~ 30 ~

Romance Completed 13900

“Saya nak ke kedai sekajp. Dah lama sangat tinggal.” Beritahu Luqman kepada Mylia. Mylia hanya menganggukkan kepalanya. Hari itu serba-serbi tentang Luqman menjadi aneh. Walaupun Mylia sudahpun menganggukkan kepalanya tanda dia dengar, Luqman masih lagi tercegat di situ.

“Yer, okay. Pergilah. Nanti saya tidurkan anak-anak.” Kata Mylia kepada Luqman. Luqman hanya memandang wajahnya tanpa perasaan. Masih lagi tercegat di muka pintu. Mahu tidak mahu, Mylia terpaksa bangun dari sofa dan berjalan merapati Luqman. Sebaik sahaja Mylia cukup hampir, Luqman menghulurkan tangan kanan minta disalam.

‘Allah, lelaki ni. Sejak bila pula nak kena salam-salam? Tadi solat kan dah salam…’ bisik hati Mylia. tersenyum kecil dia dengan perangai baru suaminya itu. Mylia menyambut tangan lelaki itu dan tunduk mencium sebagai tanda hormat.

Tiba-tiba, Luqman menariknya melangkah keluar. Lampu garaj tidak dibuka membuatkan suasana di situ sedikit samar. Hanya cahaya lampu jalan sahaja yang menerangi. Belum pun sempat Mylia bersedia, Luqman menarik badannya dan dirangkul erat sambil sebuah kucupan hangat tetapi pantas hinggap di bibir Mylia. Selepas itu, terus sahaja Luqman melepaskan rangkulannya dan berjalan pergi. Mylia terkesima.

Apabila Mylia melangkah masuk ke dalam rumah, Ramlah sedang memerhatikannya dengan satu senyuman yang penuh makna. Dia sedar yang wajahnya waktu itu pastinya kemerahan. Malu amat dia dihadapan mentuanya. Demi menutup rasa malu, cepat-cepat Mylia mengajak anak-anaknya naik ke bilik dengan alasan dia mahu menyemak kerja sekolah mereka. Mereka bertiga melangkah naik meninggalkan Ramlah yang masih tersenyum bahagia walaupun ketika itu rancangan yang ditonton di televisyen sedang memaparkan adegan pergaduhan dua kumpulan gangster.

“Assalamualaikum…” sapa Luqman kepada pekerja-pekerjanya sebaik pintu utama dibuka.

“Waalaikummussalam. Eh, Boss! Saya ingatkan esok baru boss masuk kerja.” Kata Fauzi yang sedang duduk di kaunter. Cepat-cepat dia bangun dan mengosongkan kerusi di situ.

“Saya datang untuk closing je ni kejap. Rashid mana?” soal Luqman apabila dia langsung tidak nampak kelibat pekerjanya itu.

“Toilet. Macam mana holiday? Best?” soal Fauzi berbual-bual kosong dengan majikannya.

“Teman orang kerja, apa yang bestnya?” jawab Luqman bersahaja. “Richard kata nak hantar stok air botol, dah sampai dah?” soal Luqman sambil tangannya ligat mengeluarkan segala dokumen dan resit yang masih belum diproses.

“Dah boss. Kami dah siap susun dah petang tadi. Stok alatulis macam dah susut banyak boss.” Maklum Fauzi.

“Saya dah order. Minggu depan diorang hantar.” Jawab Luqman yang masih membelek-belek helaian kertas di tangannya sehelai demi sehelai. “Duit sales dah bank in ke belum? Saya check pagi tadi, tak masuk-masuk pun.”

“Belum lagi boss. Laila dengan Nani yang urus tu. Tapi dia dah susun elok dah. Ada dalam safe box dalam office boss.” Terang Fauzi lagi.

“Boss!!! Assalamualaikum boss… berseri-seri muka tu. Seronok bercuti nampak.” Tegur Rashid yang tiba-tiba muncul dari belakang.

“Hari lain tak berseri ke muka saya?” Luqman membalas usikkan anak buahnya.

“Hari lain tu handsome jer. Tapi hari ni macam ada aura yang memancar sekeliling boss. Aura orang bercinta gitu.” Usik Rashid lagi.

“Fauzi pun tengah bercinta. Dia ada aura juga lah kan?” Luqman mengalihkan tumpuan kepada Fauzi pula.

“Aura tu ada. Tak tak cukup power, boss. Aura boss lagi terasa. Aura orang bercinta lepas kahwin. Lagi power.” Dia masih belum putus asa menyakat majikannya.

“Owh. Dia bercinta tapi belum kahwin, so malap lah aura dia?” soal Luqman buat-buat cuba memahami pernyataan Rashid tadi.

“Betul tu boss. Bijak!” jawab Rashid dengan gembiranya.

“Saya bercinta dan dah kahwin, so aura saya terang-benderang?” Tanya Luqman lagi.

“Yes! Tepat sekali.” Yakin suara Rashid.

“Patutlaahhhh…” panjang ‘lah’ Luqman waktu itu. Rashid terus teruja untuk menyoal semula.

“Apa yang patut tu?” air muka Rashid dah berubah. Dia tahu Luqman pasti akan mengenakan dia semula.

“Patutlah saya tengok kamu ni malaaaap ajer. Kadang-kadang tu gelap-gelita.” Kata Luqman dengan wajah serius. Seboleh mungkin dia menelan senyum yang cuba-cuba untuk keluar. Fauzi yang dari tadi hanya mendengar berdekah-dekah ketawa.

“Ala boss ni. Saya tau lah saya tak ada awek. Jangan lah hina saya plak boss.” Kata Rashid bagaikan merajuk. Luqman hanya tersenyum. Kenal sangat dia dengan perangai Rashid.

“Dah lah. Layan kamu ni lama-lama, tak jadi kerja saya nanti.” Kata Luqman sambil berlalu pergi.

Sebaik sahaja pintu pejabatnya dibuka, satu perasaan sayu menusup ke jantungnya. Matanya terpaku pada potret Aisyah yang tergantung kukuh di dinding. Tak semena-mena, rasa bersalah mula menyelubungi segenap hati dan perasaan Luqman. Sebak sungguh.

Dia berjalan perlahan-lahan ke meja dan melabuhkan punggung di kerusi. Kini, matanya terdpahat pula pada sekeping lagi potret Aisyah yang berada di atas mejanya pula. Dia menggapai potret tersebut dan menatapnya lama.

“Assalamualaikum isteri abang…” sebak suara Luqman tiba-tiba. Jari telunjuk mengusap-usap perlahan seluruh cermin bingkai gambar itu. Dia tidak tahu apa yang harus diperkatakan saat dia ‘berhadapan’ dengan Aisyah waktu itu. Rasa malu dengan diri sendiri, rasa serba-salah dengan perbuatannya sepanjang dia ke Seremban bersama Mylia, malah mungkin rasa marah kerana dia tidak menjaga batasannya bersama Mylia. Umpamanya dia sedang mencurangi Aisyah.

“Betul ker tindakan abang tu? Aisyah rasa abang berdosa tak? Abang dah menduakan Aisyah. Abang tak mampu nak menipu Aisyah. Bila abang bersama dengan Mylia, kadang-kadang abang rasa abang buat semua tu bukan sebab abang terpaksa tapi sebab abang sendiri yang nak buat. Abang minta maaf Aisyah. Abang minta maaf sangat-sangat. Abang masih sayangkan Aisyah. Hati abang masih lagi milik Aisyah. Aisyah cinta hati abang dunia akhirat.” Tiba-tiba gugur air mata di pipi Luqman.

Lamunan Luqman terganggu oleh bunyi notifikasi mesej di telefonnya. Luqman menjeling skrin telefon dan melihat nama Mylia yang terpapar di situ. Dia menyentuh skrin untuk membaca pesanan.

Mylia:
Assalam Bi, tolong belikan pad maxi 1. Tak nak wing tau. Thanks.

Terus dia menutup aplikasi tersebut. Entah kenapa rasa marah pula yang muncul dalam hatinya terhadap Mylia.

‘Eloklah kau dah period. Tak payah aku nak pura-pura teringin nak sentuh badan kau.’ Itu kata akalnya. Dia menarik nafas dalam-dalam, meletakkan kembali telefon dan bingkai gambar di atas meja dan membuka komputer riba untuk memulakan kerja yang sepatutnya disiapkan. Itu tujuan asal dia datang ke kedai malam ini. Sudah-sudahlah memikirkan tentang masalah cinta dan perasaan.

Lebih kurang jam 11 malam, Mylia turun ke dapur untuk menyediakan kopi panas buat Luqman seperti biasa. Untuk dirinya pula, dia hanya membawa bekal satu bekas air kosong sahaja. Sedang dia membancuh air, Ramlah keluar dari biliknya. Berdebar-debar hati Mylia. Dia malu untuk membincangkan hal rumahtangganya bersama Ramlah.

“Belum tidur lagi Mylia?” sapa Ramlah.

“Nak naik dah ni. Ambil air siap-siap. Takut terjaga tengah malam.” Jawab Mylia lembut.

“Anak-anak dah tidur dah?” soal Ramlah lagi.

“Dah mak. 10:30 tadi lagi dah tidur.” Beritahu Mylia.

“Diorang tu memang senang nak tidur. Masa kamu tak ada, mak suruh diorang tidur bilik mak jer. Tak larat mak nak panjat naik atas. Bisa sungguh lutut ni ha.” Cerita Ramlah sambil menggosok-gosok kedua-dua lututnya. “Jasmin tu dah besar sangat. Dah 6 tahun. Macam mana agaknya reaksi dia nanti kalau dapat adik baru?” Ramlah mula bermukaddimah.

Mendengar tajuk perbincangan yang baru sahaja dikeluarkan oleh mentuanya itu, Mylia sudah terlebih dahulu kemerahan pipinya. Dia hanya mampu tersenyum kepada wanita tua di hadapannya itu.

“Dah tak lama dah kot yer?” Soal Ramlah lagi. Mylia yakin soalan Ramlah itu mempunyai maksud yang lebih mendalam. Dia sebenarnya ingin tahu hubungan Mylia dengan Luqman. Daripada apa yang diperhatikan sepanjang hari ini, mungkin dia boleh agak yang mereka suami isteri sudah mula bermesraan. Tapi dia inginkan kepastian daripada menantunya.

“InshaaAllah mak. Mak doakan yer.” Jawab Mylia dengan ayat yang beralas.

“Kamu ingat lagi tak tarikh period kamu bulan lepas?” soal Ramlah. Habis akal dia fikir bagaimana caranya untuk dia mendapatkan jawapan yang tepat daripada Mylia.

“Nak buat apa pula, mak?” tertawa kecil Mylia mendengar soalan Ramlah. Tak pernah lagi ada yang tanya tentang tarikh itu.

“Nanti kalau nak kira tarikh kandungan, doktor mesti nak tahu tarikh last period tu. Baru boleh kira.” Terang Ramlah.

“Oh… kalau macam tu, nanti saya tanda kat kalendar yang bulan ni punya. Ingat lagi kalau bulan ni. Bulan lepas dah tak ingat dah.” Jawab Mylia jujur.

“Kamu tengah period ke sekarang ni?” soal Ramlah sedikit kecewa. Mylia hanya mengangguk kecil sambil tersenyum. “Ingatkan boleh lekat terus. Miss pulak yang bulan ni yer?” rungut Ramlah lagi.

“Mak…” Mylia cepat-cepat memotong cakap mentuanya. Dia tidak mahu Ramlah tersalah faham. Mana mungkin dia akan mengandung kalau mereka masih belum pernah bersama. Mylia memberi pandangan penuh makna kepada Ramlah sambil menggeleng-geleng kecil.

“Tak? Apa yang tak?” Ramlah enggan meneka jawapan. Dia mahukan kepastian. Soalan Ramlah kali ini menyukarkan Mylia untuk menjawab. Tergaru-garu kepala jadinya.

“Kami belum… itu…” terang Mylia dengan penuh berat. Dia tak tahu perkataan yang sesuai untuk dia gunakan.

“Belum apa? Belum bersama? Luqman masih belum sentuh kamu lagi? Mak tengok bukan main mesranya lagi. Ingatkan dah selamat dah.” Kata Ramlah agak kuat. Kecewa sungguh dia. Sangkaannya meleset sama sekali.

“Tak apa, mak. Beri kami masa ya… inshaaAllah… ada jodoh, ada rezeki, ada lah nanti.” Kata Mylia sambil mula mengorak langkah sambil membawa dua bekas air di tangannya. Ramlah mencebik mulutnya sambil mencapai sebuah gelas untuk minum.

Hampir jam 12:30 tengah malam baru Luqman sampai ke rumah. Dia tahu semua penghuni rumah itu pastinya sudah pun enak dibuai mimpi. Dia tetap memberikan salam dengan perlahan sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Siap mengunci pintu, dia terus memanjat tangga ke tingkat tiga.

Luqman seperti biasa akan singgah terlebih dahulu di tingkat dua menjengah anak-anaknya yang sedang tidur lena. Selimut Jasmin sudah hampir jatuh ke lantai ditendang anak kecil itu. Perlahan-lahan Luqman mengangkat selimut itu dan ditutupkan tubuh kecil anaknya yang sedang merekot kesejukkan. Setelah dia berpuas hati, dia terus menapak untuk naik ke tingkas paling tinggi. Lampu bilik sudahpun terpadam. Dia bersyukur sangat kerana dia tidak perlu berbual-bual kosong dengan Mylia lagi. Entah kenapa, hatinya dipenuhi marah. Dia sendiri tidak tahu samada dia marahkan Mylia atau marahkan dirinya sendiri.

Dia membuka pintu dengan begitu berhati-hati agar Mylia tidak terjaga. Selesai menyalin pakaian, dia solat Isyak dan bersedia untuk tidur. Sebaik sahaja dia meletakkan kepalanya di atas bantal, Mylia terjaga.

“Awak baru balik? Saya ada sediakan kopi dalam thermos tu.” Tegur Mylia kepada suaminya. Hati Mylia masih lagi berbunga-bunga dek layanan dan belaian Luqman sepanjang hari itu. Sehabis manis, sehabis mesra Mylia cuba melayan Luqman waktu itu.

“Saya dah minum.” Jawab Luqman dengan penuh dingin. Luqman melentangkan badannya lurus di sebelah Mylia dan merapatkan matanya. Langsung dia tidak memandang Mylia malah tidak ada secebis senyuman pun. Mylia sangat terkejut dengan sikap Luqman waktu itu.

“Awak okay ke ni? Ada masalah ke kat kedai tadi?” soal Mylia mencari punca kepada perubahan sikap Luqman terhadapnya. Dia menyentuh lembut lengan Luqman.

“Tak ada apa masalah lah. Tidur.” Jawab Luqman sambil berpaling mengiring membelakangi Mylia. Tersentap Mylia. Suara Luqman tidak kuat tetapi sangat tegas. Berkerut-kerut dahi Mylia memikirkan perangai Luqman waktu itu.

‘Aku buat salah apa pulak ni tiba-tiba? Tadi sebelum keluar siap kiss bagai. Sekarang ni balik nak temper plak. Takkan suruh beli pad pun nak mengamuk?’ bersungguh Mylia fikirkan. Tiba-tiba Mylia terfikir perkaitannya antara pesanan dia tadi dengan sikap lelaki itu yang tiba-tiba menjadi dingin.

‘Takkan marah sebab aku period? Dah kemaruk sangat ke? Takkan lah sebab tak boleh nak buat tu nak mengamuk sampai macam ni? Bukannya aku sengaja bagi berdarah. Pelik-peliklah orang lelaki ni.’ Mylia membuat kesimpulan sendiri. Teretekan Mylia dibuatnya. Mylia terlelap malam itu dengan penuh sarat di jiwa.

Begitulah juga mood Luqman keesokkan paginya. Tidak seceria petang kelmarin saat mereka tiba dari Seremban.

“Mak, lepas hantar Julia dan Jasmin Man terus ke kedai.” Beritahu Luqman sebelum dia keluar dari rumah. Mylia masih lagi di dapur membasuh pinggan sarapan mereka tadi.

“Tengahari balik makan sini ke rumah mak Mylia?” Ramlah yang mula menghidu sesuatu yang tidak kena cuba untuk berbual-bual dengan Luqman sebelum lelaki itu keluar.

“Tak tahu lah. Nanti mak tanya dia.” Jawab Luqman acuh tak acuh dan cepat-cepat berlalu pergi.

‘Sah, ada yang tak kena. Semalam bukan main lagi dia.’ Bisik hati Ramlah. Dia berjalan menuju ke dapur mencari menantunya.

“Kenapa dengan Luqman tu?” soal Ramlah. Cepat-cepat Mylia mencari idea untuk tidak mengeruhkan suasana.

“Ada masalah di kedai kot semalam. Dia tak sempat nak cerita sangat. Semalam pun balik dah lewat.” Bohongnya.

“Macam-macam lah budak ni. Tengahari nanti kamu berdua balik makan kat rumah, nanti malam kita sama-sama pergi rumah mak kamu yer. Mak pun dah lama tak jumpa Hamidah. Saja nak borak-borak.” Cadang Ramlah kepada Mylia.

“Boleh ke mak? Abang macam kalut jer dengan kedai. Kan dah banyak hari dia tinggalkan. Hujung minggu je kita ke sana. Nak?” Mylia memberikan pilihan yang difikarkan lebih sesuai. Dia tidak mahu pulang ke rumah orang tuanya dengan keadaan Luqman marah-marah. Kalau Ramlah ada sekali, pastinya dia ingin berbual lama dengan Hamidah. Kalau hanya dia dan Luqman, mereka tidak perlu duduk di situ lama-lama. Ramlah akur.

“Assalamualaikum guys!!!” Ceria sungguh suara Mylia pagi itu. Setelah lima hari tidak datang ke pejabat, dia mula rasa rindu dengan kawan-kawannya terutama Risya.

“Waalaikummussalam! Amboi kau! Ceria semacam jer. Tahulah baru balik honeymoon pun. Cover-cover lah sikit. Saja nak buat orang jealous.” Kata Risya menyambut kehadiran teman baiknya itu.

“Honeymoon lah sangat. Eh, mana An?” Tanya Mylia apabila melihat kerusi Borhan yang masih lagi kosong.

“Dia pergi kursus lah. Dia start semalam sampai Jumaat. Ni, kenalkan staff baru kita yang ganti tempat Mika. Eliza Chua.” Risya memperkenalkan rakan baru mereka yang baru saja lapor diri Isnin lepas. Gadis berbangsa Cina itu sangat comel orangnya. Berwajah bulat dengan rambut yang begitu hitam, lurus dan halus. Rambut separas pinggang yang cantik tersisir sengaja dilepaskan ke belakang. Memang manis sungguh gadis itu.

“Hai, panggil Izzi saja.” Kata Eliza Chua. Dia bangun berdiri dan menghulurkan salam perkenalan kepada Mylia.

“Mylia. Fresh grad ker? Muda lagi nampak ni.” soal Mylia.

“Iya, saya baru grad. Konvo pun belum.” Jawab Eliza Chua mesra.

“Wah… betul-betul fresh ni. Tahniah dapat kerja awal. Sekarang ni, susah tau orang nak dapat kerja. Awak sangat beruntung. Dari U mana?” Mylia bertanya lagi.

“UUM kat Kedah sana. Hujuuuuung dunia…” seloroh Eliza Chua.

“Ooo… bagus lah u. mesti pandai sangat. Jarang anak-anak Chinese nak masuk Public U. Selalu dengar Sunway lah, Lim Kok Weng lah.” Mylia yakin sangat yang Eliza Chua bukanlah pelajar biasa-biasa.

“Saya orang miskin. Tak mampu nak masuk private.” Kata Eliza Chua. Tapi langsung tiada bunyi sedih mahupun rendah diri dengan keadaan ekonomi keluarganya.

“Mana-mana pun sama saja. Yang penting, sekarang you dah dapat kerja. Betul tak?” kata Risya pula. Walaupun belajar di mana sekali pun, ilmu yang ditimba tetap sama. Tiada jaminan masuk universiti swasta sahaja boleh dapat kerja. Eliza Chua dah buktikan yang dia mampu dipanggil bekerja dengan begitu pantas. Konvokesyen pun masih belum sempat, dah masuk bekerja.

“Betul!” jawab Eliza Chua sambil tersengeh lebar.

“Nah ni, buah tangan dari Seremban.” Mylia mengeluarkan dua bungkusan lalu diletakkan di atas meja Risya dan Eliza.

“Wah, saya pun dapat ker?” soal Eliza. Tak sangka dia juga akan mendapat buah tangan daripada Mylia. Mereka baru sangat berkenalan hari itu.

“Borhan tak ada, jadi rezeki you lah. Ambik jer. Bukan dia tau pun. Lagi pun nanti dia boleh share dengan bini dia ni.” kata Mylia sambil menjeling kepada Risya. Mulut Eliza sudah mula melopong.

“You dengan Borhan suami isteri ker?” dia sendiri tak sangka mereka itu pasangan kekasih. Langsung taka da adegan-adegan romantik antara mereka berdua. Yang banyak asyik bergurau dan ketawa terbahak-bahak.

“Belum kahwin. Lagi lima bulan.” Terang Mylia ringkas.

“Dah tak lama. Bestnya. Tahniah! Tahniah!” kata Eliza kepada Risya.

“Nanti you mesti datang tau. Bawa hadiah besar-besar.” Kata Risya berseloroh.

“Tak malu betul lah kau ni. Main minta-minta hadiah. Suka hati lah orang nak bawa hadiah ke tak.” Bangkang Mylia sambil menepuk bahu Risya. Senyuman yang mula terukir cepat-cepat disembunyikan.

“Suka hati aku lah. Kau dah lama kahwin. Dah tak boleh nak claim hadiah. Jealous!” jawab Risya. Dia tahu sahabatnya sekadar mengusik. “Eh, jom teman aku pergi survey baju hari ni nak?” soal Risya dengan penuh bersemangat.

“Alaaa… hari ni aku nak gi dating dengan husband la… maklumlaaahhhh… aku kan dah kahwin…” jawab Mylia sepertinya tengah merajuk.

“Ish… benci lah. Kau dah dating dari hari Ahad sampai Rabu tak cukup-cukup lagi ker? Bak sini telefon kau. Aku nak bagitau Luqman hari ni kau kena teman BFF kau pergi shopping.” Kata Risya sambil cepat-cepat mencapai beg tangan Mylia untuk mencari telefon. Terkejut beruk Mylia dengan Tindakan pantas sahabatnya itu.

“Tak payah!” sepantas kilat dia merampas semula beg tangannya. “Nanti kau try laki aku plak.” Kata Mylia kepada Risya.

“Eeeee… tak nak aku duda tua tu.” Kata Risya sambil mengerutkan muka.

“Jahatnya muluuuutttt. Tak nak teman kau.” Mylia dan Risya tak henti-henti saling mengusik. Bingit sekejap suasana pejabat mereka. Eliza yang hanya menjadi penonton sejak tadi hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Tahulah dia betapa akrabnya hubungan antara Mylia dan Risya.

“Alaaa… sorry la… jom laaa teman aku.” Kata Risya memujuk.

“Tak nak. Kalau Izzy pergi, baru aku ikut.” Kata Mylia tiba-tiba. Eliza terus memandang mereka berdua apabila namanya ditimbulkan dalam perang mulut mereka berdua.

“Izzy nak ikut? Jom teman I cari baju wedding?” pelawa Risya.

“Nak!!!” balas Eliza dengan penuh ceria. Tiga hari sudah dia bertugas di syarikat itu. Apabila rata-rata rakan pejabatnya berbangsa Melayu, dia mula susah hati andainya dia dipulaukan. Apabila Risya mempelawanya untuk sama-sama keluar waktu rehat tengah hari nanti, dia tidak fikir banyak dan terus bersetuju.

“Yeay… kau dah taka da alasan eh. Kau mesti ikut. Kalau tak, aku lucutkan jawatan kau sebagai pengapit aku dan ganti dengan Izzy.” Kata Risya kepada Mylia.

“Kau takkan ganti. Dia lagi lawa dari kau. Nanti, semua orang pandang dia jer kat atas pelamin tu. Tak pandang kat kau langsung. Muka makcik-makcik ni juga yang kau kena ambik jadi pengapit.” Seloroh Mylia masih lagi belum berhenti.

“Eeeee…” Risya memukul bahu Mylia sekuat hatinya.

“Sakit lah!” terjerit terus Mylia. Berderai ketawa mereka bertiga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience