~ 42 ~

Romance Completed 13901

~ 42 ~
Seperti biasa, Luqman pulang jam 1.30 tengahari bersama anak-anaknya. Selesai makan, mereka semua beransur ke bilik masing-masing termasuk Julia dan Jasmin.

“Mandi dan solat ye…” pesan Mylia sebaik sahaja tiba di bilik anak-anaknya. Luqman yang berada dibelakangnya turut memanjat tangga sehingga ke tingkat paling atas.

“Abang cakap abang nak bagi ruang kat saya?” ujar Mylia sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bilik. Dia cuba protes kehadiran Luqman di situ secara serentak.

“Obvious sangat nanti pada anak-anak kalau abang mandi dan solat kat bawah. Kalau anak-anak tahu, pasti mak pun akan tahu.” Ujar Luqman menjelaskan keadaan. Mylia tidak mampu melawan.

“Tapi…” kata-kata Luqman masih berbisa. “Malam nanti Latiff balik. Abang terpaksa tidur di sini jugak.” Sambung Luqman. Dia memandang Mylia menunggu respon. Tetapi isterinya hanya mengangguk kecil dan berlalu pergi.

‘Sabar, Man. One step at a time.’ Pujuk Luqman sendirian.

“Tunggu abang ya? Kita berjemaah.” Mohon Luqman sebaik sahaja Mylia melangkah keluar dari bilik air. Tanpa jawapan, Mylia hanya berlalu melintasi Luqman. Luqman berserah. Andai ada Mylia di atas sejadah menanti sekejap lagi, adalah rezekinya untuk solat berjemaah.

Tersenyum manis bibir Luqman apabila melihat Mylia sedang duduk bertafakur di atas sejadah yang sudah pun disusun untuk berjemaah. Cepat-cepat dia mengambil tempat dan memulakan solat. Bahagian paling Luqman suka setiap kali mereka berjemaah ialah di saat Mylia akan tunduk mencium tangannya. Dan dia akan membalas dengan sebuah ciuman di kepala Mylia.

Sebuah senyuman paling manis dilemparkan buat Mylia untuk memancing senyumannya kembali tetapi gagal. Luqman menghela nafas perlahan.

“Dah dapat lokasi kedai?” soal Luqman.

“Saya pergi sendiri sajalah ya? Awak kan nak ke kedai?” minta Mylia cuba mengelak.

“Saya dah bagitau staff saya tak masuk petang.” Balas Luqman.

“Tapi nanti awak mesti cepat boring. Lama tu proses nak fitting baju semua. Ada 3 pasang baju Risya.” Helah Mylia lagi. Sebetulnya dia tidak mahu Luqman ikut kerana nanti dia akan sedikit terkawal perwatakkannya jika Luqman ada bersama.

“Tak apa. Saya boleh tunggu.” Jawab Luqman lagi dengan selamba.

“Tapi…” Mylia masih cuba untuk mencari helah.

“Sayang… kita pergi sama-sama, okay. Abang temankan.” Pantas Luqman memotong. Beza sungguh Luqman sekarang dengan Luqman sebelum ini. Penyabar sungguh yang satu ini. Mylia hanya memandang Luqman bangun berlalu keluar dari bilik mereka.

Sepanjang perjalanan, beberapa kali Luqman cuba untuk berbual-bual dengan Mylia tetapi semua gagal. Mylia sama ada hanya mengangguk ataupun menggeleng. Ada masa, dia terus diam seribu bahasa. Setengah jam perjalanan yang sungguh panjang.

Tak susah mencari kedai yang gah dan mewah pilihan Risya itu. Premis kedai mewah berupa bungalow 2 tingkat yang terletak betul-betul di tengah bandar dilengkapi dengan ruang parkir yang begitu selesa. Jika dilihatkan pada pilihan butik ini, pastinya mewah sakan majlis Risya itu nanti.

Semasa Luqman dan Mylia berjalan beriringan, sengaja Luqman memegang tangan Mylia, makin dia meronta dilepaskan, makin kemas genggaman tangan Luqman. Akhirnya Mylia mengalah.

“Wei!!!!” ketibaan mereka disambut ‘meriah’ oleh Risya. “Lamanya tak jumpa kau. Rindu nya wei….” Kata Risya tanpa menoleh kiri dan kanan. Dia sedikit pun tak kisah dengan orang yang saling berpandangan ke arah mereka. “Hai, abang Luqman. Tengok dalam gambar, helok sangat. Tengok depan-depan macam ni, lagi helok! Patut Mylia melting on the first sight.”

“Ish, kau ni.” Merah terus muka Mylia dek ucapan Risya yang langsung tak ada tapisan. Segera dia meletakkan satu jari telunjuk di bibir meminta gadis itu diam.

“Eh, betul lah aku cakap. Kalau kau tak melting, tak kan kau sanggup kahwin dengan dia dan tinggalkan Mika camtu jer.” Bisik Risya kepada Mylia tetapi tidak cukup perlahan. Sampai juga ke telinga Luqman. Dia cukup sensitif dengan nama Mikail.

‘Maksudnya apa? Diorang memang ada hubungan ke sebelum ni?’

Oleh kerana tangan kanan Mylia masih dalam genggaman Luqman, Risya merangkul lengan kiri Mylia. Dia terlupa sungguh tentang kecederaan Mylia di situ.

“Argh…” terkeluar juga satu jeritan walaupun tidaklah kuat mana.

“Sorry!!! Aku lupa… tengok tangan kau.” Pinta Risya sambil memegang lengan Mylia dengan lebih lembut dan berhati-hati. “Teruk jugak parut tangan kau ni kan? Ada sapu apa-apa krim tak untuk hilangkan parut?” tanya Risya sambil membelek-belek tangan sahabatnya.

“Belum lagi.” Jawab Mylia. Matanya memerhati tajam jemari Risya yang sedang menyentuh di sekitar parutnya. Dia masih lagi terasa ngilu. Bimbang sungguh seandainya Risya tersalah sentuh nanti.

“Hello, everybody.” Tiba-tiba mereka disapa oleh seorang gadis berbangsa Cina. Tag namanya jelas memaparkan ‘Vivien’. “Owh, what happened here?” tegur Vivien setelah terpandang parut di lengan Mylia.

“Hi, Viv. Dia injured sikit kat rumah. U ada tau apa-apa krim untuk hilangkan parut?” terus sahaja Risya bertanya kepada Vivien. Mereka adalah pekerja kecantikan, pastinya mereka sangat arif hal-hal kecantikan.

“Ada… sekejap I ambik tunjuk you. I tak ingat nama dia. Eh, duduk sini dulu.” Pelawa Vivien kepada semua tetamunya. Kemudian, terus sahaja dia berlalu pergi entah ke mana. Terdapat sebuah sofa double dan sepasang armchair. Luqman yang masih lagi enggan melepaskan Mylia segera menarik tangannya untuk duduk di sofa double.

Dengan tidak semena-mena, Risya juga ingin menghimpit di sofa yang sama membuatkan Mylia terpaksa merapatkan badannya kepada Luqman. Mylia menjegilkan matanya kepada Risya minta dia beralih tempat tetapi Risya berpura-pura tidak faham.

“Kau tengok baju tu, Mylia. Cantiknya…” Risya mengalihkan pandangan mereka ke sebuah mannequin yang dipakaikan sehelai busana mewah berwarna off-white. Sehelai dress labuh berlengan panjang. Potongan princess tetapi tidaklah begitu kembang. Bahagian dada dan belakangnya adalah lace tanpa alas. Jika muslimah yang ingin memakainya, bahagian itu sangat mudah untuk ditutup.

Lace dibahagian paling luar memaparkan corak sulaman floral abstract ditaburi dengan manik-manik halus secara berselerak tetapi kemas. Kualiti manik itu juga membuatkan busana itu sentiasa berkilauan dek sinaran lampu-lampu yang ada di seluruh ruang pameran. Sehelai veil labuh berwarna senada turut dikenakan bersama busana tersebut.

Mylia dan Risya saling bergilir menyatakan pemerhatian mereka terhadap busana tersebut. Luqman yang menjadi pemerhati sedari tadi menjadi asyik mendengar setiap butir bicara Mylia tentang baju berkenaan. Begitu teliti sekali pemerhatian Mylia.

Entah kenapa tiba-tiba timbul rasa sedih di hati Luqman. Dia tiba-tiba sedar yang Mylia tidak memiliki peluang untuk benar-benar menikmati hari perkahwinannya. Majlis yang dibuat secara mengejut dengan pasangan yang langsung tiada hati untuk berkahwin.

‘How I wish everything would be different…’ terlintas ayat itu dibenak Luqman. Dia menggosok perlahan bahu Mylia.

“Ya?” Mylia menoleh ke wajah Luqman kerana menyangka lelaki itu memanggilnya. Terpancar sepasang mata yang begitu bersinar-sinar. Mungkin kerana dia begitu teruja dengan keindahan busana tadi atau mungkin juga dek kerana sinaran lampu ruang pameran itu yang begitu terang benderang. Luqman hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

“Ini ubat yang I selalu guna. You can take a picture and try to find it in the clinic. I’m not sure if it can be found in the pharmacy but you can try.” Terang Vivien sambil menunjukkan satu tiub kecil berwarna putih. Luqman yang terlebih dahulu mengambil gambar krim tersebut menggunakan telefon.

“Okay. Let’s go for fitting. Follow me this way.” Ujar Vivien sambil menunjukkan arah. “Sir, you can come too.” Kata Vivien mempelawa Luqman sekali.

“Is this your boyfriend? I thought the first man is your boyfriend. But this one is better.” Komen Vivien tersangatlah mengusik perasaan Luqman.

‘Tak habis-habis nak bandingkan aku dengan budak Mikail tu ye?’ Luqman hanya mengabaikan komen Vivien sebentar tadi.

“Itu husband dia lah, Viv!” Risya membetulkan pernyataan Vivien.

“Ooo… even better!” ujar Vivien menyambung sambil tertawa kecil.

Mereka berjalan menuju ke pintu lif. Setelah pintu terbuka, Vivien memberi laluan kepada mereka semua masuk terlebih dahulu dan dia yang terakhir masuk. Kemudian, Vivien menekan angka 2. Lif bergerak ke tingkat atas. Apabila pintu lif terbuka, terpampang ratusan busana perkahwinan serba indah di hadapan mereka.

“Cantiknya semua ni, Viv!” tegur Risya.

“Ini semua orang punya tau. Hehehe… Your dress I dah letak dalam bilik 3. Jom. This way.” Ujar Vivien lagi. Sambil mereka berjalan, kepala Mylia dan Risya asyik terteleng-teleng melihat baju yang cantik-cantik itu.

“Baju bridesmaid di bilik 4 yer. Encik husband boleh masuk sekali dengan bridesmaid.” Ucapan Vivien mengundang resah di hati Mylia.

Sebaik sahaja mereka melangkah masuk, bilik persalinan itu cukup besar untuk meletakkan sebuah katil bersaiz queen. Di hujung bilik tersebut terdapat sebuah pentas bulat dan di sekelilingnya dipasang cermin sepenuh dinding. Sehelai dress berwarna Tiffany tergantung kemas di dinding.

“Ini baju you. Encik husband boleh tolong pakaikan dulu. Nanti dah selesai change, you knock on this door, we will open from the other side.” Ucap Vivien sebelum berlalu pergi. Mylia sudah mula panik. Dia tidak pernah lagi menyalin pakaian di hadapan Luqman. Apatah lagi dalam keadaan lampu yang terang benderang dan cermin di segenap ruang. Malunya bukan kepalang.

“Mylia nak abang tunggu di luar?” Mylia berfikir sejenak. Macam mana kalau tiba-tiba baju itu tersangkut atau dia tak sampai nak zip? Pasti susah dia nak panggil orang lain datang menolong. Mylia menjengah ke luar mencari tempat yang sesuai untuk Luqman malangnya ia terlalu jauh dari biliknya. Sudahnya, dia hanya menggeleng.

“Tapi, abang pusing belakang ya?” mohon Mylia.

“Okay.” Jawab Luqman ringkas. “Bukannya abang tak pernah tengok.” Sengaja Luqman mengusik Mylia. Dan akhirnya, merah padam muka Mylia menahan malu itulah pemandangan paling indah yang Luqman nanti-nantikan.

Mylia mula membelek-belek baju yang tergantung di dinding. Dia cuba merencana cara paling sopan untuk dia menyalin pakaian. Geram pula hati Mylia kerana terperangkap dalam keadaan seperti itu.

Tok! Tok! Tok! Satu ketukan di pintu penghubung.

“Miss Mylia, are you okay?” soalan daripada Vivien bergema. Cepat-cepat Mylia datang membuka pintu.

“Viv, can you help me change?” ujar Mylia sambil memegang tangan Vivien. Dia sangat-sangat berharap Vivien akan bersetuju. Bolehlah dia pinta Luqman untuk menunggu di luar.

“Sure, no problem.” Jawab Vivien sambil melangkah masuk.

“Abang tunggu kat luar, boleh?” pohon Mylia dengan begitu mengharap.

“Pengantin baru ke ni? Masih malu-malu. You both are so cute!” komen Vivien sambil tertawa kecil. Luqman dan Mylia hanya mendiamkan diri tidak menjawab. Tak ada yang perlu diceritakan.

‘Nikahnya dah lama, kahwin je baru semalam.’ Bisik hati Luqman. Tersenyum sendirian Luqman apabila imej mereka semalam bermain-main di fikirannya. Luqman berjalan di persekitaran ruang legar yang luas itu. Tiba-tiba satu suara datang menyapa.

“Are you a model here? Can you help us for fitting?” Seorang wanita berbangsa Cina berbadan agak berisi tetapi berpakaian mewah datang menegur. Dengan sebuah beg tangan besar berjenama YSL kemas terselit di sikunya. Sepasang kaca mata hitam berjenama Channel dengan saiz ekstra besar terselit kemas di atas rambutnya.

“I’m sorry, but I’m not a model.” Jawab Luqman dengan baik.

“Sorry, sir… sorry…” seorang lagi lelaki yang agak lembut datang kepada mereka. Jelas tag nama yang tersemat di dada bernama Kevin. “Puan Sri, he is our customer.” Kata Kevin. “I’m sorry, sir.” Ucap Kevin lagi.

“It’s okay.” Jawab Luqman dan ingin melangkah pergi.

“But he could be! He is just about my son’s size. What looks good on him must looks good on my Darien.” Kata wanita dengan pangkat Puan Sri itu lagi.

“Puan Sri, we don’t want to disturb other customers, do we now?” kata Kevin lagi sambil cuba memaut tangan wanita itu untuk berlalu pergi.

“But I think he won’t mind…” Puan Sri itu ternyata tidak mahu mengalah. “Would you?” dia terus bertanya kepada Luqman.

“Puan Sri…” tiba-tiba suara Kevin menjadi terlebih teruja. “Look here. Our model is here. Sam, come here.” Kevin mengarahkan pandangan mereka kepada seorang lelaki muda yang sememangnya ada gaya seorang model. Luqman rasakan selesailah urusan dia di situ. Dia terus sahaja mula ingin beredar.

“But Sam here is not my son’s size. He will not project exactly how my son would look like.” Susah juga untuk memuaskan hati pelanggan yang seorang ini. “But this gentleman is surely would.” Katanya sambil memandang Luqman. Luqman fikir dia mungkin boleh buat sesuatu untuk memudahkan kerja Kevin.

“I’m sorry, Puan Sri. But I need to be with my bride.” Jawabnya sambil berlalu pergi. Dia perlu kembali ke bilik persalinan Mylia. Selagi dia berada di situ, selagi itulah Puan Sri itu akan menyusahkan Kevin dengan meminta yang bukan-bukan.

Setelah pintu bilik 04 diketuk dan Luqman mengesahkan dirinya, Vivien membuka pintu untuknya melangkah masuk. Pandangan Luqman terpaku pada Mylia yang sedang berdiri di atas pentas mini di hadapannya waktu itu.

Mylia sudah siap berpakaian tetapi belum bertudung. Warna Tiffany yang dikenakan menaikkan lagi seri wajah Mylia. Sangat-sangat mencerminkan tingkah laku lemah-lembut Mylia. Warna itu membuatkan Mylia kelihatan bertambah manis.

Kurung mini daripada material French Lace yang ringan tetapi mewah dengan kain potongan peplum di bahagian lutut daripada material organza berwarna senada sangat-sangat sesuai dengan bentuk badan kurus tinggi Mylia. Di bahagian hadapan baju ditaburi mutiara putih membuatkan ia nampak begitu mewah. Pastinya kilauan tidaklah begitu bergemerlapan tetapi cukup mewah.

Lengan panjang berbentuk slim dan sedikit puff di bahu dengan lapisan lace yang sedikit melepasi pergelangan lengannya menambahkan kemanisan busana. Sepasang reben bow comel yang diperbuat daripada organza menghiasi bahagian siku di kedua-dua belah lengan. Mylia sedang memusing-musingkan sedikit badannya di hadapan cermin untuk melihat daripada beberapa sudut pandang. Lenggoknya membuatkan kain peplumnya turut bergoyang bersama. Begitu juga dengan rambut ikal mayang Mylia yang dibiarkan terlepas mengurai seakan bermain-main di belakang badannya.

Asyik sungguh Luqman memerhatikan Mylia. Sebaris senyuman terbentuk dibibirnya.

“She’s a beauty, isn’t she?” tegur Vivien. Terkejut sedikit dengan teguran itu. Hanya senyuman lebar diberikan sebagai jawapan.

“Alhamdulillah.” Ucapnya perlahan. Luqman berjalan menghampiri Mylia dan berdiri di belakangnya. Ingin sekali dia memeluk tubuh itu. Jika tidak kerana kehadiran Vivien di situ, pastinya tubuh itu selamat berada di dalam rangkulannya. Oh, ya… sudah tentu jika Mylia juga tidak melancarkan perang dingin dengannya, mungkin itu lebih membantu.

“Kenapa abang senyum-senyum? Pelik sangat ke baju ni? Exergerated too much?” soal Mylia apabila melihat Luqman yang sedang tersenyum simpul di belakangnya seolah sedang menyembunyikan sesuatu.

“Not at all. Cantik sangat.” Jawab Luqman dengan jujur. Tetapi Mylia seolah-olah sedang resahkan sesuatu. Sedikit berkerut keningnya sedari tadi.

“Anything that you are not comfortable with?” soal Vivien. Dia juga perasan keresahan Mylia waktu itu.

“I rasa macam baju ni melekat sangat lah. Macam ketat sangat.” Mylia masih lagi membelek-belek imejnya di cermin. Mylia rasakan sepenti bentuk badannya begitu terdedah kepada khalayak.

Luqman mencapai selendang yang turut disediakan bersama busana itu dan naik ke pentas bersama Mylia. Mylia memusingkan badannya mengadap Luqman apabila menyedari Luqman menghampirinya. Hairan dia sekejap dengan tindakan Luqman. Dengan berhati-hati, Luqman meletakkan selendang tersebut di atas kepala Mylia. Kemudian, dia mengangkat setiap hujung ke bahu Mylia membuatkan bahagian dada yang menjadi kegusaran Mylia tadi sedikit tertutup. Dengan perlahan-lahan, Luqman memusingkan badan Mylia menghadap cermin.

“Dah selesa?” soal Luqman kepada Mylia. Terkelu sekejap Mylia saat itu. Fikirannya kosong. Hanya gemuruh yang dirasakan. Dia gemuruh dengan sentuhan tangan Luqman yang sekarang sedang singgah di pinggangnya.

‘Control Mylia. Control. Focus!’ Mylia cuba berlawan dengan perasaan sendiri tetapi deru darah yang datang menyerbu ke wajahnya tidak dapat disembunyikan. Tersenyum simpul Luqman melihat wajah Mylia yang sedang kemerahan.

“Okay tak?” soal Luqman sekali lagi. Mylia menyentuh hujung lekuk selendangnya dan hanya menganggukkan kepala. Mungkin tadi dia rasa terlalu terdedah kerana belum lagi bertudung. “Cantik sangat.” Tersenyum lebar Luqman memandang Mylia yang tegak berdiri dihadapannya. Kalau boleh, ingin sekali dia merakamkan pemandangan yang ada di dalam cermin di hadapannya itu.

“Dah siap? Jom kita ke sebelah.” Ujar Vivien.

“Ada lelaki tak dekat sebelah?” soal Mylia kerana dia masih belum betul-betul bertudung.

“Yes, I think ada.” Jawab Vivien.

“Okay kejap.” Terus sahaja Mylia mengikat rambut dan mengenakan inner tudung dengan kemas. Kemudian, dia menyempang kembali seledang tadi di kepala. Dia tidak mahu meninggalkan kesan jarum atau pun pin pada selendang baru.

Sebaik sahaja mereka masuk ke bilik 03, Risya sedang memakai veil labuh meleret ke lantai. Dua orang pembantu sedang membelek veil tersebut. Cantik sungguh rekaan yang dipakai. Kurung moden berwarna putih gading yang diserikan dengan selendang daripada bahan chiffon berat yang bertona lebih lembut daripada bajunya.

Sedang Luqman memandang sekeliling bilik persalinan Risya yang jauh lebih besar daripada bilik mereka tadi, dia terperasan panggantung baju yang siap terukir nama pengantin. Satu penggantung ada nama Risya dan satu lagi tertera nama Borhan. Dia tiba-tiba teringatkan sesuatu.

“Mylia…” panggil Luqman dengan lembut. Mylia hanya menoleh ke arah Luqman tanpa suara. Hanya air wajahnya sahaja yang menunjukkan tanda tanya.

“Mana baju Risya lagi 2? Tak fitting sekali hari ni?” Mylia mengemam bibir kerana helahnya tadi telah terbongkar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience