Chapter : 7

Crime Completed 13688

Pintu peti ais terbuka sebelum dua buah air kotak dicapai keluar lalu di letakkan dalam bakul kecil yang tergantung di lengannya. Setelah itu pintu peti sejuk itu di buka sebelum mengeluarkan satu bekas yogurt perisa strawberi.

Selesai membeli minuman dan dessert, Rossie berpaling ke rak dimana mee segera di pamerkan. Mendongak dia sekejap dekat situ saat menilik jenis brand mee segera yang tersusun dalam cup di rak itu. Dia berkira-kira hendak makan perisa pedas sangat atau sederhana pedas atau terpaling pedas yang meletup.

Malam-malam dan dalam keadaan hujan itu kalau makan benda pedas sedap juga! Mujurla kedai 7e hanya berhampiran dengan apartmentnya, Dapat la dia ke situ.

Gara-gara malas hendak memasak dan bosan memesan makanan dari luar, Rossie dan Tania ambil keputusan untuk beli makanan segera sahaja. Awalnya Tania ajak Rossie, tapi sebaliknya Rossie yang pergi sebab Tania memerut lama sangat di dalam bilik air.

Dan akhirnya, dia pun berada la di premis 7e ketika itu.

          "Kau nak perisa apa?"tanya Rossie melalui earphone yang terpasang di telinganya. Sedang dalam panggilan bersama Tania di rumah. "Yang pedas atau biasa?"belek dia sambil tengok bekas mee segera cup yang ada rak paling atas sekali. Lenguh tengkuk dia lama-lama mendongak.

Tania di dalam panggilan menyampaikan pesanannya.

Rossie dengar dengan tekun sambil belek mee segera cup di situ.

Ketika itu la beberapa orang pelanggan masuk, lalu melintasi lorong rak display dimana Rossie sedang berdiri. Dan apabila Rossie hendak capai maggi cup perisa ayam, pada masa yang sama satu tangan lain turut mencapainya. Maka tangan mereka pun bersentuhan.

Terkejut dengan hal itu, Rossie palingkan kepala dengan laju ke tepinya. Lantas bertemu muka dengan seseorang bertopi hitam dan mengenakan hood di kepala di situ. Mereka saling bertentang mata buat seketika.

Sikit pun tiada reaksi terkejut dari Rossie kerana perasaan terkejut dia terus berubah menjadi jengkel setelah menyedari siapakah orang itu.

Kecil betul dunia ni!

           "Saya yang nampak dulu.."beritahu Rossie dari balik topeng mulutnya yang digunakan untuk tutup wajahnya yang bengkak ketika itu. Asal la mamat sengal ni ada dekat sini?Rasanya rumah lelaki ni jauh dari tempat ni?

            "Aku yang pegang dulu."

            Isy!Kening Rossie mencerlung tidak puas hati. "Saya tak nak cari gaduh dengan awak Hayden..lepaskannya. Perisa ni tinggal satu je."

           Tanpa menunggu lama, Hayden rentap mee segera cup itu dari tangan Rossie dan berpaling. "Bukan masalah aku.."jawabnya bernada tidak peduli.

           "Lelaki tak guna!"gerutu Rossie sambil memandang belakang badan lelaki lampai berhood itu menghilang dari balik rak di situ. Anti betul! Sakit la jiwa dia setiap kali bertembung dengan Hayden. Apa saja yang keluar dari mulut lelaki tu sentiasa buatkan dia merinding kejengkelan!

Malas hendak cari gaduh mangkuk mee segera perisa cendawan di capai lalu di campak ke dalam bakul kasar-kasar. Geram punya pasal juga la dia jalan menonong ke depan dan melanggar seseorang yang kebetulan hendak belok masuk ke lorong itu dan dia pada masa yang sama mahu membelok keluar dari lorong tersebut.

Bakul yang di pegang Rossie terjatuh bersama telefon milik orang yang di langgarnya.

            "Kau apahal perempuan!Takkan jalan macam tu pun tak nampak!"bentak lelaki dewasa bertubuh buffy dan bertatu di depan Rossie pada masa itu juga. Dia tunduk kutip telefonnya yang sudah retak skrinnya sebelum pandang semula ke Rossie.

Melompat terkejut Rossie dibuat bentakan itu. Sampai kejung dia kaku tidak bergerak memandang lelaki buffy itu dengan mata terkebil-kebil bingung. Sumpah dia tak perasan!Semuanya berlaku dalam sekelip mata!

            "Habis pecah skrin aku!Mata kau letak dekat lutut ke!"bentak lelaki tu lagi.

             "Ma-maafkan saya en-encik.."ucap Rossie dengan muka takutnya. Hampir mahu menangis dia dekat situ sebab buatkan dia teringat pada Ryan. "Encik yang muncul tiba-tiba...mana saya tahu."

              "Apa kau cakap?Salah aku?Kau memang nak kenakan!"lelaki tu dengan kasar Tarik mask yang menutupi mulut Rossie. "Sini...aku tengok muka kau!"

Rentapan itu buatkan Rossie menjerit kecil kerana terperanjat akan tindakan mengejut itu. Wajahnya yang bengkak dan masih kebiruan itu pun terdedah. Tangan dia yang menggigil itu kemudiannya naik memegang kesan lebamnya. Enggan disakiti di tempat yang sama!

                 Lelaki buffy itu tanpa meminta izin menghalakan kamera telefonnya ke Rossie. "Tunjukkan muka kau tu...!Biar kau tak lari dari membayar ganti rugi pada aku nanti!" arah lelaki itu.

                 Rossie menggeleng kepala. Air mata bertakung di kelopak matanya. Betapa takutnya dia saat itu. "Maafkan saya encik...saya tak sengaja...tolong jangan ambik gambar saya."mintanya dengan dada sebu kerana ketakutan.

Saat lelaki itu mahu mencapai tangan Rossie, satu kaki muncul dari tepi lelaki itu lalu mengenai badan tersebut. Lelaki itu telah ditendang dengan tiba-tiba! Tendangan padu tersebut membuatkan lelaki buffy itu tercampak ke tepi dengan kuat.

Perlahan-lahan muncul Hayden dari tepi rak itu. Lelaki itu berdiri di situ menghadap lelaki buffy yang terbaring di atas lantai memegang rusuk yang ditendang olehnya tadi. Melihat keadaan mengerengkot lelaki buffy itu, jelas-jelas tendangan Hayden mungkin telah menyebabkan tulang lelaki itu patah atau retak, paling ringan sakit kerana sebu!

Terkedu Rossie bila melihat kejadian itu, Dia tidak dapat menjerit mahupun bersuara kerana begitu terkejut. Apa dia mampu buat hanyalah memandang ke Hadyen ketika itu.

Tanpa menunjukkan sebarang reaksi di wajahnya, Hayden palingkan kepala ke Rossie. Niat dia mahu meleteri gadis itu, namun terbatal setelah lihat wajah yang biasanya bersih tiada cacat cela kini berlebam dan kebiruan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience