“Encik Mikail…” satu suara lembut menyapa Mikail yang sedang enak menikmati sarapan bersama Taufik dan Dina di café hotel. Mikail mengangkat pandangannya dan melihat ke wajah gerangan empunya suara.
Wanita dihadapanny itu berwajah bulat yang sedikit keanak-anakan dan berkulit putih langsat. Selendang hijau emerald terletak kemas di kepalanya menyerlahkan lagi kecerahan kulit halus mulus wanita itu. Dengan sut pejabat yang dikenakan, amat sesuai dengan bentuk tubuh lansing dan tinggi lampai wanita itu. Andai kata Mikail bangun berdiri, mungkin hampir sama ketinggian mereka. Apatah lagi dengan stiletto hitam setinggi dua inci setengah yang tersarung di kakinya.
“Ya saya.” Jawab Mikail sambil tersenyum. Oleh kerana struktur gigi taringnya yang sedikit timbul, sukar untuk dia sembunyikan kemanisan ekstra setiap kali lelaki itu tersenyum. Sememangnya mampu menggugurkan jantung gadis-gadis yang memandang. Dan wanita yang berdiri di hadapannya saat itu juga tidak terkecuali.
“Assalamualaikum… saya… Rosemira Razak daripada… ermm… KaryaLuna” tergagap-gagap gadis itu. Terpana dengan senyuman maha manis Mikail sebentar tadi. Tanpa sedar, jemarinya bermain-main dengan selendang yang kemas terlilit di wajah. Walaupun tiada sedikit tempang pun selendang itu, tetapi dia seakan-akan sedang membetul-betulkan kedudukannya. Tindakan refleks Rosemira apabila dia mula rasa gugup.
“Oh, ya. Puan Rosemira. Maaf saya tak reply mesej semalam. Masa saya baca tu dah jam 10 lebih. Bimbang ganggu waktu rehat puan.” Jawab Mikail jujur.
“Owh tak apa. Erm… bila ya kita boleh bincang tentang detail program tu?” soal Rosemira kembali. Sebagai wakil daripada Bahagian Penguran Sumber Manusia syarikatnya, dia amat tertarik dengan program yang dibentangkan oleh Mikail petang semalam.
“Erm… waktu mana yang sesuai dengan puan? Saya tak ada masalah. Lunch break tu rasanya terlalu singkat. Kalau puan free, petang ni atau malam ni saya free je.” Ujar Mikail. Pastinya mereka memerlukan banyak masa untuk berbincang secara detail. Pada Mikail, waktu rehat tengahari itu terlalu singkat untuk menyambil.
“Petang pun boleh. Erm… panggil saya Rose saja kay. Segan saya berpuan-puan.” Kata Rosemira sambil tertawa kecil.
“Okay. Kalau macam tu, habis slot petang nanti saya tunggu Rose di sini. Sambil bincang-bincang, boleh kita minum-minum jugak.” Cadang Mikail.
“Perfect. Kita jumpa petang nanti ya. Saya minta diri.” Kata Rosemira sebelum berlalu pergi.
“Oooo… perfect!!!” komen Dina sebaik sahaja gadis itu berlalu jauh.
“Apa yang perfectnya?” soal Taufik kepada Dina. Tiba-tiba saja ‘perfect’.
“Boss dengan Cik Rose tu lah.” Usik Dina sambil tertawa kecil.
“Memandai je dia ni lah. Orang datang nak deal business, dia sibuk nak jadi match maker.” Mikail membantah anak buahnya sambil bibirnya mengulum senyum.
“Sekali harung la boss… aduhai… padanlah single mingle pringle… tak reti nak flirt langsung. Ini peluang keemas an, boss. Cantiknyaaa Cik Rose tu. Kalau boss kahwin dengan dia, mesti comel anak-anak boss nanti.” Kata Dina sambil berangan sekejap. Dipandang di siling tanpa berkelip.
“Hoi!” Taufik menyergah.
“Hoi! Ish kau ni Pik! Potong laaa…” bentak Dina.
“Yang kau plak berangan lebih dah kenapa. Tuan badan tak cakap apa pun lagi.” Taufik menggeleng-gelengkan kepalanya. “Tapi betul boss. Lawa sungguh. Kalau boss tak nak, saya nak try.” Seloroh Taufik.
“Engkau tu katik. Tak yah berangan.” Giliran Dina memulangkan paku buah keras.
“Amboi mulut! Aku cilikan karang baru tau!” kata Taufik mengangkat sebatang cili padi yang ada di dalam nasi gorengnya ke mulut Dina.
“Alaaa… ini ulam aku je ni…” Kata Dina sambil merampas cili tadi daripada Taufik. Terus saja Dina memasukkan cili tersebut ke dalam mulut dan mengunyahnya.
“Pergh! Hebat kau Dina. Patut mulut kau tak der insurans. Diorang takut nak cover. Hahahaha…” usikan Taufik masih berterusan. Pecah tawa mereka bertiga menggamatkan suasana di dalam café saat itu.
“Dah… dah… jom masuk dewan. Lagi lama saya layan perangai korang ni, makin berkedut muka saya. Nanti orang ingat saya bujang lapok dah.” Kata Mikail kepada mereka berdua. Dia terlebih dahulu bangun dari meja dan terus melangkah.
Sebaik sahaja mereka berjalan menghampiri pintu utama café, Mylia dan Luqman pula sedang berjalan di arah bertentangan. Walaupun rawan masih berbuku di hati Luqman, dia tetap melontarkan senyuman paling manis kepada mereka berdua.
“Assalamualaikum… baru nak sarapan ker?” soal Mikail terlebih dahulu menegur.
“Waalaikummussalam.” Jawab Luqman sambil menghulurkan salam. “Ya, baru nak sarapan. Dah siap makan ker? Cepatnya.” Balas Luqman. Mylia disebelahnya hanya tersenyum.
“Iya. Turun awal sikit hari ni. Makan dengan budak-budak office ni. Ni Dina, yang ni Taufik.” Mikail memperkenalkan anak-anak buahnya kepada Luqman dan Mylia.
“Owh, satu office? Ramai yer yang join. Ingatkan satu company seorang je wakil.” Luqman sekadar berbasa-basi.
“Dah saya kena present, tu yang bawa assistants ramai sikit tu. Eh, abang sila makan dulu. Nanti habis pula makanannya.” Kata Mikail sambil mengangkat tangan mengarahkan mereka masuk.
“Okay… okay… jumpa lagi.” Jawab Luqman. Terasa sedikit janggal di dalam hati Luqman. Sebelum ini dia langsung tidak ada apa-apa isu dengan jirannya itu. Tetapi sejak nama itu disebut-sebut oleh mentuanya tempoh hari, timbul satu persepsi baru terhadap lelaki itu. Seperti ada satu ancaman setiap kali mereka bertembung.
Mikail, Dina dan Taufik terus saja berlalu menuju ke dewan seminar.
“Siapa tu boss?” soal Dina sibuk.
“Jiran saya.” Jawapan di mulut Mikail. ‘Dengan bekas buah hati, pengarang jantung, cinta hati saya…’ jawapan yang bergema di dalam hatinya. Mikail menggeleng-geleng kecil. ‘Shake it off!’ dia memberi amaran kepada diri sendiri.
Sebaik selesai sarapan, Mylia terus melangkah masuk ke dewan seminar manakala Luqman pula terus sahaja naik ke bilik mereka seperti biasa. Dari kejauhan dia nampak Mikail sedang menggamit ke arahnya. Dia terus berjalan menuju kepada Mikail. Beberapa langkah sebelum dia sampai, seorang gadis manis tinggi lampai terlebih dahulu melabuhkan punggungnya di sebelah Mikail.
“Terima kasih, Encik Mikail ajak saya duduk sekali. Boleh kita bincang sikit-sikit pasal program tu.” Ujar Rosemira sambil tersenyum manis.
Tercengang sekejap Mylia. Mukanya sudah bertukar kemerahan. Dia menyangka yang Mikail memanggilnya sebentar tadi. Terus sahaja Mylia berpatah balik menuju ke belakang dan mencari kerusi yang kosong.
“Mylia!” Mikail memanggil dengan sedikit kuat. Mikail telah pun bangun berdiri. Melihat Mikail seperti ingin keluar dari lorong tempat duduk mereka, Rosemira juga turut sama bangun memberi laluan. “Sorry…” kata Mikail perlahan kepada Rosemira.
“Hey Mylia nak pergi mana?” soal Mikail sebaik saja dia merapati gadis itu.
“Aaa… tak ada kerusi kosong dah kat situ.” Kata Mylia hairan.
“Nonsense! You’ll sit next to me. Nanti tak ada orang nak share Cadbury ni dengan aku. Jom.” Kata Mikail sambil mendorong Mylia berjalan ke arah barisan kerusi tempat Rosemira sedang berdiri. “Mylia, kenalkan. Ini Rosemira. Puan dari syarikat mana lagi sekali?” tanya Mikail.
“KaryaLuna. Hai, panggil Rose saja.” Kata Rosemira sambil menghulurkan salam.
“Mylia dari AmanPuri HQ.” Balas Mylia sambil menyambut huluran salam gadis itu.
“Owh, korang dari satu syarikat?” soal Rosemira.
“Ya, tapi sekarang dia dah naik pangkat dan pindah ke Melaka.” Balas Mylia lagi sambil memandang kepada Mikail.
“Ooo… begitu…” respon Rosemira mesra. “Oooo… Encik Mikail bukan panggil saya tadi?” kata Rosemira sebaik sahaja teringat sesuatu. Waktu itu malunya bukan kepalang. Mati-mati dia ingat Mikail memanggilnya tadi.
Mendengar soalan itu yang terpacul dari mulut Rosemira, Mylia memandang Mikail. Hanya dia sahaja yang ada jawapan sebenar.
“Yaaa… sorry for the understanding. Kebetulan dia berdiri betul-betul belakang Puan Rose. Jadi salah faham pula. Sorry yer puan.” Kata Mikail satu persatu. Risau pulau Rosemira terasa hati dengan kejadian tersebut. Nanti terbatal pula urusan mereka. Mylia hanya berdiri tersipu di situ.
“Eh, no! No! Don’t be sorry. It’s an honest mistake. Saya akan balik ke kerusi saya tadi. Sorry. Saya minta diri dulu ya.” Kata Rosemira sambil mencapai beg tangan dan fail-fail lain di atas kerusi yang didudukinya sebentar tadi. Merah juga pipinya dek menahan malu. Tapi dia faham, semua itu berlaku hanyalah disebabkan salah faham.
Mikail dan Mylia sama-sama menghantar Rosemira dengan pandangan yang serba-salah.
“Kesian kat dia.” Kata Mylia. Mikail juga turut menghembuskan nafas kekesalan.
“Itu lah. Tapi, nak buat macam mana lagi kan? Kerusi pun dah tak ada yang kosong. Lady’s first.” Mikail menghulurkan tangan menunjukkan laluan kepada Mylia untuk segera mengambil tempat.
“So, mana Cadbury aku?” soal Mylia sedikit teruja setelah mereka berdua mengambil tempat dengan selesa.
“Kongsi yer. Kau jangan makan seorang.” Mikail segera mengeluarkan coklat yang sangat diminati Mylia dari poket blazer. Belum pun sempat Mikail menghulurkan coklat itu, Mylia pantas merampas tanpa segan silu. “Lahapnya! Kau kempunan ke apa? Ke mengidam?” Soal Mikail. Walaupun soalan itu bagaikan mengusik, tetapi dia benar-benar ingin tahu.
“Aah… mengidam sangat Cadbury free dari kawan aku yang handsome giler ni.” jawab Mylia berseloroh.
“Serious? Tahniah! Tahniah! Alhamdulillah rezeki kau kan.” Kata Mikail dengan bersungguh-sungguh. Walaupun hatinya sedikit sayu tapi dia ikhlas gembira demi Mylia.
“Iyer. Rezeki aku yang satu ni sejak dari aku berkenalan dengan kau lah kan. Selalu sangat dapat makan coklat free.” Mylia masih lagi bersahaja sambil tangannya ligat membuka pembalut bungkusan berwarna ungu diraja itu. Mikail sudah pun keliru.
“Ish, kau ni betul-betul lah. Jangan main-main.” Marah Mikail. Mylia mengangkat pandangan dan merenung Mikail. Lama. Akhirnya dia tertawa melihat wajah lelaki itu yang begitu serious.
“Mana ada! Kau ni fikir banyak sangat lah.” Masih berbaki ketawa Mylia. Mikail menggeleng-gelengkan kepala.
“Macam-macam lah perempuan ni. Cepatlah, aku nak jugak.” Bentak Mikail kononnya marah. “Dah la semalam pergi dating sampai tak nampak aku. Penat aku lambai-lambai kat kau. Sikit pun kau tak hairan. Mentang-mentang encik suami ada depan mata. Terus lupa kawan.”
“Kau lambai-lambai? Masa bila? Aku tak perasan pun.” Kata Mylia meyakinkan. Dia memang langsung tak sedar apa-apa.
“Memanglah tak perasan. Orang tengah asyik bercinta. Siap boleh gilir-gilir cakap kat telefon.” Mikail cuba menyelit klu. Berkerut-kerut dahi Mylia berfikir.
“Owh! Kat kedai makan tu ker? Kami tengah bercakap dengan Jasmin. Yang kecik tu memang manja mengalahkan apa lagi.” Cerita Mylia kepada Mikail. “Eh, tapi kau kat mana? Macam mana aku boleh tak perasan pun kau lambai-lambai? Kau ni bukannya kecik. Susah lah orang nak terlepas pandang kau.” Rasa bersalah pula jika betul dia terlalu asyik berbual hingga tak perasankan Mikail.
“Aku kat dalam restoran bertentang dengan kau. Aku lambai-lambai dua tangan lagi. Dah kau tak nampak, aku siap berdiri sambil lambai-lambai. Kau tak nampak juga, aku keluar pergi kat tingkap cermin tepi meja kau tu lambai-lambai kat situ pula. Kau tak nampak jugak, aku ketuk-ketuk cermin tingkap tepi kau tu… kau tak nampak jugak…” panjang berjela cerita yang ditokok-tambah oleh Mikail.
“Oi! Tipu sangat lah tu. Kalau dah sampai macam tu sekali tak kan aku tak nampak.” Bentak Mylia.
“Dah orang tengah mabuk asmara… mana nak nampak orang keliling dah.” Kali ini, Mikail memang berniat mengusik.
“Aah… mabuk sangat.” Mylia mencebikkan mukanya.
“Then… tak ker?” Mikail cuba mencungkil rahsia.
“Kepoh lah kau ni! Sibuk rumahtangga orang kan.” Mylia tertawa kecil diikuti Mikail.
“Tanya jer.” Mikail membela diri. Perasaan Mikail bagaikan dipersimpangan waktu itu. Antara sedih dan gembira. Sedih jika benar Mylia masih tidak bahagia dengan perkahwinannya. Gembira kerana dia mungkin masih mempunyai peluang untuk mendapatkan wanita itu kembali.
‘Ya Allah… Ya Rabbi... Kau bimbinglah kami ke arah jalan yang engkau redhai. Kau aturkanlah hidup kami sebaik-baiknya. Jika dia baik untukku, Kau permudahkanlah. Jika dia baik untuk Luqman, Kau permudahkanlah. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik perancang. Aminnn.’ Mikail berdoa sendirian.
Seperti yang dijanjikan, selesai slot petang itu, Mikail keluar mencari Rosemira di dalam café. Rosemira sudahpun bersedia dengan sedikit kuih-muih dan minuman yang diambil dari meja buffet sebentar tadi. Tak sabar dia ingin berbual dengan lelaki yang sangat berkarisma.
Sengaja dia memilih untuk duduk mengadap pintu masuk. Senang untuk dia merenung lelaki itu dari jauh. ‘Handsome sungguh mamat ni. Mujur dah berpunya. Kalau tak, teringin jugak aku nak masuk line.’ Senyuman nipis di bibirnya tak mampu dihalang semasa dia berfikir tentang Mikail.
Dari pagi tadi dia memerhati aksi Mikail dan Mylia yang boleh tahan rapat dan mesra. Ada sahaja yang mereka berdua bualkan. Langsung tak nampak canggung. Cemburu juga hatinya melihat kemesraan mereka. Rosemira baru saja putus hubungan dengan kekasihnya Ja’far. Ja’far terlalu mengongkong. Dia letih memikirkan dan menurutkan setiap kehendak Ja’far. Makan pakainya sendiri pun mahu diatur. Dia rimas.
Tidak berapa lama, Mikail pun muncul dari pintu masuk café. Rosemira mengambil peluang untuk mengamati lelaki itu dari jauh. Air muka Mikail begitu lembut. Tenang rasa hati setiap kali menatap wajah lelaki itu. Teringat Rosemira saat Mikail membentangkan programnya. Wajahnya tak lekang-lekang dengan senyuman. Tubuh badan Mikail yang tinggi lampai juga mampu menandingi ketinggian Rosemira. Seorang wanita dengan ketinggian 180 cm sepertinya, susah sungguh untuk dia mencari lelaki yang lebih tinggi.
“Assalamualaikum… sorry I lambat. Dah lama ker tunggu?” soal Mikail sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di hadapan Rosemira.
“Waalaikummussalam. Tak lama pun. Tak sempat makan pun lagi. Encik Mikail tak nak ambil makanan dulu? Atau nak saya ambilkan.” Soal Rosemira yang sudah mahu bangun dari kerusi.
“Eh no! Tak per. Saya ambik sendiri. Sementara tu, puan boleh tengok-tengok dulu brochure ni,” Kata Mikail sambil menghulurkan satu lembaran keras yang indah tercetak. Dia terus berlalu untuk mengambil makanannya. Teh O panas beserta tiga biji kuih sudah memadai.
Rosemira membelek-belek dengan teliti setiap helaian pada naskah yang diberikan. Waktu itu, dia perlu bertindak professional. Itu adalah tanggungjawab yang diberikan oleh syarikat kepadanya. Sebaik sahaja Mikail kembali ke meja, Rosemira sudah habis menelaah sepenuhnya.
“Ada soalan so far?” soal Mikail.
“A few. Lokasi program ni fix atau flexi? Kalau pihak kita nak minta team Encik Mikail datang ke tempat kita, boleh?” soal Rosemira dengan penuh tumpuan.
“Boleh tapi mesti at least three months notice. Senang untuk pihak kami uruskan transport dan sebagainya.” Balas Mikail sambil menghirup teh di tangan.
“Okay, good to know. Ada capacity limit tak untuk setiap sesi?” Rosemira menyoal lagi.
“Ya. Kita hanya ambil maximum 25 orang peserta. Lagi kurang lagi bagus. Kalau kumpulan terlalu besar, takut impaknya kurang. Rugilah kalau program tak berkesan.” Terang Mikail.
“Setuju. Macam mana dengan jenis facility? Memang program ni fix di hotel-hotel sahaja ke?” Rosemira terus bertanya.
“Kita tak fix benda tu. Tapi saya prefer begitu. Target audience kita adults. Kalau kita sediakan ruang yang kurang selesa, akan ada force of rebel kat situ. Kalau fikiran peserta asyik fikir tentang ketidakselesaan, macam mana diorang nak fokus pada program. Tapi saya masih lagi open dengan kehendak client.” Jawab Mikail lebih panjang kali ini.
“Ooo… maksudnya lokasi tu pihak kita yang pilih atau pihak Encik Mikail?”
“Kita akan pilih berdasarkan kehendak client. Contohnya kalau puan request hotel…”
“Cik… panggil saya Cik Rose. Rose saja pun okay.” Cepat-cepat Rosemira memintas. Sejak pagi tadi dia ingin betulkan tetapi masa yang kurang bersesuaian.
“Oh, sorry Cik Rose.” Mikail tersengeh dan terus kepada tajuk perbualan mereka sebentar tadi. “Contoh kalau cik request hotel, kita yang akan cari hotel tu. Kalau cik request campsite, kita yang akan cari campsite tu. Kami tak nak ada review yang tak elok tentang any part of the program at all.”
“Understood. Sorry lah tau, banyak tanya plak I.” kata Rosemira sambil tersipu-sipu.
“No worries. Saya suka orang yang detail. Senang kerja saya nanti.” Balas Mikail mesra. Mikail boleh bayang kalau Syarikat KaryaLuna bersetuju untuk bekerjasama dengan AmanPuri, kerjanya akan menjadi lebih ringan kerana ternyata Rosemira sangat teliti orangnya. Jadi, dia sendiri akan sama-sama memantau perjalanan program supaya tiada sebarang masalah yang akan timbul.
Lama juga mereka berbincang di situ. Sedar-sedar, jam sudah menghampiri 7 malam. Itu pun mereka hanya tersedar apabila Dina dan Taufik datang menyapa.
“Boss… tak nak stop untuk dinner dulu ke boss?” soal Dina.
“Ya Allah. Dah nak pukul 7. Tak sedar langsung.” Balas Mikail.
“Janganlah kerja terus sangat boss. Kita kat luar office ni, tak ada OT sekarang boss.” Seloroh Taufik pula.
“Rancak sangat boraknya. Sampai tak sedar langsung.” Jawab Mikail.
“Asyik sangat tu, meeting ke… dating?” usik Dina.
“Ish, dia ni! Client ni. hormat sikit.” Bantah Mikail dengan sedikit tegas.
“Eh… jangan cakap macam tu, dengar kat mem nanti, jenuh saya nak menjawab.” Kata Rosemira sambil cuba meredakan suasana.
“Mem? Siapa mem?” soal Dina hairan. ‘Sejak bila boss ada mem? Macam mana orang luar boleh tau sebelum aku ni?’ hairan Dina.
Rosemira lebih kehairanan apabila semua mata memandang tepat kepadanya.
“Alamak. Saya salah cakap ker? Yang perempuan pagi tadi tu bukan wife Encik Mikail ker?” soal Rosemira kepada Mikail.
“Mylia? Bukan… dia tu bekas rakan sekerja saya saja.” Jawab Mikail pantas.
“Encik Mikail ni single and available. Dia kata orang tak suka kat dia sebab handsome sangat.” Tambah Dina tanpa dipinta.
“Astaghfirullah, Dina. Apa cakap macam tu?” marah Mikail.
“Promote Dina! Promote kaw-kaw punya!” bisik Taufik walaupun semua yang ada kat situ boleh dengar bait patah bicaranya.
“Ish… dah mengarut sangat budak-budak ni. Korang berdua pergi ambil makanan tu cepat. Aku lesing jugak dua-dua orang.” Mikail segera menghalau dua pekerjanya yang takt ahu malu itu. “Maaf Cik Rose. Maafkan perangai tak senonoh staff saya dua orang tu. Kena rasuk apa tah maghrib-maghrib ni.” Mikail memohon maaf bagi pihak Dina dan Taufik. Malu sungguh dia diperlakukan begitu di hadapan pelanggannya.
“No worries.” Jawab Rosemira sambil tersenyum manis. Sedikit berbunga-bunga hatinya apabila dia tahu yang jejaka kacak dihadapannya itu masih belum berpunya.
“Jom dinner sekali.” Pelawa Mikail.
“Sure. My pleasure indeed.” Rosemira tersenyum manis.
Share this novel