~ Prolog ~

Romance Completed 13901

“Macam dah ketat sikit dah yer baju ni sayang. It starts showing.” Tegur Luqman kepada Mylia sewaktu dia membantu isterinya mengenakan baju kurung moden Tiffany pilihan Raisya untuknya sempena majlis risepsinya malam ini.

“Gemuk sangat ke sayang?” soal Mylia resah.

“Bukan gemuk. Normalkan bila perempuan mengandung, badan dia pun akan mula gain weight.” Jawab Luqman bersahaja. Dia faham sistem biologi itu dan dia bukan sahaja tak kisah malah dia lagi suka. Semakin comel wajah Mylia yang semakin hari semakin berisi itu.

“Abang, macam mana kalau nanti lepas bersalin pun badan sayang tak turun balik macam sebelum ni? Macam mana?” soal Mylia lagi. Dia cukup bimbang dengan bentuk badannya.

“Genetically abang tengok umi okay je maintain. Mestilah sayang pun macam tu jugak. Don’t worry much lah sayang.” Pujuk Luqman. Dia juga mengenakan sepasang baju melayu berwarna senada dipadankan dengan sampin berwarna hitam bercorak bunga-bungaan besar berwarna tiffany juga.

“Abang tengok lah ni. Sini ketat, sini ketat, sini ketat.” Rungut Mylia lagi sambil menunjukkan bahagian-bahagian badannya yang seolah-olah boleh mencarikkan baju kurung lace yang sangat lembut itu.

“Tak lah. Masih okay lagi ni. Ketat sikit berbanding masa fitting tu tapi still okay. Cumanya lepas malam ni, baju ni kena simpan lama la sebelum boleh pakai semula.” Luqman tanpa jemu melayan resah Mylia waktu itu.

“Berapa lama?” makin menjadi-jadi pula Mylia.

“9 bulan lah sayang. Habis pantang, abang jamin sayang boleh pakai balik baju ni. Abang akan make sure you will. I promise.” Janji Luqman. Cakap dulu, bila sampai masanya nanti akan dia usahakan.

“Promise?” soal Mylia meminta kepastian.

“Promise.” Jawab Luqman dengan penuh keyakinan sambil mencium pipi tembam isterinya. “Dah jom. Nanti lambat. Abang turun panggil anak-anak yer. Abang dah siap.”

“Tengok sini!” pinta Mylia kepada Luqman sebelum sempat Luqman melangkah pergi. “Handsomenya dia.” satu kucupan singgah di pipi Luqman menyebabkan mulutnya tersenyum dari telinga ke telinga. Kemudian, terus sahaja Luqman melangkah keluar daripada bilik mereka.

Mylia masih lagi membelek-belek imejnya di hadapan cermin. Terlalu banyak yang dia tidak berpuas hati. Dengan keluhan berat, dia mencapai tas tangan comel yang dipernuhi labuci dan manik kristal dan terus melangkah keluar menuruti Luqman.

“Ibu! Cepatlah.” Jerit Julia.

“Okay… coming.” Balas Mylia dari tingkat atas. “Comelnya anak-anak ibu.” Tegur Mylia setelah melihat Julia dan Jasmin yang berdiri bersebelahan di hadapan anak tangga.

Mereka berdua mengenakan baju kembang tulle putih, bertingkat, berlengan panjang dan labuh hingga ke buku lali. Sebuah reben bow besar terpasang di tengah-tengah belakang mereka menambahkan lagi kecomelan baju itu. Rambut panjang mereka diikat kemas ke belakang dan dipasang reben panjang mengurai berwarna Tiffani.

“Ibu pun cantik sangat.” Balas Jasmin.

“Thank you sayang. Dah jom.” Kata Mylia sambil terus keluar. Sebaik sahaja dia mencapai kasut tumit tinggi berwarna perak yagn ditempah khas untuk majlis itu, Ramlah mula bersuara.

“Pakai kasut tumit tinggi lagi?” orang tua-tua cukup pantang bertumit tinggi sewaktu awal mengandung.

“Kali ini je ye mak. Nanti lain pula dari orang lain. Last time, okay.” minta Mylia sambil tersengih. Ramlah menggeleng-gelengkan kepalanya. Orang muda bukan faham pantang-larang orang tua-tua.

Perjalanan mereka ke hotel tempat majlis resepsi dibuat mengambil masa lebih kurang 20 minit. Sebaik sahaja sampai, mereka bergegas menaiki lif ke dewan. Sebaik sahaja keluar daripada lif, mereka disambut oleh jurukamera yang ditugaskan untuk merakam setiap detik majlis. Mereka diminta untuk ke photobooth untuk mengambil gambar keluarga sebelum majlis. Selesai bergambar, terus sahaja diiring ke meja yang telah dikhaskan buat mereka sekeluarga.

Sekejap lagi, hanya Luqman dan Ramlah sahaja yang akan duduk lama di situ. Mylia akan menjadi pengapit dan anak-anak akan menjadi gadis pembawa bunga sepanjang perarakan. Sebelum Mylia dan anak-anak bergerak ke bilik persalinan pengantin, Mylia bertemu dengan Luqman terlebih dahulu.

“Abang… abang percayakan sayang kan?” soal Mylia tiba-tiba.

“Kenapa pula ni?” soal Luqman hairan.

“Sekejap lagi, sayang akan berarak masuk bersama Mika. Abang jangan cemburu tau.” Pesan Mylia kepada Luqman bersungguh.

“Oh, tak per. Abang dah hantar bodyguard seorang nak jaga ibu dia supaya jangan nakal-nakal sangat time abi tak ada.” Jawab Luqman sambil mengusap-usap perut Mylia.

“Confident je baby boy.” Kata Mylia.

“Bukan confident. Doa. Kata-kata tu kan doa.” Luqman mempertahankan pendapatnya.

“Aminnnn… bye abang. Jumpa sekejap lagi tau.” Kata Mylia sambil mencium pipi suaminya. Kemudian dia memanggil Julia dan Jasmin untuk memegang tangannya untuk bergerak ke bilik Raisya. “Bukan seorang abang. 3 orang.” Sambung Mylia lagi sambil mengangkat tangan anak-anak gadisnya itu. Luqman tertawa kecil.

Seperti yang dirancangkan, majlis perarakan masuk pengantin dimulakan dengan seorang kanak-kanak lelaki, anak buah Borhan yang ditugaskan membawa sebuah bantal kecil yang terikat sepasang cincin di atasnya. Diikuti pula dengan Julia dan Jasmin yang menabur kelopak bunga mawar merah ke atas lantai beralaskan karpet berbulu putih. Menjadi sungguh tema fantasi diraja yang ingin dibawa oleh Raisya dan Borhan.

Sepanjang laluan perarakan masuk itu, kiri kanannya dipenuhi rimbunan bunga-bungaan dan di atasnya pula dipasang lampu pari-pari kuning yang bergemerlapan. Sungguh indah. Pelaminnya pula di letakkan sepasang kerusi berpenyandar tinggi melepasi kepala. Hiasan keseluruhannya sungguh terperinci dan semuanya menggambarkan ciri-ciri diraja.

Sebaik sahaja Mylia dan Mikail melangkah masuk beriringan, mata Luqman langsung tak lepas-lepas daripada memandang isterinya. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sahaja ada sebak di dada Luqman. Dia langsung tidak menyangka yang dia akan diberi ruang dan peluang untuk bahagia lagi.

Luqman menyeka air mata yang mula bergenang di tubir matanya cepat-cepat sebelum ia jatuh ke pipi. Ramlah yang duduk di kerusi belakang Luqman terperasan akan tingkah laku anak sulungnya itu.

‘Ya, Allah. Aku bersyukur kepadaMu atas peluang yang kau berikan kepada anakku ini, Ya Allah. Syukur sangat-sangat. Akhirnya Luqman dapat hidup dengan bahagia.’ Ucap Ramlah di dalam hatinya. Dia menggosok-gosok belakang badan Luqman seolah-olah menenangkan Luqman.

Luqman menoleh ke belakang dan melihat Ramlah yang sedang tersenyum kepadanya dengan penuh makna.

“Terima kasih, mak untuk jodoh Man yang ini. Semuanya atas jasa mak.” Ucap Luqman kepada Ramlah. Ramlah hanya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.

Luqman kembali memandang ke hadapan. Walaupun Mylia sudah jauh di hadapan, Luqman masih lagi tidak mampu menahan dirinya daripada tersenyum bahagia.

‘Orang lain yang kahwin, kau yang happy.’ Fikir Luqman sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience