FREE READING Haris Izzuddin a.k.a Ramadan, seorang chef selebriti yang terkenal dengan sikap perfectionist dan serius, terpaksa pulang ke kampung sempena bulan Ramadan untuk membantu ibunya menguruskan gerai juadah berbuka puasa. Kepulangannya itu bukan sahaja membuatkan para gadis kampung teruja, tetapi juga menimbulkan konflik dengan seorang wanita bernama Balqis Nadira - seorang gadis ceria dan periang yang menjadi 'ratu bazar' kerana keunikan 'Roti John' hasil air tangannya. Haris yang biasa dengan dunia kulinari eksklusif mula memandang rendah pada cara Balqis berniaga, sementara Balqis pula tidak suka sikap sombong Haris yang hanya tahu teori tetapi tidak pernah merasa 'nikmat' berjual di bazar Ramadan. Namun, tanpa mereka sedari perdebatan dan persaingan itu sebenarnya menyatukan mereka dalam cara yang tidak dijangka. Sepanjang Ramadan, pelbagai peristiwa lucu dan menyentuhi hati berlaku. Dari berebut tapak gerai, pelanggan yang tersalah beli, sehinggalah insiden Haris tersalah masak kerana terlalu sibuk bertikam lidah dengan Balqis. Dalam setiap kejadian, mereka mula mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam dan menyedari hikmah Ramadan yang bukan sekadar berpuasa, tetapi juga mengawal hati dan emosi. Namun, apabila Haris mendapat tawaran lumayan untuk kembali ke dunia kulinarinya selepas Aidilfitri, dia mula berfikir, adakah kebahagiaannya terletak pada dunia glamor, atau pada kehangatan Ramadan di bazar kecil bersama Balqis dan keluarganya?
Update 25 April 2025
2025-06-08 1 Replies
Aduhai...sedihnya Firdaus n Hasrina pergi serentak...bangkit Qis, Adan ada..
2025-05-28 1 Replies
padan muka kau Natasya, jht sgkan...
2025-05-28 1 Replies
Nasib baik Balqis xde pe²..jatuh sawah je, hai dah ada org nk jagakan jual mhl pulak tu...ikat je Adan Balqis ni...