tak tahu malu! Tadi honey keluar buang sampah, abang tahu apa yang honey nampak?"

Haiqal hanya mengangkat kening, malas meneka.

"Honey nampak Mona tengah berbual dengan Ahmad, budak posmen yang terlebih peramah tu. Berbual sambil... sambil buat gaya menggoda!" Sofea menekankan setiap perkataan dengan penuh perasaan.

Haiqal menggosok pelipisnya.

"Honey, berbual je kot. Takkan itu pun jadi isu?"

Sofea mengetap bibir.

"Tak! Honey nampak dia main rambut, gelak-gelak manja. Abang tahu apa Ahmad cakap sebelum dia pergi?"

"Apa?"

Sofea memandang tajam.

"Ahmad cakap, ‘Mona ni manis betul orangnya, kalau saya ni kaya sikit, dah lama saya cuba nasib.’"

Haiqal tergelak kecil.

"Alah, itukan budak Ahmad je. Dia kan memang suka berseloroh."

Sofea menjeling suaminya.

"Abang ni kenapa? Honey tengah cerita benda penting ni, abang boleh gelak?"

Haiqal cepat-cepat menutup mulutnya, cuba mengawal diri.

"Okey, okey. Abang serius sekarang. So, apa kaitan dia menggoda Ahmad dengan kita?"

Sofea bercekak pinggang.

"Kalau dia boleh menggoda Ahmad, abang ingat dia tak boleh cuba dengan abang?"

Haiqal menelan liur.

"Abang ni bukan Ahmad. Abang dah ada isteri yang garang macam singa lapar. Honey ingat abang berani cari pasal?"

Sofea mendengus.

"Honey tak suka cara dia pandang abang. Lepas ni, abang jangan lebih-lebih dengan dia!"

Haiqal mengangkat tangan tanda menyerah.

"Baik, bos. Abang akan pastikan abang tak bersembang dengan dia lebih dari lima saat."

Sofea masih belum puas hati.

"Abang pun jangan pandang dia lama-lama! Kalau abang ternampak dia kat luar, buat-buat tak nampak."

Haiqal tersengih.

"Baiklah, isteri kesayanganku."

Baru sahaja Sofea mahu membuka mulut lagi, loceng rumah mereka berbunyi.

Ding-dong!

Sofea dan Haiqal saling berpandangan.

"Jangan cakap jiran sebelah..." Haiqal berbisik.

Sofea menjeling tajam sebelum melangkah ke pintu. Seperti yang dijangka, Mona berdiri di situ dengan senyuman manisnya.

"Hai, Sofea. Haiqal ada?"

Sofea terkedu. ‘Berani betul dia datang cari suami aku depan-depan aku?!’

Wajah Sofea mula berubah, bersedia untuk berperang. Haiqal di belakangnya sudah bersedia untuk lari ke dapur. Nampaknya, kehidupan mereka di rumah baru ini akan lebih mencabar daripada yang disangka!

Sofea mengetap bibir, cuba mengawal amarah yang membuak. Di hadapannya, Mona berdiri dengan senyuman menggoda, seolah-olah tidak sedar yang dirinya sedang bermain dengan api.

"Haiqal ada?" soalan itu diulang sekali lagi dengan suara lembut, cukup untuk meremangkan bulu roma Sofea.

Sofea bersedekap tangan di dada, matanya tajam menikam wajah Mona.

"Kenapa cari suami saya?"

Mona tersengih kecil, seolah-olah tidak tergugat dengan renungan maut Sofea.

"Eh, janganlah marah. Saya cuma nak pinjam tenaga dia kejap. Saya ada nak angkat perabot sikit. Berat sangat."

Dahi Sofea berkerut. ‘Perabot? Kenapa perlu Haiqal?’

Belum sempat Sofea menjawab, Haiqal yang dari tadi mendengar perbualan mereka muncul di belakangnya.

"Ada apa, Mona?" suaranya kedengaran tenang, tetapi wajahnya sedikit cemas.

Mona tersenyum lebar.

"Haiqal, boleh tolong saya sikit tak? Sofa kat rumah saya tu berat sangat, saya nak alihkan ke ruang tamu. Tak ada orang lain yang boleh tolong ni."

Sofea mencekak pinggang.

"Cari orang lainlah! Kenapa mesti suami saya?"

Mona menjeling Sofea sebelum mengangkat bahu.

"Sebab dia lelaki paling dekat dan mungkin paling hebat. Lagipun, jiran kan kena tolong-menolong."

Sofea mendengus, tangannya sudah mahu menarik Haiqal ke belakang, tetapi lelaki itu lebih pantas bersuara.

"Maaf, Mona. Saya tak boleh tolong."

Mona berpura-pura terkejut.

"Kenapa pula? Berat sangat ke?"

"Bukan berat sofa tu yang jadi masalah," Haiqal memandang sekilas ke arah Sofea yang jelas sedang membara.

"Tapi kalau saya tolong, saya takut saya pula yang kena hempap dengan sofa. Apa kata awak minta tolong Ahmad"

Mona tertawa kecil, tetapi Sofea langsung tidak terhibur.

"Kalau setakat nak alih perabot, upah je orang. Atau kalau nak sangat lelaki tolong, cari lelaki lain. Suami saya bukan buruh kasar," Sofea menyindir tajam.

Mona tersenyum sinis.

"Garangnya isteri awak, Haiqal. Bertuah awak dapat perempuan yang cemburu tahap dewa ni."

Sofea sudah mahu membalas, tetapi Haiqal pantas memegang bahunya, cuba menenangkan keadaan.

"Mona, kalau tak ada perkara penting lain, saya rasa elok awak balik dulu. Saya tak mahu isteri saya naik angin lebih daripada ini," kata Haiqal dengan suara tenang, tetapi jelas tegas.

Mona mengangkat kening, seolah-olah mencabar. Namun, dia akhirnya mengalah.

"Okey, okey. Tak nak tolong pun tak apa. Saya cari orang lain." Mona berpaling, tetapi sempat melontarkan senyuman sebelum melangkah pergi. "Tapi kalau Haiqal berubah fikiran, rumah saya sebelah je, ya."

Pintu rumah segera ditutup dengan kuat oleh Sofea sebaik sahaja Mona berlalu. Dia berpeluk tubuh, memandang Haiqal dengan pandangan tajam.

"Abang layan dia baik sangatlah tu, sampai dia rasa boleh datang rumah kita cari abang!"

Haiqal mengeluh.

"Honey, abang tak layan dia apa-apa pun. Dia sendiri yang buat perangai pelik."

Sofea mendengus, jelas tidak berpuas hati.

"Saya tak suka dia, Haiqal! Honey tak suka cara dia tengok abang, cara dia bercakap dengan abang! Abang tak nampak ke yang dia cuba tarik perhatian abang?"

Haiqal mengangguk.

"Abang nampak, sayang. Sebab tu abang tak layan dia lebih-lebih."

Sofea mengetap bibir. Dia tahu Haiqal tidak bersalah, tetapi hati wanitanya tetap berasa tidak enak.

"Honey nak abang janji, kalau dia datang lagi dengan alasan merepek, abang takkan layan."

Haiqal tersenyum kecil sebelum menarik tangan Sofea, menggenggam erat jemarinya.

"Abang janji, honey. Hati abang hanya untuk honey seorang."

Sofea mengeluh perlahan, akhirnya melepaskan sedikit ketegangan. Tetapi jauh di sudut hatinya, dia tahu Mona tidak akan berhenti begitu sahaja.

Dan dia betul.

Mona semakin kerap muncul dengan pelbagai alasan, dan Haiqal mula menerima tempiasnya apabila Sofea semakin bertindak luar kawalan. Jiran baru mereka ternyata bukan sekadar jiran biasa—dia adalah ancaman yang boleh menggoncang rumah tangga mereka!

***

Sofea melangkah masuk ke rumah Puan Suraya dengan wajah mencuka. Geram, sakit hati, menyampah—semua perasaan itu bercampur baur dalam dirinya.

Puan Suraya yang sedang menghidangkan kuih raya di atas meja mengerutkan dahi melihat menantunya itu.

"Kenapa muka mencuka ni, Sofea? Bergaduh dengan Haiqal ke?"

Sofea mendengus sambil menjatuhkan dirinya ke atas sofa.

"Tak bergaduh dengan abang Haiqal, umi. Tapi bergaduh dengan jiran baru sebelah rumah tu!"

Puan Suraya mengerutkan kening.

"Jiran baru? Kenapa pula?"

Balqis yang sedang duduk santai di sebelah Puan Suraya terus menyampuk dengan penuh minat.

"Aik? Baru duduk rumah baru dah ada drama jiran sebelah ke? Ceritalah, Sofea. Akak suka dengar cerita panas ni."

Sofea merengus.

"Panas sangat! Kalau boleh, saya nak bakar je rumah dia! Perempuan tu gedik sangat, umi. Macam sengaja nak menggoda abang! Nak minta tolong alihkan perabotlah, nak minta abang tolong tengokkan rumah lah, apa semua alasan merepek!"

Puan Suraya menghela nafas panjang.

"Ish, kamu ni Sofea. Takkan sebab jiran nak minta tolong sikit pun dah nak bakar rumah orang?"

"Umi! Ini bukan sikit-sikit! Dia siap datang rumah cari abang bila saya tak ada! Apa motif dia kalau bukan nak menggoda?" Sofea menegakkan hujahnya.

Balqis ketawa kecil.

"Fuh, emosinya. Akak rasa... mungkin sebab hormon awak tak stabil, Sofea."

Sofea mengerutkan dahi.

"Hormon tak stabil apa bendanya? Saya sihat je!"

Balqis tersenyum penuh makna sambil mengusap perutnya sendiri yang masih rata.

"Sebab kalau ikutkan, akak baru perasan sesuatu... Dalam bulan Syawal ni, umi mungkin bakal menimang dua orang cucu. Atau mungkin lebih dari dua orang?"

Puan Suraya yang sedang menyuap kuih bangkit hampir tersedak.

"Apa maksud kamu, Balqis?"

Sofea pula terdiam, kelopak matanya berkelip beberapa kali.

Balqis tersenyum lebar.

"Akak rasa, mungkin Sofea dah berbadan dua."

Sofea terkebil-kebil sebelum meletakkan tangan di perutnya.

"Eh, mana ada! Saya rasa biasa je!"

Balqis mengangkat kening.

"Yakin? Cuba fikir balik. Sofea lately cepat marah, emosi tak stabil, tiba-tiba anti jiran sebelah. Itu semua tanda-tanda awal kehamilan tau."

Puan Suraya terus menepuk dahi.

"Astaghfirullah, betul juga! Sofea, bila kali terakhir kamu datang bulan?"

Sofea mula panik.

"Err... err..."

Balqis tersengih.

"Hah, dah lupa dah? Sah-sah ada kemungkinan tu."

Sofea mula berpeluh. Kalau betul dia mengandung, ini bermakna dia akan jadi ibu? Dan kalau betul juga, dia mungkin akan jadi semakin emosi sebab hormon?

Puan Suraya menepuk lembut bahu Sofea.

"Sofea, kalau betul kamu mengandung, itu berita gembira. Tapi kamu kena bertenang. Jangan biarkan jiran sebelah yang mengada-ngada tu buat kamu stres."

Balqis menambah dengan nada nakal,

"Lepas ni kalau betul awak pregnant, suruh Haiqal yang layan Mona. Kamu rehat je. Biar dia naik angin pula."

Sofea menjeling tajam.

"Kak Qis, kalau nak makan penumbuk, beritahu awal-awal."

Sofea..Sofea, baran semacam je tu, mungkin ada isi kot? Jiran sebelah ni plak, agk²lah kan..Tahulah Haiqal tu handsome..Happy reading gaiss..Haa..dh siap ke persiapan raya tu???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience