Flashbacks
"Kalau kau diberi pilihan...apa yang kau nak jadi?Jalani hidup normal..macam putus cinta, tertekan sebab kerja, pening kepala cari duit...atau jalani hidup sebagai mafia walaupun senang dan kaya serta berkuasa, untuk tu kita kena bunuh orang kotorkan tangan sendiri dengan darah orang lain dan penderitaan orang lain."tanya Hardin kepada rakan-rakannya di situ.
Mereka yang sedang panaskan badan sebelum bersenam di dalam gim persendirian Hayden itu palingkan kepala memandang rakan mereka.
"Kenapa? kau tanya macam tu kau dah terlintas nak berhenti ke?"tanya Hayden saat merenggangkan kaki.
"Dia nak pencen tu.."sengih Izack.
"Kau tanya kita orang...kau tu pilih apa?"
Hardin tersenyum nipis. "Aku...mesti la pilih kau orang...dekat dalam dunia aku dah tak ada sesiapa kecuali kawan-kawan aku. Apa pilihan kau orang aku akan ikut... namapun kawan kan?"
Hayden yang dengar berdiri tegak lalu dekati rakan baiknya itu sebelum merangkul bahu dengan erat. "Eleh.acah sweet je kau ni!"rambut itu di kusut-kusutkan.
"Hahaha...."ketawa Izack dan Noah.
"Hei!Apa ni!Aku serius la!"Hardin tolak Hayden jauh dari dia. "Kau orang pilih la cepat..aku nak tahu.."
Bersama sisa senyuman di bibir, Hayden mencekak pinggang. Dia termenung seketika memikirkan sesuatu. "Kalau aku la kan...aku pilih hidup walaupun susah...jadi mafia dan bunuh orang ni sikit pun tak buat aku bangga"beritahunya dengan jujur.
"Kau tak nak jadi mafia lagi?"tanya Noah dengan hairan. "Kenapa?Kan senang kalau hidup macam ni?"
"Aku nak jadi orang kaya...."jawab Izack. "Hidup senang dan boleh bersuka ria..tanpa rasa tertekan..itu pilihan aku.."
"So kalau diberi pilihan...siapa yang kau akan ikut pulak?"tanya Hayden kepada Hardin selepas mereka bertiga memberi jawapan.
Dengan senyuman lebar di bibir, Hardin pandang Hayden. "Mesti la ikut kau...kalau aku ikut dia orang...jadi kuli je nanti...kalau kau nak susah, aku akan ikut susah biar kita nanti sama-sama senang.." kata dia.
"Huish!Kau orang berdua ni ada something ke?"seloroh Izack dengan sengih meleretnya. "Lain betul aku tengok."
"Kau tak tahu ke dia orang berdua ni couple...macam belangkas. Berkepit je.mana ada Hayden mesti ada Hardin. Mana ada Hardin mesti ada Hayden...nama pun seakan sama"sakat Noah pula.
"Asal cemburu ke?"Hardin menjungkit kening main-main. "Kau orang ada?"
"Tak kuasa aku nak cemburu dengan kau, angkat 25kg pun tak larat...."
"Entah tu...hari tu lari 3 km pun tak sampai 15 minit dah pancit.."
"Ohh...ngutuk aku ya?Fine...mari kita bet siapa kalah dia kena bagi satu daripada koleksi kereta mewah kau orang tu.."
"Aku tak nak eh...jangan libatkan aku dengan permainan kau orang tu.."aju Hayden yang tarik diri dulu.
End of flashbacks
Kawasan perkuburan pada tengah hari hujung minggu itu di banjiri dengan kehadiran sahabat handai dan kenalan kolej. Mereka semua terus bergegas ke situ selepas berita mengenai Hardin meninggal dunia tersebar. Beratur la mereka di sekeliling lubang kubur itu. Menghantar Hardin buat kali terakhir saat keranda itu di bawa masuk ke dalam tanah.
Ada yang meratap sedih dalam diam, ada yang termenung Bersama linangan air mata di pipi, ada yang tidak memberi sebarang reaksi sdan sekadar berdiri di situ. Ramai-ramai di situ, Hayden, Izack, Rossie, Tania, Gabby dan Gina berdiri di hadapan sekali saat petugas kubur menurunkan keranda itu.
Buat kesekian kalinya Rossie menangis tanpa suara saat perhatikan detik-detik akhir sebelum tanah mula di gambus ke dalam lubang kubur itu. Dengan erat dia cengkam lengan Tania tanpa sedar kerana gadis itu paling hampir dengannya.
Gina dalam diam menangis di dalam hati. Walaupun hanya seketika, memori dia saat Bersama Hardin sedikit sebanyak memberi kesan kepada dia. Dari tutur kata, senyuman dan layanan baik lelaki itu sudah cukup untuk buatkan dia gembira mengenali lelaki itu.
Izack yang berwajah muram tidak tidur seharian berdiri di samping Hayden Bersama linangan air mata turun dari pipi dia.
Sementara Hayden kaku berdiri di situ perhatikan tanah perlahan-lahan penuh menutup lubang tersebut. Dan apabila ia terkambus sepenuhnya, masa itu la lututnya hilang daya dan dia jatuh melutut di atas rumput menghadap kubur itu.
Melihatkan keadaan Hayden, Rossie terus berpaling ke Tania dan menyembamkan wajahnya ke bahu itu dan memeluk erat badan Tania. Selama dia mengenali Tania, kawannya ini telah berikan dia banyak memori indah dan pengalaman yang menarik. Buatkan dia terasa seperti ada keluarga dan kakak buat pertama kalinya. Walaupun semua itu hanya la penyamaran sahaja, Tania juga sudah menjadi sebahagian dari dalam hidup dia. Jadi tidak terbayang dia jika sesuatu terjadi pada Tania seperti mana menimpa akan Hardin.
Tania balas pelukan itu dengan erat dan membisikkan kata maaf pada Rossie sebelum dia ikut menangis kerana rasa serba salahnya.
Melutut sahaja Hayden di situ, Izack hanya mampu ramas bahu kawannya itu memberi semangat dalam keadaan kepala tertunduk.
Jauh di balik kerumunan orang di situ, berdirinya Noah yang sembunyi-sembunyi hadirkan diri. Lelaki itu berdiri dengan tangan diseluk ke dalam poket. Air mukanya sedikit pun tidak menunjukkan ekspresi malah renungannya juga dingin. Tidak lama dia di situ, Noah berpaling pergi dari situ tanpa disedari sesiapa.
Pada batu peringatan itu pula ditarah akan nama Panjang Hardin, tahun lahirnya hingga tahun terakhir. Dan dibawahnya tertera ayat indah yang mengingatkan sewaktu hayat lepasnya.
Sahabat yang dikasihi, Adik yang disayangi, lelaki yang dicintai
'LUKE HARDIN
1997-2021
Share this novel