Air mata jatuh menitis dari kelopak matanya sebelum ia mengalir perlahan ke pipi sewaktu Rossie bertentang mata dengan Hayden. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa leganya dia waktu itu. Tak tercapai dek akal dia dengan apa yang baru terjadi.
Hayden berdiri di situ dengan tangan terseluk dalam poket hoodienya. Sikit pun tidak terkutik dengan tindakan yang dia baru lakukan. Kemahiran MMA dan Muay Thai dia tidak pernah mengecewakan dia!
"Be-berani kau kan?"lelaki buffy itu bangun."Kau tahu tak dengan siapa kau cari pasal sekarang!?" Lepas berdiri dia pandang Hayden dengan muka samseng dia. Berani betul Budak hingusan ni cari pasal dengan dia.
Rahang Hayden berketik sebaik mendengar kata-kata itu, "Memangnya penting ke untuk aku tahu siapa kau?Sedangkan kau yang patut tahu siapa aku dekat sini?"tanya dia sambil turunkan hood sweater dari kepalanya dan topi dikepalanya di tanggalkan. Mendedahkan rupa sebenar dia pada lelaki samseng di hadapannya.
Muka lelaki buffy itu terus berubah, matanya terbutang luas penuh ketakutan. Mulutnya terbuka tutup bergelut hendak bersuara tetapi tidak dapat, Keningnya terangkat tinggi kerana begitu tergamam!
Hujung bibir Hayden terjungkit sedikit. Tahupun takut.
"Pergi senyap-senyap."katanya sambil menjuih dagu ke arah pintu kaca 7e itu. " Atau kau nak aku yang tolong senyapkan untuk kau."Hayden berkata dengan nada tenang mendatarnya. Renungan tidak berminatnya terarah pada lelaki tersebut.
Berasa seperti nyawa di hujung tanduk, lelaki itu cepat-cepat mengangguk kepala dan terjengket-jengket keluar dari premis itu. Itu adalah anak kepada ketua mafia yang berpengaruh di tempat dia, Tak tahu pulak dia yang gadis itu adalah kenalan Hayden!
Hayden perhatikan langkah lelaki itu sehingga kelibat itu tidak lagi kelihatan. Bila dia berpuas hati barulah dia palingkan kepala ke Rossie. Melihat betapa traumanya gadis itu buatkan dia melepaskan keluhan letih saat mendekat.
"Apa masalah kau ya?Asal jumpa je mesti ada masalah...."bebel Hayden sambil tu.
Menyedari yang muka dia terdedah, Rossie cepat-cepat angkat lengan. Menutup mukanya dengan lengan dia. Habis la!Mesti dia kena bahan nanti dengan Hayden. Kenapa la nasib dia selalu malang kalau bertembung dengan Hayden! Macam tak guna je!
"Mana saya tahu"jawabnya setelah itu.
Berdiri sahaja Hayden di depan Rossie, topi yang dia pakai tadi di letakkan atas kepala Rossie. Setelah itu hood sweater yang dipakai ROssie ketika itu di bawa naik ke atas kepala itu. Menyembunyikan wajah Rossie yang terdedah itu."Tak payah nak tutup...aku dah nampak.."
Rossie berdiri di situ tidak mengatakan apa-apa kerana tidak tahu hendak berkata apa setelah apa yang dia saksikan di depan matanya secara langsung tadi. Rasa macam tak percaya pun ada! Dia ingatkan Hayden dah pergi tadi. Tak sangka pulak lelaki tu yang menyelamatkan dia. Harapnya tiada siapa tahu la kejadian ni! Kalau ada yang tahu, Malu la dia nanti!
Mata Hayden terarah pada Lebam di muka Rossie untuk sesaat. Keningnya berkerut sedikit kerana ingin tahu. Tetapi tidak terluah. Dia pendamkan saja persoalannya itu kerana ianya bukan urusan dia untuk tahu! Hairan dia!Kenapa la setiap kali bertemu Rossie, gadis ini pasti akan dalam masalah?
"Terima kasih.."ucap Rossie yang akhirnya sedar dari terkejutnya.
Hayden tidak membalasnya. Dia tunduk mengutip bakul dan barang Rossie yang bersepah di lantai itu. Selesai mengutipnya, dia pandang ke Rossie sambil serahkan bakul itu.
"Lembab."komen Hayden dengan menyampah.
"Diamlah!"
Tangannya yang sedang menggigil itu digagahkan Rossie untuk diangkat. Bila dia hendak cengkam pemegang bakul itu, tidak semena bakul itu di turunkan ke bawah. Buatkan dia angkat kepala memandang terkejut ke Hayden. Lelaki ni bergurau ke!?
"Apa ya-"
"Ah...Sudah la..biar aku pegang. Kau ni kan...hisy!Menyusahkan tahu tak!Cepat bayar...pastu aku teman kau balik.."sentap Hayden dengan kasar. Dia berlalu ke kaunter bayaran tanpa menunggu Rossie mengikutnya.
Kecil hati Rossie bila dengar.Tapi dia tak cakap banyak sebab kira untung la Hayden nak tolong dia. Kalau lelaki tu tak ada, entah apa la nasib dia tadi!
"Buat apa lagi tu...cepat la sini!"panggil Hayden lagi apabila menyedari gadis itu tidak mengekori dirinya.
Maka kalut-kalut la Rossie mengejar langkah Hayden hingga ke depan kaunter pembayaran. Dia buat pembayaran dengan segera lalu keluar dari situ. DIa di bawa ke tepi jalan dimana sebuah kereta terparkir di situ. Berdiri sahaja di tepi kereta mewah lelaki itu, perutnya mulai memulas.
Memang cantik!Hampir terliur dia menengoknya.
Kereta pun boleh nampak seksi kan?
"Kau tengok je la pintu tu...bukannya dia boleh bukak sendiri.."tegur Hayden waktu itu.
Rossie pandang menyampah ke Hayden. Lelaki tu tak ada lembutnya langsung. Kalau dengan spare part lelaki tu boleh pulak berlembut, kalua dengan dia kenapa tak boleh. Bias betul. "Tak apa...saya jalan kaki je. Tak jauh mana pun apartment saya dengan tempat ni...awak balik la."tolaknya serta merta.
Hayden buat muka sambil menjungkit kening sebelah kirinya. "Serius?"soalnya. "Kau nak lelaki samseng tadi datang cari kau lagi?"
Rossie menjungkit kening dengan tinggi, bulu roma dia meremang tegak selepas dengar. Tak payah la di ungkit semula. Tahu la dia.
"Kalau ya pun tak payah la marah!"
"Jangan nak banyak bunyi. Masuk." arah Hayden.
Buat seketika, Rossie teragak-agak di situ, Namun bila terbayangkan lelaki menakutkan tadi tu, dia terus buka pintu kereta tu. Dan masuk ke dalam tanpa berlengah lagi. Disebabkan kereta itu kereta mahal, dia nak duduk pun berhati-hati. Takut kotor atau tercalar pulak nanti. Naya nak membayar ganti ruginya!
"Pakai seatbelt.."pesan Hayden apabila lelaki itu selesakan diri di seat driver.
Rossie menurut dengan patuh. Dia pusingkan kepalanya ke tepi kerusi itu. Hendak mencari seatbelt. Bila dia jumpa, tali hitam itu cuba ditarik, tetapi ianya tidak mahu bergerak. Jadi dia berikan sedikit tekanan pada tarikannya itu, namun tetapi juga tidak berganjak.
"Dah kenapa pulak?Takkan pakai seatbelt pun tak reti?"sungut Hayden di sebelah.
Hampir meledak hendak meninggikan suara di situ, Rossie gerak hendak palingkan kepala ke sebelah, mahu meleteri lelaki itu juga. Suka hati je nak membebel!Mana la dia nak reti kalau kereta tu kereta mahal dan edisi keluaran terbaru! Kang, dia rentap kuat-kuat marah pulak!
Sekali tu, sewaktu Rossie berbuat begitu, secara tiba-tiba, Hayden merapat pada dia dan lelaki itu bantu dia tarik seatbelt untuknya. Hampir berselisih wajah. Secara reflex dia terus sandar ke kerusi dengan muka 'What the hell is going on?'. Rossie diam menahan nafas di situ sehinggala Hayden selesai memakaikan seatbelt untuk dia.
Fuhhh!
Dekat sangat ni!
Bahaya betul!
"Benda senang pun tak boleh nak buat...nama je pelajar dekan benda simple pun tak boleh nak handle."sungut Hayden.
Menyirap dia semasa dengar. Mulut tu memang mintak dijahit agaknya. Tetapi dia telan semua rasa dan kawal dirinya sebaik mungkin. "Terima kasih.."ucap Rossie buat kesekian kalinya.
"Dah la...kau tak payah nak berterima kasih...menyampah la aku dengar! Lagi-lagi dengan kau.." balas Hayden sewaktu dia mula memandu.
Rossie buat muka menyampah dia bila dengar. Hish!Nanti ada pulak yang kena makan penumbuk dengan dia kejap lagi ni!"Alah...macam la aku tak menyampah dengan kau!"cebiknya di dalam hati sambil menjuling mata secara sembunyi.
Share this novel