Hentakan pintu kereta Luqman mengejutkan Mylia daripada anganannya. Saat itu baru dia tersedar ada lelehan air mata di pipinya. Sayu amat hatinya waktu itu. Dia segera masuk ke bilik air, membasuh wajahnya daripada sisa air mata tadi. Setelah dia mengeringkan wajahnya, terus dia merebahkan badannya di atas katil dan menarik selimut rapat ke bahu.
Selang beberapa minit, pintu biliknya dibuka oleh Luqman. Mylia memejamkan matanya dan cuba untuk tidak bergerak. Cuba berlagak bagaikan dia sudah pun tidur lena. Namun dia dapat rasakan setiap pergerakkan Luqman di dalam bilik itu.
Langkah lemah Luqman terhenti di tepi katil. Kemudian, terdengar bunyi telefon, dompet dan syiling diletakkan di atas meja kayu di sisi katil mereka. Luqman duduk di birai katil perlahan-lahan. Mungkin tidak mahu mengganggu Mylia yang dalam sangkaannya sedang tidur. Terdengar hembusan nafas yang agak keras dari Luqman.
Mylia menghayati setiap pergerakkan Luqman tanpa memerhatikannya langsung. Dia hanya menggunakan derianya sahaja. Hakikatnya lelaki itu masih lagi ada hormat padanya. Dia bukan lelaki gasar atau kurang ajar yang akan bertindak sesuka hati. Masalah Luqman paling besar adalah rasa rindu dan cintanya pada Aisyah. ‘Kesian Luqman. Sampai bila dia nak siksa diri sendiri begitu? Untung sungguh Aisyah dapat suami yang sangat menyayangi dirinya seperti itu. Tak macam aku.’ Mylia memejamkan matanya lebih rapat dan cuba untuk mengosongkan fikirannya.
Di antara tempoh Luqman melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri sebelum tidur dan keluar daripada bilik itu, Mylia sudahpun nyenyak terlena. Selesai solat I’syak, Luqman yang sedang duduk menghadap katil mereka memandang susuk tubuh Mylia yang terbaring kaku. Kepalanya mula berfikir jauh merewang.
‘Berapa lama dia mampu bertahan? Takkan dia nak tunggu aku macam ni ja sampai bila-bila? Kesian kat dia. Tapi nak buat macam mana? Aku tak mampu nak tipu diri aku sendiri. Rasa berdosa kalau aku sentuh dia. Cantik dia ni. Rugi sangat kalau nak terus menerus macam ni.’ terjungkit seiras senyuman di bibir Luqman.
Dia bangun sambil mengangkat sejadah di lantai. Dilipat kemas dan digantung rapi di ampaian sambil tangannya mencapai kopiah di kepala dan diletakkannya di atas almari solek. Luqman terus membaringkan badannya di sisi Mylia dengan perlahan-lahan. Tidak mahu tidur gadis itu terganggu. Dalam keadaan terlentang, Luqman memalingkan kepalanya memandang Mylia.
Hanya rambut, telinga dan bahunya yang kelihatan. Rambut hitam lebat sepanjang bahunya terletak rapi di atas bantal. Luqman mengangkat kepalanya perlahan-lahan mendekati Mylia dan cuba mencium bau rambutnya. Ternyata bau rambut Mylia langsung tak sama seperti bau rambut Aisyah. Wangi tapi bukan seperti Aisyah. Entah syampu apa yang Aisyah pakai dulu. Pernah juga Luqman mencium satu persatu syampu yang ada terjual di kedai runcitnya tapi satu pun tidak sama seperti bau rambut Aisyah.
Luqman meluruskan badannya kembali terlentang dan memejamkan matanya rapat. Kenangannya bersama Aisyah kembali menerpa. Setiap malam Aisyah pasti akan meletakkan kepalanya di atas dada Luqman. Kepala Aisyah betul-betul berada di bawah dagu Luqman. Sebab itulah bau rambut Aisyah sentiasa dekat di hati Luqman. Setiap malam itulah haruman yang akan dibawanya tidur hingga ke pagi.
Entah jam berapa Mylia tersedar. Tekaknya terasa sedikit perit. Dicapainya botol air kosong yang sentiasa ada di sisi katilnya dan bangun perlahan-lahan untuk meneguk membasahkan tekaknya yang kering. Mungkin kerana pergerakkan badannya tadi membuatkan Luqman sedikit resah. Dalam lenanya, Luqman memeluk bantal panjang yang ada di tengah-tengah katil antara mereka berdua dan menghidu bantal tersebut.
“Wanginya rambut. Abang suka…” gumam Luqman antara dengar dan tidak.
Mylia menarik nafas dalam-dalam. Dia tahu ucapan itu bukan untuk dirinya. Bergenang sedikit tubir matanya. ‘Sampai bila agaknya kan? Kuat sangat ke aku ni sampai sebesar ni ujian Allah bagi?’ Mylia tersenyum sinis, menghirup seteguk lagi air kosong di dalam botolnya dan kembali menutup botol itu rapat sebelum meletakkan kembali ke tempat asal. Mylia merebahkan semula badannya dan kembali tidur.
* * * * *
“Hey, sahabat! Macam mana IV kau semalam okay?” soal Borhan kepada Mikail sebaik sahaja dia masuk ke pejabatnya.
“Not bad. Biasa-biasa saja. Long shot lah.” Jawab Mikail bersahaja.
“Banyak ke gaji diorang offer?” Soal Borhan lagi.
“Adalah extra 1-2.” Mikail maksudkan 1-2 itu ialah seribu hingga dua ribu dan itu sangat menarik minat Borhan.
“Banyak jugak tu. Boleh tahan. Kau ada kabel ke dalam company tu?” Borhan semakin berminat. Mungkin satu hari nanti, dia juga ingin mencuba nasib.
“Tak kenal pun. Kebetulan jer tu aku jumpa iklan diorang kat FB. Sebab tu aku cakap long shot!
“Tak per. Aku doakan kau akan dapat jawatan kat situ dengan gaji sebanyak yang kau minta tu. Kalau kau dapat nanti, kau boleh jadi kabel aku. He he he…” jawab Borhan sambil ketawa jahat.
“Amboi… semua pakat nak cabut ni. Korang dah kenapa?” Risya menyampuk perbincangan mereka. Walaupun dia baru saja sampai, tapi dia dapat dengar perbincangan mereka berdua sekejap tadi. Mylia juga ada bersama beriringan dengan Risya masuk ke dalam pejabat mereka tanpa disedari oleh kedua-dua jejaka itu.
“Nak tinggal kita lah tu, Risya. Diorang dah tak sayang kat kita dah…” Balas Mylia cuba berseloroh. Walaupun hatinya bergetar setiap kali dia mengadap Mikail, Mylia tau dia mesti cekalkan hati dan abaikan semua perasaannya yang lain. Dia mesti kembalikan kemesraan antara mereka sama seperti sebelum-sebelum ini. Seingat Mylia, hubungan mereka tidaklah sesukat dan sejanggal ini semasa dia menjadi tunangan orang.
Mikail yang duduk tersandar di atas kerusi dihadapan Mylia hanya memandang wajah Mylia tak berkelip. Tuhan saja yang tahu pergolakkan yang ada dalam dadanya saat itu. ‘Sebab sayanglah aku angkat kaki. Aku dah tak boleh nak percaya kat diri aku sendiri lagi dah tau. Silap haribulan, aku kidnap kau bawa gi Siam je tau!’ Mylia sedar yang mata Mikail tertumpu padanya. Dia memandang wajah Mikail dan menangkap padangan Mikail. Ada sayu, haru, marah, sedih, semuanya bercampur-baur.
“Bini orang oi! Nak sayang apanya? Cari ke hentak?” Jawab Borhan membalas gurauan Mylia.
“Aku single and available okay!” Balas Risya pula. Jawapan Risya menarik Mikail ke alam nyata dan segera mengalihkan matanya kepada Risya.
“Tapi kau tu Borhan dan cop. So, biarlah aku pergi membawa diri. Bagi chance la aku nak cari bini oi! Kat sini semua taken kot!” Mikail ketawa hambar tetapi Borhan dah ketawa besar.
“Aku dah cop kau ke Risya? Tak sedar pun. Jom kita kahwin lah camtu. Boleh geng dengan Mylia. Aku dah bosan dah asyik dating dengan Mika je tiap-tiap hari.” Borhan yang sedang duduk di atas kerusinya memusingkan badan betul-betul mengadap Risya. Kedua-dua tangannya diletakkan di atas meja sambil menongkat dagu dan mengukir senyuman paling manis buat Risya.
“Ooo… Borhan… aku ingatkan kau tak kan berani tanya soalan tu kat aku… aku baruuuu je janji dengan Pak Mat Cleaner kat lobi pagi tadi nak kahwin dengan dia…” Jawab Risya sambil turut menongkat dagu sama seperti Borhan.
“Cis!!!” Kali ini, Mikail ketawa besar. Mylia juga turut sama. Semasa telefon meja Mikail berdering, Risya dan Borhan masih lagi saling usik-mengusik tanpa ada mahu mengalah.
“Hello, Mikail sini.” Jawab Mikail sambil ketawa masih bersisa.
“Good Morning, Encik Mikail. Encik Razman panggil naik atas jam 10 pagi.” Mendengar nama Encik Razman disebut, Mikail sedikit tersentak.
“Okay, Thank you Elaine.” Jawab Mikail dengan hormat dan meletakkan gagang telefon. “Siapa pecah lobang aku?” Soal Mikail sambil memandang ke arah ketiga-tiga sahabat dihadapannya. Borhan memandang Risya, Risya memandang Mylia. Dan sekarang, semua mata memandang Mylia.
“Hey! Apa plak tengok aku. Masa Boss masuk semalam kita semua tengah borak sama-sama kan?” Mylia membela diri.
“Mylia! Jom ikut aku! Sekarang jugak!” Balas Mikail sambil bangun daripada kerusi. Wajahnya serius membuatkan Mylia hanya menurut. Tiada siapa yang pasti apa isi perbualan Mikail di telefon sebentar tadi. Perasaan bersalah mereka membuatkan masing-masing terdiam dan semua mula mencari kerja untuk disiapkan.
Mylia yang masih tidak faham apa-apa hanya mengikut langkah Mikail menuju ke lift. Dia tidak berani bertanya apa-apa kepada lelaki itu. Selain daripada terkaku dengan wajah serius Mikail waktu itu, Mylia masih lagi belum selesa dengan status barunya disamping Mikail.
Masuk ke dalam lift, Mikail menekan butang lobi. Mylia sedikit hairan dengan arah tujuan mereka saat itu. Apa urusan mereka perlu turun hingga ke lobi. Tetapi Mylia tidak berani bersoal jawab. Dia hanya mampu menurut.
Apabila pintu lift terbuka, Mikail keluar dan berjalan terus ke arah pintu utama. Sampai di hadapan ruang legar lobi, langkah kaki Mikail terhenti di situ dan matanya menatap tepat ke wajah Mylia.
“Mika nak ajak Mylia teman Mika sarapan kejap pagi ni boleh?” Soalan Mikail langsung tidak dijangka oleh Mylia.
“Mika!!! Buat teruk je tau!” Mylia terus menghulurkan tangannya cuba mencubit mana-mana bahagian badan Mikail yang baling hamper dengan tangannya saat itu. Mikail terus menangkap tangan Mylia secara refleks dan menariknya menuju ke kafeteria. Menyedari Mikail masih memegang tangannya dengan kemas, Mylia menarik tangannya perlahan-lahan sebelum mula melangkah.
Mikail sedar kesalahannya tapi dia cuba berlagak biasa. “Hari ni nak makan sandwich dengan air kosong lagi ker? Minum best sikit jom. Mika belanja.” Cadang Mikail kepada Mylia. dia amat berharap Mylia sudi meluangkan lebih masa untuknya hari ini.
“Kuey tiaw goreng dengan teh ais.” Jawab Mylia ringkas. Berbunga sekejap hati Mikail. Manis sungguh senyuman lebar Mikail waktu itu. Pastinya saat itu akan menjadi kenangan manis buatnya seumur hidup.
Mylia terus menuju ke meja membiarkan Mikail menguruskan pesanan mereka di kaunter. Mylia memilih meja yang sama yang mereka duduk dulu sewaktu Mylia cuba untuk mengorek rahsia hati Mikail. Apabila Mikail datang menghampirinya bersama sebuah dulang yang dipenuhi pinggan dan gelas minuman, hatinya tiba-tiba berdebar kencang. Terdetik sedikit sesalan dalam hatinya. ‘Kalaulah aku berterus-terang dengan dia waktu tu… pastinya sekarang aku dah jadi lelaki paling bahagia di dunia ni.’
“This table? Really?” Soal Mikail sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya.
“Kalau Mika tak selesa, kita boleh tukar meja lain.” Kata Mylia sambil mencapai beg tangannya untuk bangun ke meja lain. Segera Mikail menahan tangannya sambil menggeleng-geleng kecil. Sekali lagi, tangan mereka saling berpegangan. Mylia kembali duduk mengadap Mikail dan menarik beg untuk diletakkan di atas kerusi di sebelahnya. Mikail mengagihkan pinggan dan cawan antara mereka berdua dan meletakkan talam tadi ke meja kosong di sebelah.
“Ada apa Mika ajak makan ni?” soal Mylia sambil mula untuk menceduk makanan menggunakan garpu ditangan.
“Makan lah dulu. Kejap lagi kita borak.” Ujar Mikail. Dia perlukan masa untuk menyusun kata. Hakikatnya, dia sendiri tidak merancang untuk semua ini. Entah dari mana datang kekuatan untuk dia mengajak Mylia mengikutnya ke kafeteria. Mungkin ini kali terakhir dia dapat peluang untuk bersama-sama wanita di hadapannya seperti itu.
Jauh disudut hatinya, dia hanya ingin meluangkan sedikit masa yang ada bersama Mylia. Itu saja. Apa yang terbuku di dalam hatinya sekarang, mungkin akan terkubur buat selamanya. Tak guna lagi untuk diluahkan. Apa-apa pun, pada waktu itu di meja makan itu datang suatu perasaan ketenangan di dalam hatinya. Dia tahu, sayang yang ada di hatinya ikhlas. Cinta buat Mylia tulus. Tapi mungkin bukan jodoh untuk mereka bersama.
“Macam mana life sekarang?” Mikail mula membuka bicara. Dia hanya ingin saat itu menjadi satu memori yang menenangkan hatinya di masa depan.
“Okay. Not bad.” Jawab Mylia ringkas.
“Happy?” soal Mikail tanpa ada niat terselindung. Sekadar ingin tahu.
“Yeah.” Jawab Mylia tanpa memandang ke mata Mikail.
“Mylia?” Mikail berhenti makan. Dia memandang tepat kepada Mylia. Mylia juga terhenti di situ. Dia tidak memandang ke arah Mikail tetapi matanya terus memandang ke jalan raya di sebalik dinding cermin sebelahnya. Nafas dihela dalam-dalam.
Setelah beberapa ketika, mata Mylia beralih ke arah Mikail dan pandangan mereka bertembung. Dahi Mikail berkerut apabila melihat matanya yang berkaca-kaca. Mylia ketawa hambar.
“Try lawan dengan bayang-bayang, agak-agak boleh menang tak?” soal Mylia kepada Mikail sambil menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan. Setitis air mata jatuh ke pipinya.
“Mika minta maaf, Mylia.”
“Sebab apa, Mika? Sebab tak boleh berterus-terang? Sebab masih cuba nak sembunyikan? Sebab menyesal? Sebab dah terlambat? Yang mana satu?” Mylia menundukkan wajahnya. Jujur Mikail terkejut.
“Ya… untuk semua tu. Mika hormati status Mylia sekarang dan Mika takkan ganggu. Cuma sebelum Mika pindah, Mika just nak pastikan Mylia happy.”
“Happy? Happy dengan apa? Happy dengan siapa? Mylia ingat walaupun hati Mylia remuk- redam di rumah, sekurang-kurangnya Mika ada di office untuk buat Mylia happy.”
Mikail menarik nafas panjang sebelum bersuara kali ini. Perbincangan ini bukanlah sesuatu yang dia mahu teruskan. Bagaimana air mata Mylia ni akan jadi kenangan indah untuknya nanti?
“Rancangan asalnya Mika nak bagi ruang untuk Mylia rawat hati lepas putus tunang tu. Mika tak nak Mylia anggap Mika hanya sekadar rebound. I am not your rebound. Mika ikhlas ingin jadikan Mylia suri hati hingga ke syurga…” Mikail terhenti seketika… indah sungguh angan-angan dia. Mikail tertawa kecil. “Tapi Mika silap langkah. Orang secantik bidadari takkan lama on market. Kejap je sold out.” Senyuman masih bersisa dibibirnya walaupun hatinya parah berdarah.
“Mylia, this is not the conversation I wish to have before I go… so, can we change the subject? There’s no point to discuss all of this, right?” lembut sahaja suara Mikail. Dia tidak mahu lagi meneruskan perbincangan ini. Tak ada penyudahannya.
“Okay.” Ringkas saja jawapan balas Mylia. betul kata Mikail. No point. “Bila Mikail mula kerja kat tempat baru?” Sebak rasa hatinya.
“Belum tau lagi. Elaine called tadi bagi tahu boss nak jumpa jam 10. Kita tengoklah macam mana nanti.”
“Good luck.” Lemah sahaja suara Mylia.
“Hey… I am still here right… ceria lah sikit. Bagi lah modal happy-happy sikit untuk Mika bawa sampai tua ni. Tak nak lah monyok macam ni.” Mylia mengukir sebuah senyuman walaupun masih ada titisan air mata yang jatuh ke pipinya.
Selepas setengah jam mereka makan, Mikail dan Mylia kembali bergerak ke pejabat mereka. Semasa mereka di dalam lif, hanya mereka berdua sahaja. Mikail yang berdiri di belakang Mylia melihat bayangan imej mereka di pintu lif. Dalam keadaan separa waras, Mikail mengangkat kedua-dua tangannya dan memegang bahu Mylia. Ditarik rapat badan Mylia dibadannya dan dia mencium kepala Mylia lama. Sebelum pintu lif dibuka, Mikail tunduk ke telinga Mylia dan memberikan satu ucapan yang berupa satu amanat yang pastinya akan terukir kemas di hati Mylia hingga akhir hayat.
“Walau apa pun yang terjadi, Mika nak Mylia ingat… Mika sentiasa ada untuk Mylia. Sentiasa! Jangan sedih-sedih lagi tau. I love you so much.” Satu kucupan jatuh ke telingan Mylia dan Mikail terus melangkah keluar daripada lif itu. Mylia yang masih terpana dengan kata-kata Mikail melangkah terus ke tandas wanita.
Jam 10 pagi, Mikail terus naik ke tingkat 10. Dia terus menuju ke meja Elaine, setiausaha Razman. Melihat lelaki tanpan itu berjalan menuju ke arahnya, terus Elaine menekan interkom dan memaklumkan Razman.
“Suruh dia masuk sekarang.” Jawab Razman.
“Hai Elaine, boss ada?” Sapa Mikail sambil tersenyum manis.
“Mestilah ada. Terus masuk yer. Good luck.” Jawab Elaine sambil mengetuk-ngetuk pen ke meja. Seram pula jadinya. Kecut perut Mikail bila Elaine ucap begitu.
“Assalamualaikum, Encik Razman.”
“Waalaikummussalam. Duduk Mikail.” Razman bangun daripada kerusinya dan mempelawa Mikail untuk duduk di sofa. “Saya dengar kamu ada interview semalam. How it went?” soal Razman bersahaja.
“Biasa saja Encik Razman.” Balas Mikail bersahaja.
“Itu bukan yang saya dengar. KGW sangat-sangat berminat untuk hire kamu. Petang semalam diorang call saya minta reference.” Mikail agak terkejut dengan kata-kata Razman. Dia sendiri tak menyangka sebab semalam semua penemuduga langsung tidak menunjukkan apa-apa tanda yang mereka sangat berminat.
“Boleh saya tau kenapa kamu minta ke KGW? Secara Geografinya, tak ada beza apa pun.” soal Razman kepada Mikail.
“Sekadar mencuba untuk jawatan eksekutif. Manalah tau ada rezeki.” Mikail menjawab dengan hormat sambil tersenyum manis menampakkan sepasang gigi taring tajamnya yang sedikit timbul dan panjang berbanding barisan gigi yang lain.
“Owh, di pejabat kita pun ada eksekutif. Kenapa tak apply di syarikat sendiri?” soal Razman lagi.
“Saya orang baru di sini. Pasti ada lagi senior lain yang lebih layak untuk jawatan tu di sini. So, saya mencari fastrack juga sebenarnya, Encik Razman.”
“Kalau macam tu, kita ada kekosongan di Melaka. Kamu berminat?” Razman cuba memancing.
“Melaka?” Mikail mula mencongak-congak di dalam kepalanya. Tawaran itu datang tanpa disangka-sangka. Kelu juga dia.
“Ya, Melaka. Tak jauh sangat dengan KL. Bagaimana, setuju? Atau kamu ada masalah lain dengan syarikat kita sekarang ni?”
“Oh, tak ada Encik Razman. Boleh beri saya masa untuk fikirkan tawaran ni? Jujur saya berbesar hati tapi saya perlu fikir panjang sikit sebab ibu saya tinggal sendirian di sini.”
“Baik, saya faham. Ambiklah masa seminggu ni untuk fikirkan tawaran ni. Kehilangan kamu satu kerugian besar juga buat kami.” Razman terlebih dahulu bangun menandakan perbincangan mereka tamat di situ.
“Terima kasih Encik Razman. Saya akan fikirkan tentang tawaran ini masak-masak. Assalamualaikum.” Sambil memberi salam, Mikail menghulurkan tangannya kepada Razman. Hatinya berdebar-debar dan kepalanya ligat berfikir.
Melaka bukanlah terlalu jauh untuk Mikail berulang-alik. Malah dia mungkin boleh bawa mamanya sekali ke sana. Ini mungkin satu peluang yang lebih baik untuk dirinya. Lebih jarang dia bertemu Mylia, mungkin wanita itu akan lebih tenteram hidupnya.
“Balik nanti bincang dengan mama. Kalau mama okay, why not?”
Share this novel