~ 25 ~

Romance Completed 13901

“Best la ada boss macam ni. Pemurah betul.” Taufik, seorang Pengurus Sumber Manusia Syarikat AmanPuri Holdings cawangan Melaka tersengeh-sengeh apabila makan malam mereka hari itu ditaja oleh Pengurus Eksekutif baru. Malah menu mereka juga boleh tahan mewah malam itu.

Untuk seminar kali ini, Pengarah mereka mengarahkan agar dua orang pengurus hadir sebagai peserta merangkap pembantu Mikail semasa dia membuat pembentangan. Atas dasar penghargaan Mikail kepada Taufik dan Dina hari ini, dia mempelawa untuk membawa mereka makan di luar. Sesekali ambil hati anak buah. Apalah sangatnya berbelanja lebih sedikit untuk mereka. Hubungan ikhlas dan kepercayaan mereka terhadap Mikail yang penting. Lebih senang untuk mereka bekerjasama lagi selepas ini.

“Korang berdua dah banyak bantu saya, so here’s my treat. Jangan serik yer tolong saya lagi lepas ni.” ujar Mikail kepada mereka berdua.

“Kalau macam gini punya reward, tolong hari-hari pun boleh En Mika.” Kata Dina sambil tersengeh lebar. Bukan senang nak merasa makan steak mahal. Nak keluarkan duit sendiri tu mungkin payah. Dia lebih rela makan chicken chop di warung jalanan saja. Lebih jimat.

“Uish, sedap boss steak dia ni. Kalau Hilmi tahu boss belanja kita makan best, mesti dia jealous.” Ujar Taufik lagi sambil memasukkan sepotong daging enak ke dalam mulutnya. Dia mengunyah perlahan-lahan sambil benar-benar menikmati kelazatan daging tersebut. Dina pantas mengeluarkan telefon dan merakam aksi separa ghairah yang ditunjukkan oleh Taufik sebentar tadi.

“Sekali lagi Pik. Aku tak sempat nak rakam semua. Kau potong balik, kau kunyah balik macam tadi.” Pinta Dina sambil menghalakan lensa kamera telefonnya kepada Taufik.

“Okay. Okay. Ready eh…” sekali lagi Taufik beraksi seperti yang Dian pinta. Berdekah-dekah Lina dan Mikail ketawa menyaksikan aksi terlampau Taufik itu.

“Over sangat kau ni, Pik.” Kata Mikail sambil ketawa besar. Dina menghantar rakaman video tadi ke dalam Whatsapp Group rakan-rakan sepejabat mereka. Sengaja dia menayang rezeki terpijak mereka memancing iri hati rakan-rakan lain yang ada di Melaka. Dengan kata-kata ‘Alhamdulillah… mujur ikut boss buat kerja luar’, Hilmi yang awal sekali memberi respon.

[Hilmi]
Pergh! Untunglaaaa makan free…

[Dina]
Kami sebenarnya nak makan free kat hotel jer. Tapi boss dah ajak, takkan nak tolak. Rezeki ni. tak baik tolak niat hati boss nan suci murni.

[Hilmi]
Riak! Saja kan nak mention makan free kat hotel bagai. 2 malam je korang makan sedap. Lepas ni kau ikut aku pergi mamak jugak!

Balas Hilmi lagi. Bukanlah didengkikan sangat rakan-rakannya itu, tapi memang cara mereka bergurau saban hari begitulah. Saling bahan-membahan antara satu sama lain.

[Taufik]
Tak pe, Mi. Nanti aku tapau sikit bagi kau rasa eh! Kau nak steak ni ke atau kau nak nasi biryani gam kat hotel?

Taufik masih ingin menyakat rakan mereka itu.

[Hilmi]
Aaaaa! Sudahlah. Riak oi! Riak!

Diikuti sederet emotikon menangis. Taufik dan Dina ketawa berdekah-dekah dengan sikap Hilmi.

Mikail tidak berada di dalam kumpulan itu tetapi Taufik menunjukkan perbualan mereka kepadanya. Sudah menjadi adat, apabila pekerja-pekerja bawahan membina satu ruang sembang maya, orang-orang atasan pastinya tidak akan diajak bersama. Di situlah nanti segala ketidakpuasan hati akan dilempiaskan. Adakalanya bukanlah marah sangat tetapi respon keterlaluan itu kadang-kala perlu diluahkan kepada rakan-rakan agar mereka dapat bekerja dengan lebih tenang selepas itu.

Sedang meraka asyik makan, Mikail ternampak sepasang kekasih sedang berjalan melintasi mereka. Tangan kedua-dua mereka saling berpautan menggambarkan yang mereka sangat mesra bersama. Mikail sedikit gelisah apabila pasangan itu memilih untuk duduk betul-betul berhadapan dengannya. Jiwanya sedikit sengsara melihat kemesraan yang terpamer diseberang sana. Mujurlah dia sendiri sudah hampir habis menikmati makan malamnya. Jika tidak, pastinya steak yang sangat sedap itu hanya tersekat dikerongkongnya sahaja.

Mikail turut tersenyum nipis melihat telatah pasangan itu bergilir-gilir bercakap di telefon. Entah dengan siapa dan perbincangan apa yang berlaku di sana. Yang pasti, Mylia dan Luqman kelihatan sungguh gembira dan serasi bersama. Hatinya bagai ditoreh-toreh luka.

‘Aku benar-benar doakan kau bahagia, Mylia. Aku tak sanggup melihat air mata kau lagi tanpa aku dapat berbuat apa-apa. Aku tak akan tenteram kalau kau menderita. Aku harap masalah yang kau cuba selindungkan dari aku dulu dah selesai. Ya Allah, kau jagalah Mylia untuk ku, ya Allah… Aminnn ya Rabbal’aalamiiinnnn.’

Mikail memanjatkan doa buat buah hatinya itu. Dia hilang di alamnya sendiri. Dia sudah tidak memberi perhatian terhadap perbincangan Taufik dan Dina lagi. Teramat perit dirasakan apabila dia terpaksa menonton kemesraan gadis pujaannya bersama lelaki lain.

“En Mika! Ooo En Mika. Berangan dah sampai ke bulan ke tu?” panggilan Dina sedikit memeranjatkan Mikail.

“Ish, kamu ni. Kalau betul saya berangan jauh, bukan setakat bulan tapi dah sampai langit ke tujuh.” Ujar Mikail tanpa menafikan.

“Bermadah pujangga pulak En Mika ni. Mesti En Mika ni romantik kan? Dah la handsome, bijak, rajin, baik hati, pemurah… pakej lengkap. Tiptop… tapi bujang. Hairan betul saya. Ke bujang tapi taken?” usik Dina. Sengaja dia berbual-bual kosong sambil menyelit soalan-soalan cepumas. Mikail baru saja masuk ke syarikat mereka. Banyak benda yang belum mereka tahu tentang dia.

“Amboi… puji meleret eh… mentang-mentang dah kenyang.” Usik Mikail. Dina hanya tersengeh. “Nak buat macam mana, tak ada yang suka. Awak je cakap saya handsome. Orang lain tak hairan pun.” Kata Mikail merendah diri.

“Bukan sebab tu lah, boss. Boss tu handsome overdose, orang takut nak dekat. Satu, maybe diorang ingat boss dan ada girlfriend atau bini. Yang kedua, mungkin diorang risau. Kalau suami handsome sangat ni, ‘babi’ ramai boss.” Kata Dina dengan serius.

“Babi?” hairan sungguh Mikail dengan ayat-ayat tersirat Dina.

“Penyondol, boss. Penyondol. Babi kan suka menyondol!” terang Dina.

“Hah? Kaitan?” Mikail masih lagi keliru. Walaupun telah lama dia berkawan dengan Mylia dan Risyah, tapi dia masih jauh ketinggalan bab-bab gossip perempuan ni. banyak sungguh perumpamaan dan kiasan.

“Alaa boss ni. Lambat lah pulak. Penyondol tu maksudnya perempuan yang suka kacau laki orang. Perampas. Faham?” Jawab Dina.

“Eh, janganlah marah. Saya bukan kaki gossip atau netizen Malaysia. Mana lah saya tau istilah-istilah korang tu. Tapi Dina… Mana boleh macam tu. Rugilah saya. Sampai ke tua lah saya tak berbini.” Seloroh Mikail disambut derai tawa Taufik dan Dina.

Selesai makan, mereka pun berlalu pergi meninggalkan restoran itu. Sempat juga Mikail merelingkan matanya kepada Mylia dan Luqman. Sekali lagi, hanya doa dipanjatkan buat gadis yang masih setia menjadi permaisuri hati Mikail.

Pulang ke hotel malam itu, Mikail menelefon ibunya yang berada di Kuala Lumpur. Suraya enggan mengikutnya pulang ke Melaka kerana dia tahu Mikail akan bekerja di luar kawasan.

“Assalamualaikum, mama.” Sapa Mikail sebaik sahaja dia mendengar suara Suraya dihujung talian.

“Waalaikummussalam. Macam mana presentation kamu tadi?” Soal Suraya. Rindu pula dia apabila lama-lama ditinggalkan Mikail. Mikail satu-satunya anak yang dia ada. Setelah arwah suaminya meninggal, Mikail sajalah tempat dia mengadu dan bermanja. Mungkin disebabkan itulah Mikail menjadi seorang yang berkaraktor lemah-lembut dan sangat ramah-mesra. Dia tiada contoh yang lain di rumah melainkan Suraya. Bagaimana perilaku Suraya, begitulah Mikail.

“Alhamdulillah, mama. Lancar. Mama dah makan ke ni?” soal Mikail risau. Suraya suka tidur malam tanpa makan. Seandainya apa-apa terjadi kepada wanita itu di saat dia tidak berada di rumah, pasti dia akan menyalahkan dirinya. Nak diet katanya tetapi bagi Mikail tubuh badan mamanya itu sudah cukup sempurna bagi Wanita seusianya. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kurus.

Pertukaran Mikail ke Melaka kurang dipersetujui oleh Suraya tetapi Mikail berjanji yang dia tetap akan membawa Suraya bersama dengannya di Melaka. Sukar juga untuk Mikail meyakinkan Suraya pada mulanya tetapi hakikatnya susah sungguh untuk Suraya menolak apa saja permintaan anak lelaki tunggalnya itu.

“Dah. Maklong Ram kamu bagi kari ikan tenggiri seketul tadi. Sedap. Mama makan sampai bertambah nasinya.” Cerita Suraya. Sememangnya kari ikan menjadi kegemarannya. Tambahan pula ikan tenggiri.

“Haaa… favourite mama la tu kari ikan. Sekarang mama tengah buat apa?”

“Dah siap-siap nak tidur dah, Mika. Dah nak jam 10 dah ni. Mata pun dah berat. Nanti habis seminar kamu terus balik sini atau balik ke Melaka dulu?”

“Mika ke Melaka dulu, mama. Kan Mika bawa 2 orang anak buah ni. Kitorang car pool. Nanti Jumaat, Mika balik jemput mama ya.” Terang Mikail kepada Suraya.

“Boleh jer. Mama tanya sebab nak masak. Kalau kamu nak balik, mama masak lebih sikit.”

“Wah… menarik. Masak lemak cili api boleh ke, mama?” Mikail mula membuat pesanan sambil tersenyum-senyum membayangkan masak lemak resipi Suraya. Walaupun perutnya sudah kekenyangan tetapi Mikail masih lagi kecur liur.

“Boleh sangat. Mama dan mengantuk sangat dah ni. ada apa-apa lagi ker?” soal Suraya sambil tangannya menutup mulut yang sedang menguap.

“Tak der, mama. Mama tidur lah dulu ya. Nanti Mika call lagi. Assalamualaikum mama. Jaga diri. Pastikan semua pintu dan tingkap dah kunci betul-betul yer mama.” Pesannya lagi.

“Waalaikummussalam… Aah, mama kena check balik pintu dengan tingkap tu. Okay Mika. Bye…” ujar Suraya sambil mematikan panggilan telefon.

Sebaik sahaja panggilan tersebut dimatikan, satu mesej masuk ke telefon Mikail.

[UnKnown]
Asslamualaikum En Mikail. Saya Rosemira Razak, wakil daripada Syarikat KaryaLuna Sdn Bhd. Pihak kami sangat berminat dengan program yang encik sampaikan petang tadi. Saya berharap kita boleh duduk berbincang dengan lebih detail esok. Mungkin selepas makan malam.
Terima kasih.

Mikail menjeling jam yang tertera di telefonnya. Sudah pun menghampiri 10:00 malam. Akhirnya Mikail putuskan untuk mendiamkan diri. Dia hanya akan menjawab mesej tersebut esok pagi. Mikail membuka siaran televisyen yang ada di biliknya. Sebuah cerita Inggeris 90an sedang ditayangkan. Entah masa bila Mikail akhirnya terlelap.

Selang beberapa pintu dari bilik Mikail, lain pula keadaan yang berlaku di bilik Luqman dan Mylia. Selesai mereka solat berjemaah, suasana serta-merta bertukar menjadi seram sejuk. Mylia tidak dapat menenangkan gemuruh hatinya apabila dia memanjat naik ke atas katil dan masuk ke dalam selimut. Kejadian malam tadi benar-benar menghantui Mylia.

Selesai melipat dan menyimpan sejadah, Luqman mematikan semua suis lampu termasuk bilik air kecuali sepasang lampu meja. Luqman juga membaringkan badannya di atas katil sebelah Mylia. Dalam keadaan terlentang, dia memejamkan matanya. Mylia pula yang sedang mengiring membelakangi Luqman tidak berani memejamkan matanya. Susah hati Mylia bukan kepalang. Dia tidak tahu bagaimana harus dia berdepan dengan Luqman malam itu.

Setelah beberapa ketika, katil mereka bergoyang. Luqman berpusing mengalihkan badannya mengiring. Mylia yang dari tadi tak senang duduk terus sahaja melompat bangun dari katil tanpa menoleh kepada Luqman. Terus sahaja dia berjalan pantas menuju ke bilik air. Dia belum bersedia untuk apa pun kebarangkalian malam itu.

Lama dia melangu di dalam bilik air. Sekejap dia duduk di atas tandas, sekejap pula dia berjalan mundar-mandir di hadapan sinki. Dia resah sendirian.

‘Aku mesti bagitau Luqman yang aku belum bersedia. Aku datang untuk bekerja. Minta tolong kat dia sangat-sangat agar jangan hilangkan fokus aku terhadap kerja…’ Mylia merencana dialognya bersama Luqman sebaik sahaja dia keluar daripada bilik kecil itu. ‘Dia mesti boleh ikut. Tapi kalau dia tak boleh ikut jugak, aku tidur kat sofa.’ Putus Mylia.

Mylia menekan flush tandas dan melangkah keluar perlahan-lahan. Dia mengintip Luqman sedikit demi sedikit. Luqman sedang tidur mengiring ke tepi katil. Badannya bergerak perlahan-lahan mengikut ritma pernafasannya.

‘Dah tidur ke dia?’ fikir Mylia sendirian. Mylia terus melangkah sesunyi mungkin. Dibantu dengan lantai yang beralaskan karpet seluruhnya, Mylia sangat bernasib baik. Semasa Mylia naik ke atas katil, dia membaringkan badannya seperlahan yang mungkin. Andai benar Luqman sudah tidur, dia tidak mahu mengejutkan lelaki itu. Bolehlah Mylia tidur lena hingga ke pagi.

Sebaik sahaja dia masuk ke dalam semilut dan mengiring membelakangi Luqman, badan Luqman masih belum bergerak. Dia sangat berhati-hati hinggakan nafasnya juga dihela dan dihembus perlahan-lahan.

‘Hai la Mylia… orang keras kejung gemuruh resah malam pertama jer. Yang kau ni dah nak setahun pun masih tak boleh bertenang lagi hidup kau.’ Fikir Mylia sendirian. Entah berapa lama dia kaku membatu sebelah Luqman dia pun sudah hilang perhitungan masa. Akhirnya Mylia terbuai lena.

Apa yang Mylia tidak tahu, Luqman disebelahnya langsung belum tidur. Tetapi keresahan Mylia sejak di dalam kereta sewaktu mereka pulang dari menonton wayang tadi jelas kelihatan di mata Luqman. Dia tahu gadis itu belum bersedia untuk menerimanya. Ada masa dia dapat berlagak biasa tetapi ada masa keras perut Luqman menahan diri daripada ketawa.

Dia mahu Mylia tidur dengan selesa. Cukuplah apa yang mereka bincangkan setakat ini. Dia sudah pun menyatakan hasratnya untuk masa depan mereka. Sekarang terpulang kepada Mylia untuk membuka hatinya menerima Luqman dengan tenang. Tak guna memaksa.

Setelah dia mendengar hembusan nafas tenang daripada Mylia, dia tau gadis itu sudah lena tidurnya. Luqman menelentangkan badannya dan menggeliat seketika. Lenguh-lenguh juga dia menahan diri daripada langsung bergerak lebih satu jam. Mata Luqman segar bugar. Tiada secebis pun rasa mengantuk. Matanya memandang siling panel kayu yang tersusun cantik di atas kepala tetapi pandangan jauh melayang menembusi siling.

Segalanya mudah dan indah bagi dia dan Aisyah. Langsung tiada keganjalan walaupun mereka pertama kali bersentuhan kulit. Lain benar pengalaman malam pertamanya bersama Aisyah dulu. Senyuman yang terukir saat Aisyah melangkah masuk ke bilik tak pernah hilang sehinggalah mereka sama-sama bangun untuk solat Subuh bersama-sama keesokkan paginya.

“Abang jangan pandang macam tu. Malu lah.” Kata Aisyah di saat dia melangkah masuk. Luqman terlebih dahulu masuk ke kamar. Aisyah sebelum itu masih sibuk mengemas di dapur.

“Buat apa nak malu. Suami sayang sendiri dah kan?” balas Luqman lembut. Senyuman nan lebar dilontarkan buat isteri yang baru dinikahinya siang tadi. Luqman bangun daripada pembaringannya dan duduk tersandar di kepala katil. Dia menepuk tilam di hadapannya perlahan-lahan. Aisyah berjalan perlahan-lahan dan duduk di situ.

Luqman membuka tudung Aisyah perlahan-lahan. Ikatan rambut Aisyah dilepaskan. Rambut yang tadinya tersanggul kemas jatuh berjurai hingga ke pinggang.

“Cantiknya rambut sayang. Tak sangka pandai jaga rambut panjang.” Aisyah tertunduk malu. Kali pertama mereka berbual-bual seromantik itu.

“I love you sayang… for the rest of my life.” Ucap Luqman sambil mencium pipi isterinya lembut.

“Tak nak…” kata Aisyah sambil memandang tepat ke arah Luqman. Terkejut Luqman mendengar jawapan balas daripada Aisyah.

“Tak nak?” soal Luqman.

“Sayang tak nak hidup seminit pun tanpa abang. I love you and you will love me for the rest of MY life.” Ditekankan pada perkataan MY itu. Bibir mungil Aisyah terus dikucup Luqman dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Air mata Luqman mengalir laju. ‘Patutlah sayang cakap macam tu. Rupanya sayang dah tau yang sayang akan pergi dulu dan tinggalkan abang di dunia ni seorang-seorang. Tapi sayang mesti tahu, walaupun sayang dah tak ada di sini, cinta abang masih utuh buat sayang. I love you for the rest of MY life.’ Ayat-ayat sayu itu bergaung di dalam fikiran Luqman. Entah kali ke berapa, Luqman terlena dengan linangan air mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience