Bersama linangan air mata, Tania pandang wajah pucat Rossie dalam keadaan menggeletar di seluruh badan. Sampai sejuk tapak tangannya kerana takut dengan apa yang dia dapat tahu! Rossie telah diculik oleh Ryan dan lelaki itu berniat mahu menjual kawannya ini demi wang. Bukan setakat itu je...Rossie malah di racun! Mujur la Hayden Berjaya dapatkan Rossie sebelum apa-apa yang lebih buruk terjadi.
Kini mereka berada di hospital. Tengah-tengah malam lagi. Disebabkan kes Rossie kes kecemasan, dapatlah mereka ada di situ menunggu buat sementara waktu.
"Awak beritahu saya kos perubatan Rossie. Saya akan bayarkan semula."beritahu Tania dengan perlahan saat termenung memandang muka kawannya itu.
Hayden yang sedang berdiri di seberang katil membalas. "Tak payah."nadanya mendatar. Kepala dia waktu itu sedang berkira-kira apa agaknya dia nak buat pada Ryan selepas lelaki tu ditangkap. Hendak di bunuh depan mata Rossie atau seksa lelaki tu sampai lelaki tu mintak mati?Sumpah dia marah sangat sekarang ni!
Teresak-esak tanpa suara, Tania mengangkat kepala. Memandang Hayden dengan kening mencerlung. "Apa salah Rossie?Kenapa dari dulu sampai sekarang tak ada yang mudah untuk dia?Sepanjang perkenalan saya dengan dia...sekali pun saya tak pernah nampak dia ketawa...balik-balik air mata je yang menghiasi wajah dia?"tanya dia dengan sebak.
Noah di belakang Tania memandang belakang kepala itu dengan renungan yang tidak dapat ditafsirkan. "Mana family Rossie?"
Soalan itu buatkan mata Tania naik memandang mata Rossie yang sedang terpejam itu. Air mata menitis turun dari kelopak. "Dia anak yatim...Rossie membesar di rumah rumah anak yatim sejak kecil. Dia ke sini dengan bantuan biasiswa...kemudian kami berjumpa dan sejak tu kami berkawan baik" teringat dia moment sewaktu dia sakit dan cedera kerana luka bermain bola jaring. Rossie la yang menjadi tangan dan kaki dia. Sekalipun tidak pernah dia dengar Rossie mengeluh apa lagi meminta balasan.
"Sejak bila Ryan buat Rossie macam ni?"tanya Hayden pula. Dia menyilang tangan ke dada sambil berkerut kening.
"Mereka berdua mula bercinta sejak dua tahun lepas, awalnya Ryan baik je...tapi lepas setengah tahun tu tiba-tiba je Rossie balik dengan kesan Lebam dan bengkak. Dan hal tu berlanjutan sampai ke hari ni"
Noah pandang ke Hayden sambil buat muka. Even dia seorang samseng, tak pernah sekali pun dia angkat tangan ke mana-mana perempuan. Begitu juga dengan rakan-rakannya yang lain.
Termasuk Hayden. Bukan mereka yang dekati perempuan dahulu tapi perempuan yang mahukan mereka. Mereka pun ikutkan sajalah. Kalau mereka nak putus mereka putuskan.
"Dia tak mintak putus?Rossie?"soal Noah lagi.
"Mintak...tapi Ryan berkeras untuk teruskan relay mereka...dan setiap kali Rossie minta putus mesti dia kena belasah dengan Ryan..."Tania genggan jari jemari Rossie dengan erat. Berharap dapat hangatkan tangan dingin kawannya itu.
Hayden mengangguk kepala tanda perbualannya itu selesai. "Okay..thanks sebab share..better kau balik ke apartment kau. Biar Rossie yang tengokkan. Noah hantarkan kau.."
Tania palingkan kepala. Dia pandang ke muka serius dan dingin Hayden Bersama perasaan campur baur. "Boleh saya tahu kenapa awak buat semua ni demi Rossie?Adakah sebab awak berhutang budi dengan dia tentang apa yang terjadi pada 3 tahun lepas?"
Mata Hayden menilik wajah letih dan blushing Tania yang baru menangis untuk beberapa ketika. Giginya di ketap pada masa yang sama. Itu adalah satu daripada sebabnya. Hutang darah patut dibayar dengan darah. "Kalau aku cakap yang aku sukakan dia, kau percaya tak?"soalnya pula.
Kening Tania terangkat tinggi. Dia terkejut mendengarnya. "Huh?"nganganya tanpa sedar.
Sebenarnya Hayden sudah pun meminati Rossie sejak kali pertama dia Nampak Rossie di kolej sewaktu hari orientasi. Awalnya dia minat sebab gadis itu yang selamatkan nyawa dia. Tapi selepas itu minatnya bertukar menjadi suka apabila dia dapati Rossie bukan gadis yang dia kenali.
Ikutkan hati dia mahu saja jadikan Rossie teman wanitanya dari dulu lagi. Namun apabila dia mengenangkan latar belakang dia yang berisiko tinggi, Hayden tidak mahu letakkan Rossie dalam bahaya. Nak tak nak dia pendamkan perasaan crush dia terhadap Rossie.
Sampai la berita Rossie telah bercinta dengan lelaki lain. Dari situ la dia pendamkan perasaannya dan perhatikan Rossie dari jauh sahaja.
Noah yang dengar membuat muka serba salah. dia faham apa yang Hayden rasakan waktu itu. Jadi anak kepada seorang mafia dan ketua jenayah terbesar bukanlah perkara mudah.
Setiap masa ada mata yang memerhati, nyawa sentiasa berada di hujung tanduk. Bila-bila masa boleh jatuh. Rossie adalah kelemahan Hayden. Dan kawannya itu tidak mahu sesiapa tahu mengenainya!
"Mari kita balik Tania...aku hantar kau.."ajak Noah setelah itu. Dia pegang bahu itu untuk di pimpin bangun.
Masih dalam keadaan terpinga-pinganya Tania pun bangun. Perhatiannya terarah pada Hayden ketika itu. Mendengar kenyataan Hayden suka pada Rossie adalah berita paling tergempar baginya. "Saya ingatkan awak dah lupakan Rossie lepas apa yang dia dah buat untuk awak?"tanya dia.
"Kenapa kau cakap macam tu?"tanya Hayden dengan kening berkerut.
"Awak tak pernah tegur dia atau bercakap dengan Rossie apa lagi ucapkan terima kasih pada dia setiap kali kita bertembung. Kenapa sekarang?"kening Tania pula yang berkerut kerana dia bingung.
Masa itu la Hayden tersenyum, menampakkan lekukan lesung pipit manis di pipi kirinya. Dia pandang ke Rossie sebelum berkata. "Nak buat macam mana...bila dah benci terus jadi suka.."
Share this novel