BCR BAB 26 : PENIKAHAN DI HOSPITAL

Romance Series 14436

SOFEA ARDYLA yang baru sampai di pintu wad hampir pengsan mendengar perbualan itu.

“Hah?! Nikah sekarang?! Umi ni biar betul?!”

Puan Suraya menoleh tajam.

“Kenapa? Sofea tak nak ke?”

Sofea terkedu. Dia memandang Haiqal yang tersengih macam budak dapat gula-gula.

“Kalau Sofea tak nak, Qal rela mati je lah dalam wad ni…” Haiqal berpura-pura merenung siling dengan wajah penuh derita.

Sofea mengetap bibir. Dalam hati, dia sudah lama mencintai lelaki ini. Akhirnya dia menundukkan kepala, mengangguk perlahan.

Puan Suraya tersenyum puas.

“Bagus! Kita nikahkan kamu berdua malam ni juga!”

Dan itulah kisah bagaimana seorang lelaki manja berjaya mempercepatkan pernikahannya dengan hanya satu taktik mudah—merengek tanpa henti!

***

Berita pernikahan Haiqal dan Sofea di hospital tersebar dengan pantas dalam kalangan kakitangan dan pesakit hospital swasta itu. Hospital yang pernah menjadi tempat Puan Suraya berkhidmat sebagai 'Sister' atau ketua jururawat suatu ketika dahulu kini menjadi saksi kepada penyatuan cinta seorang pemuda manja yang tidak tahan sakit dengan seorang wanita yang setia menjaganya tanpa jemu.

Memandangkan ini bukan majlis biasa, persiapan dilakukan dalam suasana penuh kecoh tetapi tetap teratur. Puan Suraya sendiri yang mengambil alih segala urusan, memastikan semuanya berjalan lancar dalam masa yang singkat.

Bilik wad Haiqal yang sebelum ini hanya dihiasi dengan peralatan perubatan kini berubah wajah. Langsir baru dipasang, berwarna putih lembut dengan sedikit sentuhan emas di hujungnya. Katil hospital yang sebelum ini kelihatan suram dihiasi dengan cadar baru berwarna biru pastel. Sejambak bunga segar dari hospital diletakkan di meja sisi.

Balqis, yang baru pulih dari sakitnya, turut membantu dengan mendekorasi bilik bersama Haris. Mereka menyusun kelopak mawar putih di meja kecil di sebelah katil, mencipta suasana romantis walaupun dalam keadaan yang tidak konvensional.

Jururawat-jururawat hospital yang sudah biasa dengan keluarga Puan Suraya turut membantu. Mereka memastikan suasana bilik wad itu selesa dan bersih, malah sempat berseloroh bahawa inilah kali pertama dalam sejarah hospital mereka mengadakan pernikahan di dalam wad pesakit.

“Selama saya kerja di sini, belum pernah ada majlis nikah dalam wad. Tapi kalau pasangan ni, memang lain daripada yang lain!” ujar salah seorang jururawat sambil ketawa kecil.

"Yalah anak kembar Sister Suraya ni dari kecil sampai nak nikah, si adiknya ni ada saja buat hospital kita ni jadi gempak." Sampuk seorang lagi jururawat.

Menjelang waktu akad nikah, bilik wad Haiqal dipenuhi oleh saudara-mara terdekat serta kenalan rapat. Seorang imam yang merupakan kenalan lama Puan Suraya turut hadir untuk menyempurnakan majlis.

Haiqal yang masih berbaring di katil hospital kelihatan sedikit cemas. Dia mengenakan baju melayu putih yang dihadiahkan oleh Haris. Songkok yang dipakainya sedikit senget kerana dia berbaring, tetapi wajahnya tetap terpancar kegembiraan.

Sofea, di satu sudut bilik, tampil anggun dalam baju kurung moden berwarna krim lembut. Tudung satin yang dipakainya menambahkan seri di wajahnya yang sedikit gementar.

“Apa ni Sofea? Nampak gugup sangat?” bisik Balqis sambil tersenyum menggoda.

Sofea mengetap bibir.

“Mana tak gugup. Saya kahwin dalam hospital!”

Balqis tertawa kecil.

“Asalkan dengan lelaki yang awak cinta, tempat tak penting, kan?”

Sofea hanya mengangguk perlahan.

Saat tiba waktu ijab kabul, semua yang berada dalam bilik wad itu menjadi khusyuk. Imam yang bertugas mula membacakan doa sebelum menanyakan persetujuan Sofea. Dengan suara yang sedikit bergetar tetapi penuh yakin, Sofea menjawab, “Saya terima.”

Kemudian, Haiqal yang masih terbaring dengan wajah serius bersedia untuk mengucapkan lafaz akad. Semua mata tertumpu kepadanya.

“Aku, Haiqal Izzuddin bin Imran, dengan ini menikahi engkau, Sofea Ardyla binti Harun, dengan mas kahwin sebanyak RM300 tunai.”

Dalam satu lafaz yang jelas, akad nikah itu sah. Para saksi mengangguk puas. Doa selamat dibacakan.

Puan Suraya yang duduk di tepi hanya mampu menahan sebak. Melihat anak lelakinya akhirnya menikah dengan wanita yang paling tepat untuknya adalah kebahagiaan yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.

Haris, yang berdiri di sebelah, menepuk bahu umi mereka sambil tersenyum.

“Lepas ni, umi boleh rehat. Dah ada orang lain jaga budak manja tu.”

Puan Suraya tersenyum sambil menggeleng.

“Kalau Sofea larat.”

***

Selepas majlis selesai, para tetamu mula beransur pulang. Bilik wad kembali sunyi, hanya tinggal Haiqal dan Sofea. Jururawat sudah menutup lampu utama, meninggalkan hanya lampu tidur yang malap, memberikan suasana romantis yang tidak terjangka di dalam sebuah hospital.

Sofea duduk di sebelah katil, memandang Haiqal yang kini tidak lagi merengek. Wajah lelaki itu tampak lebih tenang, lebih bahagia.

“Sofea…” Haiqal memanggil perlahan.

“Hmm?”

“Awak betul-betul nak jaga saya sampai saya tua?” tanyanya dengan nada sedikit serius tetapi ada senyuman di hujung bibirnya.

Sofea menghela nafas perlahan sebelum tersenyum.

“Saya tak mungkin tinggalkan awak, Haiqal. Dari dulu sampai sekarang, saya tetap di sini.”

Haiqal mengangkat tangannya perlahan, meminta Sofea menggenggamnya. Sofea menyambut genggaman itu, terasa kehangatan di antara mereka.

“Abang sayang honey…” ucap Haiqal lirih.

Sofea tersenyum malu, tetapi dia tidak menarik tangannya. Sebaliknya, dia menggenggam lebih erat.

Malam itu, di dalam wad hospital yang dihiasi dengan penuh romantis, pasangan yang baru dinikahkan itu saling berbicara, saling mengeratkan cinta yang sudah lama terjalin. Tanpa sebarang sentuhan yang berlebihan, hanya dengan kata-kata, pandangan mata, dan genggaman tangan—cinta mereka terasa lebih mendalam daripada apa pun.

Sebelum mata mereka terlena, Haiqal sempat berbisik perlahan.

“Kita pulang rumah nanti, abang nak malam pertama betul-betul…”

Sofea mengetap bibir, lalu mencubit lengan Haiqal yang sudah sedia lebam dengan suntikan.

“Tidurlah, abang Haiqal!”

Dan dengan tawa kecil yang memenuhi bilik wad itu, malam pertama mereka di hospital menjadi kenangan paling manis dalam hidup mereka berdua.

Haiqal masih enggan melelapkan mata, malah dia semakin galak merajuk seperti kanak-kanak yang mahukan gula-gula. Dia memandang Sofea dengan mata redup, penuh harapan.

“Honey, tidurlah sini. Tidur sama-sama dengan abang,” pintanya dengan suara manja.

Sofea yang sedang membetulkan bantal di kerusi rehat menghela nafas panjang.

“Abang Qalku sayang, honey tidur lasak. Abang tu baru lepas kena jahit. Tak takut ke honey bagi ‘hadiah’ tengah malam nanti?”

“Abang tak kisah. Janji honey tidur sebelah abang.”

“Tapi—”

Haiqal buat muka seposen. Mata redupnya bertambah sayu.

“Abang nak isteri abang teman abang… Tolonglah.. honeyku, Sofea…”

Sofea menekan bibirnya.

“Honey dah cakap awal-awal, jangan salahkan honey nanti.”

Haiqal tersenyum lebar.

“Abang janji.”

Akhirnya, dengan berat hati, Sofea akur. Dia naik ke atas katil hospital itu, membiarkan Haiqal menarik selimut bersama-sama. Haiqal tampak puas. Dengan wajah yang penuh bahagia, dia memejamkan matanya, yakin malam ini dia akan tidur lena dengan isterinya di sisi.

Namun, kebahagiaan itu tidak bertahan lama. Pada mulanya, semuanya baik-baik sahaja. Haiqal tersenyum dalam tidur, menikmati kehangatan Sofea di sisinya. Tetapi, saat jarum jam bergerak ke pukul dua pagi, mimpi indahnya bertukar menjadi ngeri.

Dumm!

Sepakan pertama mendarat tepat di perutnya. Haiqal terjaga serta-merta, menahan nafas menahan kesakitan.

Sofea tidur lasak gila!

Dia cuba menggerakkan tubuhnya ke sisi, tetapi belum sempat dia mengubah posisi—

Bumm!

Kali ini, lutut Sofea pula menghentam pinggangnya. Haiqal menekup mulut, hampir menjerit.

Dan kemuncaknya—

Gedebuk!

Sebuah tendangan padu mendarat di dada Haiqal, membuatkan dia akhirnya menyerah kalah. Dengan perut yang masih sakit, dia bangun perlahan-lahan dan menggelongsor turun dari katil. Dengan langkah terhuyung-hayang, dia bergerak ke sofa yang tersedia di hujung bilik dan menjatuhkan dirinya di situ.

“Huh… isteri aku ni tidur ke buat taekwondo?” rungutnya perlahan sebelum akhirnya tertidur dalam keadaan yang penuh keletihan.

***

Pagi menjelma. Cahaya matahari mula menyelinap masuk melalui tingkap. Sofea menggeliat perlahan sebelum membuka matanya. Dia terasa sedikit kesejukan, dan yang paling penting—katil itu terasa lebih luas.

“Abang....Haiqal?”

Dia memandang sekeliling. Tiada suaminya di sebelahnya.

Sofea terus duduk tegak, hatinya tiba-tiba berdebar kencang. Ke mana Haiqal pergi? Dia masih sakit! Sofea mula panik.

Namun, belum sempat dia bangun, matanya menangkap susuk tubuh Haiqal yang lena di sofa.

Sofea mengerutkan dahi.

“Kenapa dia tidur kat sana?”

Dia perlahan-lahan turun dari katil, menghampiri suaminya. Haiqal kelihatan kepenatan, wajahnya sedikit berkerut, mungkin kerana dia masih menahan kesakitannya.

Sofea terasa bersalah.

“Mesti aku dah kasar dengan dia malam tadi…”

Tanpa sedar, matanya mula berkaca. Dia duduk di tepi sofa, perlahan-lahan menyentuh wajah Haiqal sebelum mendekatkan bibirnya ke pipi suaminya itu.

Cupp!

Ciuman lembut mendarat di pipi Haiqal.

“Maafkan honey, abang Qalku sayang…” bisiknya di telinga Haiqal.

Dia baru ingin berlalu, tetapi tiba-tiba tangannya ditangkap erat.

“Ehh?”

Sofea menoleh. Haiqal masih memejamkan mata, tetapi senyuman nakalnya sudah mula terukir.

“Haiqal?”

“Hmm?”

“Honey ingat abang tidur!”

“Hmmm… mana boleh tidur bila ada isteri abang buat kejutan pagi-pagi?” suara Haiqal kedengaran serak, tetapi masih penuh usikan.

Sofea cuba menarik tangannya, tetapi Haiqal semakin menggenggam erat.

Dan sebelum Sofea sempat membalas, Haiqal mengangkat tangan Sofea dan menggigit perlahan jari-jemarinya.

“Eeee! Abang!”

Sofea menjerit kecil, cuba menarik tangannya, tetapi Haiqal ketawa kecil.

“Ni denda sebab honey sepak abang malam tadi.”

Sofea membulatkan mata.

“Hah? Honey sepak abang?”

“Honey siap tendang perut abang dua kali, lutut honey kena pinggang abang, lepas tu last sekali honey hempuk dada abang.”

Sofea menekup mulut, terkejut.

“Ya Allah, abang! Patutlah abang tidur kat sofa! Honey betul-betul tak sedar!”

Haiqal tersenyum, memandang isterinya dengan penuh kasih sayang.

“Tak apa. Abang sanggup kena belasah asalkan abang dapat tidur dengan isteri abang.”

Sofea mengerutkan dahinya.

“Gila.”

“Tapi gila sebab sayang honey.”

Sofea menjeling, tetapi senyuman kecil mula terbit di bibirnya. Dia menggenggam tangan Haiqal lebih erat, merasakan kehangatan cinta mereka semakin kuat.

Dan pagi itu, walaupun penuh dengan keinsafan dan usikan, menjadi satu lagi kenangan manis dalam lembaran kisah cinta mereka.

Sofea masih cuba melepaskan tangannya dari genggaman Haiqal, tetapi lelaki itu semakin erat menggenggamnya. Haiqal tersenyum nakal, matanya yang masih redup kerana baru bangun tidur bersinar penuh makna.

“Abang tak nak lepas tangan honey ke?” Sofea bertanya sambil menjeling.

Haiqal menggeleng dengan wajah selamba.

“Tak. Abang rasa selesa macam ni.”

Sofea mendengus kecil.

“Abang ni kan, sakit-sakit pun sempat lagi nak menyakat.”

“Abang sakit sebab honey juga. Tidur lasak macam ahli gusti.” Haiqal merenung wajah isterinya dengan ekspresi merajuk.

Sofea ketawa kecil, tetapi cepat-cepat menutup mulutnya apabila melihat wajah Haiqal yang serius.

“Maaflah, honey memang tak boleh kawal bila tidur. Lagipun, abang yang paksa honey tidur sama.”

Haiqal membetulkan posisi tidurnya di sofa.

“Ya, dan abang sanggup tanggung risikonya.”

Sofea menjungkitkan kening.

“Oh, dah sedar risiko tapi masih nak tidur sama?”

Haiqal mengangguk.

“Biar pun abang kena belasah, asalkan abang dapat tidur sebelah isteri abang. Rasanya lebih bahagia.”

Sofea mengerling tajam tetapi pipinya mula terasa panas. Dia segera berpaling ke sisi, konon-kononnya mahu menyembunyikan rasa malunya.

Haiqal ketawa kecil melihat reaksi isterinya. Dia menarik tangan Sofea perlahan dan menyuruhnya duduk di sebelahnya di sofa itu.

“Honey marah ke?” tanya Haiqal dengan nada manja.

Sofea mencebik.

“Marah sikit je.”

“Kalau macam tu, abang kena pujuk lah.”

Haiqal tiba-tiba menarik Sofea lebih rapat kepadanya. Sofea hampir-hampir kehilangan keseimbangan dan tersandar ke dada Haiqal.

“Abang!” Sofea menolak dada suaminya itu, tetapi Haiqal tetap tersenyum tanpa sebarang niat untuk melepaskan.

“Sekali sekala, biarlah abang manja dengan isteri abang.”

Sofea terkedu. Dia cuba menolak lagi, tetapi melihat wajah Haiqal yang sudah kelihatan lebih ceria berbanding malam tadi membuatkan dia mengalah.

“Baiklah, honey tak marah.”

“Betul ni?”

Sofea mengangguk, tetapi masih menahan malu.

Haiqal tersenyum puas hati.

“Bagus. Sebab abang nak honey belai abang lagi lepas ni.”

Sofea membulatkan matanya.

“Mimpi di siang harilah, abang.”

Haiqal ketawa kecil.

“Tak apa. Abang dah biasa bermimpi tentang honey.”

Sofea terus mencapai bantal kecil di sebelah dan menekup muka Haiqal.

“Diamlah abang!”

Mereka ketawa bersama, menikmati pagi yang penuh dengan kebahagiaan meskipun dalam suasana hospital. Walaupun Haiqal masih dalam pemulihan, kehadiran Sofea di sisinya membuatkan segalanya terasa lebih ringan.

Saat itu, pintu bilik diketuk perlahan. Puan Suraya menjengukkan kepalanya sambil tersenyum melihat kemesraan mereka.

“Nah, sarapan untuk pengantin baru.”

Sofea terus melonjak bangun, wajahnya merah padma. Haiqal pula hanya tersengih nakal.

Puan Suraya meletakkan dulang makanan di meja kecil sebelum memandang mereka dengan penuh makna.

“Haiqal, jangan buli Sofea sangat. Sofea pun, jangan buli Haiqal waktu tidur.”

Sofea menggigit bibir.

“Umi tahu?”

Puan Suraya tersenyum.

“Dari dulu lagi umi tahu Sofea tidur lasak.”

Haiqal ketawa sambil mengangkat tangan.

“Qal jadi saksi.”

Sofea mencebik, tetapi dalam hatinya dia bersyukur. Walaupun baru bergelar isteri, dia tahu bahawa kehidupannya bersama Haiqal akan penuh dengan kasih sayang, jenaka, dan kenangan yang akan mereka simpan selama-lamanya.

Yey, nikah juga Haiqal ngn Sofea.. Happy reading gaiss..jgn lupa follow and comment.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience