“Ya Allah… kenapa susah sangat aku nak berborak dengan mamat ni?” Mylia mengetuk kepalanya dengan telefon yang sedang berada di tangan.
[Mylia]
Abang, saya minta maaf. Tolong berikan masa sikit lagi untuk saya bertenang dan berfikir masak-masak dulu ya. Nanti bila saya bersedia, saya akan hubungi abang.
Itu sahaja yang mampu dia fikirkan dan tuliskan buat Luqman. Dia mahu berfikir dengan tenang tanpa sebarang pengaruh. Tempoh kursus ini juga mungkin boleh dijadikan sebagai satu kayu pengukur samada dia benar-benar sayangkan Luqman atau tidak dan begitu juga Luqman.
Semua peserta kursus yang hadir kali itu semuanya tidak Mylia kenali. Sedikit sebanyak dia rasa bersyukur kerana waktu itu tiada siapa yang mengenali dirinya dan tahu sejarah hidupnya. Terdapat lebih kurang 120 orang peserta kesemuanya yang datang dari seluruh Malaysia.
Sesi pertama bermula di sebelah malam hari mereka mendaftar. Sesi suai kenal yang sangat dinamik dijalankan dengan begitu lancer dan sempurna. Mylia kagum dengan keupayaan ahli Kumpulan pengurusan kursus mengendalikan program. Sedikita sebanyak, Mylia cuba belajar dan hadam. Mungkin semua kemahiran itu akan berguna kepadanya di masa akan datang.
Dalam kekalutan dan kepadatan jadual serta aktiviti yang telah diaturkan, sedar tak sedar empat hari telah berlalu. Sepanjang tempoh itu, Mylia langsung tidak berinteraksi secara khusus dengan Luqman. Hanya sesekali dia menelefon Luqman untuk bercakap dengan Julia dan Jasmin.
Luqman juga langsung tidak cuba untuk berbual dengannya samada melalui panggilan mahupun teks pesanan. Ada juga timbul rasa rindu di hati Mylia tetapi dia belum cukup kuat untuk benar-benar berbual dengan Luqman. Biarlah dia bertenang sedikit masa lagi.
Dalam taklimat sebelah petang Jumaat itu, semua peserta yang datang dari jauh dibenarkan untuk terus menginap di hotel sewaktu hujung minggu. Pihak pengurusan telah pun membuat bancian bilangan peserta yang akan kekal bermalam di situ dan bilangan peserta yang akan pulang sebentar berhujung minggu.
Mylia antara peserta yang akan kekal di situ. Dia mengambil ruang senggang yang panjang di hujung minggu itu untuk berfikir tentang dirinya dan Luqman semasak-masaknya. Dia ingin menilai sendiri apa yang benar-benar dia sendiri mahukan. Andai dia ingin kekal bersama Luqman, dia harus bersedia mental dan fizikal untuk menerima Aisyah secara total. Dia mesti kena faham yang Aisyah itu umpama roh yang menyerap masuk ke dalam badan Luqman yang tidak pernah mungkin dapat disingkirkan ataupun dipendamkan.
Sebaliknya jika dia memilih untuk berpisah, dia mesti menerima hakikat yang insan yang paling terkesan sekali adalah Julia dan Jasmin. Bukan setakat dia dan Luqman lagi. Dua anak kecil itu belum lagi mengerti semua pergolakan yang sedang berlaku di dalam rumah mereka.
Mylia tahu tanggungjawab itu bukanlah terletak di atasnya tetapi dia sendiri pun sudah begitu sayangkan anak-anak kecil itu.
‘Betulkah aku tak akan bahagia jika aku terus kekal bersama Luqman?’ antara persoalan yang sentiasa bermain di benaknya.
‘Apakah ada orang lain yang mampu memberikan aku lebih kebahagiaan? Sekurang-kurangnya sekarang aku ada mentua yang sangat memahami dan langsung tidak cerewet, anak-anak yang sangat-sangat menyayangi aku dan ipar-duai yang sangat mesra dan menerima aku dengan begitu baik sekali. Andai kata aku berkahwin dengan orang lain, apakah aku akan dapat semua yang aku dapat sekarang?’
‘Mikail, adakah betul Mikail nak kan aku? Kalau mungkin dulu sewaktu akua nak dara. Tetapi selepas bercerai, aku memegang status janda. Siapa yang mahukan janda?’
‘Apa pula kata umi dan abi? Apa kata adik-adik? Bolehkah mereka menerima semua alasan aku ni? Cukup kukuhkah alasan aku untuk bercerai sekarang ni?’
‘Kalau aku kekal sebagai isteri Luqman,adakah cinta yang akua da sekarang mampu melawan rasa sedih setiap kali nama Aisyah dibangkitkan? Cukup ikhlaskah aku menyayangi Luqman?’
Sesekali, Mylia membelek gambar-gambar mereka yang ada di dalam simpanan galeri telefonnya. Siapa kata dia tak rindu? Siapa kata dia tak saayang? Dia sendiri tidak mampu lagi menepis rasa cinta yang sudah lama mula memutik di dalam laman hati. Tetapi dia telah berjanji dengan Luqman. Dia mesti ada keputusan sebaik sahaja pulang dari Sabah nanti dan keputusan itu adalah keputusan terakhir. Dia tidak akan berpatah balik lagi setelah keputusan akhir itu dibuat.
Empat malam Mylia berada di Sabah, empat malam jugaklah Luqman tidak dapat tidur dengan lena. Sengaja dia naik tidur di kamar mereka. Biar dia ditemani sisa-sisa bauan Mylia yang masih ada di bilik itu. Di setiap solatnya, dia mendoakan agar Allah melembutkan hati isterinya untuk mengekalkan perkahwinan mereka. Dia sudah benar—benar sayangkan Mylia.
Entah berapa kali dia cuba untuk menghubungi Mylia. Entah berapa kali nombor Mylia cuba didail. Tetapi cepat-cepat dia batalkan niatnya. Dia perlu menghormati permintaan Mylia. Waktu ini adalah waktu yang paling genting. Satu sahaja langkah salah yang diambil pastinya akan merosakkan seluruh masa depan mereka. Luqman tidak mahu memperjudikan masa depan mereka sebegitu.
Pada pagi Sabtu itu, Luqman singgah terlebih dahulu di pusara Aisyah. Agak lama juga dia tidak ke situ dan agak lama juga Aisyah tidak hadir dalam mimpi-mimpinya.
“Assalamualaikum Ecah.” sapa Luqman sebaik sahaja dia tiba dihadapan pusara. Segera diangkatkan tangannya sambil bibir terkumat-kamit membacakan doa. Semoga roh Aisyah sentiasa tenang di taman syurga.
“Abang buntu lah, Ecah. Abang keliru dengan apa yang perlu abang buat sekarang ni. Dia cemburukan Ecah tau?” sekelumit senyuman nipis terpamer di wajah Luqman. Jemarinya asyik bermain-main dengan rumput-rumput kecil dan batu-batuan kecil yang ada di hadapannya.
“Abang perlukan dia Ecah… nak teruskan hidup abang kat dunia ni. Anak-anak lagilah perlukan dia. Each tahu tak betapa rapatnya Julia dan Jasmin dengan Mylia? Abang ni diorang dah tak hiraukan langsung dah. Abang makan ke tidak, abang tidur ke tidak… diorang tak peduli langsung. Tapi kalau ibu yang lapar, lajuuuu jer cari makanan nak bagi ibu.” Makin melebar senyuman Luqman.
“Ecah boleh faham kan perasaan abang sekarang ni? Sebagai mana abang perlukan Ecah dulu, semacam itulah juga abang perlukan dia dalam hidup abang sekarang. Abang dah tak boleh nak menipu sesiapa lagi dah. Tapi betapa susahnya abang nak buktikan dekat dia, Ecah. Susah sungguh.”
Selesai bersarapan di café, Mylia kembali ke bilik hotel yang terletak di tingkat 24. Pemandangan luar tingkap menghadap ke Laut China Selatan yang luas terbentang. Mylia duduk di atas sebuah kerusi mengadap ke lautan luas. Fikirannya tak pernah lekang daripada memikirkan suaminya, Luqman.
“Macam mana aku nak tau dengan tepat apa yang baik untuk aku, mana yang betul untuk aku buat?” bicara Mylia sendirian.
“Logiknya aku isteri dia yang sah. Aku sudah pun menjadi isteri dia. Adakah aku masih boleh memilih untuk berpisah? Bukankah berdosa bagi seorang isteri untuk meminta cerai tanpa alasan yang kukuh? Cukup kukuh tak alasan aku? Nanti kalau hakim tanya, apa sebab nak tuntut cerai? Sebab dia terlalu sayangkan arwah isterinya. Begitu?” Mylia menggeleng-gelengkan kepalanya. Macam tak logik langsung apa yang ada dalam fikirannya saat itu. Dia bagaikan tiada jalan keluar.
“Aku memang tak ada jalan keluar langsung kah? Hakikatnya menurut Islam, adakah aku berada di pihak yang benar atau pun di pihak yang salah? Argh!”
Mylia bangun mencapai komputer riba dan terus dia mencari “hukum isteri minta cerai”. Setelah dia menekan butang enter, terpapar di bahagian atas sekali,
Kesimpulannya, seorang isteri boleh minta cerai daripada suaminya jika memiliki sebab yang sah dari sudut syarak, kuat lagi munasabah. Namun, hendaklah diingat bahawa ini adalah jalan keluar yang terakhir, bukan solusi awal.
Mylia meneruskan lagi bacaan-bacaannya. Ada banyak juga contoh-contoh kisah tuntutan cerai seorang isteri di zaman Rasulullah. Pelbagai alasan yang diceritakan dalam kisah-kisah tersebut. Malah alasan-alasan mereka lebih remeh berbanding alasan yang Mylia ada sekarang.
Tiba-tiba Mylia mengucap panjang. “Astaghfirullah… apa yang aku sedang fikirkan sekarang ni?” dia meraup wajahnya beberapa kali.
“Mungkin sudah tiba masanya untuk aku berterus-terang dengan umi dan abi. Tetapi tidakkah aku membuka aib suami? Bukankah itu juga dosa? Ya Allah! Apa yang perlu aku buat?” Mylia merebahkan badannya di atas meja tulis itu.
Tidak lama selepas itu, Mylia bangun daripada kerusi itu dan terus menghempaskan badannya di atas katil. Dia mencapai telefon yang terletak di atas meja sisi dan membelek-belek sekejap telefon tersebut. Kemudian dia membuka galeri telefon dan memilih gambar Luqman untuk dibesarkan. Sengaja dia membesarkan lagi lensa tepat ke wajah Luqman dan dia berbual lagi.
“Abang… betul ke abang sayang Mylia? Sekuat mana abang sayang Mylia? Mylia bukan minta abang lupakan Aisyah, tapi Mylia sekadar inginkan sedikit Batasan. Janganlah hingga ke waktu tidur kita pun abang masih meratib nama Aisyah tanpa henti. Boleh ke abang? Boleh ker?”
Dia menghempas telefonnya ke tilam dan menekup mukanya dengan sebiji bantal.
“Ya Allah!!!” dia sedikit menjerit di dalam bantal itu. Dia benar-benar buntu. Deringan telefon tiba-tiba mengejutkan Mylia daripada resahnya. Nama Mikail tertera di skrin. Mylia berfikir sejenak untuk menjawab panggilan tersebut.
“Mika!!! Time aku tanya kau betul-betul hari tu kenapa kau deny? Kenapa kau deny? Kau ni pun dah kenapa? Eh, jantan-jantan semua ni… apa eh masalah kau orang?” jerit Mylia ke arah telefon. Dia masih tidak menjawab sehinggalah sunyi telefon tersebut.
Mylia mencampak telefonnya sekali lagi ke atas tilam. Tiba-tiba telefonnya berbunyi sekali lagi. Masih lagi Mikail. Berat pula hatinya untuk menjawab panggilan tersebut kali ini. Dia sudah berjanji dengan Luqman untuk membuat keputusan tanpa sebarnag pengaruh daripada sesiapa pun. Setelah ia berdering beberapa kali, telefon itu kembali sunyi.
Mylia bangun dari katil dan berdiri di tepi tingkap menghadap lautan membiru. Dan sekali lagi telefonnya berdering. Ya, masih lagi Mikail. Kali ini, Mylia menjawab.
“Hello.” Jawabnya lemah.
“Assalamualaikum.” Sapa Mikail.
“Waalaikummussalam.” Jawab Mylia.
“Sihat tak ni? Macam tak bersemangat je.” Soal Mikail apabila dia mengesan kelainan dalam suara Mylia saat itu.
“Sihat je.” Jawab Mylia bersahaja.
“Rindu suami ker?” soal Mikail. Terdengar bunyi ketawa kecil di hujung panggilan sana.
“Mana tahu Mylia tak bersama suami sekarang?” soal Mylia lagi. Hairan jugak dia bagaimana Mikail boleh tahu.
“Staff Mika ada kat sana seorang. Dia recognize Mylia masa kita pergi Port Dickson dulu tu.” Terang Mikail.
‘Oh, dah kau tahu aku kat sini sorang-sorang berani pula telefon? Sedar pulak dia telefon bini orang ni. Tak takut dosa ker?’ bentak hati Mylia.
“Ada apa call Mylia?” soal Mylia pula. Entah kenapa hatinya meluap-luap rasa marah kepada Mikail. Mungkin dia masih sakit hati. Tapi bolehkanh dia meletakkan salah itu kepada Mikail seorang sedangkan waktu itu Mikail langsung tak sedar yang dia sebenarnya ada persaingan yang perlu dia tandingi? Sungguh tidak adil.
Mikail sedikit tersentak mendengar soalan Mylia. Dia terasa yang dia sedang mengganggu Mylia. Kehadirannya dalam hidup Mylia kemungkinan besar sudah tidak diperlukan.
“Tak ada apa. Saja je call. Take care ya. Jaga makan, jaga tidur, jaga kesihatan. Kalau kau sakit kat sana, aku tak sempat nak datang tolong tengokkan kau.” Ketawa hambar terbit dari mulut Mikail.
Mylia terdiam. Semua kenangannya bersama Mikail yang sentiasa ada ketika dia perlukan perhatian tertayang di ruang fikirannya bagaikan sebuah tayangan filem tanpa henti. Betapa lelaki itu arif sungguh tentang habit dirinya. Ada masanya Mylia rasakan Mikail lebih mengenali biologi dirinya berbanding dia sendiri.
“Kenapa diam je ni? Tak suka aku call? Kau marah aku ker?” soal Mikail lagi setelah Mylia langsung tidak memberikan sebarang respon.
“Mika…” Mylia bersuara.
“Hurmm…”
“Aku tau mungkin soalan ni agak terlambat untuk kita bincang, tapi boleh tak aku flashback sikit dengan kau?” soal Mylia meminta izin.
“Tentang apa?” Mikail tidak mahu menyerkap jarang. Sudah-sudahlah dia membuat tanggapan yang salah sebelum ini.
“Tentang kita?” jawab Mylia. Mikail terdiam seketika. Dia bertimbang-tara samada perlu atau tidak untuk mereka kembali ke masa silam.
“Apa yang kau nak tau tentang kita?” soal Mikail meberanikan diri.
“Tapi kau kena jawab dengan aku sejujur-jujurnya. Tak ada yang tak jujur melainkan yang jujur-jujur belaka?” kata Mylia meminta penjanjian dimetrai. Tergelak kecil Mikail mendengar ayat Mylia.
“Okay. Susah aku nak bohong kau. Kau tau kan?” soal Mikail kembali.
“But telling half-truth is also a lie as a lie is.” Bangkang Mylia.
“Okay, okay. I promise to be truthful this time. Tapi kau jangan marah, jangan kecewa dan jangan sedih pulak.” Pesan Mikail. Pesanan itu membuatkan Mylia mula berfikir kembali samada dia perlu bertanya atau tidak.
“Boleh tak for once… for this once… perhaps the first and the last time… kau cakap kat aku sebetul-betulnya… ada apa dengan kita berdua?” akhirnya terluah juga soalan itu dari mulut Mylia.
“Hurm…” itu sahaja yang berbunyi sebelum suasana menjadi sunyi sepi seketika antara mereka berdua. Tiba-tiba terdengar tarikan nafas dalam-dalam di hujung sana. “Kenapa kau perlu tahu sekarang? For whatever it was bukankah semuanya dah terlambat?” soal Mikail kembali.
“Aku tahu. Tapi aku perlu tahu. I really really really need to know.” Tegas Mylia.
“What difference would it make? Nothing kan? Kau pun dah bahagia dengan abang Luqman.” Mikail masih lagi cuba berdalih. Dia cuba mengelak untuk membuka kembali balutan luka yang parutnya masih lagi basah.
“I’m not very sure about that. Don’t ask!” cepat-cepat Mylia memberi amaran kerana bukan itu yang mahu dia bincangkan sekarang ini.
“Okaylah.” Mikail berhenti sejenak sebelum menyambung. “Sebelum ni, kan kau dah bertunang?” Mikail bermula di situ.
“Iya…”
“Masa tu aku macam masih cuba untuk deny hubungan korang tu. Aku macam boleh rasa yang it won’t last that long.” Cerita Mikail.
“Why?” hairan Mylia.
“I don’t know. Instinct I guess.”
“Then?”
“Thennn… you both break up just as I thought. Waktu tu aku rasa aku lah manusia paling happy di dunia ni. Kau ingat yang time aku ajak kau turun breakfast kat café tu?” Mylia masih ingat peristiwa itu dengan begitu jelas sekali.
“Ya, I remember.” Jawab Mylia perlahan.
“Masa tu aku cuba nak bagi ruang dekat kau untuk healing sekejap. I tried to be gentle. I don’t want to force you into anything yet sebab waktu tu aku tau kau dalam fasa yagn sangat fragile. Aku tak nak kau terima aku sebagai re-bounce. Aku nak kau terima aku sebab kau nak terima aku seikhlasnya.” Mylia terpana dengan luahan Mikail. Di situlah yang dia tertinggal. Maklumat itulah yang dia tiada sebelum ini.
“Tapi itulah. Tup tup kau dah nak kahwin. Aku frust giler sebab aku tak take action cepat-cepat masa tu. Nak gentle konon. Sekali melepas. Padan muka aku.” Mikail tertawa di hujung sana tetapi Mylia dapat rasakan betapa saratnya sesak di dada Mikail waktu itu.
“Kau tak jujur dengan aku, Mika.” Kata Mylia lemah. “Kau ingat yang masa aku pitam di office tu. Masa di klinik tu umi dan abi ada tanya kau kan tentang hubungan kita. Tapi kau jawab kita sekadar kawan sahaja. Waktu tu aku marah sangat. Aku ingatkan aku saja yang bertepuk sebelah tangan. Sebab itulah aku buat keputusan untuk terima lamaran abang Luqman.” Kali ini giliran Mikail yang terpempan.
“Oh! Mylia. Stop, please. You are not making this any easier for me.’ Bentak hati Mikail tetapi dia jugak ingin sangat mendengar semua itu kelaur dari bibir Mylia sendiri. Waktu itu dia sudah mampu tersenyum yakin yang Mylia juga mempunyai perasaan terhadapnya. Dia mampu tersenyum walaupun kelat.
“Mylia… kau tak kan boleh faham betapa gembiranya aku dengar ayat-ayat kau tu. Sekurang-kurangnya sekarang aku tahu yang perasaan aku ni mutual. Bukan aku seorang.” Dia terhenti di situ. Mylia juga terus berdiam.
“Tapi kita perlu terima hakikat sekarang ini kita memang tidak ada pilihan lain lagi. Aku sentiasa doakan kebahagian kau walau dengan siapa pun kau berada, Mylia. Aku akan sentiasa sayang kau.” Ucap Mikail. Kejujuran yang Mylia dambakan, kejujuranlah yang Mikail persembahkan.
Share this novel