~ 27 ~

Romance Completed 13901

“Ibu, esok ibu balik jam berapa?” Soal Julia separa merengek. Terasa seperti sudah lama benar mereka ditinggalkan di rumah.

“Esok petang ibu sampailah. Esok balik sekolah, lepas makan tu buat homework macam biasa. Sedar-sedar jer ibu dah sampai kat rumah.” pujuk Mylia. Luqman yang sedang memandu di sebelah hanya memasang telinga mendengar perbualan antara Mylia dengan anaknya.

“Petang? Lambatnya.” Protes Julia.

“Nak buat macam mana, kerja ibu habis jam 1. Lepas jam 1 baru boleh gerak balik.” Terang Julia lagi entah kali yang keberapa.

“Alaaa…”

“Julia nak apa? Nanti ibu belikan.” Mylia cuba mengalihkan perhatian anak itu kepada sesuatu yang boleh buat dia lebih gembira.

“Erm… Julia nak… bag pack warna hijau.” Kata Julia setelah berfikir seketika.

“Okay. Nanti ibu cari. Adik nak apa? Eh, mana adik ni?” soal Mylia. Tiba-tiba dia berasa sedikit hairan kerana langsung tidak kedengaran suara si adik sejak tadi. Kalau tidak, dialah yang paling meriah sekali. Gamat bunyi suara dia cuba merebut telefon di tangan kakaknya.

“Adik ada depan tv dengan nenek. Bising sangat. Julia bawa fon naik atas. Nanti adik jerit-jerit susah Julia nak sembang dengan ibu.” Kata Julia mengadu. Mylia tertawa kecil mendengarnya.

“Okay, kakak turun tanya adik cepat.” Arah Mylia lembut kepada anaknya.

“Jasmin pergi mana?” Soal Luqman kepada Mylia. Hairan dia apabila kedua-dua anaknya tidak ada bersama.

“Ada kat ruang tamu dengan mak. Julia ada kat atas.” Terang Mylia ringkas. Luqman mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Okay.” Jawab Julia sambil berlari menuruni tangga. “Adik, ibu tanya adik nak apa? Ibu nak beli.”

Mendengar nama ibu disebut, melompat terus anak itu dari sofa dan berlari mendapatkan kakaknya. “Nak cakap… Nak cakap dengan ibu.” Kata Jasmin sambil cuba merampas telefon.

“Ibu! Ibu!” jerit Jasmin dicorong telefon. Bingit sekejap jadinya.

“Iyer, sayang. Jasmin nak apa? Ibu belikan.” Soal Mylia.

“Ibu dah nak balik ke ni?” soal Jasmin tanpa mengendahkan soalan ibunya tadi.

“Tak… ibu balik esok.” Jawab Mylia melayan.

“Alaa… lambatnya.” Kata Jasmin dengan sedih.

“Tak lama lah. Esok Jasmin pergi sekolah… lepas tu balik rumah kejap… lepas tu ibu sampai lah. Kejap je lagi.” Pujuk Mylia.

“Okay…” lemah sahaja suara anak kecil itu.

“Jasmin nak apa? Bagi tau ibu. Nanti ibu carikan.” Pancing Mylia.

“Ibu beli keropok dengan air susu strawberry.” Kata Jasmin. Tertawa kecil Mylia mendengar permintaan anak itu.

Berbeza sungguh dua beradik ini. Tapi dia yakin benar, jika beg itu hanya dibeli satu sahaja, pasti aka nada adegan rebut-merebut di rumah esok. Oleh sebab itu, Mylia sudahpun merancang untuk membelikan sebuah beg setiap seorang dan juga makanan dan minuman kegemaran mereka sebagai buah tangan untuk anak-anak kecil itu esok.

“Okay… nanti ibu belikan yer. Malam ni tidur awal tau. Jangan susahkan nenek tau.” Pesan Mylia kepada Jasmin.

“Okay ibu. Bye ibu…” kata Jasmin.

“Eh, jangan letak. Kakak nak cakap bye jugak.” Jerit Julia kepada adiknya. Bimbang anak itu mematikan panggilan itu tanpa sempat dia bercakap terlebih dahulu. Jasmin menghulurkan telefon itu kepada si kakak.

“Bye ibu. Love you.” Kata Julia.

“Bye, sayang. Love you more.” Luqman yang sedang memandu di sebelah sedikit terkejut mendengar ayat yang terkeluar dari mulut Mylia. Pastinya jawapan itu diberikan setelah anaknya yang terlebih dahulu mengucapkan kata-kata itu.

Luqman bertambah hairan apabila panggilan terus dimatikan.

“Tak nak cakap dengan abi dah yer diorang sekarang.” Kata Luqman. Sedikit terasa hati dengan Julia dan Jasmin. Mylia pula yang mula rasa bersalah.

“Nak saya call semula?” soalnya kepada Luqman.

“Tak payah lah. Esok dah nak balik.” Kata Luqman melarang. “Esok pagi ada talk lagi?” Soal Luqman lembut.

“Aaa… esok pagi ada majlis penutup saja. Ada VIP mana tah datang. Then ada majlis menyampaian sijil buat yang present.” Jelas Mylia. Matanya sentiasa terpaku ke hadapan. Dia masih belum biasa memandang lelaki di sebelahnya lama-lama. Kalau dia ceritakan pada Risya, pasti diketawanya berdekah-dekah. 9 bulan kahwin, tinggal serumah, makan semeja, tidur sekatil, tapi dia masih lagi belum terbiasa dengan lelaki yang bergelar suaminya.

“Maksudnya esok awak tak busy sangat lah kan?” soal Luqman lagi.

“Tapi kehadiran tu tetap wajib. Saya tak boleh skip.” Pantas Mylia memangkah apa sahaja yang ingin dicadangkan Luqman. Dia mesti hadir ke slot terakhir seminar esok pagi.

“Bukan… bukan saya nak suruh awak skip.” Luqman pula cepat-cepat menyangkal.

“Habis?” Mylia menjadi hairan. Memang Luqman lebih banyak berusaha untuk berkomunikasi dengannya sepanjang mereka di hotel itu. Kadang-kala Mylia sendiri tak boleh nak mengagak apa sebenarnya yang ada dalam benak Luqman.

“Erm… saya nak cuba sesuatu malam ni. Tapi saya perlukan persetujuan awak.” Kata Luqman beralas. Tak kanlah dia nak cakap dengan terlalu berterus-terang. Mylia pastinya terkejut dan dia sendiri tidak tergamak untuk menyebutnya.

“Awak nak cuba apa?” Mylia masih lagi kabur. ‘Nak buat apa sampai nak kena minta izin aku? Sejak bila dia pandai nak minta-minta izin bagai?’ Ligat otak Mylia berfikir. Sepanjang usia pernikahan mereka Luqman tak pernah minta izin untuk buat apa pun… kecuali pada malam dia membuka tudung Mylia. ‘Huh! Dia nak start malam ni ker?’

Luqman perasan yang Mylia dalam keadaan sedikit kekejangan waktu itu. Dia tahu Mylia dalam keadaan terkejut. Malah dia mungkin masih belum bersedia. Yang sebetulanya Luqman sendiri masih belum bersedia sepenuhnya. Jadi dia perlu mengambil langkah paling perlahan untuk berdepan dengan Mylia tanpa perlu menanggung rasa bersalah yang keterlaluan kepada Aisyah.

“Awak jangan bimbang. Baby steps. Saya just nak cuba. Kalau kita tak cuba, sampai bila-bila pun kita macam ni.” ujar Luqman cuba menenangkan Mylia dan dirinya sendiri.

Mylia masih lagi gugup. Mulutnya terkunci rapat. Hanya jari-jemarinya sahaja seolah-olah sedang mengurut satu sama lain. Matanya masih terpaku ke luar memerhatikan suatu pemandangan gelap dihadapannya. Melihat Mylia yang teramat gelisah waktu itu, Luqman sambung lagi.

“Saya buat semua ni demi anak-anak, demi mak… dan… demi awak. Saya sedar pengorbanan awak besar waktu awak sudi terima cadangan mak dan ibu. Seorang anak dara dipaksa kahwin dengan seorang duda yang 10 tahun beza umur. Saya tahu itu bukan satu keputusan yang mudah. Saya minta maaf jika keluarga saya dah menyusahkan awak.”

Panjang sedikit luahan Luqman Ketika itu. Mungkin kerana dia juga turut menjadi gemuruh setelah melihat respon yang diberikan oleh Mylia. Dia cuba untuk menenangkan hati Mylia dan juga hatinya sendiri.

“Saya juga sedar yang saya telah melakukan satu dosa sebab saya tak jalankan tanggungjawab saya ke atas awak. Sebagai suami, awak ada hak ke atas diri saya. Saya tak mampu berikan awak ketenangan, kebahagiaan dan ketenteraman.”

“Macam mana dengan awak?” Soal Mylia tiba-tiba. “Bolehkah awak bahagia dan tenteram kalau kita… aaa… u know…”

“Seba btu saya cakap saya nak cuba. Saya sendiri pun tak sure. Kalau ikutkan hati memang susah. Tapi awak adalah amanah Allah ke atas saya. Saya perlu fikirkan bab itu juga. Apa saya nak jawab kat sana nanti?” kata Luqman. Suaranya begitu tenang dan perlahan namun cukup jelas. Mylia dapat rasakan kejujuran dalam suara Luqman waktu itu.

“Fake it till you believe it.” Kata Mylia separa berbisik.

“Apa?” Luqman kurang jelas dengan butir bicara Mylia.

“Ah, nothing.” Kepalanya digeleng-gelengkan cepat. Mylia menghela nafas dalam-dalam. “Okay. Saya setuju.” Jawab Mylia memberi jawapan kepada permintaan Luqman tadi. Waktu itu, kereta mereka sudah pun berhenti di petak parkir di hadapan hotel. Luqman mematikan enjin dan keluar daripada kereta perlahan-lahan. Begitu juga Mylia.

Setelah punat di pintu kereta ditekan untuk dikunci, mereka berdua bergerak serentak menghala ke hotel. Masing-masing melangkah begitu perlahan. Masing-masing sedang melayan fikiran masing-masing. Cuba membayangkan dan merencanakan apa yang bakal berlaku seterusnya nanti.

Luqman mencapai tangan Mylia yang sedang terhayun perlahan mengikut rentak langkah kakinya. Walaupun sedikit kaget pada mulanya, tetapi Mylia akur dan membiarkan sahaja. Luqman memasukkan setiap jarinya di celahan jemari Mylia dan menggenggamnya erat. Mereka berpimpinan tangan sehingga masuk ke dalam bilik.

Sebaik sahaja sampai di dalam bilik, Mylia minta dilepaskan seketika untuk dia menyalin pakaian. Mylia sedikit menyesal kerana mereka telah pun menunaikan solat Jamak Taqdim sebelum keluar tadi. Semalam mereka keluar sebelum Maghrib. Akhirnya Mylia rasa terlalu keletihan setelah pulang lewat akibat menonton wayang. Jadi dia sendiri yang mencadangkan agar mereka terlebih dahulu solat sebelum keluar makan.

Di dalam bilik air, Mylia terketar-ketar seluruh badannya. Gerak kerjanya untuk menyalin pakaian menjadi begitu payah. Terkial-kial dia membuka satu butang ke satu butang kemeja yang dipakainya keluar sebentar tadi. Apatah lagi butang dan zip jeansnya. Situasi yang agak kelam-kabut begitu merimaskan Mylia. Sejuk beku kesemua jari-jemari Mylia.

‘Kenapa yang gemuruh teruk sangat ni? Tenang Mylia. Tenang.’ Mylia menenteramkan dirinya sendiri. ‘Tak ada lagi yang mati disebakan malam pertama. Jangan fikir banyak sangat. Bertenang!’ pujuknya sendiri. Selesai memakai pijama tidur yang berupa kemeja T dan seluar panjang, Mylia menguatkan dirinya untuk melangkah keluar daripada bilik air.

Kesemua lampu bilik itu terpadam kecuali sebuah lampu tidur di tepi katil. Mylia mengucap syukur panjang dengan keadaan itu. Dia amat berterima kasih kepada Luqman kerana terlebih dahulu bertindak menutup kesemua lampu bilik. Cahaya yang samar-samar begitu sedikit sebanyak membantu dia untuk lebih bertenang.

Luqman yang sejak dari tadi lagi hanya duduk tersandar di atas sofa yang ada di dalam bilik itu. Jiwanya bergolak dan bercakaran antara rasa bersalahnya pada cinta Aisyah dan rasa tanggungjawab serta dosanya terhadap Mylia.

‘Sayang… maafkan abang…’ Jiwanya merintih sayu. Dia memejamkan matanya rapat-rapat. Air mata yang baru mula bergenang dihalau serta merta. ‘Ini tanggungjawab aku. Ini hak Mylia yang aku wajib lunaskan. Ini Amanah yang aku sendiri bersetuju untuk pikul. Aku tak boleh terus pulaukan Mylia.’ Luqman mengalihkan fokus fikirannya kepada Mylia. Walaupun dia dan Aisyah umpama langit dengan bumi, tapi tidak ada cacat celanya wanita yang bergelar isterinya itu. Dia juga isteri. Dan dia ada hak ke atas Luqman.

Matanya dibuka perlahan sebaik sahaja dia mendengar bunyi pintu bilik air dibuka. Melihat Mylia yang sedang melangkah keluar, dia menarik nafas dalam-dalam. Mylia berjalan perlahan menuju ke almari pakaian. Perlahan-lahan dia menyangkut setiap satu pakaian yang ada ditangannya ke penyangkut baju di dalam almari. Luqman boleh nampak betapa Mylia sedang kegusaran. Jelas tangannya sedang menggigil.

Selesai Mylia menyimpan baju yang disalinnya tadi, Luqman memanggil Mylia untuk duduk bersamanya di sofa. Perlahan-lahan gadis itu datang. Sebaik sahaja Mylia melabuhkan punggungnya di sebelah, Luqman mencapai kedua-dua tangan Mylia. Sejuk beku kedua-dua tangan tersebut. Tanpa berkata apa-apa, dia menggosok-gosok perlahan kedua-duanya agar lebih hangat.

“Awak okay?” soal Luqman tanpa memandang mata Mylia. dalam dan serak suara Luqman waktu itu.

“I guess.” Jawab Mylia pendek. Ada getaran di dalam suaranya juga.

“Don’t worry. Saya janji saya akan go slow. Dan awak boleh tolak pada bila-bila masa sekali pun. Okay?” Mylia hanya mengangguk.

Dengan lafaz bismillah di dalam hati, perlahan-lahan Luqman menarik tangan Mylia agar tubuh mereka makin merapat. Dia mendekatkan dahinya ke dahi Mylia. Mata Mylia dipejam rapat. Dia tidak sanggup memandang dan hanya menurutkan sahaja. Malu, takut, resah segalanya bercampur-baur di dalam diri.

Tangan kanan Luqman perlahan-lahan naik ke atas dan menekap lembut di belakang kepala Mylia. Tiba-tiba bayangan Aisyah datang menerpa ke benaknya sekali lagi. Dia cuba membuang wajah itu jauh-jauh buat seketika. Luqman memejam kuat matanya cuba untuk menghalau seketika bayang wanita kesayangannya itu.

Perlahan-lahan, bibir Luqman dijatuhkan ke atas bibir Mylia. Lembut, perlahan tetapi lama, Mylia hanya kaku di situ tidak tahu apa tidakan yang harus dilakukannya. Kedua-dua tangan Mylia masih lagi digenggam erat oleh sebelah tangan Luqman. Peluh dingin membasahi seluruh tapak tangannya. Daripada satu perasaan takut, datang satu perasaan gementar tetapi tenang. Badannya masih menggigil. Tubuhnya masih diserang peluh dingin. Tapi hatinya rasa tenang, redha dan terbuka.

Selepas seketika, bibir mereka terpisah. Kedua-dua tangan Luqman kini terpaut di leher Mylia. Mukanya tertunduk rapat dan nafasnya begitu laju dan kuat. Mendengar nafas Luqman yang begitu kuat, Mylia membuka matanya dan melihat pada Luqman.

“Awak okay?” soal Mylia. Pada firasatnya, Luqman pasti sedang berlawan dengan dirinya sendiri dan perasaan cintanya pada Aisyah. Mungkin dia sedang dibelenggu rasa bersalah.

Luqman terus bangun dari kerusi tersebut dan menarik Mylia terus ke katil. Dia menolak badan Mylia perlahan hingga gadis itu terduduk di birai katil. Luqman mengangkat wajah Mylia agar mata mereka bertemu dan dia merenung wajah Mylia seketika. Kemudian, terus sahaja dia mencium sekali lagi bibir merah Mylia. Dia menolak Mylia perlahan sehingga terbaring dan merebahkan badannya sendiri rapat di sebelah Mylia. Tangannya kanannya mencari dan mengenggam erat jemari Mylia. Kali ini, ciumannya makin kuat berbanding tadi. Seluruh otot di tubuh Luqman tegang menggambarkan perasannya saat itu.

Saat itu, Mylia sudahpun merelakan setiap perlakuan Luqman ke atas dirinya. Jemari yang digenggam erat itu juga turut menggenggam dan mengalirkan tenaga yang sama. Turun naik dadanya menahan getaran berbeza yang sekarang ini menerpa dan menyelubungi seluruh jiwanya. Dia juga turut sama bergerak mengikut ritma yang dicipta oleh Luqman ke atas jasadnya.

Setelah seketika Luqman terhenti. Dia menjatuhkan mukanya ke sisi kiri bahu Mylia. tiba-tiba ada satu tangisan halus sampai ke telinga Mylia. Mylia yang tadi bergelodak jiwanya terpaksa menarik nafas dalam-dalam untuk kembali bertenang dan kembali semula ke alam nyata.

Jasad tegang Luqman tadi telah kembali lembut. Dalam kegawatan itu, Mylia masih dapat membaca jiwa lelaki itu yang sedang lara. Tangan kiri yang digenggam erat oleh Luqman sejak tadi dibiarkan. Tanpa segan silu, Mylia mengangkat tangan kanannya dan mengusap perlahan tengkuk Luqman. Merasai belaian tangan Mylia, Luqman merebahkan terus badannya rapat. Mukanya masih lagi tersembam di atas tilam bersebelahan telinga Mylia membuatkan tangan kanannya tadi terletak elok melintang badan Mylia.

“Sorry.” Ujar Luqman lemah.

“It’s okay. Kita masih ada banyak masa.” Bisik Mylia.

“Jom kita tidur.” Kata Luqman sambil mengangkat tubuhnya dari Mylia. Mylia hanya mengangguk dan bangun menarik selimut tebal dan menyusup masuk. Luqman berjalan ke sebelah sana katil dan turut sama masuk ke dalam selimut.

Luqman terlentang memandang kipas yang sedang berpusing di siling.

“Saya minta maaf. Saya harap awak boleh bagi saya sedikit masa lagi.” Ujar Luqman perlahan.

Mylia memusingkan badannya mengiring mengadap Luqman.

“Okay.” Itu sahaja yang mampu Mylia balas. Wajah Luqman ditatap penuh perhatian. Selepas malam itu, penerimaan Mylia terhadap suaminya sedikit berubah. Dia rasa lebih akrab dan lebih terbuka pada setiap sentuhan antara mereka.

Luqman berpusing memandang Mylia dan mata mereka bertembung. Mylia cuba menghadiahkan sebuah senyuman manis buat Luqman. Melihat senyuman itu, Luqman menyusupkan tangannya masuk ke bawah kepala Mylia dan menarik tubuh wanita itu rapat kebadannya. Dengan penuh segan-silu, Mylia meletakkan tangannya ke dada Luqman. Dengan pantas, tangan itu ditekup rapat oleh tangan Luqman.

Malam itu, dia hanya mahu tidur dalam posisi sebegitu. Dia menenangkan dirinya kembali dan memejamkan matanya rapat. Melihat Luqman memejamkan mata, Mylia juga turut memejamkan matanya. Entah jam berapa, akhirnya mereka berdua terlena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience