~ 49 ~

Romance Completed 13901

Seperti yang dirancang, kursus Mylia bersambung lagi di pagi Isnin. Hari itu, mereka semua diminta untuk bertukar kumpulan. Selama satu jam pertama dihabiskan untuk membina kumpulan baru.

Arahannya, setiap kumpulan diberikan lima peluang untuk memanggil seorang ahli daripada kumpulan yang lain untuk menyertai kumpulan mereka. Ahli yang dipilih mestilah ahli asal kumpulan tersebut. Ahli yang baru terpilih masuk ke dalam sesebuah kumpulan itu tidak dibenarkan dipilih lagi oleh kumpulan lain. Gamat sebentar suasana dewan pagi itu.

“Kami pilih kakak yang berbaju biru belang-belang tudung bawal daripada Kumpulan 7.” Tiba-tiba Mylia menjadi pilihan Kumpulan 2 untuk sesi pertukaran ahli. Entah kenapa suara lelaki itu sangat biasa didengari. Mylia bangun dari lantai dan berpusing untuk beredar ke Kumpulan 2. Tiba-tiba langkahnya hampir terhenti. Jantungnya hampir terhenti berdegup.

“Sufian? Betulkah itu Sufian?” ligat kepala Mylia cuba memproses maklumat terbaru yang meresap masuk ke otaknya. Tetapi apabila Mylia melihat lelaki itu begitu beriya dan tersengeh melebar ke arahnya, dia begitu yakin dengan kesimpulan yang dibuat oleh akalnya. “Betullah Sufian. Macam mana dia boleh ada kat sini?”

“Hai, cik tunang.” Dengan penuh bersahaja Sufian menyapa Mylia sebaik sahaja dia sampai ke dalam Kumpulan 2 itu.

“Uuuuu…” seluruh ahli kumpulan teruja dengan ayat Sufian itu. Entah bagaimana berita itu boleh sampai kepada fasilitator bertugas yang sedang memegang mikrofon ditangannya.

“Kita ada pasangan tunangan rupanya di sini. Bangun-bangun saya nak tengok.” Bergema satu dewan apabila fasilitator bernama Idlan itu membuat pengumuman begitu menerusi mikrofon. Merah padam wajah Mylia menahan malu dan marah.

‘Kurang ajar betul mamat ni. Perangai budak-budak tak habis lagi. Grow up man! Learn to respect.’ Bentak hati Mylia.

Mendengar arahan Idlan, pantas sungguh Sufian berdiri sambil tersengeh-sengeh macam kerang. Mylia masih terpaku duduknya di lantai. Rakan-rakan kumpulan yang lain sudah mula menolak-nolak Mylia supaya turut bangun.

“Nampaknya miss tunang tak nak mengaku tunang ke macam mana ni? Takut saham jatuh ke macam mana?” ucap Idlan mengusik Mylia.

‘Apa masalah semua orang ni. Ini dah kes fitnah dah ni. Apa patut aku buat? Adoi, dia ni tak habis-habis bagi aku masalahlah.’ Bengkak sungguh hati Mylia. Kenapa dia perlu berjumpa dengan lelaki itu waktu itu?

Akur dengan permintaan rakan-rakan, Mylia akhirnya bangun dengan wajah yang begitu mencuka.

“Sufian kan? Betul tak?” soal Idlan kepada Sufian. Sufian yang masih lagi tersengih-sengih laju mengangguk. Menyampah betul Mylia tengok.

“Berapa lama dah bertunang?” soal Idlan.

“Sudah 6 tahun.” Jawab Sufian dengan penuh keyakinan.

“Wow! Dah macam Nasya Aziz. Kurang setahun je bro!” ujar Idlan kepada Sufian. Walaupun perbualan itu hanya antara mereka berdua, tetapi didengari seluruh warga dewan kerana mereka menggunakan mikrofon. Pelbagai respon datang dari dalam dewan itu. Riuh-rendah.

‘Ya Allah. Aku mesti betulkan semua fitnah ini. Aku tak boleh biar mamat gila ni macam-macam kat sini.’ Fikir Mylia. Terus sahaja dia mengangkat tangan memancing perhatian si fasilitator.

“Iya. Nampaknya kakak cantik kita nak respon kepada brother yang mengaku tunang ni. Kalau ikut pengamatan saya, mereka ini memang bukan seperti pasangan-pasangan lain yang sedang hangat bercinta ni. Betul tak?” sengaja dia bertanya kepada seluruh ahli kursus.

“Betul!!!” mereka semua menjawab beramai-ramai. Tak kurang juga ada yang sedang ketawa besar. Mylia rasa dia seakan badut di situ yang menjadi bahan lawak di sebuah sarkis.

“Kakak nama apa, kakak?” soal Idlan itu kepada Mylia sambil menghulurkan mikrofon ke arah Mylia.

“Mylia!” belum sempat dia menjawab, Sufian terlebih dahulu menjerit. Terkejut Mylia mendengarnya. Dibuntangkan matanya kepada Sufian. Tiba-tiba dia terfikir, macam mana dia boleh terpikat dengan Sufian dulu? Perangai dia memang begitulah sedari dulu.

“Sabar, bro. sabar. Fishy sangat korang ni. Kita bagi ruang untuk kakak ni nak bagi respon.” Jawab Idlan menenteramkan Sufian. “Apa nama kakak?” soalnya sekali lagi.

“Mylia.” Jawapan Mylia menyebabkan beberapa suara-suara nakal semakin galak berunyi.

“Okay, Mylia. Nampaknya saudara Sufian kita ni memang mengenali kakak Mylia kita.” Kata Idlan kepada seluruh peserta.

“Uuuuu…” respon seluruh dewan.

“Suspense cerita diorang n ikan?” soalnya lagi kepada semua. “Okay, Mylia. Awak angkat tangan tadi. Ada sesuatu nak komen?” soal Idlan kepada Mylia membuka ruang untuk Mylia membetulkan fakta.

Tanpa membuang masa Mylia merampas mikrofon di tangan Idlan dan terus pusing mengadap semua peserta.

“Assalamualaikum…” katanya.

“Waalaikummussalammmm…” jawab semua.

“Hai, nama saya Mylia. I just want to set this record straight. Apa yang diberitahu oleh saudara Sufian ni…” Mylia berpusing ke arah Sufian sambil menghalakan tangannya kepada Sufian sebelum menyambung, “semua betul.” Dia berhenti seketika.

“Waaaaa…” sambut semua yang ada di situ. Siap ada yang bertepuk tangan lagi.

“2 tahun lepas!!!” sambung Mylia dengan lebih kuat lagi suaranya kali ini. Tiba-tiba dewan menjadi gamat dengan gelak ketawa semua. Mylia memberikan laluan kepada semua untuk ketawa terlebih dahulu dan menghadam semua info yang baru sahaja disampaikan.

“Sekarang…” sambung Mylia lagi. “Saya dah taken!!! Saya isteri orang ya semua. Yang pastinya, bukan dia!” terus sahaja Mylia menayang cincin berlian di jari manisnya kepada semua. Bertambah kuat derai ketawa semua.

Sufian sedikit terkejut dengan berita itu kerana dia langsung tidak dimaklumkan oleh ibunya yang Mylia sudahpun berumahtangga. Terus sahaja dia duduk ke lantai.

Mylia memulangkan mikrofon kepada Idlan dengan senyuman paling manis dan turut duduk semula ke lantai. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia meminta agar ditukarkan ke kumpulan yang lain.

“Itu dia cerita sebenarnya. So korang semua mesti ingat… ingat sampai mati… in every story there are three sides. His side, her side and the truth. Don’t jump to a conclusion before you know it all. Okay?” pesan Idlan kepada semua peserta kursus.

“Jadi Puan Mylia…” sengaja ditekankan pada perkataan puan itu dengan lebih jelas lagi. “Awak tak ada masalahkan untuk kekal dalam kumpulan yang sama dengan ex-fiancé awak ni? Kita masing-masing dah dewasa. Dah boleh professional kan?” soal Idlan kepada Mylia. Tetapi soalan itu hanyalah soalan retorik. Tidak perlu Mylia menjawab kerana sememangnya dia tiada pilihan pun. Dia hanya tersenyum kelat.

Setiap hari Mylia terpaksa menahan rasa marah, menyampah dan meluat dengan karenah Sufian yang bermacam-macam. Lelaki itu sesungguhnya langsung tidak matang. Ada ketikanya juga Sufian cuba mencabar kesabarannya dengan sindiran-sindiran yang tajam menikam. Mungkin disebabkan Mylia langsung tidak melawan dan sentiasa diam dan membiarkan, Sufian semakin hari semakin melampau.

Ada masa-masanya Sufian seperti tidak mengendahkan yang dia sudahpun menjadi isteri orang. Sengaja dia duduk menempel dengan Mylia dekat-dekat seolah-olah mereka masih lagi dalam ikatan. Ada beberapa kali Sufian tanpa segan silu mengambil botol air Mylia dan terus sahaja meneguk airnya. Apabila Mylia membantah, mudah sahaja jawapan yang diberi.

“Eh, dulu okay jer? Sekarang dah tak boleh ker?” dengan wajah yang langsung tiada perasaan. Betapa sakitnya hati Mylia. Setiap kalinya, Mylia akan membuang botol itu dan mengambil botol yang baru.

“Mylia, suami mana? Dia tak datang sekali ker?” soal Sufian yang tiba-tiba datang dan duduk di sebelahnya sewaktu makan tengah hari. Mylia tidak mengendahkan sahaja. Kalau tak kerana dia sudah mula makan, mahu sahaja dia bangun dan beredar.

“Alaa… takkan dah tak nak berborak dengan Yan langsung dah sekarang?” pancing dia lagi. Mylia masih lagi pura-pura tidak mendengar.

“We still can be friend, right?” soal Sufian lagi. Mylia mengangkat pandangannya dan memandang tepat ke mata Sufian.

“Sure right!” jawab Mylia penuh sindiran. Cepat-cepat dia menutup bekas makanannya dan bangun berlalu dari situ. Hilang selera dia dengan perangai Sufian.

Sufian membiarkan sahaja Mylia berlalu pergi sambil menggeleng kecil. Dia sedikit pun tak kisah dengan sikap Mylia. Terus sahaja dia makan dengan penuh selera di situ.

Minggu lepas, Mylia tenang-tenang saja mengikuti semua bengkel dan dan program. Macam mana dia boleh langsung tidak perasan kehadiran Sufian sepanjang minggu lepas? Betapa dia benar-benar tenggelam dalam tugasannya dan juga masalah peribadinya. Yang lain semuanya tidak dihiraukan langsung.

Ada sekali anak buah Mikail datang menegurnya minggu lepas, tetapi dia hanya melayan ala kadar saja. Mungkin dia dapat merasakan yang Mylia kurang berminat untuk bersosial dengannya, maka dia tidak lagi mengganggu Mylia.

Minggu ini, betapa rimasnya Mylia terpaksa berdepan dengan Sufian sepanjang masa. Tambahan pula mereka sekumpulan, lagi siksa hidupnya. Setiap waktu dia asyik mengerling jam di tangan. Tidak sabar untuk keluar daripada kumpulan dan bersendirian di dalam bilik. Mylia bukanlah sejenis manusia yang terlalu introvert. Dia boleh sahaja berkenalan dengan orang baru di sekelilingnya jika keadaan memerlukan. Tetapi dia terlalu rimas dengan Sufian dan perangai keanak-anakannya itu.

Salah satu aktiviti minggu ini adalah Treasure Hunting. Mereka terpaksa bekerja seakrabnya dalam kumpulan untuk menyelesaikan semua klu yang telah diberikan. Hampir sahaja dia menjerit dengan perangai main-main Sufian. Terlalu banyak membuang masa dan tidak mengambil tugasan itu dengan serius. Sudahnya, orang lain dapat kembali ke hotel sebelum jam 5 petang tetapi mereka sampai selepas jam 6:30 petang.

Seluruh ahli kumpulan merungut-rungut dengan apa yang telah berlaku sepanjang hari itu. Semuanya hanya disebabkan Sufian seorang. Mereka semua seramai 10 orang diberikan sebuah van sewa untuk bergerak ke sekitan bandar Kota Kinabalu. Suka tak suka, semua 10 orang itu tidak boleh berpecah dan terpaksa menurut sahaja.

Sufian beriya-iya mahu menjadi pemandu. Ada masa dia memandu terlalu laju, ada masa dia memandu terlalu perlahan. Arahan diberi belok ke kanan, dengan sengaja dia belok ke kiri. Sewaktu mereka berhenti di stesyen minyak, Sufian hilang entah ke mana selama setengah jam. Mahu sahaja mereka meninggalkan dia di situ. Mujurlah arahan ada menyebut yang mereka mesti berada dalam satu kumpulan sepanjang masa. Masing-masing mengurut dada menahan sabar dengan Sufian.

“Mylia! Mylia!” jerit Sufian sewaktu mereka sedang berjalan menuju ke lobi untuk kembali ke bilik masing-masing. Dek kerana Mylia langsung tidak memberikan respon, sengaja dia menjerit nama Mylia dengan lebih kuat. “Mylia!”

“Apa?” bentak Mylia. Dia sudah tidak tahu dengan cara bagaimana lagi harus dia melayan karenah Sufian. Entah berapa kali dia bersyukur kehadrat Ilahi kerana tidak mengizinkan pernikahan mereka berlangsung 2 tahun yang lepas.

“Tunggulah. Kita jalan sama-sama.” Jawab Sufian sambil tersengih seperti kerang busuk.

“Eh! Tak kuasa lah aku.” Pintas Mylia dan kembali menghayun langkah dengan lebih laju.

“Alaaa… 3 tahun kau tunggu aku dulu, sekarang 3 minit pun berkira.” Ucap Sufian dengan kuatnya. Menyirap darah Mylia. Langkahnya terhenti dan dia memusingkan badannya mengadap Sufian yang berada tidak jauh daripadanya.

“Betapa bodohnya aku jadi penunggu kepada manusia macam kau ni. Kalau boleh undur masa, jangan kata bertunang. Berkenalan pun aku tak nak! Sudah! Kau jangan kacau aku lagi. Faham?” keras sungguh suara Mylia kali ini. Sabarnya sudah semakin tipis.

Tanpa mereka berdua sedari, drama yang mereka pamerkan itu menjadi tontonan Luqman. Sudah hampir 2 jam Luqman sampai ke lobi hotel tetapi dia tidak dapat masuk ke bilik kerana dia tidak tahu nombor bilik Mylia. Oleh kerana sekeliling lobi itu berdindingkan cermin, dia sudah boleh nampak kejadian Sufian mengejar Mylia bermula daripada pintu pagar itu lagi. Senyuman melebar dibibirnya sewaktu terpandang kelibat Mylia serta-merta hilang.

‘Tunang? Mylia pernah bertunang?’ Luqman yang mendengar setiap butir bicara Mylia dan Sufian cuba memproses segala maklumat yang begitu asing dengannya. Ternyata dia langsung tidak mengenali Mylia. Tambahan dengan sikat barannya waktu itu, itu bukan Mylia yang dia kenal.

Oleh kerana Mylia sudah mula bergerak pergi daripada lobi, Luqman memanggil Mylia sambil mengangkat beg sandang yang dibawanya bersama.

“Mylia!” panggilnya.

“Apa lagi?” dek kerana hatinya yang sedang panas, Mylia langsung tidak perasan akan suara suaminya. Tersentak sekejap Luqman mendengar Mylia menyergahnya sebegitu. Sufian juga turut berpusing apabila mendengar suara lelaki yang memanggil Mylia.

“Abang!” jerit Mylia dengan penuh kejutan. Tidak pernah terlintas langsung kepada Mylia yang dia akan dapat melihat susuk tubuh lelaki pujaan hatinya di situ waktu itu. Terus bergenang air mata dan hilang segala amarahnya sebentar tadi. Terus sahaja dia berlari laju mendapatkan Luqman. Tangan kanan suaminya dicapai dan dicium dengan sepenuh hati dan terus sahaja dia mendakap Luqman dengan linangan air mata. Kaget sekejap Luqman dibuatnya.

Luqman membiarkan sebentar Mylia melepaskan perasaan di dadanya. Rasa marah, sakit hati, bengang bercampur rindu dan terharu semuanya bercampur-baur. Luqman membalas pelukan Mylia dengan usapan lembut di kepala dan bahunya. Satu rasa ketenangan meresap masuk ke jiwa Mylia.

“Abang dah lama sampai? Tak bagitau sayang pun abang nak datang?” soal Mylia sebaik sahaja pelukan itu dilepaskan. Basah habis wajah Mylia.

“Surprise!!!” ucap Luqman sambil tersenyum nipis.

“Ooo, inilah suami kepada tunang saya.” Tiba-tiba Sufian datang menghampiri dengan ucapan yang paling tidak patut diucapkannya. Ikutkan hati Mylia, mahu saja dia menampar muka Sufian.

“Yan! Kau ni dah kenapa ya?” soal Mylia. Rasa marahnya kembali memuncak.

“Eh, betulkan apa aku cakap? Tak sangka kau cari orang tua. Kot yer pun nak re-bounce, carilah yang muda sikit. Gelojoh sangatlah tu.”

Pang! Satu tamparan panas singgah di pipi Sufian.

“Kau ni manusia paling bodoh, paling kurang ajar yang aku pernah jumpa.” Kata Mylia sambil mengetap giginya menahan marah yang meluap-luap. Dengan pantas, dia menarik tangan Luqman untuk berlalu pergi meninggalkan Sufian. Rezeki mereka sebaik sahaja sampai ke pintu lif, ia terus terbuka. Mereka terus menyerbu masuk dan Mylia menekan butang 24.

“Mylia!” jeritan Sufian tidak lagi diendahkan. Masing-masing mendiamkan diri di dalam lif. Luqman sedang menghadam kejadian yang baru sahaja berlaku dihadapannya tadi. Mylia pula berusaha keras untuk menghilangkan amarahnya. Menggigil seluruh badannya dek kerana Sufian. Dia beristighfar tanpa henti. Luqman hanya menurut sahaja langkah Mylia sehingga sampai ke biliknya.

“Mylia minta maaf, ya abang. Tak pasal-pasal abang terpaksa tengok kejadian tadi.” Ucap Mylia sebaik sahaja dia menghenyakkan badannya ke atas katil. Letih badannya bukan kepalang. Emosinya juga kacau-bilau seharian disebabkan Sufian. Luqman hanya mendiamkan diri terlebih dahulu dan membiarkan Mylia bertenang seketika.

“Rehat dulu, okay. Hari ni buat aktiviti apa?” soal Luqman. Dia sengaja mahu mengalihkan fikiran Mylia daripada situasi yang langsung tidak menyenangkan sebentar tadi. Namun, Luqman silap.

“Treasure Hunt. Ya, Allah. Sakitnya hati Mylia hari ini. Dari pagi sampai ke petang nak kena hadap perangai dia tu dalam van. Ikutkan hati tadi naaakkk je kami tinggalkan dia dekat stesyen minyak. Biar padan muka.” Luah Mylia dengan penuh emosi.

“Okay, okay. Jangan fikir. Jangan fikir. Benda dah lepas, okay. Abaikan semuanya.” Pujuk Luqman. “Nak mandi dulu?” soalnya memberi cadangan.

“Nak. Busuk dah badan Mylia.” Jawab Mylia seraya bangun dari duduknya. Dengan tidak semena-mena, Luqman menarik tangan Mylia mendekatinya dan satu ciuman hangat jatuh ke pipi Mylia.

“Miss you so much, sayang.” Bisik Luqman. Merah padam pipi Mylia.

“Miss you more.” Balas Mylia sambil menekup wajah Luqman dengan kedua-dua tapak tangannya. “Sayang mandi sekejap. Lepas tu, kita borak panjang. Okay?”

“Okay.” Satu lagi ciuman mendarat dan kali ini betul-betul di atas hidungnya. Tersenyum lebar Mylia. Terasa darah menerpa ke muka membuatkan dia terasa bahang di pipi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience