~ 28 ~

Romance Completed 13901

“Lepas check-out, terus balik KL ker?” soal Mikail sambil berjalan beriringan dengan Mylia keluar daripada dewan seminar.

“Nak singgah dulu kejap a few places. Nak cari buah tangan utk anak-anak.” Jelas Mylia. Berkerut sekejap dahi Mikail sebelum dia mula teringatkan Julia dan Jasmin, anak-anak Luqman.

“Oh, ya. Julia dan Jasmin.” Kata Mikail sambil tersenyum.

“Ya. Kau balik Melaka ke KL ni? Cik Sue ada di mana sekarang?” Soal Mylia kembali.

“Mama ada di KL tp aku balik Melaka dulu hari ni. Weekend baru balik KL. Aku kan bawa staff sekali ni.” terang Mikail mengingatkan Mylia kepada Dina dan Taufik.

“Encik Mika…” tiba-tiba suara seorang perempuan menyapa Mikail dari belakang membuatkan mereka berpusing serentak.

“Oh, hai Cik Rose. Ingat lagi kan? Puan Mylia.” Kata Mikail tidak mahu Mylia rasa terasing jika mereka hanya berbual berdua.

“Of course. Mati-mati saya ingat you both have a thing. My bad.” Kata Rosemira sambil bersalaman dengan Mylia.

“No worries. Cik Rosemira?” soal Mylia ingat-ingat lupa.

“It’s me.” Jawab Rosemira sambil tersenyum manis.

“Terus balik lepas ni?” Mikail pula bertanya kepada Rosemira.

“Ya. Singgah Batu Pahat dulu kejap jenguk orang tua di kampung. Lepas tu baru balik JB.” Cerita Rosemira ringkas.

“Drive sendiri sampai ke JB? Jauh tu.” Komen Mikail.

“Dah biasa dah. Memang selalu gerak solo pun.” Kata Rosemira sambil tersipu-sipu. Nampak sangat yang dia sememangnya tiada pasangan hidup waktu itu. Untuk menutup rasa malu dan gugup, cepat-cepat dia meminta diri.

“Saya nak minta diri dulu. Saya betul-betul berharap Encik Mika dapat datang ke tempat kami nanti. Boss saya pun dah 70% agreed. Lepas baca brochure ni, I yakin dia akan terus bagi green light.” Kata Rosemira lagi.

“I hope so too. Very looking forward to it.” Balas Mikail sambil tersenyum lebar penuh pengharapan. Satu penghargaan besar baginya apabila program yang dirancang dan dibina bersama anak-anak buahnya mula menjadi perhatian orang.

“Me too. Okay, till next time. Bye.” Kata Rosemira sambil melangkah pergi.

“What is that about?” soal Mylia tertarik dengan perbincangan ringkas antara dua orang dihadapannya waktu itu.

“Taka da apa…” balas Mikail merendah diri. “Company diorang berminat nak hire my group untuk team building programme yang I present tu. Itu saja.” Mikail cuba menyembunyikan perasaan terujanya waktu itu.

“Wah, dah ada yang berminat. Congratulations!” ucap Mylia dengan gembiranya. Bangga sekejap menjadi sahabat kepada Mikail waktu itu. Tersengeh lebar Mylia waktu itu.

“Alhamdulillah. Thank you.” Ringkas sahaja jawapan Mikail. Namun di dalam hatinya dia sangat-sangat gembira mendengar ucapan penghargaan daripada Mylia. Siapa lagi yang kita nak harapkan sebuah penghargaan ikhlas kalau bukan daripada orang yang paling kita sayang.

“Boss, nak turun jam berapa?” Dina yang entah dari mana tiba-tiba datang menegur. Mikail mengangkat tangannya membaca jam di tangan.

“Sekarang 12:30. Kalau 1:30 sempat?” Mikail jarang sekali memberikan arahan solid. Dia sentiasa memberi pilihan kepada orang disekelilingnya. Dia tidak mahu orang lain rasa terbeban dengannya.

“Boleh sangat boss. Saya dah siap packed. Mamat ni tak tau lah.” Kata Dina sambil menunjuk ke arah Taufik.

“Eh, cakap siang pandang-pandang eh. Kau ingat aku apa? semua baju aku tu aku taruk jer dalam beg sampah hitam tu. Senang sangat nak pek-pek baju ni.” jawab Taufik berseloroh walaupun riak wajahnya begitu serius. Mylia sudah pun melopong kerana dia benar-benar percaya yang Taufik benar-benar akan buat seperti itu.

“Dia mengarut je tu, Puan. Abaikan.” Dina memecah rahsia.

“Apa pula puan. Kita same level laaa… Boss kamu ni je yang level lain.” Mylia menjeling kepada Mikail.

“Mengarutlah korang ni. okay, jam 1:30 di lobi yer. Kau jangan tidur plak, Pik!” pesan Mikail sebelum menghalau mereka berdua berlalu dari situ.

“Tak der lah boss. Saya naik, saya pek, saya turun balik sini. Sepantas kilat.” Kata Taufik sambil melangkah pergi.

“Okay lah. Jumpa hujung minggu nanti ya.” Kali ini giliran Mikail pula meminta diri daripada Mylia.

“InshaaAllah. Drive elok-elok, okay. Take care of yourself.” Pesan Mylia. Terasa satu ketenangan mendengar bait-bait itu keluar daripada bibir Mylia dan ditujukan khas buatnya.

“InsyaaAllah, I will. Kau pun okay.” Satu senyuman paling lebar dan paling manis dilemparkan kepada Mylia. Selepas itu, mereka berpisah di lobi itu. Mikail segera bergerak naik ke biliknya. Manakala Mylia pula berjalan ke lobi tempat Luqman janji untuk mereka berjumpa.

Dari jauh Mylia dapat melihat Luqman yang sedang duduk dengan tenang membaca senaskah surat khabar. Sambil melangkah perlahan-lahan, Mylia mengamati susuk tubuh lelaki yang bergelar suaminya itu.

Walaupun pada usia yang kian menghampiri angka 40, Luqman sangat menjaga penampilannya. Badannya masih lagi sasa dengan dada yang bidang dan perut yang rata. Mungkin badannya tidaklah segagah Zul Ariffin, tetapi seluruh otot badannya kenyal dan tegap. Postur badannya juga begitu tegak membuatkan dia kelihatan sangat tampan.

Luqman sememangnya memiliki kulit putih bersih dan rambut yang sangat lurus dan halus. Rambut sebegitu sentiasa sahaja duduk terletak tanpa perlu dirapikan keterlaluan. Sentiasa kemas. Hidung mancung Luqman sangat menyerlah jika dipandang dari susuk tepi seperti yang dilihatnya waktu itu. Hidung itu jugalah yang diwarisi oleh Julia dan Jasmin. Tanpa sedar, Mylia mengakui ketampanan Luqman di dalam hati.

“Handsome sungguh di ani tapi sayang berhati batu. Rugi sangat. Ramai perempuan-perempuan kat luar sana tengah cari suami handsome. Tapi di ani langsung not available. Aku yang isteri dia ni pun tak boleh nak menikmati betapa tanpannya dia.’ Tanpa sedar Mylia sudah pun berdiri di sebelah Luqman tetapi matanya masih lagi memandang Luqman dengan renungan yang bergitu mendalam.

“Oh, dah keluar?” tegur Luqman sebaik sahaja tersedar Mylia sedang berdiri di sebelahnya. Dia menutup surat khabar ditangan dengan kemas dan meletakkannya kembali ke atas meja. Luqman lantas bangun dan segera mahu mencapai beg pakaian mereka. Saat itu baru dia terperasan yang Mylia asyik merenungnya tanpa berkelip.

“Kenapa awak pandang saya macam tu?” Soal Luqman hairan. Wajahnya terpaksa ditundukkan sedikit untuk memandang mata Mylia. Dengan ketinggian 179 cm, Mylia hanyalah berada di paras telinganya sahaja.

Mylia masih lagi tenggelam dalam fikirannya sendiri. Jauh sungguh dia berangan kali ini.

“Mylia!” Luqman menguatkan sedikit suaranya. Tetapi bila dia lihat Mylia masih lagi belum tersedar, dia mencapai tangan Mylia dan menggoncangkan sedikit.

“Huh! Oh… kita… aaa… kita nak… ermm… nak check out ker?” soal Mylia tergagap-gagap. Jauh sungguh fikirannya merewang waktu itu.

“Dah… saya dah check out dah. Jom masuk kereta dan terus gerak okay. Nanti lambat sangat pula.” Soal Luqman. Tangannya yang masih memegang tangan Mylia diramaskan sedikit. Saat itu, terasa seperti seluruh darah yang ada di dalam badan Mylia terpusu-pusu naik menerpa ke muka. Merah padam jadinya.

“Awak okay tak ni? Awak fikir apa jauh sangat?” soal Luqman sambil tertawa kecil. Lucu pula dia dengan gelagat Mylia.

“Okay.” Kata Mylia dengan suara yang sedikit halus. Dengar seperti jawapan itu sengaja dibuat-buat sedangkan yang sebenarnya dia gemuruh, hairan, keliru dan segala jenis perasaan lagi sedang bergolak dan bercampur-baur di dalam kepalanya.

Mendengar suara gugup Mylia membuatkan Luqman sekali lagi tertawa kecil. Pantas saja sebuah ciuman nipis hinggap di sisi kanan kepala Mylia. Luqman terasa seperti dia sedang melayan kerenah anak kecil pula.

“Dah, jom gerak.” Kata Luqman sambil mengheret Mylia di tangan kanannya dan mencapai beg pakaian dengan tangan kirinya. Mereka bersama-sama jalan keluar daripada lobi menuju ke kereta. Mylia yang bagaikan terpukau hanya melangkah menuruti Luqman tanpa bantahan.

Setelah siap menyimpan beg di dalam bonet kereta, mereka sama-sama masuk ke dalam kereta.

“Okay, kita nak ke mana dulu?” Soal Luqman kepada Mylia.

“Ah?” otak Mylia kurang berfungsi pula waktu itu. Puas dia memerah tetapi dia tak mampu nak membutirkan apa-apa maklumat.

“Hey, awak okay tak ni?” Luqman memberikan sepenuh perhatian kepada Mylia.

“Okay… Okay… saya okay… kejap…” Mylia menarik nafas dalam-dalam beberapa kali. “Okay. First stop… Nilai. Mak pesan karpet.” Kata Mylia dengan penuh keyakinan. Sebaik sahaja dia habis berkata-kata, dia pusing memandang Luqman.

“Awak fikir apa yang intense sangat ni?” soal Luqman dengan lembut. Mylia tersenyum cemas. Dia berfikir sejenak samada dia perlu berterus-terang atau tidak.

“Saya fikir kesian dekat semua perempuan kat luar tu yang tengah cari suami handsome. Yang seorang ni dah waaaaayyy out of the market. Satu pembaziran.” Kata Mylia jujur. Luqman mengerut kening.

“Kenapa membazir?” soalnya.

“Sebab hati dan jiwanya dah tak wujud lagi kat dunia ni. Jasad saja yang tinggal. Tak mungkin ada mana-mana perempuan boleh menjadikan awak suami yang benar-benar suami.” Kata Mylia tanpa berselindung.

Jawapan Mylia itu membuatkan Luqman tersandar di kerusinya sambil menghela nafas panjang.

“Saya sedang cuba, Mylia. Tolong berikan saya masa, okay.” Hilang sudah senyuman di bibir lelaki itu.

“Owh, bukan itu maksud saya. Saya okay. Saya tak fikirkan untuk diri saya. Sebab saya sendiri tak yakin kita mampu bertahan. Saya taky akin saya mampu bertahan. Tapi saya maksudkan orang lain, perempuan lain di luar sana.” Kata Mylia jujur.

Entah mengapa dan entah datang dari mana, kata-kata Mylia tadi sedikit menggurid hati Luqman.

“Awak dah nak give up?” dia tersenyum sinis sambil memandang ke luar.

“Saya tak cakap macam tu. Saya tak kata saya nak give up. Cuma saya tak yakin. Saya tak nampak jalannya.” Balas Mylia perlahan. Mendengar jawapan Mylia, Luqman mengeluh kasar.

“Saya minta maaf sebab dah drag awak masuk dalam masalah ni. saya juga minta maaf sebab dah sebabkan awak hilang peluang untuk hidup bahagia. Saya sendiri tak mampu nak bahagiakan diri sendiri, saya tak tau samada saya boleh bahagiakan orang lain. Saya sendiri dah tak tau bahagia tu apa sekarang ni.” Luqman kembali dibelenggu rasa kehilangan.

Kehilangan yang dia rasa apabila Aisyah meninggal memberi impak yang amat dalam kepada Luqman. Dia sendiri tak tahu sampai bila dia akan berduka lara seperti itu. Bukan dia tidak mahu bahagia, tetapi rasa bahagia itu cukup amat untuk masuk ke jiwanya. Dia tidak mampu memaksa dan menipu diri sendiri.

“Saya minta maaf sebab saya tak mampu menjadi sehebat Aisyah. Kalau Aisyah yang awak cari, awak tak akan mungkin jumpa dalam saya. Tak guna kalau kita tunggu lagi 2 bulan mahupun 2 tahun. Sebab saya bukan Aisyah.” Kata Mylia dengan lembut.

“Saya tak dapat bayangkan sedalam mana cinta awak kepada Aisyah. Saya tidak pernah bercinta mahupun dicinta sedalam tu. Tapi saya minta maaf siap-siap. Ikhlas saya cakap, saya tak mampu untuk hidup dibayangi Aisyah. Kalau sekarang awak pegang tangan saya sambil mengigau nama Aisyah pun saya dah sedih, saya tak dapat bayang kalau awak sentuh saya tapi mulut awak memanggil nama Aisyah. Saya tak mampu menjadi patung boneka.” Jawapan jujur Mylia membuatkan Luqman terpana.

Mana mungkin dia mampu buang nama itu dari lisannya. Mana mungkin dia mampu berhenti meratip nama itu dibibirnya. Takkan mungkin dia mampu melupakan isterinya di saat sedar apatah lagi di dalam igaunya.

“Jadi, awak nak stop di sini sajakah?” soal Luqman meminta kepastian.

“Saya sendiri tak tahu sejauh mana saya mampu bertahan. Anniversary kita hanya lagi 2 bulan. Somehow ada masanya saya rasa macam 2 bulan tu terlalu lama. Cuba awak letakkan diri awak ditempat saya. Tidur malam saya tak pernah lekang daripada memanggil nama lelaki lain. Apa awak akan rasa?”

‘Mikail…’ terdetik nama lelaki itu tiba-tiba di dalam fikiran Luqman. Kerana nama itulah mereka akhirnya datang berdua bersama-sama dan dia akhirnya mula memberanikan diri untuk mendekati Mylia.

‘Takkan aku dah mula cemburu? Macam mana boleh ada cemburu kalau aku tak sayang? Macam mana aku boleh sayang dia kalau hati aku masih ada Aisyah? Apa yang sebenarnya sedang berlaku sekarang ni?’ Luqman berperang sendirian di dalam hati.

“Saya faham…” jawab Luqman kepada Mylia. Sememangnya dia benar-benar faham. Empat hari mereka di Seremban itu membuktikan yang dia juga bukanlah seorang yang boleh bersabar jika ada lelaki lain yang dihubungkaitkan dengan isterinya. Walhal, yang menyebut-nyebut nama lelaki itu bukanlah Mylia. Tak pernah wanita itu mencanang nama Mikail dihadapannya tetapi ia sudah cukup kuat untuk membuatkan Luqman rasa tergugat.

“…dan saya minta maaf. Tapi saya mohon sangat-sangat untuk kita jangan bertindak terburu-buru. Kita ada masa 2 bulan, kita cuba gunakan sehabis baik. Boleh?” Pinta Luqman sepenuh hati. Dia terus memandang Mylia dan meminta jawapan daripada wanita di sebelahnya itu.

Lama Mylia menatap wajah Luqman. Kemudian segaris senyuman nipis dilemparkan sambil mengangguk perlahan tanda setuju.

“Thank you. Jom kita balik sekarang.” Luqman terus memasukkan gear dan menekan minyak keluar daripada lot parkir hotel berkenaan.

Mereka berdua tiba di rumah sewaktu Maghrib mula menghampiri. Waktu itu, Julia dan Jasmin sedang sibuk menyiapkan diri selepas mandi di bilik mereka. Ramlah yang terdengar bunyi enjin kereta cepat-cepat berjalan ke ruang tamu untuk membuka pintu. Sebelum dia membuka pintu, sempat dia menjenguk ke luar mencari kelibat anak menantunya. Pandangan yang terhidang di hadapannya waktu itu sangatlah mengharukan.

Mylia berjalan sambil menarik bagasi mereka manakala Luqman pula menggalas beg komputer dan menjinjing berbungkus-bungkus beg plastik di sebelah tangan kirinya. Apa yang menyentuh hati tua itu, dia melihat Luqman dengan begitu mesra sekali memaut bahu Mylia dengan tangan kirinya. Malah, Mylia sendiri kelihatan begitu selesa dengan kemesraan itu.

Cepat-cepat dia memanjatkan ucapan syukur ke hadrat Ilahi. Sesungguhnya tiada yang lebih menggembirakan hatinya daripada melihat anak sulungnya itu bahagia. Selama mereka berkahwin, hatinya tidak mampu tenang dan aman melihat betapa dinginnya Luqman melayan menantunya itu. Rasa bersalah semakin menebal dari hari ke hari. Rasa bersalah kepada Mylia dan paling lara sekali rasa bersalah kepada sahabat baiknya, Hamidah.

Dia membiarkan mereka berjalan berpimpinan sehingga sampai ke muka pintu. Dia tidak mahu menganggu kemesraan yang baru sangat berputik.

“Assalamualaikum.” Laung Luqman kuat di muka pintu. Ramlah menunggu seketika sambil tersenyum di balik pintu. Dia menunggu beberapa saat sebelum membuka pintu itu dengan senyuman lebar.

“Waalaikummussalam. Baru sampai?” sapa Ramlah kepada anak menantunya. Mylia pantas menghulurkan salam buat mentuanya diikuti Luqman. “Banyaknya membeli.” Tegur Ramlah.

“Alang-alang, mak. Bukan selalu pun kita pergi sana.” Jawab Mylia mesra melayani Ramlah. Tiba-tiba terdengar tapak kaki menderu turun dari tingkat atas.

“Ibu! Abi!” laung mereka dari tangga.

“Ya! Assalamualaikum anak-anak ibu!” kata Mylia sambil berdiri menanti di hujung tangga. Julia dan Jasmin terus meluru kepada Mylia sambil memeluknya erat. Luqman yang masih berdiri dihadapan pintu hanya merenung gelagat mereka bertiga. Anak-anaknya lebih mendahulukan Mylia dari dia.

“Lamanya ibu pergi kerja. Jasmin rindu ibu.” Kata anak kecil itu sambil mengeratkan lagi pelukan.

“Maaflah. Ibu kena pergi kerja. Nanti kita pergi holiday sama-sama okay.” Pujuk Mylia.

Luqman masih memerhatikan mereka. Walaupun tanpa senyum, tapi air wajahnya tidak keruh. Malah dia kelihatan berseri-seri di mata Ramlah. Ramlah menepuk-nepuk lembut bahu anak lelakinya. Luqman memandang wajah Ramlah, sedikit hairan dengan tepukan itu. Ramlah tersenyum lebar kepada anaknya.

“Happy kan?” soal Ramlah penuh maksud tersirat. Luqman hanya tersenyum.

“Tak rindu abi ker?” Soal Luqman kepada anak-anaknya.

“Abi!” terus sahaja anak-anaknya menerpa memeluk Luqman pula.

“Sihat anak-anak abi?” soal Luqman sambil mengusap kepala mereka berdua.

“Sihat.” Jawab mereka serentak.

“Alhamdulillah. Nah ni ada hadiah untuk Julia dan Jasmin.” Cepat-cepat Julia dan Jasmin merebut beg yang dihulurkan Luqman. Riuh-rendah seketika rumah besar itu dengan suara kegembiraan mereka.

“Abi naik mandi dan solat dulu ya. Nanti kita borak lagi tau.” Kata Luqman dan terus mencapai bagasi berat untuk dibawa naik ke bilik. Mylia juga turut menapak naik ke atas membontoti Luqman.

Sampai ke atas, Luqman menolak bagasi mereka rapat ke dinding dan terus mendapatkan Mylia. Mylia yang sedang rancak menanggalkan pin-pin tudungnya satu persatu sedikit kaget apabila Luqman datang berdiri disebelahnya. Tangannya yang sedang lancar bergerak tadi tiba-tiba bertukar kaku. Dia mengangkat pandangannya mencari mata Luqman. Hairan.

Pandangan mereka bertembung seketika. Tiada senyuman pada wajah Luqman tetapi wajahnya redup dan tenang. Tanpa diduga Mylia, Luqman memeluk erat tubuh Mylia yang sedang berdiri dihadapannya itu. Mylia sangat keliru dan kaget. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Wajahnya yang tersandar kemas di dada Luqman membuatkan telinganya jelas menangkap setiap degupan pantas jantung lelaki itu.

Setelah beberapa ketika, Mylia memberanikan dirinya untuk mengangkat kedua-dua tangannya dan memeluk pinggang Luqman. Sedikit mengigil tangan Mylia. Dia tidak pernah memeluk sekujur tubuh seorang lelaki seperti itu.

Merasai tangan Mylia yang sedang melingkari badannya dengan lembut, Luqman mengeratkan lagi pelukannya. Dia menjatuhkan satu ciuman hangat di sisi kepala Mylia. Muncul semula satu perasaan hangat di dalam hatinya. Perasaan yang telah lama dia lupa.

“Terima kasih, Mylia.” bisik Luqman.

“Untuk apa?” soal Mylia kembali.

“Untuk kasih-sayang buat Julia dan Jasmin… dan kesabaran Mylia dengan saya.” Kata Luqman.

“Dah tanggungjawab saya, kan.” Jawab Mylia.

Luqman merenggangkan sedikit pelukannya. Sebelah tangannya menyentuh dagu Mylia dan mengangkat wajah itu kepandangannya. Dia merenung Mylia dalam-dalam. Kelembutan wajah Mylia waktu itu mengundang satu perasaan yang telah lama terkubur di hati Luqman.

Dengan perlahan-lahan, Luqman mencium dahi Mylia. Lama dan hangat. Kemudian, ciuman itu turun ke hidung kecil Mylia dan seterusnya ke pipi gebu gadis itu. Mylia hanya mendiamkan diri dan membiarkan saja Luqman menciumnya. Dia sendiri sudah mula asyik dengan sentuhan lembut dan hangat lelaki itu.

Tiba-tiba, bibir Luqman dijatuhkan ke bibir Mylia memberikan satu renjatan elektrik ke seluruh urat saraf Mylia. Kedua-dua tangan Mylia yang sedang memeluk belakang Luqman serta-merta tergenggam dan kekejangan seolah-olah dia sedang memeluk tubuh Luqman dengan lebih erat.

Dan ciuman mereka itu semakin lama bertukar menjadi semakin keras.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience