~ 44 ~

Romance Completed 13901

“Abang, nanti abang bawa balik arang yer. 2 beg cukup kot.” Ujar Lyana mengingatkan Luqman.

Luqman hanya menganggukkan kepalanya sambil melayan Jasmin yang datang meminta nasi lemak ditambah. Berselera dia makan pagi itu bersama-sama kakak dan sepupu-sepupunya. Agak meriah juadah mereka pagi itu. Nasi lemak sambal sardin, sambal bilis juga disediakan, ayam masak kicap, telur rebus, bilis goreng dan timun. Ramlah terpaksa keluarkan periuk nasi yang lebih besar pagi itu.

“Makan kenyang-kenyang pagi ni. Tengah hari nanti kita tak perlu masak dulu tapi kita start barbeque awal sikit. Jam 4 macam tu dah boleh pasang api. Nasi lemak tu banyak berlebih. Siapa lapar, ulang dulu nasi lemak tu.” Pesan Ramlah panjang lebar.

“Mak ayah akak datang jam berapa?” soal Lyana kepada Mylia.

“Akak boleh call lagi. Satgi akak confirm balik. Kita mula jam 4 ker?” soal Mylia untuk kepastian.

“Pukul 4 tu baru nak mula pasang api semua. Datang lepas asar tu selesa sikit kot.”

“Kalau adik-adik akak datang sekali boleh ker?” soal Mylia lagi.

“Mestilah boleh.” Jawab Ramlah pula. “Man, sikit je makan. Tak nak tambah sikit lagi?” hairan Ramlah melihat Luqman tidak begitu berselera pagi itu sedangkan nasi lemak sardin adalah sarapan yang paling digemari Luqman.

“Nanti ulang lagi.” Jawab Luqman sambil tersenyum. Hambar.

Seusai dia menghabiskan nasi dipinggan, dia terus bangun dan ingin membawa pinggannya ke sinki. Dengan pantas Mylia mencapai pinggan kotor Luqman untuk dicucinya. Luqman yang sudah malas untuk berdrama membiarkan sahaja dan terus membasuh tangannya sahaja tanpa banyak bicara.

“Mylia ikut Luqman pergi beli barang. Nanti ada saja barnag yang dia terlupa.” Ujar Ramlah. Rimas pula dia melihat sikap mereka suami-isteri. Adik-adik penuh di rumah pun mereka masih lagi nak macam-macam.

“Ikut?” Mylia ligat memikirkan helah untuk dia mengelak daripada mengikut Luqman.

“Ya. Kamu tolong pastikan barang-barang semua cukup. Anak-anak biar diorang bermain di rumah saja dengan anak-anak Latiff.” Tambah Ramlah lagi. Mylia mula fikirkan senarai barang yang perlu dibeli oleh Luqman. Seingatnya hanya 2 beg arang. Apa lagi yang mungkin Luqman terlupa. “Cepatlah pergi siap.” Sergah Ramlah kepada Mylia yang dilihat masih lagi terkulat-kulat di meja makan. “Luqman!” jeritnya menghalang Luqman dari terus keluar dari rumah.

Ramlah bangun menghampiri Luqman yang sudah pun hampir dengan pintu keluar rumah.

“Mak tak suka dengan mood kamu berdua pagi ini. Tolong betulkan semuanya. Nanti petang keluarga Mylia pula nak datang. Kau nak semua orang tahu yang korang berdua ni bermusuh ke?” Ramlah menamatkan pesanannya kepada Luqman dengan soalan padu. Terus sahaja dia berlalu ke dapur.

Luqman keluar memanaskan enjin keretanya sambil menunggu Mylia. Sebaik sahaja mereka berdua berada di dalam kereta, terus sahaja Luqman memandu menghala ke kedainya.

‘Boleh aku tunjukkan office aku kat dia pagi ni. Harap-harap dia suka.’ Fikir Luqman merancang. Malangnya, perancangan Luqman gagal juga.

“Mylia tunggu dalam kereta saja ya. Nak call umi.” Ujar Mylia sambil terus dia mengangkat telefon yg telah siap terdail nombor Hamidah.

Belum pun sempat Luqman memberi respon, Mylia sudah pun mula bercakap dengan Hamidah. Dia hanya mengabaikan Mylia dan terus melangkah masuk. Betapa teringinnya hati Luqman untuk menayang wajah baru bilik pejabat yang menjadi penemannya beberapa hari ini.

Luqman terus sahaja menuju ke setor dan mengangkat sebungkus beg arang dan terus di bawa masuk ke dalam but kereta. Selain 2 beg arang, Luqman juga mengambil sekotak penyala api. Lebih mudah untuk dia memasang api menggunakan penyala api. Luqman yakin benar tugas itu nanti akan diserahkan kepadanya.

Sesekali Luqman memandang Mylia yang sedang berbual di dalam keretanya. Sedih pula menyinggah di hati. Sampai bila Mylia akan bersikap seperti ini? Tempoh masa setahun yang diletakkan ibunya hanya tinggal elbih kurang sebulan sahaja lagi. Apakah Mylia ingin mengakhiri hubungan mereka?

“Tak nak masuk sekejap? Jomlah. Ada sesuatu abang nak tunjukkan.” soal Luqman semasa dia menghantar barang ke kereta. Ingin benar dia mengajak wanita itu masuk tetapi dia tidak mahu memaksa.

“Lain kali lah, abang. Saya nak balik tolong diorang masak. Banyak yang nak kena sediakan. Ramai kita malam nanti.” Tolak Mylia.

Luqman terpaksa akur dan berjalan masuk ke dalam kedai. Setelah meninggalkan pesanan kepada anak buahnya, dia kembali ke kereta.

“Mylia ada nak beli apa-apa tak?” soalnya sebelum mengundurkan kereta. Mylia hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

Dalam perjalanan pulang, Luqman cuba untuk berbincang dengan Mylia tentang situasi mereka.

“Mak ada pesan kat abang tadi…” ujarnya perlahan. Mylia langsung tidak menunjukkan apa-apa reaksi. “Dia pesan suruh kita selesaikan isu kita cepat. Semua orang boleh nampak yang kita sedang ada masalah.” Terang Luqman lagi dengan suara yang tenang.

Luqman menunggu respon daripada Mylia tetapi hampa. Mylia masih membatu disebelahnya.

“Mylia, boleh tak Mylia explain kat abang apa sebenarnya salah abang?” soal Luqman lagi.

‘Macam mana aku nak bagitau dia ni? Ayat apa yang sesuai? Kau tu sayang sangat pada arwah bini kau. Memanglah. Takkanlah dia tak sayang. Tapi itu bukan masalahnya. Dia lebih sayangkan Aisyah dari aku? Itu pun bukan ayat yang betul jugak. Macam mana aku nak cakap? Tak ada ayat yang logik akal yang aku boleh cakap kat dia apa yang ada dalam hati aku sekarang ni!’ Mylia berperang sendirian. Pandangannya dibuang jauh ke luar tingkap.

“Mylia… kalau awak terus berdiam macam ni, sampai bila-bila pun masalah kita tak akan selesai.” Soal Luqman lagi.

“Saya tak tahu macam mana saya nak explain kat awak.” jawab Mylia dingin.
“Cubalah dulu. Apa yang berbuku di hati awak?” soal Luqman.

“Macam mana saya nak bagi tahu yang saya terluka setiap kali awak sebut nama Aisyah? Macam mana saya nak cakap yang saya sedih bila awak sayang dia sangat-sangat? Macam mana saya nak cerita betapa saya cemburu dengan cinta awak pada Aisyah? Semua ayat tu tak sepatutnya saya cakap sebab semua rasa tu tak sepatutnya saya rasa. Dia isteri awak. Memang sepatutnya itulah yang awak patut rasa. Tapi saya sakit. Hati saya sakit.” Akhirnya keluar juga bait-bait ayat itu di mulut Mylia. Dia menangis semahu-mahunya. Basah jeruk tudung yang dipakainya.

Terkesima Luqman mendengar kata-kata Mylia. Dia langsung tidak menyangka itu yang terbuku di dalam hati Mylia. Takkanlah hanya dengan sekali mereka bersama, Mylia sudah mahu dia membuang terus kewujudan Aisyah dalam hidupnya? Mana mungkin dia boleh membuang Aisyah dari hidupnya.

“Mylia… takkan lah sampai macam tu sekali? Mana mungkin abang mampu membuang Aisyah dari diri abang.” Balas Luqman. Suaranya yang agak terkejut kedengaran sedikit meninggi.

“Saya tahu…” balas Mylia laju. “Sekarang ni, saya lebih marahkan diri saya daripada marahkan abang. Saya sedar kalau saya yang ditempat abang entah bagaimana agaknya keadaan saya. Tapi… saya tidak berada di tempat abang. Saya berada di tempat saya sekarang, cuba mengemis sedikit sisa baki kasih yang ada dalam diri abang. Tapi saya tahu bukan senang.” Mylia cuba mewajarkan pemikirannya.

“Abang tak boleh nak tipu Mylia. Abang memang sayang sangat-sangat pada arwah Aisyah tapi abang juga sayangkan Mylia.” Luqman membuat pengakuan terbuka saat itu. Walaupun telah banyak kali dia memanggil Mylia dengan gelaran sayang, tapi rasanya inilah kali pertama dia menyatakan dengan jelas rasa sayangnya kepada Mylia.

Mylia mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia boleh nampak masa depannya saat itu. Sampai ke akhir usia dia perlu pekakkan telinga apabila nama itu bermain di bibir Luqman tanpa henti. Dia juga mesti butakan matanya daripada gambar-gambar Aisyah yang sentiasa memenuhi segenap ruang hidup Luqman. Makin laju air mata jatuh ke pipinya. Sanggupkah dia?

“Entahlah abang. Saya tak kuat. Saya tak mampu.” Makin menunduk kepala Mylia. Dia menangis semahu-mahunya tanpa tertahan walau sedikit.

Melihat keadaan Mylia yang semakin tidak tenteram, Luqman segera mencari tempat yang sesuai untuk berhenti. Dia memecutkan keretanya menuju ke kawasan padang rekriasi berdekatan dan memberhentikan kereta di bawah teduhan pokok besar yang ada di situ.

“Abang minta maaf pada Mylia. Disebabkan abang dan mak abang, Mylia terperangkap dalam situasi ini. Abang sendiri tak tau macam mana abang boleh bersetuju dengan mak untuk berkahwin dengan Mylia. Kalau tak disebabkan abang, mesti Mylia dah happy dengan Mikail sekarang.” Sedikit sebak muncul di dada Luqman ketika meluahkan ayat itu. Itu hakikat. Luqman sedar.

Dia bukan saja telah memerangkap Mylia tetapi dia juga telah menjadi penghalang kepada kebahagiaan dua orang. Mylia dan Mikail. Sakit hatinya bukan kepalang. Di saat cinta telah wujud dalam hatinya, menggambarkan Mylia sedang berbahagia dengan Mikail sangatlah tidak disenanginya langsung.

Mylia sedikit kaget mendengar nama Mikail muncul di bibir suaminya. Tergamam dia sebentar. Benarkah keadaan akan menjadi begitu sedangkan selama ini Mikail langsung tidak pernah menjanjikan apa-apa. Dia hanyalah seorang sahabat yang sentiasa ada di saat dia memerlukan. Mylia sendiri tidak mengharapkan apa-apa lagi dari lelaki itu.

Namun diamnya Mylia di sisinya membuatkan Luqman bertambah luka. Mylia seakan mengiyakan ayatnya sebentar tadi. ‘Kau yang ungkit, sekarang kau nak naik angin? Gila kah kau?’ marah Luqman sendirian.

“Macam ni lah. Boleh tak Mylia bantu abang buat kali terakhir?” soal Luqman serius. Terkejut Mylia mendengar perkataan ‘buat kali terakhir’ itu. Dia memandang wajah Luqman tak berkelip. Gemuruh jiwanya menanti ayat Luqman yang seterusnya.

“Boleh tak Mylia bantu abang untuk berselindung sekejap sementara adik-adik ada di rumah? Setelah diorang semua pulang esok, kita bincang dengan mak baik-baik. Kalau Mylia tak mampu nak tunggu hingga tamat perjanjian dengan mak tu pun tak apa. Abang redha. Boleh tak?” Luqman bukan menyerah tetapi buat waktu ini, itu sahaja jalan keluar sebentar yang mampu dia fikirkan. Sekurang-kurangnya dia ada sedikit masa lagi untuk memujuk hati isterinya.

Terkesima sungguh Mylia. Adakah benar itu yang dia mahukan? Bagaimana dengan perasaannya pada lelaki itu sekarang ini? Kalau tidak ada cinta, masakan dia sesakit itu sekarang?

“Please… untuk dua malam sahaja lagi.” Rintih Luqman.

“O… kay…” jawab Mylia perlahan.

‘Betulkah aku nak macam tu? Mana lebih sakit? Hidup bersama… atau hidup tanpa Luqman?’ Semakin sebak Mylia jadinya.

Luqman mencapai sebotol air mineral di tempat duduk belakang dan dihulurkan kepada Mylia.

“Minum sikit air ni dan basuh sikit muka.” Mylia menyambut huluran botol air itu dan terus keluar daripada kereta. Dia berjalan-jalan sekitar kereta tersebut cuba menenteramkan jiwanya.

Sedang Luqman di dalam kereta berusaha sedaya mampu untuk menghalang dari gugurnya air mata yang sedang cuba melimpahi tubir. Dia sedang berusaha untuk tidak membayangkan perasaannya apabila Mylia juga pergi meninggalkannya nanti. Bagaimana dia harus berdepan dengan Julia dan Jasmin yang pastinya akan menagih penjelasan kenapa Mylia tidak lagi ada bersama mereka. Hati Luqman sarat.

Apabila Luqman menjengah ke luar, dia tidak nampak sosok tubuh Mylia di mana-mana. Cepat-cepat dia keluar dari keretanya sambil matanya meliar mencari Mylia. Mylia sedang duduk di salah satu bangku di bawah pokok tidak jauh dari kereta mereka. Ditangannya terdapat sebilah ranting kayu. Mylia menguis tanah dan rumput di hadapan kakinya perlahan-lahan.

Luqman berjalan perlahan-lahan mendapatkan Mylia. Sebaik sahaja dia sampai, Mylia memberikan sedikit ruang untuk Luqman duduk bersama. Perlahan-lahan dia duduk di situ tegak menyandar. Matanya memandang lurus ke hadapan memerhatikan luasnya padang. Mereka berdua sama-sama membisu. Membiarkan masing-masing melayan perasaan masing-masing.

“Mylia minta maaf.” Ucapnya perlahan. Luqman tidak mampu bersuara balas. Suaranya tersekat di kerongkong. Sebak masih bersisa. Dia hanya memberanikan diri untuk menyentuh bahu Mylia dan mengusap perlahan. Mylia membiarkan sahaja. Ada ketenangan dalam usapan lembut itu.

Mylia menarik nafas dalam-dalam dan terus berkata, “Jom balik.” Dia cuba untuk senyum kepada Luqman. Luqman membalas senyuman Mylia dan tarus bangun menuju ke keretanya.

Sepanjang perjalanan mereka hanya mendiamkan diri. Masing-masing tenggelam dalam fikiran masing-masing. Minggu hadapan itu masih jauh. Yang paling utama sekarang bagaimana harus mereka beraksi di hadapan sanak saudara yang pastinya sedang riuh rendah di rumah.

“Nanti…” tiba-tiba mereka sama-sama menuturkan perkataan yang sama.

“Awak dulu…” sekali lagi.

“Okay… saya…” kali ketiga mereka bercakap serentak. Tidak mahu tidak, terbit jugak senyuman dibibir masing-masing.

“Abang cakap dulu…” pantas Luqman bersuara.

“Apa dia?” soal Mylia.

“Ini hanya cadangan. Untuk mengelak kita terlalu banyak berlakon, rasanya baik kita kurangkan bertembung di khalayak ramai. Mylia stay kat dapur, abang stay kat luar. Abang tengok anak-anak kalau diorang kat luar, Mylia boleh tolong tengok masa mereka dalam rumah. Boleh?”

Mendengar butir bicara Luqman, Mylia tersenyum.

“Kenapa senyum? Boleh ke macam tu?” soal Luqman hairan.

“Memang itu lah yang saya nak cadangkan pun tadi.” Ujar Mylia tanpa berselindung.

“Oh, ya ka? Great minds think alike.” Kata Luqman sambil turut sama tersenyum. Sebaik sahaja kereta masuk ke perkarangan rumah. Luqman memandang Mylia dengan pandangan yang lembut. “Terima kasih sebab sudi tolerate dengan kami sekeluarga.”

Mylia hanya mengangguk perlahan. ‘Keluarga kami? Aku dah bukan ahli keluarga lagi ker? Sudah ada keputusan yang dibuat agaknya.’ Bisik hati Mylia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience