"Apa??Berhenti?"
"Ha'ah.."
"Tapi kenapa tuan"
"Aku tak rugi apapun kalau berhenti."termenung Hayden memandang ke lantai. "Kau orang jangan risau..akan aku pastikan kebajikan kau orang semua terjaga. Jadi tolong la aku uruskan semuany beberapa hari ni. Sampai semua orang dapat bahagian masing-masing."
Mereka semua yang ada di dalam ruangan perbincangan itu pandang tidak sangka ke arah ketua mereka. Mereka sama sekali tidak menyangka ini yang akan terjadi. Pada masa ini lah peluang terbesar buat Hayden untuk kembangkan lagi pengaruh dan kuasa. Boleh pula Hayden hendak berhenti macam tu saja.
"Tuan yakin dengan keputusan ni?"tanya mereka lagi.
Dia tak happy buat semua ni, tapi sakit untuk tinggalkan kegiatan yang sudah sebati dalam hidup dia. Siang malam dia cuba fikirkan semua keputusan ni. Tapi kalau ianya dapat buatkan dia bahagia dan tenang apa salahnya.
"Aku dah fikir masak-masak. Hidup aku masih muda, banyak perkara aku boleh buat selain daripada lakukan aktiviti macam ni...lagipun dah lama hidup senang, apa salahnya kalau belajar jadi susah.."tambah Hayden lagi dengan senyuman sedih di bibir.
Semua orang di situ boleh nampak betapa sedihnya Hayden waktu itu.
"Kalau itu keputusan tuan. Kami turutkan saja. Bekerja dibawah tuan adalah kebesaran buat kami semua. Walaupun tuan tinggalkan bidang ini, sampai bila-bila tuan adalah ketua kami semua sehingga akhir hayat. Selain ayah tuan, tuan juga adalah orang yang kami hormati dalam dunia mafia ni.."
Kata-kata itu buat Hayden tersenyum walaupun hatinya begitu sedih sekali.
End of flashbacks
Knock!
Knock!
Pintu diketuk, sambil memegang mug di tangan, dia atur langkahnya ke dalam bilik tidur Rossie. Dan bila dia jengah, gadis itu sedang tunduk menelaah di meja belajar.
"Busy?"sapa Hayden.
Kepala Rossie tersentak. Dia pandang Hayden dengan kening terangkat. Lalu dia kerling ke jam kecil yang ada di sebelah lampu belajarnya. 2 pagi. "Bila awak balik?"soalnya sambil perhatikan lelaki itu mendekatinya.
"Baru je...aku mandi dulu lepas tu buatkan air sebab perasan lampu bilik kau masih menyala. Sememangnya Budak dekan.."sengih Hayden sambil meletakkan mug berisi nescafe panas atas meja sebelum dia tunduk melingkarkan tangan ke sekeliling leher Rossie dan mengucup pipi dan bibir itu beberapa kali melepaskan rindu.
Saat itu Rossie memegang belakang kepala Hayden sambil mengusap lengan yang ada di bawah lehernya. "Mana awak pergi satu hari ni?"tanya dia setelah itu.
Hayden berdiri tegak, dia tunduk membelek helaian kertas dan buku yang bersepah atas meja itu. Saja nak berlengah dari menjawab soalan itu. "Kerja"beritahu dia perasan dirinya di perhatikan Rossie.
Kening Rossie berkerut sedikit. Nampak sangat la kerja lebih penting dari apa-apa! "Jarang saya jumpa awak kebelakangan ni...Nampak sangat la kerja awak tu lebih penting dari apapun...dan awak minta saya stay dengan awak.."dia kembali menyambung belajarnya. Pen dan helaian kertas notanya di capai.
Sentap Haydep bila dengar, dia pandang tepi muka Rossie dengan reaksi kesalnya. "Kenapa kau cakap macam tu?"bukan nak tanya bagaimana hari dia. Malah di tuduh begitu. Terasa dia!
Rossie tidak menghiraukan Hayden, dia diam di situ menulis nota ringkas untuk subjek pentingnya. Jelas-jelas muka dia beritahu yang dia bengang waktu itu. "Awak pergi la rehat sana. Mesti awak penatkan satu hari ni kerja..saya nak study sikit. " katanya tanpa memandang lelaki itu.
Bersama dada berat seperti di himpit, Hayden pandang kecewa ke Rossie lalu perlahan-lahan undur ke belakang sehingga la dia terduduk di atas katil dengan bahu jatuh hilang semangat. Dia faham kenapa Rossie marah, tapi dia dah cuba sebaik mungkin untuk selesaikan semuanya dalam masa terdekat.
Untuk beberapa minit suasana bilik itu senyap tiada bunyi kecuali bunyi coretan pen Rossie di atas kertas. Kedua-dua mereka mendiamkan diri.
Rossie yang duduk itu perasan dirinya di perhatikan. Tapi dia sedaya upaya tahan diri supaya tidak palingkan kepala dan bersuara. Dia paksa dirinya untuk fokus.
Melihatkan Rossie tidak menghiraukan dirinya, Hayden melepaskan hela nafas mengalahnya. "Rose...kalau aku cakap aku takkan berhenti adakah kau akan tinggalkan aku jugak?"perasaanya itu ibarat seperti orang baru kalah dalam peperangan saja.
Sedih dan devastated.
Share this novel