~ 17 ~

Romance Completed 13901

Lagu It’s My Life nyanyian Bon Jovi yang menjadi nada dering telefon Borhan bergema serumah apabila Mikail menelefonnya malam itu. Borhan yang sedang menonton televisyen segera mencapai telefon yang berada di atas lantai di hadapan sofa yang sedang dia baring.

“Hello!” Borhan menjawab bersahaja.

“Hello, Han. Kau tengah buat apa tu? Aku kacau tak ni?” soal Mikail. Bagai nak sembang panjang lagaknya.

“Tak ada buat apa pun. Tengok layan movie je ni. Apa hal?”

“Manalah tahu, kot tengah dating ke.” Soal Mikail menduga.

“Kalau aku tengah dating, tak adanya aku nak jawab call kau ni.” Borhan masih bersahaja. Tahu sangat dia dengan sikap suka menyakat si Mikail itu.

“Amboi! Macam tu lah, kawan. Dah dapat awek, terus lupa sahabat.” Mikail ketawa kuat di hujung sana.

“Iyer, awek depan mata, nak layan orang lain nak buat apa. Yang kau call aku malam-malam ni ada apa? Takkan nak mengeteh lagi? Baru balik je ni.” sememangnya mereka baru saja sama-sama makan malam sebentar tadi selepas 2 jam sesi badminton bersama 6 lagi sahabat mereka yang lain.

“Eh, bukan. Aku nak bagitau kat kau ni, esok aku tak masuk kerja. Aku nak minta tolong kau ambilkan fail 3 atas meja aku tu bagi kat boss. Itupun kalau boss minta lah. Dia bgtau nak fail tu esok. So, kalau dia minta, ko tolong bagi kat dia okay?” terang Mikail panjang lebar.

“Haa… okay. No hal. Kau nak pergi mana pula esok? Sakit?” soal Bordhan kembali.

“Tak. Aku dapat IV kat KGW. Pukul 9 pagi. So, aku terus pergi sana saja. Kalau aku sempat, aku masuk petang. Tapi aku rasa besar kemungkinan aku ambil cuti satu hari terus je kot.” Cerita Mikail kepada Borhan.

“Kau dapat IV? Interview? Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba dapat interview ni, kau memang apply ke?” soal Borhan kembali. Terkejut juga dia. Dia tak pernah tahu yang Mikail ada niat nak cari kerja baru.

“Aku saja try apply hari tu. Tengok-tengok diorang panggil IV. Pergi jer lah. Mana tahu rezeki nak tambah gaji.” Balas Mikail sambal ketawa kecil.

“Oh! Kau apply? Sebab apa tiba-tiba nak tukar kerja pula ni? Kau apply post apa?” Borhan masih lagi bersoal-siasat.

“Senior Exec. Aku cuba saja. Manalah tau ada rezeki kan. Kau jangan lupa tau, fail 3 tu ada tepi PC tu je. Kalau boss minta, kau bagi. Kalau tak, nanti aku masuk aku hantar sendiri kat boss. Kalau dia tanya aku pergi mana, kau jangan bagitau aku ada IV pula. Naya aku.” Pesan Mikail bersungguh-sungguh kepada Borhan. Risau juga dia dengan tanggapan pihak atasan syarikatnya sekarang jika mereka tahu dia meminta kerja lain.

“Ya, pandailah aku nanti. Good luck, bro. Semoga murah rezeki kau.” Kata Borhan sambal menyelit secebis doa buat rakannya itu.

“Amiinnn… sama-sama kita. Thanks, Han.”

“You’re welcome.” Jawab Borhan dan terus mematikan panggilan. Timbul pula persoalan dibenaknya. ‘Apa alasan sebenar Mika ni nak pindah? Mesti ada sebab.’

* * * * *

“Mylia! Mylia! Tunggu!” Risya yang berdiri agak terkebelakang di dalam lif terpaksa menjerit sedikit untuk memanggil rakan sekerjanya itu yang laju menonong ke hadapan.

Mylia berpaling mencari suara Risya. Kuat betul suara wanita itu.

“Habis satu bangunan dah tau nama aku. Kau memang nak buat iklan free ke apa?” soal Mylia berseloroh kononnya marah.

“Alah, iklankan kau buat apa? Dah tak laku. Kau dah off market yer… sedar diri, please! Dari aku iklankan nama engkau, baik aku jerit nama aku sendiri.” Risya tersengeh lebar menayangkan sebaris gigi yang tersusun rapat dan rata. Sempurna sekali susunan gigi rakannya itu.

“Eleh, kau ni memang tak tahu malu langsung kan?” soal Mylia sambil terus melangkah apabila Risya sudahpun berada di sebelahnya.

“Amboi! Sedap mulut mengata aku. Aku ada jerit nama aku ke tadi?” soal Risya kembali berlagak merajuk.

“Lepas ni, aku tolong jeritkan nama engkau pula ya. Aku tau kau memang nak kan?” soal Mylia kepada Risya sambil memeluk bahu Risya.

“Haaa… engkau memang seorang sahabat yang perihatin. Bijak! Make sure kau jerit nama aku next time tau!” pesan Risya bersungguh-sungguh.

“Promise!” Mylia mengangkat tapak tangan kanannya ke paras bahu. “Yang kau jerit-jerit panggil aku tadi tu kenapa?” soal Mylia kembali ke punca sebenar namanya bergema satu bangunan sebentar tadi.

“Oh, ya. Aku tengok kat FB kau tu semalam. Gambar-gambar kau pergi bercuti dengan family suami kau tu. Kat mana eh? Macam best je tempat tu. Aku tengah plan family day ni.” Kata Risya panjang lebar. Waktu itu, mereka sudahpun melabuhkan punggung di meja masing-masing. Saat itu Borhan sudah pun berada di sana. Hanya Mikail sahaja yang belum sampai lagi.

“Kat Port Dickson. Nanti aku tag location resort tu kat FB kau.” Jawab Mylia.

“Ha, that’s the best. Senang sikit aku nak cari nanti. Review sikit, please?” pinta Risya lagi.

“Kau ni macam-macamlah. Okay. Bilik dia okay, bersih dan lapang. Tapi kat situ just ada bilik standard dan family je. Tak der service apartment. Makan dia best. Sarapan dia memang puas hati kau nak pilih. Macam-macam. The best part is their pastries. Kau pun tau sangat-sangat kan aku ni hantu pastry. Tepi pantai, so senang lah kau nak enjoy pool atau beach. Tak payah nak drive dah. So, sangat-sangatlah convenient. Aku bagi 5 stars.” Terang Mylia panjang lebar.

“Kau tanya minah ni, tepi hutan pun 5 stars kalau dapat pergi dengan encik suami tersayang.” Tiba-tiba Borhan menyampuk perbualan dua wanita di hadapannya itu.

“Ya taky a juga kan. Orang baru kahwin, baru nak bercinta lah katakan. Kentut pun wangi.” Tambah Risya pula.

‘Kalau lah korang tau…’ fikir Mylia dalam hati. Malas dia nak komen banyak-banyak. Kalau dibalas, makin panjang nanti jadinya.

“Mana Mika ni tak sampai-sampai pun lagi. Dah jam berapa dah ni.” Soal Mylia mahu menukar topik perbincangan mereka.

“Tak kan kau takt ahu lagi? Mika kan dah patah hati dengan kau. Hari ni dia ambil cuti sebab nak pergi IV kat company lain. Dah tak sanggup dah la tu nak mengadap muka bekas kekasih.” Makin menjadi-jadi Borhan menyakat.

Terdiam Mylia mendengar maklumat yang langsung tidak diduganya itu. Matanya memandang Borhan dengan renungan yang tajam. Suaranya tersekat dikerongkong. Banyak perkara yang ingin disoal tetapi semuanya tidak terluah.

“Mana kau tahu ni Borhan?” Risya yang terlebih dahulu bertanya. Dia juga terkejut dengan berita tersebut.

“Mika yang bagi tahu aku sendiri. Semalam dia call bagi tahu hari ni dia tak datang kerja sebab nak pergi IV.” Jawab Borhan jujur.

“Kau berdua memang couple ke sebelum ni, Mylia. Aku ingatkan mamat ni saja nak menyakat kau saja. Rupanya korang memang couple eh? Aku tak tau pun.” Soal Risya kepada Mylia.

“Mana ada! Memandai je Borhan tu. Kau percayalah sangat.” Jawab Mylia menafikan Risya.

“Mana satu yang betul ni? Aku peninglah dengan korang ni. Cuba bagi tahu betul-betul.” Marah Risya. Sakit kepalanya. Entah masa bila mereka bercakap benar dan masa bila pula mereka berseloroh. Gayanya sama sahaja pada Risya.

“Engkau ni Risya, sampai bila nak blur teruk ni? Mika ambil cuti pergi IV kat company lain. Sebab apa tu manalah aku tau.” Jawab Borhan. Kali ini dia betul-betul jujur. Risya mencebikkan bibirnya. Menyampah diejek begitu oleh Borhan.

“Mika tak bagi tau kau ke sebab apa dia minta kerja lain, Mylia?” soal Risya kepada Mylia pula. Cuba untuk mengalih tumpuan perbualan mereka.

“Kau ni kan, Risya. Makin teruklah aku rasa blur kau ni. Kalau Mika bagi tahu kat Mylia, mestilah Mylia tau Mika pergi IV hari ni. sekarang ni, dia pun tak tau yang Mika pergi IV, kan?” soal Borhan kepada Risya. Penat dia dengan Risya yang kadang-kadang sangat lambat untuk faham konteks cerita.

“Mikail pergi IV kat mana?” tiba-tiba perbualan mereka dipotong oleh suara serius Razman, Eksekutif Kanan Sumber Manusia syarikat mereka. Mereka bertiga berpusing serentak.

“Boss nak fail 3 tu ke?” pantas sekali Borhan mencari fail yang dipesan oleh Mikail semalam. Meja Mikail sentiasa kemas. Tak susah nak cari barang di atas meja lelaki itu. Terus sahaja Borhan menghulurkan fail tersebut kepada Razman.

“Bila Mikail masuk kerja?” soal Razman tepat ke wajah Borhan sambil tangannya menyambut fail yang dihulurkan Borhan sebentar tadi.

“Dia kata kalau sempat petang ni dia masuk. Kalau tak, esok pagi.” Jawab Borhan dengan hormat. Razman mengangguk kecil dan terus berlalu. Borhan mengurut dadanya dan mengangkat keningnya kepada Mylia dan Risya. Kedua-dua wanita itu hanya mendiamkan diri semasa Razman bersoal-jawab dengan Borhan.

Pulang kerja petang itu, Mylia menjenguk-jenguk juga ke rumah Mikail mengharap lelaki itu memunculkan diri. Dia benar-benar ingin tahu kenapa lelaki itu mahu bertukar tempat kerja. Jauh disudut hatinya, dia sedikit kecewa.

Setapak demi setapak dilangkahnya pendek-pendek, membeli masa lebih lama sebelum dia masuk ke dalam rumah. Mahu ditelefon atau ditanya melalui mesej telefon, Mylia rasakan bagai tidak manis kerana dia kini isteri orang. Tak manis untuknya terlalu mengambil berat hal lelaki lain sehingga perlu menghubungi menggunakan telefon. Namun malangnya, wajah Mikail tidak juga muncul-muncul.

“Kamu cari siapa tu, Milya?” tiba-tiba suara mentuanya mencecah ke gegendang telinganya.

“Eh, mak buat apa kat luar ni seorang-seorang?” balas Mylia tanpa memandang sekeliling.

“Seorang apanya? Inikan Luqman ada.” Jawab Ramlah sambil menunjukkan Luqman yang sedang duduk di kerusi laman bertentangan dengannya. Waktu itu barulah Mylia perasan kewujudan mereka. Pastinya mereka sudah sedia ada di situ sejak dia sampai sebentar tadi. Merah padam mukanya menahan malu mengenangkan yang pastinya mereka berdua memerhatikannya sedari tadi hingga sedar yang dia sedang meninjau-ninjau ke rumah sebelah.

Dia segera berjalan menuju kepada mereka dengan hati yang berat. Dihulurkan tangannya kepada mentua dan suaminya untuk bersalaman dan terus meminta diri untuk masuk ke dalam rumah.

“Saya masuk dulu ya. Belum solat asar lagi ni. nanti terlepas pula.” Sememangnya dia belum lagi menunaikan solat asar waktu itu sedangkan jam sudah pun melangkaui angka 6. Tanpa menunggu respon daripada mereka berdua, terus sahaja Mylia bergegas masuk.

Sebelum naik ke bilik, dia terus ke dapur dan mengeluarkan lauk-pauk untuk di masak malam nanti. Bahan-bahan beku itu perlukan masa yang lama untuk dilembutkan.

Selesai makan malam, Luqman segera beredar ke kedainya. Amat jarang sekali dia membiarkan pekerjanya menutup kedai. Banyak perkara yang dia perlu pastikan sebelum kedainya ditutup setiap malam.

Mylia pula seperti biasa melayan kerenah anak-anaknya menyiapkan kerja-kerja sekolah dan menyiapkan beg mereka sebelum tidur. Malam itu, Julia dan Jasmin agak keletihan dan mereka tidur lebih awal daripada hari-hari biasa. Belum pun sempat Mylia membaca buku cerita kepada mereka, mereka sudah pun lena dibuai mimpi.

Peluang ini diambil Mylia untuk berbual dengan Mikail.

‘Jam baru 9:30 malam. Mustahil Mika dah tidur, kan?’ fikirnya sendiri. Mylia segera mencari nombor telefon Mikail di dalam telefonnya tetapi jarinya teragak-agak untuk menekan butang dail.

“Here goes nothing.” Kata Mylia akhirnya nekad untuk bercakap sendiri dengan Mikail.

“Assalamualaikum, Mylia.” lembut suara Mika menjawab panggilan. Entah dari mana datangnya sendu, hati Mylia tiba-tiba sebak.

“Betul ke Mika nak tukar tempat kerja?” soal Mylia terus. Dia tidak mampu lagi untuk berbual-bual kosong. Otaknya sudah tidak mampu untuk berfikir tenang.

“Mika baru minta. Belum tentu lagi dapat ke tidak.” Jawab Mikail tenang. Yang sebenarnya, hatinya agak gemuruh apabila terpandang wajah Mylia yang menjadi gambar profil di dalam telefonnya muncul sebentar tadi.

“Kenapa nak minta kerja lain?” soal Mylia tanpa berselindung. Dengan keadaan rumahtangganya yang dia sendiri tidak tahu apa kategorinya, dia masih memerlukan wajah lelaki itu sebagai penguat semangat. Kenapa? Dia sendiri tidak tahu. Yang pasti, apabila dia ada bersama Mikail di pejabat, hatinya sedikit tenteram.

“Saja. Nak cari pengalaman baru. Nak cuba nasib. Mungkin di tempat baru, rezeki Mika lagi murah. Mika apply utk exec post. Harap-harapnya dapatlah. Mylia tolong doakan untuk Mika juga ye?” mana mungkin Mikail mampu berterus-terang. Apa gunanya lagi untuk dia nyatakan hal yang sebenar? Tiada apa satu pun yang akan berubah. Mylia kini sudahpun menjadi isteri orang. Mikail masih tahu hukum agama.

Hati Mylia berbelah-bagi. Mahukah dia berdoa sebegitu?

“Mika minta kat mana? Jauh ke?” akal Mylia buntu. Siapalah dia untuk menghalang Mikail pergi? Apa haknya ke atas Mikail? Dia bukan siapa-siapa.

“Tak lah. Kat KGW tu jer. Dekat sangat. Boleh je nanti Mika nak menyibuk time korang lunch kat tempat biasa tu.” Secebis senyuman hambar terukir dibibir Mikail.

‘Kenapa kau bimbang, Mylia? Kenapa kau ambil berat? Kenapa kau runsing? Kau ni isteri orang? Kau buat hati aku jadi lagi berat kau tau tak?’ persoalan demi persoalan melintasi benak Mikail. Dia tidak mahu mengajukan soalan-soalan itu kepada Mylia. Tiada gunanya lagi. Soalan-soalan itu hanya akan lebih mengundang padah kepada mereka berdua.

“Oh, okay. Mylia doakan yang terbaik untuk Mika. We all gonna miss you badly.” Sengaja dia menggunakan ‘we’ berbanding ‘I’. dia tidak mahu terlalu menunjukkan perasaannya kepada Mikail.

“Hey, chill dulu. Mika baru IV jer. Belum confirm lagi. I’m gonna be there tomorrow. Don’t worry.” Jawab Mikail berjenaka. Bergetar tangkai jantungnya mendengar ucapan Mylia sebentar tadi.

‘Ah! Kau jangan perasanlah, Mika! She meant what she said. Bukan dia sorang.’ Mika cepat-cepat menepis fikirannya. Dia tidak mahu melayan rasa cintanya kepada Mylia lagi. Lagipun bukankah itu tujuan asal yang paling utama kenapa diam ahu berpindah tempat kerja?

“Okay. Tak per lah. Sorry kacau. See you tomorrow.” Kata Mylia lagi.

“Okay. See you. Assalamualaikum. Selamat malam.” Ucap Mikail mengakhiri perbualan mereka. Sebaik sahaja salamnya dijawab, Mylia terlebih dahulu menekan butang tamat.

Mikail menggenggam telefonnya lama. Fikirannya makin berat. Dia bangun menuju ke jendela biliknya dan dibuka tingkap itu seluasnya. Dia menjengah sedikit keluar sambil memandang ke arah rumah Mylia. terasa begitu berserabut fikriannya tetapi dia sendiri tidak tahu apa benda yang sedang dia fikirkan sebenarnya.

Rasa sayang kepada Mylia masih kuat. Sukar benar bagi Mikail untuk membuang perasaannya secara tiba-tiba begitu. Dia benar-benar mencintai Mylia.

Tiba-tiba lamunannya terssentak dengan deruman enjin kereta Luqman yang baru masuk di pintu pagar rumah itu.

“Mika, dia bini orang. Don’t be stupid. You must stop! You must stop this instant!” pesan Mikail kepada dirinya untuk kesekian kalinya. Dia menutup kembali tingkapnya dan terus merebahkan badannya di atas katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience