“Mylia… Mylia…” Panggil Luqman dengan suara yang perlahan. Luqman meletakkan pinggan di atas meja sisi dan duduk di birai katil bersebelahan Mylia. Balutan tangan Mylia direnung seketika.
‘Kenapa macam-macam sangat yang jadi kat dia? Rasanya kalau luka begini jadi dekat Ecah pun, berbalut juga tangan dia. Each tu bukannya kebal. Tapi hal-hal macam ni tak pernah jadi dekat Ecah.’ Fikiran Luqman merawang-rawang. Dia tahu apa yang berlaku kepada Mylia adalah satu kemalangan. Bukannya sesuatu yang dibuat-buat. Luqman membenci Mylia pada sesuatu yang Mylia sendiri tak minta berlaku atas dirinya. Mana ada sesiapa pun yang nak dirinya sakit, lemah dan tidak bermaya.
Luqman mengusap perlahan-lahan balutan tangan Mylia beberapa Ketika sebelum kembali mengejutkan Mylia untuk makan nasi dan ubat.
“Mylia…” Luqman menepuk bahu kanan Mylia perlahan-lahan. Dalam keadaan yang masih mamai, Mylia membukakan matanya. “Jom makan nasi. Saya dah bawa naik ni.”
“Okay…” Mylia mengangkatkan badannya dan cuba untuk duduk. “Saya nak ke bilik air sekejap.” Beritahu Mylia sambil meminta Luqman bangun dari duduknya. Kedudukan Luqman menghalang kaki Mylia. Sebaik sahaja dia berdiri, terasa dunianya berpusing. Mylia kembali duduk memicit sedikit kepalanya.
“Awak okay tak?” soal Luqman setelah melihat Mylia kembali duduk. Mylia hanya mengangguk kecil. Apabila dia kembali bangun, Luqman dengan pantas memaut tangan kanannya dan memimpin Mylia. sesampainya di pintu bilik air, Luqman juga melangkah masuk. Mylia tiba-tiba kaget.
“Aaa… tak per… saya boleh masuk sendiri.” Kata Mylia kepada Luqman. Takkan mungkin dia izinkan Luqman masuk bersama-sama.
“Ah, ya.” Luqman yang seperti baru tersedar melepaskan tangan Mylia dan kembali ke katil. Dia menyusun bantal Mylia supaya tersandar tegak di kepala katil supaya selesa Mylia duduk nanti.
Selepas membasuhkan muka beberapa kali, Mylia berasa lebih segar dan pening kepalanya semakin berkurangan. Sewaktu berjalan keluar dari bilik air pun dia sudah mampu berjalan dengan lebih kemas dan teratur. Tidak lagi terhuyung-hayang.
“Takkan nak makan atas katil? Tumpah nanti. Saya duduk di sofa tu je lah.” Kata Mylia sambil terus sahaja berlalu ke tepi tingkap bilik dan duduk di atas wingchair yang ada di situ. Luqman hanya menurutkan sahaja. Apabila Luqman sudah berada di hadapan Mylia, Mylia menghulurkan tangan kanannya meminta pinggan nasi yang ada di tangan Luqman. Hairan sebentar Luqman.
‘Sombongnya! Macam dia boleh makan sendiri.’ Fikir Luqman sendirian. Tapi diserahkan juga pinggan itu kepada Mylia.
Mylia meletakkan pinggan di atas riba dan cuba memegang pinggan itu dengan tangan kiri yang tercedera. Agak terkial-kial juga Mylia. Mulutnya tersenget-senget menahan sakit. Luqman yang sedang duduk di kerusi bersebelahan hanya memerhatikan sahaja gelagat seorang perempuan degil dan sombong di hadapannya itu. Dia cuba sedaya upaya untuk tidak ketawakan Mylia.
Setelah beberapa suapan nasi yang penuh dengan kepayahan dan kesakitan, Luqman terus sahaja bangun dan mencapai pinggan dan melabuhkan punggung betul-betul dihadapan kaki Mylia.
“Dah sakit tu, buat lah cara sakit. Tau lah awak tu anak manja.” Kata Luqman kepada Mylia. Dia menjeling Mylia. Terjungkit juga senyuman di bibir Luqman melihat wajah Mylia menjeruk.
“Mana ada saya anak manja. Saya anak sulung kot.” Balas Mylia. Tak puas hati dia bila dikatakan anak manja. Entah masa bila yang dia bersikap manja. ‘Kau ingat anak manja nak tunggu hadap perangai kau? Kalau anak manja, dah lama aku berambus.’ Bentak hati Mylia.
“Iyer… dengan adik-adik jer yg garang pun. Nah! Buka mulut.” Masih bersisa senyuman di wajah Luqman.
Mylia benar-benar pelik dengan sikap Luqman. Sekejap sejuk, sekejap panas. Kalau lah cuaca kat luar tu pun bertukar-tukar macam mood Luqman, boleh demam semua orang dibuatnya. Sementara mood suaminya tengah ceria, baik dilayankan saja. Bukannya tak boleh jadi gentleman, cuma kadang-kadang gentle tu hilang terbang entah ke mana.
“Kenapa renung saya macam tu? Handsome sangat?” soal Luqman menyakat.
“Suami saya mestilah handsome. Kalau tak, takkan saya setuju nak kahwin dengan awak.” Alang-alang nak menyakat, Mylia pun boleh tahan nakalnya. Kalau di pejabat, dialah ratu. Tak sakat orang satu hari, tak sah. Risya adalah mangsa utama.
“Owh, melawan eh?” Makin melebar senyuman di bibir Luqman. Senyuman manis itu turut mengundang sebuah senyuman di wajah Mylia. “Sakit sangat ke tangan tu?” soal Luqman mengalih tajuk.
“Terasa juga. Mungkin kesan ubat tahan sakit tu dah habis. Dah masa untuk makan lagi sekali kan.” Jawab Mylia sambil mengusap lembut balutan tangannya.
“Nanti petang kena buka semua balutan untuk sapu ubat kan?” soal Luqman.
“Aah. Awak tolong buatkan yer. Sakit sangat. Saya tak sanggup nak sentuh sendiri.” Pinta Mylia ikhlas.
“Macam tu pun tak nak mengaku manja lagi.” Luqman kembali menyakat.
“Manja dengan suami sendiri, boleh kan?” kini soalan Mylia pula yang membuatkan Luqman terpana. Panas wajah Luqman tiba-tiba. Dia terdiam tidak mampu membalas lagi. Sehingga habis sepinggan nasi disuap Luqman, mereka masih lagi membisu.
Luqman bangun mengambil botol air dan ubatan. Di serahkan botol air kepada Mylia.
“Berat lah. Saya tak boleh nak angkat sebelah tangan.” Kata Mylia sedikit merengek.
“Yer lah, anak sulung. Meh sini abang long nak tolong.” Mylia hanya menjeling.
‘Sempat lagi nak peril orang.’ Bisik hati Mylia.
“Saya nak turun dan terus ke kedai. Awak nak duduk situ ke nak baring?” soal Luqman sebelum dia turun dari bilik mereka.
“Saya nak duduk sini sekejap.” Jawab Mylia.
“Nanti kalau dah lali, macam mana awak nak bangun ke katil? Ubat tu kan kuat? Jatuh nanti.”
“Nanti dah rasa sikit-sikit, saya terus ke katil.”
“Okay. Telefon jangan tinggal jauh-jauh. Apa-apa hal nanti telefon cepat.” Pesan Luqman sebelum pergi. Dia menghulurkan tangannya kepada Mylia untuk disalam. Semasa Mylia tunduk mencium tangannya, Luqman juga tunduk mencium ubun-ubun Mylia. Dek kerana kemesraan yang ditunjukkan Luqman waktu itu, datang satu keberanian dalam diri Mylia untuk berbicara.
“Bie…” panggil Mylia lembut tanpa melepaskan genggaman tangannya. “kenapa awak marah saya malam kelmarin? Sebelum awak ke kedai, awak kiss saya. Balik dari kedai, awak terus jadi marah-marah. Apa salah saya?” soal Mylia berterus-terang.
Terkejut dengan soalan itu, Luqman melarikan matanya ke luar tingkap. Setelah beberapa ketika, Luqman kembali mencari wajah Mylia dan duduk kembali mengadap kaki Mylia. Tangan yang masih digenggam dieratkan lagi genggamannya.
“Saya pun tak tahu apa masalah saya hari tu. Mungkin sebab frust kot bila tiba-tiba awak minta pad. Kita kan baru nak start mencuba.” Jawab Luqman perlahan. Malunya bukan kepalang. Bila diujarkan bait-bait ayat itu, terasa betapa dirinya sangat tidak rasional.
“Awak juga yang kata, kita go slow. Kalau iya pun saya period, tak menghalang untuk kita go slow kan? Go slow means not all the way. We can still go half way.” Jawab Mylia.
Jawapan Mylia yang begitu yakin membuatkan Luqman mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke mata Mylia. Dia ingin mencari keikhlasan dalam bait kata Mylia sebentar tadi.
“Saya selalu bersikap kasar dengan awak, kenapa awak masih lagi offer diri macam ni?” soal Luqman tanpa dalih lagi. Tanpa ayat-ayat bunga dan berlapik.
“Nampak desperate sangat ke saya ni?” Mylia pula yang terasa hati dengan perkataan ‘offer diri’ yang digunakan Luqman sebentar tadi. Dia cuba menarik tangannya daripada genggaman Luqman dan mengalihkan pandangannya ke luar. Luqman lebih pantas mengemaskan genggaman itu.
“Bukan… bukan macam tu maksud saya.” Resah sekejap Luqman mencari perkataan yang lebih sesuai. “Kenapa awak masih baik terhadap saya walaupun saya dah marah-marah awak?”
“Kita kan dah janji nak mencuba? Kita ada masa 2 bulan sahaja lagi sebelum anniversary kita. Saya hanya cuba menunaikan janji. Tapi kalau awak dah nak give up, saya ikutkan saja. Tak rugi apa pun saya ni.” dengan nada merajuk, Mylia mengeluarkan isi hatinya kepada Luqman.
Kali ini, Luqman pula yang terasa hati. ‘Tak rugi apa-apa pun yer? Aku ni langsung tak ada nilai agaknya. Anak-anak pun taka da nilai. Family aku ni semuanya tak ada makna langsung bagi dia. Senang-senang saja dia nak buang semua.’
Waktu itu, dia pula yang melepaskan tangan Mylia. Selepas menghela nafas panjang dan melepaskannya, Luqman terus bangun. Dia mencapai pinggan nasi tadi dan juga botol air kosong tadi. Diletakkan botol itu di meja sisi dan dia terus berlalu pergi.
Sebak sekejap hati Mylia. Langsung dia tidak menyangka Luqman akan pergi begitu sahaja. Hilang terus romantis yang ditunjukkan tadi. Mood Luqman tiba-tiba bertukar lagi. Jatuh air mata Mylia. Dia terus merenung ke luar jendela. Entah masa bila matanya terlelap. Dia tertidur di atas sofa sepanjang petang.
* * * * *
“Assalamualaikum!” Risya dan Borhan terkejut besar mendengar suara yang sudah lama tidak kedengaran di dalam pejabat mereka itu.
“Mika!!!” Jeritan Risya paling kuat waktu itu. Izzi yang sedang asyik membelek fail di atas mejanya terperanjat sehingga bergoyang meja.
“Waalaikummussalaaammmm… sahabat lamaaaaa!” Borhan sudah pun bangun berlari anak mendapatkan Mikail di muka pintu. “Ente apa khabar?” seloroh Borhan dalam nada jenaka Tan Sri P Ramlee.
“Ana ada baiklah… sangat baik…” jawab Mikail mengajuk.
“Ente datang sini ada bisnis apa? Jual minyak kah? Jual unta kah?” mereka masih lagi berterusan dalam karaktor.
“Ooo… ana datang sini bukan untuk eksport import… ana datang sini hanya untuk mencari boss lama… Tuan Razmaaaan…” balas Mikail sambil berjalan menuju ke meja lamanya dahulu. Tangannya dipaut ke bahu Borhan. “Eh? Ini siapa lah?” soal Mikail sebaik sahaja dia berdiri di sebelah Izzi.
“Ini ana punya mata air lah…” jawab Borhan mengundang marah di meja bertentangan.
“Ehem! Ehem!” Risya memberi amaran.
“Ana punya bini sudah marah lah.” Seloroh Borhan lagi. Masih belum menamatkan drama sesame mereka.
“Ente sudah ada bini, ente buat macam sudah ada bini lah. Ana masih bujang… ini gadis cantik, bagi sama ana. Jadi mata air ana sudahlah.” Kata Mikail menambah.
“Oi! Oi! Oi! Korang ingat dia anak patung?” marah Risya.
“Hahahaha… sorry… sorry… hai… saya gurau saja yer. Saya Mika.” Kata Mikail sambil tangannya diangkat ke dahi seperti sedang memberikan tabik hormat.
“Ooooo… inilah dia Mikail yang popular tu. Saya Izzi. Staff baru, ganti tempat you.” Jawab Izzi sambil melambai kecil kepada Mikail.
“Uish, popular sangat ke I lepas I keluar? Dulu masa I kat sini, siapa pun tak nak tegur I tau. Semua buli I. Maklumlah, I n ikan budak nerd.” Jawab Mikail. Ada sahaja idea untuk dia mengusik.
“Eleh! Banyaklah kau budak nerd. Kau bukan budak nerd, kau mat bunga.” Balas Borhan sambil menepuk kasar bahu Mikail. Terbatuk-batuk Mikail dibuatnya.
“Eh, serius lah. Kau datang sini ada apa? Mylia cuti hari ni.” sengaja Risya menyebut nama buah hati Mikail. Mikail hanya mengabaikan nama yang cuba dibawa bincang itu.
“Aku datang nak plan dengan En Razlan. Team aku buat team building events secara komersil. Sekarang ni, sambutan tu macam menggalakkan. Aku tak rasa team Melaka boleh handle semua. So, aku nak ajak korang JV lah dengan team Melaka.” Terang Mikail secara ringkas.
“Menarik tu. Apa kata boss?” soal Risya terlalu teruja.
“Belum jumpa lagi. Pukul 4 kejap lagi ni appointment dengan En Razlan.”
“Haa… minta-mintalah dia nak. Seronok tu selalu turun padang. Hands-on. Asyik memerap je dalam pejabat ni, bosan jugak.” Balas Borhan.
“Memerap apa? Minggu lepas kau baru pergi kursus tiga hari.” Bangkang Risya. Yang memerap tu dia. Borhan dan Mylia dah keluar sebelum ini.
“Eeee… apa kau-kau ni? Dah nak kahwin dah pun masih lagi kau-kau.” Mikail kembali menyakat.
“Kami bukan macam kau. Kau tu mat bunga. Boleh la I U I U tak habis-habis.” Jawab Risya.
“Dia ni garang sangat. Aku teringin jugak I U I U tu.” Kata Borhan konon-konon berbisik. Padahal suaranya boleh saja sampai ke telinga Risya.
“Kau ni!” Risya mengambil kotak tisu yang ada di atas mejanya dan membaling kepada Borhan. Mikail dan Izzi ketawa terbahak-bahak melihat kelaku mereka berdua.
“Hai… aku tak tau lah nanti korang macam mana lepas kahwin nak tinggal sebumbung. Meriah!” kata Mikail sambik bangun dari kerusi. “Matcha… jam sudah mau pirgi 4 petang… saya kuluar dulu aaa…” entah karaktor apa pula kali ini dilakonkan Mikail
“Wokeh! Selamat maju jaya aaa…” Borhan juga mengajuk. Dia bangun memeluk Mikail seeratnya. Rindu sungguh dia pada Mikail. Tanpa Mikail, berbeza sungguh suasana di dalam pejabat mereka.
“Assalamualaikum…” Laung Mikail sebaik sahaja sampai di muka pintu rumah. Lebih satu jam juga dia bermesyuarat dengan En Razman tadi. Apabila dia kembali ke pejabat rakan-rakannya, semua dah tiada.
“Waalaikummussalam. Kita nak gerak jam berapa, Mika? Ni dah nak dekat maghrib. Lagi setengah jam maghrib.” Tanya Suraya kepada anaknya.
“Mama dah siap packing ke belum?” soal Mikail kembali.
“Sudah. Tu!” Suraya menunjukkan bagasinya di tepi tangga.
“Kalau macam tu, kita gerak terus lah. Mika pun dah lapar ni. Nanti kita singgah makan dan solat. Nanti sampai rumah, boleh terus tidur.” Cadang Mikail. Suraya hanya menganggukkan kepala tanda setuju.
Mikail terus sahaja berlari naik ke tingkat atas. Pakaiannya sudah pun siap dikemaskan. Cuma dia tinggalkan dahulu beg itu di atas. Dia tidak tahu jam berapa dia akan selesai bermesyuarat dengan En Razman.
Dari tingkap biliknya, dia nampak kereta Luqman yang sedang bergerak perlahan masuk ke beranda rumah. Terus sahaja dia tergamam di situ. Selepas mereka betul-betul berpindah ke Melaka nanti, makin susahlah untuk dia berjumpa dengan Mylia.
“Mampu tak kau jaga dia dengan baik, Bang Man? Mampu tak kau sayang dia lebih daripada aku sayang dia?” soalan-soalan itu terucap dibibir Mikail.
Mikail yakin sangat yang Mylia tidak akan pernah bercerita apa pun tentang keadaan dirinya kepada Mikail selepas-selepas ini. Apatah lagi cerita berkenaan hal rumahtangganya. Mylia bukan orang yang sebegitu. Menjaja hal peribadi kepada semua orang.
Mikail hanya mahu pastikan yang Mylia sentiasa bahagia. Wanita sebaik Mylia layak dilayan dengan baik juga.
“Ya Allah, peliharalah Mylia. Semoga yang baik-baik sahaja buat Mylia.” Dengan doa itu, Mikail menarik nafas dalam-dalam dan menghembus perlahan. Dia kembali kepada tujuan asal dia naik ke atas.
Mikail membuka pintu almari baju dan mencapai sehelai kemeja-T. Pakaian kerja sebegitu kurang selesa untuk dipakai sepanjang perjalanan nanti. Dia juga mencapai satu baju panas yang tergantung. Disangkut baju itu di lengan kiri. Tangkai beg disambar dan matanya melilau mencari semua suis dan soket elektrik yang ada di dalam biliknya. Setelah dia berpuas hati, akhirnya dia mematikan suiz lampu dan kipas dan terus berlalu keluar dari bilik.
Mikail terus sahaja mengangkat kesemua barangan yang telah tersusun kemas di hadapan pintu rumah ke dalam bonet kereta. Tanpa dia sedar, ada sepasang mata yang sedang asyik merenungnya dari tingkat paling atas rumah sebelah.
Sayu juga rasa hati Mylia. Dia langsung tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada Mikail. Sejak kebelakangan ini, Mikail sentiasa ada di saat kecemasan. Dialah yang selalu menghantar Mylia ke klinik ataupun hospital. Tak tahulah semua itu suratan atau pun kebetulan.
Mendengar pintu bilik air dibuka, Mylia melarikan pandangannya dan memandang Luqman. Luqman yang baru sahaja selesai mandi, keluar bersahaja dengan hanya sehelai tuala. Mylia kembali memandang ke luar. Malu dia dengan aksi Luqman.
Luqman perasan yang Mylia sengaja tidak mahu memandang kepadanya. Dia berjalan datang menghampiri Mylia.
“Tak sakit badan ker tidur atas sofa tu berjam-jam?” soal Luqman sengaja menarik perhatian Mylia. Waktu itu dia sedang berdiri betul-betul mengadap Mylia.
“Lenguh jugak. Saya tak sedar masa bila saya tertidur.” Jawab Mylia sambil menggosok-gosok belakang lehernya. Tetapi dia masih lagi tidak berani memandang Luqman. Dia dapat rasakan betapa rapatnya Luqman dengan dirinya.
Luqman tunduk menghampiri wajah Mylia. Tangan kanan Luqman memaut pada penyandar sofa, tangan kiri pula diletakkan di atas tempat letak tangan. Dia juga mengalihkan pandangannya sama seperti arah pandangan Mylia. Mylia memejamkan matanya. Seram.
“Awak pandang apa kat luar tu. Ada pandangan yang lagi indah ke kat luar tu?” soal Luqman menyakat. Mylia hanya membatu tidak mampu bersuara.
Soalan menyakat Luqman akhirnya menjerat diri sendiri. Dia boleh nampak dengan jelas Mikail sedang mengangkat barang masuk ke dalam kereta. Hatinya membengkak. Dengan pantas dia berlalu pergi.
‘Aku baru nak panas enjin, ada saja benda nak potong.’ Menggerutu hati Luqman. Masam mengkelat.
Apabila terkejut mendengar pintu almari dihempas agak kuat, Mylia membuka matanya mencari susuk tubuh Luqman.
‘Tengok tu! Kejap elok, baru kelip mata dah datang ribut taufan.’ Rungut Mylia di dalam hati. ‘Apa masalah lelaki bernama Luqman ni?’
Mylia memerhatikan sahaja Luqman yang sedang solat maghrib di seberang katil sana.
‘Bie, masih adakah peluang bahagia buat kita? Sampai bila saya perlu bertahan? Awak tolonglah sama-sama doakan supaya saya kuat dan tabah. Saya mungkin belum benar-benar cintakan awak, tapi saya sayang keluarga ni. Saya sayang mak, saya sayang Jasmin dan Julia.’ Bisik hati Mylia.
Sebaik sahaja Luqman duduk di tahiyat akhir, Mylia bangun menghampiri Luqman. Dia duduk di belakang Luqman bagaikan mereka sedang berjemaah. Selesai berdoa, Luqman mahu terus bangun. Bukan dia tak sedar kehadiran Mylia di belakangnya. Dia cuma malas nak melayan Mylia waktu itu.
“Bie…” Mylia menarik lengan baju Luqman menahan lelaki itu dari bangun. Luqman duduk semula tetapi masih mengadap ke hadapan. “Pusinglah sini.” Pinta Mylia lembut.
Luqman hanya akur dengan permintaan lembut Mylia. Wajahnya serius.
“Awak marahkan apa tadi?” soal Mylia bersungguh. Dia mahu cuba faham emosi lelaki dihadapannya.
“Suami mana tak marah kalau depan-depan isteri dia boleh mengintai jantan lain?” Alang-alang dah tanya, biar dia jawab. Sakit hatinya yang sedikit menghilang sewaktu solat tadi kini menerpa kembali.
“Mana ada saya intai siapa-siapa. Awak keluar bilik air pakai tuala saja. Tak malu ker?” Soal Mylia kembali. Dia tertunduk rapat. Tanpa sedar, Mylia sedang menarik-narik hujung lengan baju melayu Luqman.
“Salah ker? Berdosa?” soal Luqman. Dia mengangkap tangan Mylia yang sedang mengusik-usik bajunya itu dengan kedua-dua tangannya.
“Tak der lah berdosa. Tapi saya seganlah.” Jawab Mylia dengan suara yang semakin perlahan.
“Segan tu sebab tak biasa. Meh sini kita biasakan.” Luqman dengan pantas menanggalkan baju melayunya dan menarik Mylia rapat ke dada. Mylia hanya tergamam dengan perbuatan Luqman yang tiba-tiba rakus seperti itu. Dalam keadaan yang drastik begitu, yang Mylia sempat fikir hanyalah tangan kirinya yang sedang berdenyut.
“Aduh…” terkeluar juga aduhan dibibirnya.
Luqman memeluk Mylia rapat kebadannya dengan tangan kiri. Tangan kanannya menyambut tangan kiri Mylia dan diletakkan perlahan-lahan di atas ribaan Mylia. Posisi Mylia sekarang sudah pun separa baring di atas dada Luqman. Luqman perlahan-lahan menarik pinggang Mylia supaya dia dapat duduk dengan selesa diriba.
“Sakit?” soal Luqman sambil meletakkan sepenuh perhatian kepada tangan kiri Mylia. dia mengusap perlahan-lahan.
Mylia hanya mengangguk kecil. Dia tidak sedar yang anggukan kepalanya itu bagaikan renjatan elektrik ke jantung Luqman. Makin jelas degupan kuat itu di telinga Mylia. Mereka sama-sama gugup.
Luqman memandang wajah Mylia. Mylia juga memberanikan diri mengangkat pandangannya kepada Luqman.
“Maafkan saya. Saya cemburu.” Ucapnya Luqman perlahan. Dia tunduk mengucup mata Mylia. Kerana mata itu dia jadi tak keruan sebentar tadi. Mylia hanya memejamkan matanya dan membatukan diri.
Ciuman Luqman tidak habis di situ. Ia turun dari mata ke hidung, ke pipi dan seterusnya ke bibir segar Mylia. Makin lama ciuman itu menjadi semakinkuat dan rakus. Gelora semakin melanda jiwa dan raga kedua-duanya. Mylia tanpa sedar merangkul erat pinggang Luqman dengan tangan kanannya. Gabaikan ada satu megnet kuat yang menarik-narik dua tubuh itu supaya melekat bersatu bersama.
Selepas beberapa ketika, mereka terhenti di situ. Berombak dada masing-masing menahan getar. Pelukan mereka masih erat di situ. Merah padam muka kedua-duanya.
“Lepas ni, jangan malu-malu lagi ya.” Pesan Luqman kepada Mylia. “Tubuh saya ni milik awak. Awak berhak.” Satu kucupan hangat hinggap di dahi Mylia. Entah kenapa kucupan itu mengembalikan semula ketenangan di hati kedua-duanya. “Awak tunggu sini. Saya turun ambik makan malam.” Sambung Luqman lagi sambil meringankan pelukannya.
“Saya…” Serak suara Mylia. Dia berdehem beberapa kali. “Saya ikut turun bawah lah. Hari ni tak jumpa Julia dengan Jasmin lagi. Diorang pun tak naik ke atas.” Jawab Mylia. dia masih lagi menunduk. Panas wajahnya belum hilang.
“Mak tak bagi diorang naik atas. Takut kacau awak.” Luqman kembali memakai baju melayu yang dicampak ke tepi sebentar tadi. Mylia terus bangun berdiri dan mula melangkah untuk keluar.
“Tunggu. Saya pimpin. Jatuh tangga pulak nanti.” Luqman segera menyangkut sejadah solatnya tadi dan segera memaut pinggan Mylia dan mula melangkah. Mylia memandang mata Luqman. Sukar sungguh untuk dia jaga mood baik Luqman seperti itu.
‘Kalau sepanjang masa dia macam ni, kan senang?’ bisik hatinya.
Share this novel