~ 12 ~

Romance Completed 13901

“Hai, pengantin baru… seronok honeymoon?” usik Risya sebaik sahaja Mylia kembali bekerja.

“Kalau kau nak tau seronok ke tak, kahwin la cepat!” jawab Mylia tersengih-sengih. Mereka tidak perlu tahu duka-lara di hatinya. Kenapa harus dia membuka pekungnya sendiri.

“Haih… nak buat macam mana… jodoh aku sibuk jaga jodoh orang lain… dia tak sempat nak datang cari aku ni…” seloroh Risya separa mengeluh.

“Huh?” soal Mylia. Pening dia dengan ayat Risya yang berbelit-belit.

“Apa makin blur member aku sorang ni sejak-sejak dah kahwin ni?” kata Risya sambil menepuk bahu Mylia. “Yer lah… orang yang sepatutnya jadi suami aku tengah couple dengan orang lain yang bukan jodoh dia… sebab diakan jodoh aku. So, dia tengah busy layan awek dia tu sekarang, padahal dia takt ahu yang awek dia tu bukannya jodoh dia pun… jodoh dia tu aku… faham?” terang Risya Panjang lebar.

“Huh?” kening Mylia makin berkerut. Bertambah pening Mylia mendengar penjelasan Risya yang berbelit-belit tu.

“Hish, kau ni. Hilang terus punchline aku. Lantak engkau lah. Malas aku nak terang. Kepala tengah angau teruk kat encik suami ker, sampai tak berapa nak berfungsi ni?” sakat Risya kembali.

“Eh, kau ni. Tak ada makna aku nak angau.” Jawab Mylia malas.

“Sure, right!” Risya mengangkat keningnya menyindir. Mylia pura-pura buat tak Nampak.

“Wahhhh… pengantin baru dah masuk kerja laaaa… selamat pengantin baru, pengantin baru…” tegur Borhan sebaik sahaja dia melangkah masuk ke pejabatnya dan ternampak kelibat Mylia.

“Apa hal korang semua cakap bahasa belit-belit ni? Cakap direct elok-elok tak boleh ker? Peninglah!” bising Mylia.

“Kau pening, Mylia? Kau dah mengandung ke apa? Kau biar betul. Baru seminggu kau kahwin, takkan dah lekat baby?” suara Borhan yang acah-acah terkejut tu begitu lantang sekali. Merah padam muka Mylia.

“Weh, bongoklah kau. Apa cakap macam tu kuat-kuat? Malu lah aku!” marah Mylia.

“Siapa mengandung?” tiba-tiba muncul lagi satu suara yang amat dekat di hati Mylia. Terkaku sebentar Mylia. Dia cepat-cepat menghalau perasaannya tadi dan cuba berlagak biasa.

“Siapa lagi, Mika. Ex-girlfriend kau nil ah! Baru kahwin seminggu dah pening-pening, bro!” usik Borhan lagi. Mylia pasrah. Memang tiada gunanya langsung dia nak pertahankan dirinya. Dia tahu mereka hanya menyakatnya.

“Wow! Hebat.” Komen Mikail sambil meletakkan begnya di atas meja di hadapan Mylia. Seminggu tak pandang wajah gadis itu, rindu semakin menebal dalam hatinya. Tetapi dia tidak boleh melayan rasa rindu itu lagi. dia sepatutnya membuang rasa rindu itu jauh-jauh. Mylia sudah menjadi milik orang.

“Bila Borhan bercerita, kau dengar boleh, kau percaya jangan!” giliran Risya pula menyakat Borhan.

“Amboi mulut diaaa…” kata Borhan kepada Risya dengan nada suara sedikit mengugut.

“Kenapa? Cantik? Cantikkan mulut aku? Secantik wajahku…” Risya berkata sambil membuat beberapa gaya lagak model di kaca televisyen.

“A’ah… cantik! Macam itik!” ujar Borhan dengan senyuman yang tertahan-tahan. Sengaja dia mengumpan marah gadis di hadapannya itu. Mylia dan Mikail sudah pun ketawa besar melihat aksi mereka berdua.

“Sempena cik kak kita dah masuk kerja, jom kita pergi breakfast. Aku payung.” Pelawa Mikail.

“Jom!” sambut Borhan dengan semangat sekali.

“Eeee… kemaruk betul mamat ni. Hadap sangat makan free.” Risya tak habis-habis menyakat Borhan.

“Rezeki jangan di tolak, cik kak.” Kata Borhan membidas ayat Risya. Tangan kanannya memeluk bahu Mikail dan tangan kiri menepuk dada Mikail perlahan-lahan menandakan Mikail itu adalah rezeki mereka. “Musuh jangan di cari!” kemudian, tangan kirinya beralih ke dadanya sendiri pula. Bagaikan memberi amaran kepada Risya untuk tidak mencari gaduh dengannya.

“Eleh, kau mana boleh hidup tanpa aku. Kau tak boleh lah nak marah aku lama-lama.” Balas Risya dengan penuh yakin.

“Aku bukan tak boleh hidup tanpa kau. Tapi aku ni lelaki soleh. Berdosa putuskan silaturrahim. Betul tak Mika?” Borhan mencari sokongan.

“Ada-ada sajalah korang. Malas aku nak masuk campur. Kita ada masa setengah jam saja lagi. aku dah lapar, aku nak makan. Tu je.” Jawab Mikail malas. Risya dan Mylia sudah ketawa besar melihat Borhan yang gagal mendapat sokongan sahabatnya itu.

Sesampainya di café, keempat-empat mereka mengadap nasi lemak daun pisang yang telah tersedia di atas meja. Hanya minuman sahaja yang dipesan mengikut citarasa masing-masing. Mikail masih dengan Nescafe O aisnya, Borhan memesan teh tarik, Risya dan Mylia pula memesan teh O ais. Rancak mereka berbual-bual sambil bersarapan. Hanya Mylia yang bercuti seminggu, tetapi cara mereka bersembang bagaikan semuanya tak pernah berjumpa bertahun. Riuh-rendah jadinya.

Hati Mylia kembali tenang seketika saat itu. Terasa bagaikan hidupnya kembali normal seperti sedia kala. Lama sungguh rasanya dia tidak ketawa sepenuh hati begitu. Seminggu hidup bersama Luqman amat-amat menyesakkan dadanya. Terasa bagai nafasnya tersekat. Tidur malamnya kini bagaikan igauan ngeri setiap hari. Kalaulah mereka tinggal berasingan dengan mentuanya, sudah lama dia meminta untuk tidur di bilik asing.

Setelah seminggu rutin harian Luqman terganggu dek kerana majlis nikahnya dan percutian bulan madunya, hari ini dia kembali ke tanah perkuburan Aisyah semula. Baru sahaja keretanya masuk ke tapak parker kereta, matanya sudah dikaburi air mata. Terasa lama sangat dia mengabaikan pusara isteri kesayangannya itu.

Perlahan-lahan dia melangkah merapati kubur Aisyah. Rasa bersalah yang amat sangat berbuku dibenaknya. Semenjak pernikahannya dengan Mylia, itulah kali pertama dia datang ‘menemui’ Aisyah. Bagaikan seorang pesalah, dia berdiri sebentar di hadapan kubur Aisyah. Kepalanya tertunduk rapat.

“Assalamualaikum, isteri abang…” Dia rasa malu untuk berbicara dengan Aisyah waktu itu.

Setelah seketika, barulah dia menghampar tikar kecilnya dan memulakan bacaan Yaasin seperti sediakala. Serak dan sebak suaranya ketika mengalunkan ayat-ayat suci itu. Orang kata masa mampu merawat luka dan duka, tetapi sudah lebih lima tahun Aisyah pergi mengadap Ilahi, tetapi sakit yang dirasa Luqman masih tetap pedih.

“Maafkan abang, ya Ecah. Dah seminggu abang tak datang jenguk Aisyah.” Kata Luqman memulakan bual-bicaranya bersama Aisyah. Jemari Luqman perlahan-lahan membersihkan pusara Aisyah yang sudah mula ditumbuhi rumput-rumput liar.

“Abang dah penuhi permintaan mak. Dia yang nak sangat ada bermenantu, sekarang dia sudah dapat menantu yang diidam-idamkan. Abang harap selepas ni, mak tak akan bising-bising lagi.” bicaranya terhenti seketika.

“Abang kesian sebenarnya kat Mylia tu. Dia tak sepatutnya berkahwin dengan abang. Dia layak untuk mendapat seorang suami yang baik yang mampu sayangkan dia sebanyak mana abang sayangkan Aisyah. Tapi abang bukan orangnya. Abang tak mampu nak terima dia dalam hati abang. Dah tak ada ruang dalam hati abang untuk orang lain.” Saat itu, memori-memori dia bersama Aisyah silih bertukar-ganti di ruang mindanya. Gelak tawanya bersama Aisyah bagaikan terdengar-dengar di cuping telinga.

“Abang rindukan Aisyah. Semakin abang melihat dia, semakin dalam rindu abang pada Aisyah. Abang tak mampu untuk hidup macam tu. Kenapa abang perlu hidup macam tu?” kini suara Luqman berselang-seli dengan esakkan. Dia tahu tidak elok untuk dia menangisi Aisyah seteruk itu. Dia juga tahu yang perbuatannya itu boleh mengganggu kesejahteraan Aisyah di alam barzakh. Dia tidak mahu menyusahkan Aisyah, tetapi sarat rindu di hati Luqman yang tak terluah mengundang sendu dan air mata.

Segera dia meraup mukanya dan menyeka air matanya. Luqman menarik nafas dalam-dalam dan cuba menenangkan kembali dirinya. Dia perlu kuat untuk anak-anaknya.

“Dia melayan anak-anak kita dengan baik, tau Ecah. Ecah jangan bimbang bab anak-anak, ya. Sekurang-kurangnya abang bersyukur juga bila tengok Julia dan Jasmin manja betul dengan dia. Selalunya diorang bercakap dengan Ecah melalui gambar saja kan. Sekarang, dah ada orang nak layan manja diorang tu. Makin mengada-ngada pula kadang-kadang abang tengok.
Apa abang buat semua dah salah. Ibu saja yang betul.” Luqman tersenyum sedikit apabila bercerita tentang anak-anaknya.

Pagi tadi sebelum ke sekolah, Julia datang berjumpa Luqman menunjukkan cara yang betul nak pakai tudung katanya.

“Abi, macam nil ah orang pakai tudung. Bukan macam yang abi buat tu. Tak betul!” kata Julia sambil menayang tudungnya kepada Luqman. Tidak lama kemudian, Jasmin pula datang menghampiri.

“Abi, tengok tocang Jasmin. Cantik tak? Ibu letak reben putih macam ni. Cantik kan Jasmin?” kata Jasmin sambil membelai-belai rambutnya.

“Abang harap Mylia tu pandailah nak jaga rambut anak-anak kita supaya cantik macam rambut Aisyah. Nanti tak adalah mak nak bising-bising suruh potong lagi.” cerita Luqman kepada Aisyah lagi sambil tersenyum nipis.

“Aisyah, abang doa Aisyah tenang hidup di sana. Aisyah tunggu abang datang ya sayang.” Luqman mengusap-usap batu nisan yang terpacak di hadapannya itu. Seolahnya dia sedang mengusap bahu atau kepala Aisyah saja lagaknya.

“Abang pergi kerja dulu. Esok abang datang lagi tau. I love you, Aisyah.”

Sebaik sahaja Luqman masuk ke dalam keretanya, satu pesanan ringkas juga masuk ke telefonnya.

[Mylia]
Assalamualaikum. Minta izin nak balik rumah umi time lunch break nanti.

Sesungguhnya masih belum wujud kemesraan antara mereka. Tanpa Julia dan Jasmin di sisi, mereka bagaikan dua orang asing yang dipaksa duduk bersama-sama. Sebetulnya Julia dan Jasminlah penguat semangat Mylia untuk melalui hari-hari alam perkahwinannya bersama Luqman.

[Luqman]
OK

Dingin. Itulah satu-satunya perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan hubungan mereka suami isteri.

Seperti biasa, Luqman tiba di kedainya beberapa minit sebelum jam 10 pagi. Waktu itu, tiga orang pekerjanya sudah pun berada di situ. Mereka tidak mempunyai kunci utama, jadi hanya menunggu Luqman datang untuk membuka pintu. Sebaik sahaja pintu di buka, masing-masing sudah arif dengan tugasan pertama yang harus mereka lakukan. Seorang membantu Luqman membuka pintu kedai sepenuhnya, dua orang lagi mengelilingi setiap inci kawasan kedai memeriksa keadaan barangan yang tersusun di rak sambil menyapu sampah. Selain itu, mereka juga perlu memastikan kebersihan lantai dan setiap barangan dalam keadaan yang memuaskan. Sebab itulah pekerjanya lebih ramai di waktu siang. Pada sebelah malamnya pula, dia hanya mengambil dua orang pekerja sahaja.

Sebaik selesai membuka pintu, pekerja lelaki Luqman yang bernama Rashid itu akan terus ke stor untuk memeriksa stok semasa dan membuat laporan kepada Luqman dengan sebelum waktu tengahari. Ada masa Luqman sendiri akan masuk ke stor untuk memeriksa stok kedainya. Walau bagaimana percaya sekalipun dia terhadap semua pekerjanya, sekali-sekala dia perlu membuat pemeriksaan.

Lebih kurang jam 12:30 tengahari, ibu Luqman menelefonnya.

“Assalamualaikum, Man. Sibuk ke?” soal Ramlah kepada anaknya.

“Biasa saja. Kenapa mak?” soal Luqman kembali. Jarang pula ibunya menelefonnya waktu-waktu begini tanpa sebab.

“Tak ada apa pun. Mak nak tanya kau dengan Mylia balik makan tengahari tak?” hampir seminggu rumahnya riuh-rendah. Hari ini cucu-cucunya sudah mula bersekolah, anak menantunya juga sudah kembali berkerja, terasa sunyi pula dia sendirian di rumah.

“Man balik lah macam biasa. Tapi Mylia balik rumah umi.” Jawab Luqman dengan bersahaja. Dia langsung tidak menjangka jawapannya itu boleh mengundang resah di hati Ramlah.

“Kenapa kau biar Mylia balik sana sorang-sorang? Dia kat sana, kau kat sini. Dah dia nak balik makan kat rumah umi dia, kau mesti ikut. Kedai engkau bukannya jauh mana pun dengan rumah mentua kau tu. Pergi balik sana, makan sekali dengan Mylia dan keluarga dia.” Arah Ramlah dengan tegas. Kemudian, terus sahaja dia mematikan panggilan tersebut. Termangu Luqman mendengar arahan ibunya itu.

“Apa nak jadi dengan anak dan menantu aku ni? Tak betul ke tindakan aku paksa diorang kahwin? Susah sangat ke si Luqman ni nak terima Mylia? Dah lebih lima tahun pun tak habis-habis lagi ke nak berkabung?” dahi Ramlah berkerut seribu. Apa lagi cara dia nak buat supaya Luqman dapat menerima Mylia sepenuh hati.

“Jangan-jangan, mereka dua orang ni masih lagi belum… eh tapi tu Mylia dan buka tudung dah pun. Sampai demam-demam budak tu hari tu. Kalau belum, yang dia demam tiba-tiba tu kenapa?” runsing hati tua itu.

“Assalamualaikum… umi! Abi! Mylia balik ni…” sahut Mylia di muka pintu. Dari luar rumah lagi sudah terbau kari ikan masakan ibunya Hamidah. Mylia sudah menelan liurnya.

“Waalaikummussalam… wah, anak umi balik.” Hamidah menyambut kedatangan anaknya dengan mesra sekali. Walaupun baru seminggu anaknya berpindah kerana mengikut suami, rindu sungguh dia akan anak sulungnya itu. Erat pelukan yang diberika Hamidah kepada anaknya.

“Mana Luqman?” soal Baharom yang sedang duduk berehat di ruang tamu rumahnya.

“Mylia balik seorang ja, abi.” jawab Mylia sambil menghulurkan salam kepada ayahnya.

“Kenapa balik sorang-sorang? Luqman tahu tak kamu balik ni?” soal Hamidah kembali. Dia terus sahaja melangkah ke dapur dan diikuti oleh Mylia.

“Tau. Mylia dah bagi tau dah kejap tadi.” Jawab Mylia. Biarlah dia mahu makan dan berehat dengan tenang sebentar tanpa lelaki itu. nanti malam, Dia akan kembali juga ke rumah Luqman. “Umi masa kapa hari ni? Mylia rindu nak makan masakan umi.” Kata Mylia menukar topik perbualan mereka.

“Kari ikan tenggiri. Kamu suka kan? Sambal tumis sotong pun ada. Dan lagi satu, ulam raja ni. Kamu suka kan?” Hamidah menayang lauk pauk kegemaran anak sulungnya itu. tak sangka pula Mylia akan pulang makan di rumah.

“Wah! Semuanya kesukaan Mylia ni. Umi rindu Mylia yer?” soal Mylia berseloroh. Teruja betul hatinya mahu menjamah semua lauk-pauk yang siap terhidang di hadapannya itu.

“Abi yang rindu. Ni semua dia yang minta umi buatkan sekejap tadi.” Cerita Hamidah kepada Mylia. Tiba-tiba terdengar Baharom terbatuk-batuk di ruang tamu. Ketawa besar dua beranak itu kerana mereka berdua sedang bercakap tentang lelaki itu. Mylia terus ke dapur mengambil tiga biji pinggan makan dan menyendukkan nasi ke pinggan.

“Mysha balik tak tengahari ni, Umi?” soal Mylia. Rindu pula kepada adik-adiknya.

“Assalamualaikum…” suara Mysha terus menerobos masuk dan bergema satu rumah.

“Waalaikummussalam… Panjang umur Mysha.” Kata Hamidah.

“Wah, pengantin baru balik rumah la hari ni. Meriah la rumah ni.” Kata Mysha kepada Mylia.

“Kakak balik seorang saja.” Jawab Mylia. Dia langsung tidak sedih. Dia gembira dikelilingi oleh orang yang benar-benar sayangkannya seikhlas hati.

“Tu, abang Luqman ada kat luar. Baru sampai. Ingatkan kakak memang rancang nak balik sekali.” Kata Mysha. Terkejut beruk Mylia dengan kata-kata Mysha.

“Kamu main-main ke Mysha?” soal Mylia tidak percaya.

“Assalamualaikum…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience