Jam digital di night stand sebelah kanan katil menunjukkan waktu sudah masuk jam tiga pagi. Namun orang yang sedang baring di situ
tidak berniat hendak terlelap walaupun badan dan otaknya sedang letih. Disebabkan banyak perkara yang berlegar di dalam kepalanya, dia ambil keputusan untuk bangun dari situ.
Flik!
Lampu stand kecil di atas almari sebelah katil bernyala. Membias sedikit cahaya ke ruang yang gelap itu.
Hayden kerling ke Rossie yang sudah terlena tanpa sedar di sebelahnya ketika itu. Niat gadis itu hanya mahu menemani dia, sekali tu Rossie yang terlena terlebih dahulu. Dengan berhati-hati tangan yang sedang memeluk sekeliling dadanya di alihkan.
Berjaya saja dialihkan tangan itu, Hayden menarik selimut naik ke leher Rossie. Setelah itu dia dekati meja solek di sebelah almari. Menggunakan sixthsense tanpa terlanggar apa-apa atau hasilkan bunyi ibarat seorang pencuri berpengalaman. Sampai saja di kerusi di situ Hayden mencapai kotnya. Di dalam kot itu ada telefon.
Dia ambil telefon itu dan gerak ke balkoni kecil bilik Rossie. Sesenyap yang mungkin dia tolak slidding door itu ke tepi sebelum melangkah keluar. Sempat juga dia kerling ke katil dimana Rossie sedang terlena. Berharap gadis itu tidak terjaga gara-gara dia.
Yakin yang dia tidak menganggu lena kekasihnya, barulah pintu slidding itu di tutup semula. Hayden berdiri menghadap balkoni tersebut sambil tunduk menyentuh itu dan ini di skrin telefonnya. Mencari nama Noah.
Sejak awal lagi dia mahu hubungi rakannya itu, tetapi tidak kesampaian kerana kesibukan yang merundungi harinya sepanjang masa itu!
Apabila nama Noah di temui, ibu jari yang bercincin platinum itu menyentuh butang hijau sebelum telefonnya di tekap ke telingaa sesaat kemudian.
Tut!
Tut!
Sedikit lama, hanya nada panggilan yang menyapa telinga Hayden. Waktu itu sudah pelbagai perkara yang bermain dalam fikiran Hayden. Tapi dia diamkan saja kerana enggan hilang kawalan dan rasionalitinya. Kalau fikirannya tidak jelas, maka dia tidak akan mempunyai vision yang jelas.
"Hello?"suara Noah kedengaran akhirnya.
Mata Hayden terus tunduk memandang ke pemandangan tingkat bawah balkoni itu. "Kau dekat mana?"
Senyap tiada jawapan.
Rahang Hayden berketik, urat belirat mula timbul di permukaan leher kerana dia menyirap dengan sikap tidak guna Noah. Boleh pulak mamat sengal ni buat pekak!
"Kau tahu Hardin meninggal dunia?Majlis pengebumian dia tengah hari tadi?"tambah Hayden lagi bernada tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku. "Kau tahu apa yang berlaku pada dia?"
"Tahu...aku ada tadi masa dia dikebumikan.."jawab Noah dengan mendatar.
Dengusan mengejek lepas dari hidung Hayden. Lidahnya bergerak-gerak di tepi bibir kejengkelan. "Oh really?Kenapa aku tak Nampak kau dekat situ?Asal tak join kita orang sekali?"
Sekali lagi Noah tidak berkata apa-apa. Senyap sunyi sahaja latar belakang panggilan tu.
"Asal?Kau diam?Dah bisu terus?Ke kau bersalah lepas apa yang kau buat pada Hardin?"seloroh Hayden berbaur seakan hal itu lucu untuk dikatakan. "Chill la..bukan kali pertama kau bunuh orang...kematian Hardin bukan apa-apa buat kau..."
"Kau nak apa sebenarnya ni Hayden...kau ada bukti ke aku punca kematian Hardin?"
Hayden tarik nafas dalam-dalam lalu di hembuskan dengan panjang saat pandangannya terarang ke langit malam pula. Bintang penuh tapi bulan tiada. Angin musim luruh pula semakin dingin dari kebiasaannya.
Share this novel