“Hari ni tak payah masak malam yer. Mak teringin nak makan nasi arab. Mak dah call kedai yang biasa ibu order tu. Nanti lepas maghrib, diorang hantar.” Ramlah berpesan kepada menantunya sewaktu Mylia pulang untuk makan tengahari.
“Okay, mak. Mengidam nampak.” Seloroh Mylia sambil ketawa kecil.
“Mak dah tua lah. Suami pun tak ada, nak mengidam kenapa pulak. Kamu tu yang sepatutnya dah mengidam-mengidam sekarang ni.” keras juga suara Ramlah. Dia geram sangat dengan Luqman. Sampai bila agaknya dia nak bertahan hidup macam tu. Dah lebih 6 bulan mereka berkahwin, silap-silap masih anak dara menantunya tu.
Marah anak, sindir menantu.
Menyesal pula Mylia. rasa macam dia dah menjolok sarang tebuan. Ramlah memandang wajah Luqman. Sah anak lelakinya sekarang dah jadi batu. dah tempias sumpahan Si Tanggang agaknya. Ramlah mendengus kasar.
“Mengidam tu apa?” soal Julia tiba-tiba.
“Mengidam tu maksudnya rasa teringin nak makan sesuatu.” Jawab Ramlah.
“Kalau orang tak ada suami, tak boleh mengidam ke nenek? Tak boleh teringin nak makan-makan?” soalnya lagi. Lurus benar pemikiran anak-anak ni.
“Selalunya kita sebut mengidam untuk orang yang tengah mengandung. Orang yang taka da suami mana boleh mengandung. Ada suami baru boleh mengandung. Barulah boleh mengidam.” Panjang lebar pula cerita Ramlah. Mylia dah mula resah. Dia takut dengan pengakhiran tajuk perbualan mereka.
“Ibu ada suami. Ibu mengidam tak?” soal Julia sambil memandang tepat kepada Mylia. mujur sempat ditelan air sekejap tadi.
“Ibu tu nama je ada suami tapi tak mengandung-mengandung pun lagi. Nak tunggu nenek mati dulu agaknya baru nak mengandung.” Ramlah sengaja mengambil peluang untuk menyindir Luqman.
“Mak… apa cakap macam tu. Belum ada rezeki lagi mak…” pintas Mylia segera bangun dari meja. Dia harap cerita itu akan tamat segera.
“Sekarang ni bukan isu rezeki tapi hati batu. Seorang lembut sangat, seorang lagi dah macam Si Tanggang dah gaya. Hati dah kena sumpah.” Balas Ramlah dengan penuh perasaan. Dah habis cara dah Ramlah usahakan. Sampaikan dipaksa bawa bercuti pun masih macam itu juga rupanya. “Mak bagi masa setahun je Mylia. Kalau macam ni jugak keadaannya, kamu keluarlah dari rumah ni. Mak halalkan.”
Terlepas pinggan ditangan Mylia ke dalam singki. Mujurlah tiada yang pecah. Berdebar-debar hati Mylia. panas rasa telinganya. Kenapa Ramlah tiba-tiba menyinga hari ini. Apa salah silap Mylia?
Luqman juga tersentak dengan ayat jujur yang keluar dari mulut ibunya itu. Lebih tersentak apabila pintu bilik ibunya dihempas dengan agak kuat. Julia dan Jasmin terdiam kaku. Hairan kenapa tiba-tiba neneknya naik angin.
“Dah sudah makan ke belum? Kalau sudah, hantar pinggan ke sinki dan terus naik atas mandi. Abi nak pergi kerja dah ni.” ujar Luqman kepada anak-anaknya. Melihat kadaan yang tegang begitu, Julia dan Jasmin terus akur. Jarang-jarang sekali mereka lihat Ramlah marah-marah sebegitu.
Selesai mencuci pinggan, Mylia pergi berjumpa dengan mentuanya. Dia tidak mahu keadaan begitu berlanjutan. Pintu bilik Ramlah diketuk perlahan-lahan.
“Mak, boleh Mylia masuk?” pinta Mylia dengan sopan.
“Hmmm…” terus saja Mylia memulas tombol pintu dan masuk ke dalam. Ramlah terbaring mengadap tingkap. Matanya tidak terpejam tetapi merenung jauh ke luar menerusi cermin.
“Mak marahkan Mylia yer?” soal Mylia perlahan sambil duduk di hujung kaki mentuanya itu. Mendengar soalan itu yang terkeluar daripada mulut menantunya, Ramlah terus bangun terduduk.
“Mylia, mak tak pernah menyalahkan kamu langsung. Mak kenal anak mak tu macam mana. Keras sungguh hati Luqman tu.” Ramlah tak sangka Mylia pula yang terasa hati dengannya. Padahal yang ingin dimarah itu bukanlah Mylia tetapi Luqman.
“Mak, kita bagi dia masa ya. Dia sayang sangat dengan Aisyah. Nak buat macam mana. Hati ni kita tak boleh nak paksa-paksa.” Pujuk Mylia.
“Kau nak bagi masa berapa lama? Lepas tu apa nak jadi dengan kau? Umur berapa kau nak menjanda? Lepas tu, siapa ja lagi yang nak jaga kau dengan baik? Dunia kit ani kejam tau dengan janda-janda ni.” bingkas Ramlah. Dia selalu berfikir tentang hal mereka berdua. Macam-macam benda yang terlintas di dalam benak hatinya.
“Mak janganlah doakan yang mcam tu. Doakan yang baik-baik untuk kita semua ya.” Pujuk Mylia lagi.
“Mak bagi tempoh sampai ulangtahun perkahwinan kamu yang pertama saja. Kalau bend ani masih berpanjangan, mak sendiri akan paksa Luqman ceraikan kamu. Sekurang-kurangnya kamu masih muda. Masih ada harapan untuk dapatkan suami lain yang baik-baik.” Ramlah seolah membuat satu keputusan muktamad.
Mylia berfikir sejenak. Dia ingin mententeramkan hati tua mentuanya itu. Dia tahu Ramlah tidak tenang hatinya.
“Macam nil ah. Mak bantu Mylia untuk tawan hati abang. Mak ajar Mylia semua resepi kegemaran abang, semua benda yang mak tengok abang suka buat masa dengan arwah dulu. Mylia akan cuba buat yang terbaik untuk tawan hati dia. Boleh?” usul Mylia.
“Kalau dia tetap tak nak kat kau?” soalan itu tiba-tiba terasa amat kasar. Mylia tersenyum hambar.
“Kalau sampai tempoh anniversary kami dan abang masih begitu, Mylia turut sahaja kehendak mak.” Jawab Mylia pasrah.
“Janji?” Ramlah mahu Mylia bertegas dengan kebajikan dirinya sendiri.
“Janji.” Mylia menggenggam tangan tua Ramlah dengan erat.
“Mak sayangkan kamu dan mak tak mau kamu terus-menerus merana macam ni. Kamu mesti bahagia macam orang lain. Kamu layak untuk bahagia. Kalau Aisyah sempat merasa nikmat alam rumahtangga bersama suami yang mencintai dia, mak nak kamu juga merasai benda yang sama.” Kata Ramlah sambil merangkul badan Mylia erat. Dia kasihankan menantunya itu.
“Terima kasih, mak.” Air mata Mylia jatuh membasahi bahu Ramlah.
Di sebalik pintu bilik itu, Luqman berdiri kaku mendengar perbualan Ramlah dan Mylia. timbul rasa bersalah di dalam hati. Tanpa mengganggu mereka berdua, Luqman terus berlalu keluar dan terus memandu menuju ke kedainya.
Sampai di kedai, Luqman terus masuk ke dalam pejabat kecil yang terletak di bahagian belakang kedai. Luqman menghenyakkan badannya ke atas kerusi. Kata-kata Ramlah tadi masih terngiang-ngiang di telinga. Sayu juga hati apabila mendengar rintihan ibu sendiri sebegitu. Luqman mencapai sebuah bingkai di atas mejanya. Lama dia menatap gambar itu.
“Aisyah, apa yang abang perlu buat? Bukan senang abang nak paksa hati abang untuk orang lain. Abang takkan mampu terima orang lain selain Aisyah.” Tersedu-sedan dia tiba-tiba petang itu. Setelah sekian lama dia tidak menangis begitu. Luqman menyangka air matanya telah kering. Hari ini, dia menangis lagi.
Tidak susah untuk dia melepaskan Mylia pergi tapi dia tahu anak-anaknya pasti terluka kecewa. Hubungan anak-anaknya dengan isterinya itu terlalu akrab. Terlalu manja. Segalanya tidak mungkin tanpa Mylia. Biar dia tiada, mereka masih boleh terima. Tapi kalau Mylia tiada, mulut-mulut kecil itu tanpa henti bertanyakan ibu mereka. Luqman terjerat.
Sedang Luqman cuba untuk menenteramkan dirinya, telefon bimbitnya berlagu nyaring. Nama Mylia tertera di skrin. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum di menjawab panggilan itu. Dia tahu apa yang akan mereka bincangkan nanti.
“Hello.” Perlahan suara yang keluar dari tekak Luqman.
“Assalamualaikum.” Mylia sendiri masih lagi sedang mengumpul semangat untuk berbincang dengan suaminya itu.
“Waalaikummussalam.” Jawapan ringkas Luqman memberatkan lagi tugas Mylia.
“Petang ni kita keluar kejap… berdua… boleh? Ada hal yang saya nak bincangkan.” Gugup Mylia mengusulkan cadangannya.
“Okay. Balik dari office, singgah kedai.” Balas Luqman. Sebagaimana susahnya hal rumahtangga mereka terhadap Luqman, dia yakin Mylia juga tidak semudah yang disangka.
“Okay. Terima kasih.” Mylia terkejut dengan jawapan Luqman tetapi dia bersyukur kerana Allah permudahkan. Dia berharap mereka mampu berbincang dengan lebih rasional petang nanti. Mylia terlebih dahulu mematikan panggilan telefon.
Luqman kembali menatap gambar Aisyah. Saat itu fikirannya sarat tapi dia sendiri tidak tahu apa yang difikirkannya. Otaknya kebas!
Lebih kurang jam 5:45 petang, Mylia sampai di hadapan kedai Luqman. Sepatutnya dia boleh sampai lebih awal tapi sengaja dia memandu perlahan-lahan. Walaupun dia telah membulatkan hatinya untuk cuba memperbaiki hubungan dengan suaminya, tetapi dia langsung tidak yakin dengan penerimaan lelaki itu nanti.
Mylia berselawat panjang tak putus-putus dengan niat segala urusaannya hari itu dipermudahkan. Dia ingin membahagiakan mentuanya, suami dan pastinya dirinya sendiri. Dia hanya mampu berusaha. Jika Allah telah takdirkan jodohnya bersama Luqman kuat dan panjang, pastinya itu adalah sebaik-baik perancangan.
“Assalamualaikum…” Mylia membuka pintu dan menyapa anak muda yang sedang berada di kaunter bayaran betul-betul dihadapan kedainya itu.
“Waalaikummussalam kak. Akak nak cari apa?” soal Farah dengan mesra.
“Akak nak jumpa Luqman. Dia ada?” kekok rasanya Mylia di situ. Yang dia tahu kedai itu milik Luqman. Tapi dia sendiri tidak pernah berkunjung ke situ sebagai isteri Luqman apatah lagi dipelawa dan diperkenalkan kepada semua pekerja di situ.
“Owh, boss ada dalam bilik dia kat belakang. Kejap saya panggil boss.” Balas Farah sambil bingkas bangun daripada bangku. Dia berjalan ke belakang kedai sambil melaung-laung ‘boss’ dengan kuatnya. “Boss, ada orang nak jumpa.” Masih jelas suara Farah dari belakang sana hingga ke depan.
Kemudian, Mylia mendengar tapak kaki menapak menuju ke arahnya. Setelah Luqman melihat susuk tubuh Mylia yang sedang berdiri di hadapan kaunter itu, Dia hanya menggamit Mylia untuk mengikutnya ke belakang. Mylia hanya menurut.
Kedai runcit Luqman sangat tersusun rapi dari depan sehinggalah ke bahagian setor. Semua barang disusun rapi. Bukan sahaja barang jualan dan stok, malah kotak-kotak kosong dibuka dan disusun dengan kemas mengikut saiz. Dia kagum dengan pengurusan Luqman.
Luqman membuka pintu pejabatnya dan terus masuk. Belum keluar sepatah perkataan pun lagi daripada mulutnya selain gamitan jari memanggilnya tadi. Mylia masuk dan berdiri di hadapan pintu. Terdapat sebuah sofa fabrik 3 tempat duduk di hadapan pintu masuk. Dihadapannya tersedia sebuah meja kopi yang diperbuat daripada kayu solid dan lantainya punya beralaskan permaidani tebal berwarna biru gelap dan kelabu.
Berhadapan dengan sofa itu terdapat sebuah meja kerja yang besar dan lebar yang juga diperbuat daripada kayu. Sepasang kerusi diletakkan di hadapan meja tersebut dan sebuah lagi kerusi empuk dibelakang meja. Pastinya itu kerusi milik Luqman. Almari kayu siap pasang setinggi siling kukuh berdiri sepanjang dinding di belakang Luqman. Manakala di dinding sisi kanan pintu itu pula terdapat sebuah tingkap cermin yang luas yang dihiasi bidai dan di bawahnya terdapat sebuah lagi kabinet kayu dengan kemasan yang sama. Kemas tersusun, sangat tenang untuk berada di situ dan menyiapkan kerja. Jika hubungan mereka sangat baik, pastinya dia tidak akan jemu-jemu untuk berada di dalam bilik itu saban hari. Cukup selesa.
Cuma apa yang menarik pandangan Mylia saat itu adalah semua bingkai-bingkai gambar yang tertera wajah Aisyah. Jika di dalam bilik Julia dan Jasmin terdapat sebuah potret mereka bersama-sama Aisyah, tetapi di dalam bilik ini terdapat lebih 10 bingkai gambar Aisyah. Betapa lelaki ini menyayangi arwah isterinya.
“Duduklah.” Pelawa Luqman setelah melihat Mylia kaku tercegat di hadapan pintu. “Tutup pint utu sekali.”
Setelah menutup pintu dengan kemas, Mylia memilih untuk duduk di sofa. Terlalu dekat rasanya kalau dia juga turut duduk di kerusi berhadapan Luqman. Dia perlu ruang.
“Saya dengar apa yang awak bincangkan dengan mak tadi.” Kata Luqman tanpa membuang masa. Dia tidak reti nak berbual kosong dengan wanita itu. Mylia terkejut pada mulanya tetapi bersyukur panjang akhirnya kerana Luqman dah tahu situasi sebenar.
“Awak setuju dengan syarat mak? Sanggup bercerai selepas 1st anniversary?” soal Luqman. Mylia memandang wajah Luqman. Kali ini, dia kuatkan hati untuk bertentang mata dengan Luqman. Luqman terlebih dahulu mengalihkan pandangannya memandang helaian-helaian kertas yang penuh di atas meja. Mylia menarik nafas dalam-dalam dan bersedia untuk meluahkan semua perancangan yang telah difikirkannya tadi. Dia langsung tidak dapat memberikan tumpuan pada kerja. Serabut kepala otaknya selagi hal ini tidak diselesaikan.
“Ya, saya setuju dengan syarat…” Mylia terhenti seketika. Luqman kembali mengangkap pandangannya kepada Mylia.
“Apa?”
“Kita mesti berusaha sehabis yang boleh untuk terima satu sama lain.” Sebaik sahaja Mylia berkata begitu, matanya terpandang wajah Aisyah pada bingkai paling besar yang tergantung di dinding. Luqman juga turut memandang ke arah gambar itu. Pandangan Mylia polos walaupun mulutnya terkelu. Luqman tidak tahu apa yang ada di benak Mylia saat itu.
“Teruskan…” ujar Luqman sedikit menyentak fikiran Mylia.
“Ya… saya akan cuba sehabis baik untuk jadi isteri yang terbaik dan saya harap awak juga boleh cuba untuk menerima saya sebaik-baiknya. Untuk peringkat permulaan, mungkin kita boleh pretend sikit di depan mak. Di belakang, kita boleh go slow. Asalkan mak senang hati bila dia nampak yang kita… dah semakin… ermmm… mesra.” Mylia terhenti di situ menanti respon daripada Luqman.
Jelas mata Luqman tertumpu pada sebuah lagi bingkai kecil yang ada di atas mejanya. Mylia tidak perlu meneka gambar apa yang ada di situ. Pastinya gambar Aisyah.
“Apa yang perlu saya buat?” soal Luqman. Dia masih lagi cuba mempertimbangkan.
“Well… saya belum pernah berumahtangga dan saya tak tau bagaimana cara awak dengan… erm… isteri awak…” Mylia tidak mahu memandang wajah Luqman. Dia bimbang lelaki itu akan marah. “Jadi, awak buatlah apa yang awak biasa buat dengan isteri awak. Saya tak tau tapi mak pasti tau.” Kedua-dua terdiam seketika.
Mylia dengar helaan nafas keras di pihak Luqman. Dia memberanikan diri memandang ke arah Luqman.
“You know what? We don’t have to be couple. We can be friends. I think that will show enough chemistry between us in front of mak. And she will be happy… I hope… then, after one year kita divorce. How about that?” melihat kesukaran yang terpampang di seluruh wajah lelaki itu, Mylia tidak mampu lagi untuk meneruskan rancangannya. So biarlah mereka merancang bagaimana untuk hidup lebih selesa tanpa melukakan hati mak.
“Lepas setahun kita bercerai, apa pulak mak akan fikir?” soal Luqman.
“Masa tu kita cerita baik-baik. We can only be friend, not more than that.” Mylia menjeling ke arah jam ditangannya. “Saya rasa kita dah kena balik. Dah nak maghrib pun. Nanti anak-anak hairan pulak.” Mylia bingkas bangun daripada sofa dan bersedia untuk pulang.
“Kita balik sama-sama. Esok cuti. Awak tak perlu pergi kerja.” Cadang Mikail sambil turut sama bangun dan mencapai dompet, telefon dan kunci kereta. Setelah mereka keluar, dia mengunci pintu pejabatnya dan mula berjalan ke depan kedai.
Sampai di depan, ketiga-tiga pekerja sedang berkumpul di hadapan kaunter.
“Boss, lawa girlfriend boss. Pandaaai boss pilih.” Usik Rasyid. Mylia terkejut dengan usikan pekerja Luqman. Berani betul mereka menyakat Luqman yang baginya sangat garang dan serius.
“Amboi, banyak masa kau duk melangut kat sini? Taka da kerja sangat ke?” Balas Luqman. Lain sungguh personality yang ditunjukkan Luqman waktu itu. Mylia tak pernah nampak dia seceria itu.
“Dah siap semua la boss… ini Rashid tau!” ujar Rashid lagi sambil mendabik dada.
“Kalau macam tu, pergi cuci toilet.” Luqman menolak badan Rashid ke arah belakang kedai. Ketawa besar 2 orang lagi pekerja Luqman.
“Hahahaha… padan muka. Berani sangat kau sakat boss.” Balas seorang gadis kecil molek sambil ketawa tanpa henti.
“Alaaa boss. Kenapa saya pulak?” bangkang Rashid.
“Boss… siapa ni? Kenalkan laa…” ujar gadis itu lagi. Luqman memandang Mylia yang hanya terdiam kaku memerhatikan mereka sejak tadi.
“Ini… Kak Mylia… ermmm… isteri saya.” Jawab Luqman tersekat-sekat.
“Waahhhhh… boss kahwin tak ajak!!! Mana aci!!! Kami nak makan nasi minyak boss jugak!!!” balas mereka bertiga dengan lantangnya. Serta merta kedua-dua gadis tadi datang memeluk tangan kiri dan kanan Mylia. Jelas sungguh kemesraan antara mereka dan Luqman. Pastinya Luqman tersangat ramah dengan mereka. Sebab itulah mereka boleh semesra itu bercakap dengan Luqman. Hati Mylia sedikit lapang. Rupanya, Luqman ni bukanlah harimau sangat.
“Ye… ye… esok saya belanja nasi minyak yer… nasi minyak Mak Leha kat simpang tu.” Jawab Luqman cuba memujuk anak-anak buahnya.
“Kita tutup kedai ke boss?” soal Rashid lagi.
“Mana boleh! Kita tutup kejap jam 5, buka semula jam 8. 3 jam cukup kan nak makan?” balas Luqman. Kali ni dia sudah mula melangkah untuk keluar. Lagi lama dia di situ, lagi macam-macam permintaan pekerja-pekerja dia.
“Cukuuuuppp!” jawab mereka semua serentak.
“Jom…” Luqman pusing kepada Mylia mengajaknya segera beredar.
“Bye kak Mylia. Jumpa esok, kita makan nasi minyak.” Ujar gadis-gadis yang memegang tangan Mylia. Sengaja mereka menolak sedikit Mylia kepada Luqman. Mylia yang belum bersedia melangkah hampir tersadung kaki sendiri. Dengan tidak semena-mena, Mylia jatuh ke badan Luqman. Merah padam mukanya menahan malu. Itulah kali pertama dia memeluk tubuh lelaki yang bukan ayahnya.
“Hish korang ni. Dah, pergi buat kerja.” Halau Luqman sambil menolak perlahan badan Mylia untuk berdiri. Dia terus berlalu keluar dari kedai itu diikuti oleh Mylia.
Sepajang perjalanan, kedua-duanya diam tak terkata apa-apa. Mylia masih lagi teramat malu dengan kejadian sebentar tadi. Sampai sahaja di rumah, anak-anak menyambut kepulangan mereka dengan gembira.
“Lambatnya ibu balik. Ibu pergi mana?” soal Jasmin sambil memegang erat tangan Mylia.
“Ibu pergi kedai Abi.” Jawab Mylia ringkas.
“Alaaa… Jasmin nak ikut jugak.” Rengek Jasmin. Kecewa dia rasa apabila ibu dan abinya keluar berdua tanpa dia.
“Lain kali ibu bawa Jasmin okay.” Balas Mylia memujuk.
“Julia nak ikut jugak!” ujar Julia sambil menarik tangan Mylia.
“Ye, ibu bawa semua.” Balas Mylia menyejukkan hati anak-anak kecil itu.
“Lambat kau balik hari ni, Mylia.” soal Ramlah yang baru berjalan masuk ke ruang tamu dari dapur.
“Ermmm…” Mylia pusing memandang Luqman mencari jawapan. Apabila dia melihat wajah Luqman yang sedang membuka kasut dan stokin tanpa ada perasaan, Mylia terus jujur, “Mylia pergi kedai abang kejap tadi.”
Mendengar ayat Mylia, hati Ramlah sedikit berbunga. ‘Dah boleh mesra kah diorang berdua ni? Cepatnya. Baru tengahari tadi berjanji, sekarang dah tunai?’
“Ah, ye lah. Pergi naik mandi dan rehat dulu. Nasi belum sampai. Nanti dah sampai mak panggil.” Saran Ramlah kepada Mylia dan Luqman. Dia menarik tangan cucu-cucunya untuk ke ruang televisyen. Tidak mahu anak-anak kecil itu mengganggu hubungan anak menantunya yang baru nak berputik.
Mylia naik ke atas terlebih dahulu diikuti Luqman. Sampai ke dalam bilik, Luqman terus duduk di birai katil. Mylia pula berdiri dihadapan meja solek sambil tangannya lincah menanggalkan pin-pin tudung. Mylia menjeling sedikit ke arah Luqman. Air wajahnya tidaklah terlalu keruh. Mylia berhasrat untuk terus menjalankan rancangannya untuk menjadi kawan kepada Luqman. Sementara momentum masih ada. Dia berharap, kemesraan Luqman dengan budak-budak kerjanya tadi dapat di sambung di rumah.
“Mesra betul yer staf-staf awak tadi. Riuh rendah.” Kata Mylia tanpa memandang kepada Luqman. Luqman menjelingnya.
“Erm...” pendek sahaja jawapan yang keluar dari mulut Luqman.
“Dah lama ke diorang kerja dengan awak?” soal Mylia lagi.
“Erm…”
‘Aih… dah bisu balik ke di ani. Macam mana nak berkawan kalau asyik erm erm je?’ rungut hati Mylia. Mylia membuka almari dan mencapai sehelai kain batik, menarik tuala mandinya daripada ampaian dan berjalan menuju ke bilik air.
“Dengan kawan-kawan pun nak sombong jugak ker? Erm???” soal Mylia dan terus masuk ke dalam bilik air. Luqman mengangkat pandangan matanya dan memandang Mylia dari belakang sehingga dia masuk dan menutup pintu. Luqman menggeleng-gelengkan kepalanya.
Dia merebahkan badannya seketika di atas tilam. Sebaik sahaja matanya terpejam, wajah Aisyah bermain dimindanya.
‘Aisyah, abang harap Aisyah boleh faham…”
Share this novel