Semua mata terarah pada lelaki yang bertongkat dengan kesan terbakar di tepi muka menghadap jendela pemandangan hutan lokasi rahsia itu.
"Tuan...ada apa-apa keperluan yang tuan mahukan ke dengan memanggil kami ke sini?"soal seorang daripada mereka yang berdiri di belakang lelaki bertongkat tersebut.
Yang lain tak bukan, Noah sendiri.
Masih terkesan dengan kejadian yang menimpa dirinya, mata dia waktu itu melihat pantulan bayang dari cermin kaca jendela tersebut. Muka yang dulu segak, kacak dan bergaya kini sudah tidak ubah seakan watak Joker! Hodoh dan mengerikan!
Dan semua ini gara-gara onar dari Hayden!
"Memandangkan banyak orang kita telah dibunuh dan tempat kita id musnahkan...aku nak kau orang buat sesuatu untuk selesaikan semua ni.."beritahu Noah dengan mendatar. Matanya masih terarah pada cermin kaca di hadapannya. Melihat pemandangan hutan semasa matahari hendak terbenam.
"Apakah arahan itu, tuan?"
"Kau pergi cari perempuan bernama Rossie Charlotte. Cari tahu dia dekat mana, stalk dia sampai ada peluang untuk kau bawa dia kepada aku secepat mungkin. Aku nak dia ada depan mata aku dalam keadaan hidup"dia sakit hati pada Hayden kerana lelaki tu sering mendahului dia! Dan sekarang pilihan terakhir dia adalah Rossie.
Ya. Rossie. Sebab dia tahu Hayden sangat treasure akan Rossie. Sekiranya dia culik Rossie untuk gunakan gadis itu sebagai perantaraan dia untuk membuatkan Hayden berundur dan serahkan gelaran ketua mafia kepada dia, Pasti semua masalah ini akan selesai dengan mudah dan dia dapat hapuskan Hayden buat selamanya!
"Baik tuan."
"Pastikan dia tak di apa-apakan. Sebab aku nak Hayden tengok keadaan sebelum dan selepas perempuan dia tu dibelasahkan dengan aku.."pesan Noah lagi.
"Baik tuan.!"sahut mereka dengan serentak pada masa yang sama.
Bersama senyuman meleret puas hati penuh muslihatnya, Noah kerling ke dinding sebelahnya itu. Melihatkan gambar lama milik dia sewaktu Bersama-sama dengan Hardin, Hayden dan Izack. Siapa sangka mereka semua akan berakhir seperti ini selepas sekian lama bersama.
End of flashbacks
Cuaca pada hari itu bersuhu sejuk kerana musim sejuk semakin hampir. Udara pula sepoi-sepoi bahasa bertiup. Dan keadaan di jalan tidak sibuk seperti biasa pada malam itu. Orang yang berjalan kaki di tepi ada yang jalan sambil bergandingan, ada yang jalan laju dengan tangan berseluk ke dalam poket baju kerana ingin lekas dek suhu sejuk di situ.
Sendirian tanpa pengawasan, Rossie yang ringkas mengenakan kot labuh berwarna coklat berdiri di tepi jalan saat menunggu kehadiran Hayden yang berada di dalam restoran membuat pembayaran seusai makan malam sama pada malam itu. Berdiri dia bersebelahan dengan kereta mewah Hayden. Sambil menunggu, dia membelek skrin telefon melihat sesuatu yang menarik perhatian dia.
Namun tanpa pengetahuannya, sebuah van hitam sedia menanti tidak jauh dari tempat Rossie sedang berdiri. Perlahan-lahan, van tersebut di pandu dari hujung jalan mendekati jarak Rossie berada. Sampaila satu masa apabila van itu cukup menghampiri gadis tersebut, pintu van terbuka diikuti dua orang lelaki melompat keluar dari kenderaan tersebut.
Rossie yang tidak menjangka kejadian tersebut tidak perasan sebelum dua orang lelaki bertopeng hitam seperti perompak mendekatinya lantas menekup mulut itu tanpa membazir waktu. Rossie pun tersentak. Niatnya mahu menjerit tetapi tidak sempat!Meronta-ronta Rossie ketika itu tetapi tiada gunanya.
Dengan mudah dua penculik itu mendukung badan dan kaki gadis tersebut lalu di bawa masuk ke van dalam sekelip mata. Kenderaan itu kemudiannya dipecut laju ke jalan raya Utama.
Sesaat selepas van itu pergi, barulah Hayden munculkan diri. Lelaki tu bingung-bingung memandang kanan dan kiri mencari kelibat kekasih hatinya itu. Namun tidak di temui. Siap dia panggil-panggil empunya diri, tetapi tidak kelihatan. Hairan dengan hal tersebut, Hayden keluarkan telefon dan cuba menghubungi Rossie. Tetapi tidak berangkat.
Setelah puas menghubungi, Hayden yang sudah faham apa yang berlaku tanpa berlengah terus bergegas masuk ke dalam kereta seperti bagai nak apa.
Di dalam van, Rossie sudah bergelut dengan penculiknya yang berusaha mengekang dia menggunakan pita pelekat silver yang di tampat pada mulut, diikat pada kedua-dua belah tangan dari belakang dan akhir sekali di lilit pada sekeliling peha serta pergelangan kaki.
Seusai mereka memastikan Rossie terkekang, seorang dari mereka mengeluarkan telefon dan membuat satu panggilan. Dan lelaki itu berkata.
"Kami dah tangkap dia, Tuan Noah!"
Terbutang luas mata Rossie apabila mendengar nama itu di sebut. Dia menjerit sekuat hati namun suaranya itu hanya tersimpan di dalam kerongkongnya sahaja. Betapa berharapnya dia waktu itu kejadian tersebut tidak terjadi!
Share this novel