Setelah bertemu dengan ayah Hayden, lelaki itu beri makan malam Bersama Rossie yang dimasak oleh tukang masak keluarganya. Oleh kerana dia berniat hendak membiarkan Rossie tinggal Bersama dengan dia, Hayden tidak menghantar Rossie pulang ke apartment gadis itu sebaliknya dia menyuruh Rossie bermalam di kediaman keluarganya itu.
Ditengah malamnya, lena Rossie terjaga apabila gadis itu sedar kerana mahu minum. Oleh kerana tiada air di dalam bilik tidurnya, dia gerak keluar dari bilik tidur berniat hendak dapatkan air minumannya sendiri. Disebabkan rumah itu terlalu besar dan luasnya ibarat sebuah istana, ianya agak mengambil masa untuk Rossie menemui dimana keberadaan dapur atau sumber air untuk diminum.
Rossie biarkan sahaja firasat dia yang membawa dirinya merentasi koridor di situ sehingga la dia tiba di sebuah tangga batu. Berasa lega kerana akhirnya dia temui jalan, kakinya dengan ringan di atur menuruni anak tangga di situ.
Namun dia silap!
Sebaik saja Rossie tiba di lantai bawah dan membelok ke kanan tangga, dia di sambut dengan pemandangan dimana beberapa orang lelaki bersut hitam sedang berdiri di atas alas plastik yang seoertinya penuh dengan darah. Dan di tengah-tengah hamparan plastik itu berdirinya Hayden dalam keadaan tidak berbaju tetapi berseluar. Dan lelaki tu sedang memukul seseorang dengan besi besbol di tangan.
Kaku kejung Rossie melihat scene itu.
Matanya tidak berkedip dari pemandangan ngeri itu. Bukan ada satu jasad tetapi beberapa lagi sudahpun terlentang di situ tidak sedarkan diri.
KELENTUNG!
Besi besbol yang dipegang Hayden terjatuh di atas lantai dalam keadaan bengkok dan kotor dengan kesan darah. Dan tangan yang memegangnya juga ikut terpalit dengannya.
Lelaki itu kemudiannya kesat peluh dari dahi dengan belakang tangan dalam keadaan termengah-mengah. Mengah dia belasah 'sampah' yang cuba buat hal ikut suka tanpa kebenaran dia. Mujur la dia sempat hapuskan mereka.
"Tuan...ketua kumpulan mereka hubungi tuan.."maklum seorangd ari anak buah Hayden di sebelah dengan telefon di ajukan kepadanya.
Kepala Hayden berpaling, dia pandang telefon itu sebelum dicapainya.
"Bungkus badan dia orang ni..kemudian hantar ke geng masing-masing. Pesan dekat dia orang kalau nak edarkan dadah dekat kawasan aku mintak dia datang jumpa aku dulu.."pesannya sambil tu.
"Baik tuan."angguk lelaki itu tanpa berlengah.
Hayden menjawab panggilan itu. Tidak peduli tangannya yang melekit akan darah, terus dia bawa telefon tersebut ke telinga kiri. "Hha..baru nK call?"tanya dia saat mahu berpaling dari situ.
Rossie yang sejak tadi di situ cepat-cepat gerak berpaling mahu larikan dari situ. Tak nak Hayden tahu yang dia telah saksikan kegiatan lelaki itu.
Namun kelibat Rossie larikan diri itu sempat di lihat Hayden apabila gadis itu mula berlari mendaki tangga. Berdengus tak percaya sekejap Hayden setelah itu. Tahu yang dia dalam masalah, Hayden buat muka bengang sebelum kembali focus pada panggilannya sehingga selesai.
Sementara Rossie yang tidak ubah seperti di kejar hantu meluru ke arah bilik tidurnya tadi. Hilang terus niat dia nak minum apa lagi rasa dahaganya. Dia terus naik ke atas katil dan tarik selimut dan memejamkan matanya semula. Berharap yang dia akan lupa semua yang dia nampak pada esok pagi!
Sedang Rossie tercungap-cungap mengawal rasa takutnya ketika itu, dan mendengar bunyi degupan jantung dia berdegup kencang di dalam dada, Tangannya menggigil kerana terkejut dengan apa yang di lihat, tiba-tiba bunyi pintu terbuka diikuti dengan tapak kasut berjalan dalam ruangannya itu.
"You sleep?"tegur Hayden.
Rossie pandang dengan takut akan kain selimut yang menyelubungi dirinya. Dia tidak tahu hendak berbuat apa. Bawah bibirnya di gigit kuat cuba menghalang diri dari bersuara atau bernafas terlalu kuat. Di dalam kepala dia waktu itu sudah terbayang pelbagai perkara yang Hayden akan lakukan kalau lelaki tu tahu dia telah Nampak semuanya!
"Wakey wakey..."panggil Hayden lagi dengan perlahan namun kedengaran sangat dekat. "I know you not sleeping..."
Meremang tegak bulu roma dia bila suara tu muncul betul-betul di tepi telinganya apabila katil tempat perbaringannya itu bergerak-gerak seperti ada yang menimpa! Rossie pejam mata dia dengan erat cuba cari semangat.
Masak la dia!
Hayden tahu!
ZRAP!
Dengan mengejut kain selimut itu di rentap hingga buatkan Rossie menahan nafas terkejut hampir menjerit. Namun tidak sempat suaranya keluar, tangan itu menekup mulutnya dengan kuat.
"Arghh!!!!Lepas!Lepas!"ronta Rossie dengan tangannya cuba memukul Hayden waktu itu.
Dengan mudah Hayden naik atas badan Rossie dan pegang kedua-dua tangan itu sebelum di kunci atas kepala gadis itu dalam sekelip mata. "Stop itu Rossie!"desisnya.
Dalam keadaan tercungap-cungap Rossie pun berhenti. Dalam keadaan nya yang terperangkap sepenuhunya. Dia pandang akan Hayden yang berada di atas dia ketika itu.
"Awak la berhenti."
"Kenapa aku pulak?"
"Kenapa awak menakutkan saya macam tu!Buat terkejut saya je tahu tak!"cemberut Rossie dengan kening berkerut.
"Lah..kan aku panggil elok-elok tadi.."sengih Hayden sambil eratkan cengkamannya pada tangan Rossie sewaktu merasai Rossie cuba memulaskannya hendak bebaskan diri.
"Elok celah mana...awak panggil macam psychopath macam tu!Turun dari saya!Lepas sekarang!"gelutnya yang cuba menarik tangannya. Dah la berat duduk pula dekat pinggang dia macam tu!
Share this novel