~ 48 ~

Romance Completed 13901

Hampir dua jam mereka berbual pagi itu. Ada secebis rasa puas hati di hati masing-masing. Sebelum ini, segalanya bagaikan satu rahsia yang membelenggu mereka berdua. Setelah segalanya diluahkan, terasa sedikit ringan bebanan yang ditanggung.

Mereka sama-sama sedar untuk kembali bersama itu adalah hampir kepada mustahil. Bukan itu tujuan utama mereka. Malah di akhir perbualan mereka, mereka sama-sama mendoakan kebahagiaan masing-masing dengan pasangan mereka tersendiri.

Buat Mikail sendiri, jika sebelum ini dia rasa takut untuk berkongsi rahsia itu dengan Mylia, tetapi dia dapat rasakan satu ketenangan jiwa setelah dia luahkan segalanya. Mungkin selepas ini dia lebih mudah untuk meneruskan hidupnya sendiri tanpa terikat dengan Mylia. Mustahil untuk dia melupakan tetapi lebih mudah untuk dia bersahabat dengan takdir yang satu ini.

Bagi Mylia pula, sekurang-kurangnya satu persoalan sudah terjawab. Jadi sekarang ini dia sudah boleh menerima yang cemburu Luqman itu sebenarnya berasas. Dia lelaki. Pastinya dia lebih arif tentang sikap seorang lelaki yang lain.

“Abang benar-benar cemburukan Mika kea bang?” terpacul persoalan itu di mulut Mylia. Tertawa kecil dia sendirian.

Sekarang ini, Mylia sudah boleh menutup sebentar bab Mikail dalam karangan cerita hidupnya dan kembali fokus kepada suaminya. Dia perlu menganalisa permasalahan antara dia dan Luqman pula. Mylia perlu mencari satu jalan tengah antara dia, Luqman dan Aisyah. Dia juga perlu bersahabat dengan takdir yang satu ini. Untuk memastikan perkahwinan mereka berjaya, ia menuntuk satu pengorbanan emosi yang besar.

Usai makan malam, Mylia menanti waktu yang tepat untuk menelefon Luqman. Dia sengaja memilih waktu kebiasaan Luqman berada di kedai. Dia mahu berbincang dengan Luqman tanpa gangguan daripada Julia dan Jasmin buat seketika.

Lebih kurang jam 9:30 malam, Mylia membuat panggilan video kepada Luqman. Tak sempat tiga kali deringan panggilannya sudah dijawab.

“Assalamualaikum sayang. Abang kat kedai ni. Julia dan Jasmin ada di rumah.” Sapa Luqman. Dia kira Mylia ingin berbuat dengan anak-anaknya.

“Waalaikummussalam. Ya, Mylia tau.” Jawab Mylia sambil cuba tersenyum. Dia cuba untuk memberikan senyuman paling manis buat Luqman waktu itu. Berkerut seketika kening Luqman. Dia hairan dengan jawapan Mylia. Terkejut agaknya dia seketika menyebabkan lambat betul untuk dia memahami maksud tersirat dalam jawapan Mylia itu.

“Kejap, abang masuk ke office.” Tersenyum lebar Luqman setelah mesej tersembunyi itu sampai ke akalnya. Tertawa kecil Mylia melihat karenah Luqman.

‘Aduhai sang suami. Terkadang kamu lucu amat.’ Bisik hati Mylia.

“Okay, dah. Abang dah dalam office.” Beritahu Luqman sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa di dalam pejabatnya.

“Abang sihat?” soal Mylia.

“Sihat. Sayang?” soal Luqman kembali.

“Alhamdulillah.” Jawab Mylia. Tiba-tiba kabur sekejap fikirannya. Tidak tahu di mana untuk dia bermula.

“Macam mana kursus so far?” Soal Luqman apabila melihat Mylia seperti tidak berapa fokus.

“Okay. Banyak ilmu baru yang Mylia dapat absorb. Penceramah pun sporting.” Luqman tersenyum mendengar jawapan daripada Mylia. Panjang lebar. Bukan lagi sepatah-sepatah seperti sebelum ini. “Abang…” panggil Mylia dengan lembut.

“Ya…” intonasi yang sama digunakan oleh Luqman.

“Sayang minta maaf sebab ambik masa yang agak lama untuk contact abang.” Luah Mylia sambil tertunduk. Tidak berani dia bertentang mata dengan Luqman.

“Mylia dah ada keputusan?” Luqman meberanikan diri untuk terus bertanya. Dia sudah tidak mampu berteka-teki lagi. Dia rindukan isterinya.

“Belum sepenuhnya.” Jawab Mylia jujur. Ada sedikit perubahan riak wajah Luqman tetapi cepat-cepat dia menutupnya. Luqman mengalihkan pandangannya ke sisi.

Waktu itu, kepala Luqman sedikit teralih, membuatkan Mylia terperasan perubahan di dinding pejabat Luqman.

“Abang…” panggil Mylia.

“Ya.” jawab Luqman tanpa memandang.

“Gambar apa kat dinding belakang abang tu?” soal Mylia tiba-tiba. Segera Luqman berpusing ke belakang untuk melihat gambar yagn dimaksudkan.

“Gambar kahwin kita.” Jawab Luqman perlahan. Niat asal untuk dia buat kejutan kepada Mylia nampaknya telah gagal. Mylia melopong. Dia langsung tidak menyangka.

“Bila abang letak gambar kita kat situ?” soal Mylia lagi.

“Sejak malam pertama kita…” jawab Luqman. Sedikit malu dia menjawab soalan itu. “Banyak lagi gambar lain. Abang ingat nak surprise kat sayang tapi belum ada kesempatan.” Jelasnya lagi.

“Nak tengok!” pinta Mylia sedikit teruja.

“Ermmm…” Luqman berfikir sejenak. “Tunggu balik sini nanti Mylia datang tengok sendiri okay?” Luqman sengaja tidak mahu tunjukkan. Dia tetap mahu Mylia datang sendiri ke pejabatnya dan lihat dengan matanya secara terus.

“Alaaa… tengok lah.” Luqman hanya menggeleng.

“Tak boleh.” Jawabnya.

“Abang ni saja nak siksa Mylia yer?” soal Mylia pula. Luqman tertawa kecil.

“Sikit lah. Rasa lah sikit duka-lara abang sekarang ni. Kita Kongsi sorang sikit.” Usik Luqman. Muncung Panjang mulut Mylia jadinya.

“Abang…” panggil Mylia lagi. Dia begitu teragak-agak untuk membuka cerita.

“Ya, sayang.” Berbunga juga hati Mylia dipanggil sayang.

“Sayang nak minta maaf kalau kata-kata sayang kat abang tentang Aisyah dah melampaui batas. Sayang betul-betul minta maaf. Sayang taka da hak untuk mempersoalkan hal itu.” Bicara Mylia membuka tajuk.

“Boleh abang tahu yang sebenar-benarnya apa yang terjadi di malam pertama kita yang buat sayang marah sangat kat abang? Sayang boleh jujur dengan abang. Abang janji abang akan dengar betul-betul. Sayang tak suka abang sentuh sayang?” menyentuh ceria malam pertama mereka, merah padam wajah Mylia.

“Abang ni… takkan lah sayang tak suka abang sentuh sayang.” Mylia tersenyum malu.

“Habis?” Luqman tidak sabar untuk mengetahui hal yang sebenar.

“Malam itu sangat-sangat istimewa buat sayang. It was my first time and I really liked it. I enjoyed it very much. I was on the cloud nine…” akui Mylia sepenuh hati. “Tapi…”

“Tapi?” Luqman sudah tidak mampu bersabar.

“Tapi malam itu juga abang ucapkan yang abang cintakan Aisyah.” Hilang terus senyuman manis Mylia tadi. Sugul pula yang bertandang.

“Abang cakap apa?” Luqman seperti tidak berapa jelas mendengar apa yang Mylia baru saja sebutkan.

“To be precise, you said ‘I love you, Ecah!’. Right to my ear. Waktu itu abang tengah peluk badan sayang rapat sungguh ke badan abang. Begitu jelas ayat abang satu persatu. Sayang tak boleh nak lupa suara abang malam itu.” Ceria Mylia lagi tanpa berselindung.

“Astaghfirullahaladzim. Sayang, abang minta maaf. Abang langsung tak sedar.” Hanya itu sahaja yang mampu diucapkan.

“Sebelum-sebelum ini sayang tak kisah sangat. Sayang sudah biasa dengan igauana abang tu. Tapi malam tu malam istimewa kita. At least it was my special night.”luah Mylia lagi.

“Sayang… it was my special night too, sayang. Malam tu abang sedar yang abang betul-betul dah cintakan sayang.” Kini giliran Luqman pula meluahkan perasaannya.

“Tapi abang tak sebut cinta itu pada sayang. Abang sebut Aisyah.” Mula bergenang air mata Mylia.

“Abang takt ahu kalau sayang boleh percayakan abang atau tidak, tetapi mimpi abang tentang Aisyah malam tu cukup jelas dalam ingatan abang.” Kata Luqman.

“Abang, you are not helping.” Bantah Mylia.

“Listen first. Malam itu, abang mimpi Aisyah datang memimpin tangan sayang dan menyerahkan sayang kepada abang dan anak-anak. Lepas tu, dia terus berlalu tanpa menoleh langsung kepada abang. Abang rasakan seolah Aisyah telah merestui hubungan kita dan abang rasa satu kebebasan untuk membuka pintu hati abang ni seluas-luasnya buat isteri abang sekarang ni.”

Mylia memandang tepat mata Luqman menerusi skrin telefon. Begitu jugak Luqman. Mereka berdua sama-sama terdiam seketika. Hanya mata mereka yang berinteraksi.

“Abang tak tipu sayang?” Mylia meminta kepastian.

“Buat apa abang nak tipu sayang? Sejak dari hari itu, abang dah tak pernah mimpikan Aisyah. Mungkin sebab abang terlalu rindukan sayang.” Perlahan saja ayat terakhir itu dituturkan.

“Betul abang rindukan sayang?” soal Mylia lagi. Terbit sekelumit senyuman di bibir Mylia.

“Sangat! Teramat! Siksanya abang nak lelapkan mata kat bilik Lyana. Tak tau berapa kali abang bangun tengah malam dan naik ke atas tapi a bang tak sanggup nak tambah marah sayang kat abang.” Luqman membuat pengakuan.

Mendengar luahan Luqman, Mylia menekup wajahnya ke pelipat siku. Dia gembira dan dia terharu dengan pengakuan Ikhlas Luqman itu. Dia menangis.

“Sayang…” panggil Luqman apabila wajah Mylia hilang daripada skrin telefonnya.

“Ya…” Mylia megnangkat wajahnya mengadap skrin. Merah habis mata, hidung dan bibir Mylia saat itu.

“Sayang janganlah nangis.” Pinta Luqman.

“Sayang rindukan abang…” akui Mylia. Kali ini giliran Luqman pula yang menitiskan air mata. Cepat-cepat dia memusingkan wajahnya ke sisi. Seketika kemudian dia mengangguk-angguk. Dia gembira. Teramat gembira. Terasa jauh dan luas masa hadapannya saat itu.

Mujurlah esoknya Ahad. Mereka berbual sungguh Panjang malam itu. Mereka berhenti seketika sewaktu Luqman mahu menutup kedai. Sebaik sahaja dia berada di dalam kereta dalam perjalanan pulang, terus sahaja dia memasang fon telinga dan membuat panggilan kepada Mylia semua. Perbualan mereka bersambung sehingga ke pagi. Sambil Luqman terbaring di atas katil sambil memeluk bantal milik Mylia, sambil mereka terus berbual.

“Dah dekat jam 2 pagi dah abang. Abang tak nak tidur lagi? Soal Mylia apabila dia tersedarkan masa. Luqman mengerling jam yang tergantung di dinding.

“Ya lah. Tak sedar langsung masa. Sayang dah mengantuk? Esok ada aktiviti apa?” tanya Luqman lagi. Berat untuk dia tamatkan perbualan mereka waktu itu. Semuanya seperti sangat sempurna.

“Tak ada apa-apa pun. Esok kan Ahad. Isnin pagi baru sambung semula.” Jawab Mylia dengan mata yang sudah pun terpejam rapat. Di dalam mindanya, dia membayangkan yang mereka berada di atas katil yang sama.

“Oh. Nak rehat saja dalam bilik yer?”

“Iya. Keluar makan sajalah sekejap. Pagi sarapan di hotel saja. Lepas asar baru keluar cari lunch sekali dinner.” Mylia mula merancang untuk esok.

“Diet ker? Dua kali je makan?” soal Luqman.

“Bukan diet. Sama je macam orang tu. Tak lalu nak makan. Dia suap anak dia je makan. Dia tak makan pun.” Sindir Mylia.

“Eh, mana ada. Abang makan elok jer. Mana ada tak makan?” bangkang Luqman.

“Iyer, abang? Nak temberang sayang yer? Abang jangan lupa, isteri abang ni menantu kesayangan mak abang tu tau.” Beritahu Mylia membuka rahsia bagaimana dia boleh tahu serba serbi yang sedang berlaku di rumah sekarang.

“Amboi… dah pandai mengadu kat menantu. Dah lama dah buat perangai tu?”

“Lama dah kami merancang. Abang je yang lalai.” Berderai tawa antara mereka.

“Abang, jom tidur jom. Sayang dah mengantuk sangat dah.” Pinta si isteri. Suaranya juga sudah pun berubah serak.

“Okay sayang. Sayang tidur dulu. Nanti bila abang dah dengar sayang berdengkur, abang matikan call ni.”

“Eee… mana ada orang berdengkur.” Bentak Mylia.

“Orang lain abang tak tau lah berdengkur ke tak. Abang dengar sayang je.” Jawab Luqman masih lagi menyakat.

“Iyer ker? Kuat ker?” selama ini tak pernah ada yang beritahu dia berdengkur.

“Tak lah. Comel jer.” Luqman tertawa kecil.

“Ish abang ni. Main-main ke ni?” Mylia mula merengek manja.

“Okay… okay… jom kita tidur yer. Good night, sayang. I love you.” Tersentuh hati Mylia mendengar ucapan keramat itu.

“Good night, abang.” Sedikit teragak untuk Mylia membalas ucapan cinta Luqman waktu itu. “I love you.” Ucapnya perlahan tapi cukup kuat untuk sampai ke telinga Luqman. Bahagia sungguh hatinya. Mahu sahaja dia terus terbang ke Sabah waktu itu juga. Rindunya pada Mylia Allah sahaja yang tahu.

Tamat perbualan itu, terus sahaja Luqman membuka website penerbangan. Dia ingin terus ke sana untuk bersama dengan isterinya. Sudah tidak tertanggung rindu di dada. Dia mahu buat kejutan kepada Mylia.

Penerbangan ke Kota Kinabalu pada hari Rabu selamat dibelinya. Hanya dia seorang saja yang akan ke sana. Dia akan menyuruh anak-anaknya bercuti sekolah untuk tiga hari itu. Jika tidak, susah pula untuk dia uruskan pengangkutan anak-anaknya pergi dan balik dari sekolah. Sungguh dia tidak sabar untuk berjumpa dengan Mylia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience