Chapter : 73

Crime Completed 13688

7

Senyap yang menenangkan dua orang itu duduk melepak di atas sofa ruang bacaan menelaah. Hayden yang sedang duduk di tengah sofa, Rossie duduk bersandar pada penjuru dengan kaki dilunjurkan atas riba lelaki itu.

Hampir sejam mereka di situ sejak pulang dari kampus menghadiri peperiksaan.

          "Lapar la.."ngadu Rossie saat menggigit hujung pena meneliti formula jalan kira di buku latihannya.

          "Nak order?"balas Hayden. "Aku malas nak keluar...jalan bersalji..sejuk lagi tu."dia pandang ke Rossie.

          "Apa yang sedap?"Rossie ikut sama mengangkat kepala. Menurunkan bukunya saat pandang Hayden.

          Sambil tersengih, Hayden letakkan bukunya ke tepi. "Aku?"balasnya.

          Terus Rossie membuat muka kengerian sebaik mendengarnya. "Isy...ke situ pula. Bukannya kenyang saya makan awak.."katanya dengan sengih mahu ketawa.

           "Kenapa pulak...tak cuba mana tahu kan.."terus Hayden pegang kaki Rossie yang ada di ribanya sebelum di rentap sehingga gadis itu jatuh terbaring di atas sofa.

Rossie menjerit kecil kerana tersentak akibat tubuhnya terlentang di atas sofa itu dengan mengejut. Belum sempat dia hendak berbuat apa-apa, Hayden sudahpun berada di atasnya. Menggunakan tenaga la lelaki, Hayden dengan mudah mengunci kedua-dua belah pergelangan Rossie guna satu tangan. Dia bawa ke atas kepala gadis itu.

            "Baru aku teringat beberapa hari ni kita jarang bermesra ya tak?Kau dengan buku kau...aku dengan hal aku.."sengih Hayden dengan meleret.

            Sambil ketawa, Rossie cuba bergerak hendak meronta tetapi kaki Hayden telah menghempap bahagian bawah badannya yang mana hanya buatkan dia hanya mampu gerakkan hujung jari dan kepalanya saja. "Jangan sampai saya smack down awak nanti Hayden!Bangun!"katanya dengan geram.

            "Hahah...smack down?Siapa?Kau nak smack down aku?"ketawa Hayden yang mengeratkan cengkamannya pada pergelangan tangan Rossie. "Nak terbalikkan aku pun tak larat inikan lagi nak smack down aku.."

            Keningnya mencerlung tidak puas hati. Suka hati je nak kutuk dia!Bukannya tak larat cuma tak sampai hati. Hayden apa la tahunya!Tahunya nak menyakat dia!Menjengkelkan dia lagi ada la!"Arghh!!!!Lepas!Lepaskan saya!Awak berat!"jerit Rossie main-main di situ.

Enggan melepaskan Rossie, Hayden tunduk menyembamkan mukanya ke tepi telinga Rossie lalu menggigit cuping gadis itu kerana geram.

Meledak ketawa Rossie di situ kerana kegelian dibuat gigitan itu. Kakinya meronta-ronta mahu melepaskan diri. Tetapi Hayden malah ketawa bila Rossie mengeliang geliut di bawahnya.

            "Mana adil macam ni!"marah Rossie sebelum gerak mahu menggigit bilah bahu Hayden, tapi tidak sempat apabila tangan Hayden merayap di bawah pinggangnya sebelum jari jemari tu bergerak mengeletek dia. "Arghh!!!!"

            "Hahahah."terkekek-kekek Hayden ketawa bila dengar suara kelakar Rossie bila gadis itu menjerit. Crack habis! "Cakap I love you dulu dekat aku..baru aku lepaskan kau.."

            Sambil ketawa Rossie pandang Hayden dan pada masa yang sama dia cuba Tarik tangannya dari cengkaman Hayden yang ada di atas kepalanya waktu itu. "I love you...I love you Hayden..."sebutnya dengan laju kerana tidak cukup oksigen hendak bernafas.

            Mendengar ucapan itu buatkan Hayden tersenyum lebar menampakkan lekukkan di kedua-dua belah pipinya. Barulah dia berhenti dari menggeletek Rossie. "Kalau macam tu kahwin dengan aku.."ajunya sambil bangun dari atas badan Rossie dan Tarik gadis itu bangun sama.

           Tercungap-cungap seperti apa dengan rambut kusut masai dan muka kemerahan, Rossie pandang Hayden. Terkejut. "Huh?"nganga dia sejurus itu. Lupa terus rasa mengah dan penat ketawanya.

          Tangan Hayden gerak mendapatkan pinggang  Rossie, menarik gadis itu supaya bersila rapat padanya. Dia bawa kakinya ke tepi lalu memerangkap Rossie di celah kakinya. "Kahwin dengan aku.."lafaz dia tepat memandang mata itu.

           Mulanya Rossie agak terpinga-pinga mendengar pelawaan itu. Dia lost sekejap sampai perlu double take dengan apa yang dia dengar sebentar tadi. "Awak ajak saya kahwin atau awak lamar saya sekarang ni?"tanya dia cuba dapatkan penjelasan lebih jelas.

           "Dua-dua.."senyum Hayden lagi. Jelas di wajah itu terpancar sinar bahagianya. "..tak payah besar-besar pun. Bagi ayah tengok pun dah kira cukup."

           "Bila?"kening Rossie terangkat tinggi.

            Mata Hayden gerak kanan dan kiri seperti mengagak sesuatu sebelum pandang Rossie semula selepas yakin."Sekarang pun boleh.."

          "Serius la?"melopong Rossie dibuatnya.

           Hayden melentokkan sedikit kepalanya ke tepi. "Memangnya aku tak pernah tak serius ke selama ni?"

         "Hahahaha...isy..tapi kita tak prepare apapun.."Rossie memukul manja dada Hayden sambil buat muka tak percaya. "Jangan buat lawak dekat sini.."

          "Tak payah...beli cincin daftar sijil kahwin kemudian lafaz ikrar depan ayah...lepas tu settle la..nak tak?" dengan mudah Hayden merumuskan segala urusan perkahwinan mereka itu.

            Rossie pandang Hayden dengan sengih di bibir kerana begitu terpana terhadap sikap Hayden yang bersahaja tetapi menawan hati lelaki itu. "Jom...kita kahwin."ajaknya sambil pegang tangan kanan Hayden yang ada di pehanya ketika itu.

            Tahu yang Rossie akan bersetuju, Hayden berkerut hidung saat tersenyum. "Comel la kau ni!Ni yang makin sayang ni.."terus dia pegang kedua-dua belah pipi itu sebelum membawa muka itu dekat padanya untuk dikucup. "Terima kasih untuk semuanya.."ucapnya sambil tu.

             Rossie tersenyum sambil memegang tangan    yang ada di tepi mukanya waktu itu. Dia pun berterim kasih yang amat sangat! "Kata nak kahwin..jom la.."ajaknya setelah itu.

              "Ya-ya...jom..Pakai baju biasa je.."Hayden pegang tangan Rossie lalu turun sama dari sofa itu.

             "Nak beritahu ayah awak tak ni?"

              "Tak apa...kita beritahu masa nak ke pejabat pendaftaran nanti.."

             "Serius la..kita nak kahwin..rasa macam tak percaya je.."

             "Ya serius la...ingat aku ajak kau main pondok-pondok ke sekarang ni?"

Dua orang jalan beriringan keluar dari bilik bacaan itu. Hayden merangkul bahu Rossie sementara Rossie memeluk belakang badan itu, Menunjukan perbezaan ketinggian antara dua orang itu. Seorang tinggi melampai seorang lagi hanya takat paras bahu itu sahaja.

             "AHAhahahah!Best betul la!Kalau ada anak nanti saya nak ceritakan dekat mereka la!"meledak ketawa Rossie sambil dongak memandang ke atas. "Kartun betul la kita nimana orang kahwin bila di ajak kahwin sekarang terus kahwin sekarang"

             Hayden palingkan kepala. Memandang ke Rossie sebelum di cuit hujung hidung tu. "Belum apa-apa lagi dah fikir anak...gatal jugak kau ni ya!"

              "Betul apa saya cakap.."

Suara ketawa dan bicara Rossie serta Hayden memenuhi ruang rumah agam itu. Membuatkan keadaan rumah itu menjadi ceria dari sebelumnya.

~Tamat~

Share this novel

Mawar Laharu
2024-05-14 13:38:22 

Akhirnya bahagia milik mereka.... tahniah best

DHIA ARYA
2024-04-14 00:55:36 

Br hbis bc. Best sgt2. Teruskan brkarya Author ?

Hawani Hashim
2023-11-17 23:38:57 

The end marathon baca hihihi


NovelPlus Premium

The best ads free experience