Chapter : 11

Crime Completed 13688

Keesokan paginya, sebelum dia dan Tania bergegas untuk menghadiri ke kelas, mereka singgah ke sebuah kafe berdekatan untuk mengambil dos kopi harian mereka. Yang mana permulaan yang menyenangkan untuk hari itu selepas apa yang terjadi malam sebelumnya. Ianya juga memberikan mereka masa untuk persedian menghadiri kelas dan syarah yang berjam lamanya.

Lagipun kopi kan ubat paling mujarab buat pelajar seperti mereka.

Bersama dengan secangkir black kopi buat Rossie dan latte untuk Tania, mereka berdua mengambil tempat di sebuah booth kecil berdekatan dengan tingkap.

          "So maknanya malam tadi kau jumpa Hayden..kemudian dia hantar kau balik..at the same time..Ryan ada dekat situ dan bergaduh?Aku ingatkan mamat tu dah balik terus ke apa sebab lepas aku call kau dia pergi dari situ.."tanya Tania, menghirup perlahan minumannya sebelum memejam mata menahan sakit apabila air panas menyentuh lidahnya.

           "Ha'ah...sorry tau malam tadi aku buat tak tahu je lepas kau tanya...aku tengah terkejut time tu..."jelas Rossie mengacau minuman di dalam cangkir untuk sejukkan sedikit suhunya.

Tania menggeleng kepala.

            "Nasib baik ada Hayden...dia perangai tak guna pun ada baiknya jugakkan"lafaz Tania dengan lega saat berkerut kening memandang Rossie kerana susah hati. Geram betul dia dengan Ryan tu. Kalau dia lelaki lama dah dia kerjakan Ryan sampai patah riuk!

            Rossie melepaskan hela nafas Panjang sebelum silangkan tangan atas meja itu dan sondong sedikit ke depan. "Yang peliknya, kenapa Hayden tolong aku...itu yang aku tak faham...setahu aku la lelaki playboy perasan bagus tu tahunya menyakitkan hati orang je"cebik dia dengan menyampah.

Tania menjungkit kening terkejut. Dia pandang hairan ke Rossie.

            "Apa kau cakapkan ni...mesti la dia kena tolong kau...dia berhutang budi dan nyawa dengan kau tahu tak...kalau aku jadi dia, aku akan buat perkara yang sama sekalipun aku ni penjahat"beritahunya dengan hairan.

            "Hah?Berhutang budi dengan aku?"soal Rossie. "Bila masanya?"

            "Lah...takkan kau lupa apa yang berlaku 3 tahun lepas?Tak ingat ke masa kita on the way balik dari tengok wayang...masa tu hujan lebat. Masa dekat jalan tu...kau selamatkan Hayden yang tersadai dekat tengah jalan...even masa tu aku larang...still kau berdegil nak tolong dia...sebab Hayden cedera parah..tak cukup dengan tu. kau dermakan darah untuk dia sekali"

Rossie tersentak, dia pandang Tania seperti rakannya itu hantu tidak berkepala. Perlahan=lahan dia ketap bibir dan menelan air liur dengan susah payah.

           "Aku?Buat semua tu?Serius aku dah lupa..."beritahunya dengan jujur.

Tania membuat muka tidak faham lantas menggeleng kepala.

           "Mungkin sebab tu Hayden tolong kau...kalau tidak mananya dia nak buat macam tu. Kau sendiri tahu perangai dia macam mana, selain bertukar ganti perempuan, dia tu tak ada perasaan. Layan orang pun acuh tak acuh je.."

           Rossie buat muka kengerian. "Eee...tak nak la aku. Dia tak balas balik budi aku pun aku tak kisah la. Asalkan dia jauhkan diri dia dan mulut laser tak insurans dia tu dari aku! Kalau nak tolong tapi sakitkan hati pada masa yang sama buat apa...aku lagi sanggup susah dari di tolong dengan dia.."

           "Memangnya apa je yang kau ingat dalam kepala otak kau tu?Nama Budak dekan takkan la peristiwa penting macam tu boleh lupa?"cebiknya.

           "Well...selain daripada formula kiraan calculus dan prinsip akaun...aku boleh ingat teori falsafah tokoh dan juga sejarah biografi mereka.."jawab Rossie blur-blur.

           "Aduhai.."Tania menepuk dahinya sendiri kerana berasa tak percaya. Apa la nasib dia dapat kawan ulat buku seperti Rossie ni. "Yalah...minum je kopi kau tu...kita nak gerak kejap lagi.."ujarnya yang enggan berbahas mengenai komen tersebut. Nanti kan tak pasal-pasal dia kena tadah telinga mendengar celoteh Rossie yang saling tidak ubah seperti ensiklopedia bergerak.

Sambil memegang cangkir Rossie berkata lagi. "Kenapa?Apa salah yang aku cakapkan?"

            "Tak ada apa-apa...kau betul...minum la.."gesa Tania yang mahu larikan topik itu supaya dia tidak dileteri.

Mereka kemudian sempat tiba di campus tepat pada masanya dan masuk ke bilik kuliah. Sama-sama mereka jalan memasuki dewan kuliah untuk kelas ekonomi pada hari itu dan mengambil tempat yang biasa dia duduk.

Seusai duduk, meja yang melekat pada kerusi di turunkan. Buku nota di keluarkan. Pada masa yang sama, ketika itu pelajar-pelajar lain ikut berjalan masuk ke dalam. 5 minit kemudian barulah professor masuk, sapa mereka dan mulakan syarahan mengenai perbezaan antara inflasi dan deflansi.

Ketika Rossie sedang tunduk mencatat nota penting, dia merasakan ada sesuatu yang bertiup di belakang rambutnya. Untuk seketika dia tidak pedulikan sebab dia beranggapan yang orang di belakang dia ada yang duduk. Tapi tidak lama selepas itu, hal itu berlaku sekali lagi. Dan waktu itu dia yakin ianya bukan perasaan dia, Rossie pun menoleh.

           "Ada pensel?"Noah tanya, muka lelaki itu hanya beberapa inci dari wajahnya,. Secara automatic Rossie undurkan kepala ke belakang kerana terkejut dengan jarak mereka.

            Mata Rossie ternampak akan Hayden yang sedang diam focus memandang ke hadapan, sebelum pandang ke Noah. Baru dia teringat yang dia sekelas dengan mereka. Sudah sedia jengkel dengan kehadiran lelaki itu, Rossie membuat muka tidak suka."Saya tulis dengan pen...tak nampak?"tunjuknya pada pen yang ada di celah jari.

Mata Noah gerak memandang pen itu sekilas    sebelum menatap wajah Rossie semula. Dia saja je. Hayden beritahu yang Rossie kena belasah dengan toxic boyfriend gadis tu dan apa yang terjadi. Nak pastikan teruk sangat ke tidak, itu dia sakat. Namun dia dapati kesan itu telah di tutup dengan baik menggunakan make up. Lagipun gadis di depannya ini adalah orang yang telah menyelamatkan nyawa Hayden.

            "Kalau kau ada pen...sudah tentu kau ada pensel untuk aku gunakan.."ujar Noah Bersama senyuman boyish di bibir. Senjata yang selalu dia gunakan untuk pikat gadis.

             "Sudah tentu tak...saya tak ada pensel."tipu Rossie. Mesti la dia ada pensel, namapun pelajar kan, kelengkapan asas mesti la lengkap. Tapi itu tak bermakna dia akan berikannya kepada Noah. Lelaki ni anak orang kaya takkan la sebatang pen pun tak ada?Pelik-pelik je perangai!

               Noah melentokkan sedikit kepalanya ke sisi, dia berkata. "Oh..come on Darlin'....what your problem with me?"

Hampir hendak ketawa Rossie dibuatnya. Mahu berdekah-dekah pun ada supaya Noah takut padanya dan takkan bercakap lagi dengan lelaki ini lagi,tapi tidak, perasaannya itu dikawal sebab dia sedang kuliah.Baru sahaja dia membuka mulut hendak bersuara, tiba-tiba, Noah di tarik ke belakang dan lelaki itu bersandar pada kerusi secara paksa.

             Hayden yang tarik Noah begitu. Masih lagi memandang ke depan, dia berkata. "Jangan dekat dengan dia..kau dapat tempias malang dari dia nanti.."ujarnya bernada mendatar.

Menjegil bulat mata Rossie. The heck!Betapa tergamamnya dia bila dengar komen itu. Malang?Isy! Sambil mencarut di dalam hati, dia kembali memandang ke depan dan fokus pada kelas. Elok buku dia dicatat nota, terus ditukar kepada lukisan dan tomahan tidak Sukanya terhadap Hayden di situ.

            

           Noah pandang tepi muka Hayden, dia tersengih sendiri. "Possesive enough huh?"  bisiknya sambil letak tangan di tepi mulut ketika berkata.

Hayden tidak membalas, dia alihkan perhatiannya dari layar putih ke belakang kepala Rossie. Dia jeling gadis itu seketika sebelum pandang ke professornya semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience