Chapter : 13

Crime Completed 13688

Dengan perbezaan ketinggian di situ, dua pasukan saling menghadap antara satu sama lain di dalam gelanggang. Sementara baki yang lain duduk di bangku sebagai penonton. Siap yang ada merakam detik-detik kejadian di situ dengan telefon masing-masing. Kejadian seperti ini jarang sering terjadi kerana mereka dua pasukan yang sangat sibuk dengan rutin tersendiri. Jadi bertembung pun sekali sekala. Nak berinteraksi pun tidak la sangat. Kerana itu jugala mereka bermusuhan!

            "Rossie!Kalahkan mereka!"laung ahli pasukan netball.

Pelajar lelaki dari pasukan basketball duduk dengan relaks dan bersantai di situ kerana tahu apakah keputusannya nanti.

             "Main tipu ke?"tanya Noah semasa lirik akan wajah empat gadis yang ada di hadapannya ketika itu. Comel-comel belaka! Tak tahu nak pilih yang mana.

              "Tak...main macam biasa.."beritahu Hayden tanpa memandang Noah. Lalu dia menambah. "Syaratnya kalau dia orang kalahkan kita, dia orang berempat akan jadi pasangan kita selama seminggu ni.."

                "What?Hahaha..serius la?"ketawa Izack di belakang sebaik dengar. "Nice one bro!"

                "Kalau macam tu kita tak payah berusaha untuk menang la..."tambah Hardin pula sewaktu terpandang akan Gina di belakang Rossie ketika itu. "Misi kita adalah untuk kalah..."

                "Hei...awak nak berborak sampai bila...mulakan la!Tunggu apa lagi."kata Gabby yang sudah merinding tidak sabar melihatkan geng playboy di hadapannya ketika itu.

               "As you wish.."kata Hayden saat melemparkan bola di tangannya ke tepi.

Gabby yang paling dekat ingat nak rampas, sekali tu dalam sekelip mata, Izack sudahpun tiba di situ dan menghadang dirinya.

Bola tersebut di ambil oleh Noah sebelum dia bump di lantai beberapa kali saat berlari.

Rossie yang lebih pantas itu mengejar Noah dan tepis bola itu ke tepi sekuat hati sebelum ia disambut oleh Gina. Lalu di pass ke Tania.

Saat bola itu hendak digapai Tania, Hardin muncul dengan mengejut dari belakang dan merampas bola tersebut. Dan melemparkannya ke Hayden sesaat kemudian.

              "Masukkan bola tu ke dalam jaring kita.."beritahu Noah bernada nakal. "Kita kena bagi dia orang menang.."

"Gina!Halang!"panggil Rossie penuh ngeri. Senak dada dia. Lantak la siapa yang latihan dulu. Dia tak nak menang!

Terkejut dengan pelan itu, Gina lari selaju mungkin. Ingin menghalang lelaki itu dari masukkan bola itu ke jaring. Kalau mereka menang, habis la satu minggu ni mereka akan jadi pasangan buat geng Hayden nanti.

Hayden tersenyum nakal lalu baling semula bola itu ke Hardin. Kawannya boleh buat lemparan jarak jauh. Jadi senang je.

Hardin Berjaya peroleh bola tersebut. Tanpa berlengah dia pusing menghadap jaring di situ. Sesaat tangan kanan dia naik hendak melemparkan bola, dia diterpa dari depan sebelum hilang keseimbangan dan terjatuh ke belakang Bersama-sama dengan orang yang merempuhnya.

KEDEBUK!

Muka Gina tersebam di dada itu. Menyebabkan Hardin mengerang menahan sakit di situ.

Ketika dua orang itu sedang bergelut hendak bangun, Rossie muncul dan rampas bola di situ sebelum dibawa lari jauh ke arah jaringnya sendiri. Dia kena masukkan gol ke jaring dia sendiri supaya kumpulan Hayden yang peroleh markah!

Sesampai saja dia di depan jaring, tanpa berlengah dia campak bola itu ke dalam jaring tersebut dan ianya pun masuk. Memberikan satu markah untuk geng Hayden.

             "Hei!Mana aci kalau macam tu...nak main kasar ya?"marah Izack dengan lantang di hujung gelangang.

             "Nak menang kan?Why not.."balas Gabby.

             "Fine...kalau macam tu kita orang pun main kasar jugak."beritahu Noah semasa gerak menanggalkan sweater berhoodienya itu dari badan.Mendedahkan susuk tubuh berketak-ketak six packnya ke semua orang.

Tania ternganga dekat situ dengan mata terbeliak luas, tapi cepat-cepat dia larikan pandangannya.

             Rahang Rossie berketik saat melihat tindakan Noah itu. Ingat lelaki tu je boleh buat? "Wrong step young man!"sebutnya semasa ikat rambutnya dengan tinggi ke belakang.

Hayden yang perhatikan tingkah Rossie mengikat rambut mendedahkan leher jinjang itu tanpa sedar mengetap bibir dan menelan air liurnya.

Dengan serentak mereka berlapan di situ berlari laju hendak mengejar bola oren yang terbiar sejak di situ. Gabby terlebih dahulu mencapai bola itu dan dibaling ke arah Tania. Tetapi berjaya di tepis oleh Izack. Lelaki itu larikan diri ke arah jaring mereka.

Rossie dan Gina lari dengan serentak hendak menghadang jaring lawan mereka itu. Tetapi tidak sempat apabila Hayden dan Hardin dengan tiba-tiba muncul dari tepi dan merangkul pinggang mereka sebelum didukung naik ke atas bahu dalam sekelip mata.

            "Arghh!"teriak Rossie dan Gina dengan serentak penuh ketakutan sebaik tergantung di bahu mereka yang lampai itu.

Tania dan Gabby tidak mengalah, mereka lari ke arah Izack dengan serentak tetapi Noah muncul dan merangkul pinggang mereka berdua sendirian dan menghalang mereka dari mendekati Izack.

             "Tak!Mana adil macam ni!"

             "Yahhh!!!Lepaskan la!"

             "Turunkan kami!Ini main tipu!"

             "Arghhh!!!!!Lelaki tak guna!TAK GUNA!!!!"

Suara teriakan Rossie dan rakan-rakannya memenuhi gelangang di situ. Penonton yang menyaksikan perlawanan di situ ada yang tersenyum, ada yang ternganga sebab tidak menjangka sampai begitu sekali keadaannya.

              Izack baling bola itu ke dalam jaring dengan mudah. Setelah itu dia ulang balik perbuatannya sehingga la masuk ke mata keempat. Dan bila hendak masuk ke mata kelima, dia pusing menghadap mereka semua di situ dengan sengih meleret. "Game over baby.."sebutnya saat baling bola itu tanpa memandang pun. Dan bola itu masuk ke dalam jaring.

Boys 5

Girls 1

              "TIDAKKK!!!!!!!"jerit Rossie, Tania, Gabby dan Gina dengan serentak di dalam cempungan mereka di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience