"Aku tak perlukan bukti atau cari tahu punca kematian Hardin. Sebab semua tu dah lepas. Apa yang aku tahu sekarang, kau rancang sesuatu di belakang aku secara rahsia...mind to share?"sengih meleret terukir di bibir.
Dengusan mengejek kedengaran tidak lama kemudian dari dalam panggilan tu. Noah mungkin sedang tersengih mengejek.
"So kau dah tahu?"
"Mestilah."mata Hayden terarah pada tapak tangannya yang telah dibersihkan dan dibalut dengan Rossie tadi. Kemas dan bersih.
"Siapa beritahu kau?Hardin?Dah nak mati pun sempat lagi bawak mulut?"
Mengerenyit mata kiri Hayden bila dengar cemuhan itu. Tapi bibirnya masih terukir dengan senyuman. "Jangan kau berani-berani sebut nama Hardin dengan mulut lanca* kau tu!Mulut kau tu sesuai sebut bangkai je sebab itu taraf kau sekarang ni.."
"Apa kau cakap!Hei!Kau ingat aku takut dengan kau!Ingat sikit ya!Kalau bukan disebabkan aku!Kau takkan dapat pengaruh sekuat ni!Jangan ingat aku takut dengan kau, aku bukan kuli kau lagi...jadi berhenti tunjuk bossy dekat aku.."bentak Noah selantangnya.
Tiba-tiba Hayden ketawa, tetapi bernada rendah tidak lalu kuat tapi cukup untuk Noah dengar. "So kau dah declare nak berperang dengan aku lah ni?Aku baru je nak ajukan pilihan pada kau. Tapi nampaknya kau betul-betul nekad untuk jatuhkan aku"
"Deal?Apapun deal kau tu, aku takkan pilih atau setuju!Pergi jahanam kau dengan pilihan kau tu!!'
"Fine then. Kalau ini pilihan kau. Jangan salahkan aku kalau mulai hari ni kau hanya akan Nampak mayat dekat depan rumah kau nanti! Sebab aku takkan berhenti hantar free delivery ke rumah kau tu...seperti yang aku cakap dari awal...kau tu setarafnya dengan bangkai."kata Hayden dengan sisa ketawa main-mainya.
Terdiam Noah dalam panggilan tu. Mungkin dia terkedu atau bengang dek kata-kata Hayden itu.
"Sebab tu..orang kata sarang tebuan jangan di jolok, singa yang tidur jangan di bangunkan. Orang tak nak masalah, kau cari masalah.."beritahu Hayden dengan nada penuh dengan aura gelapnya.
Tidak semena Noah dalam panggilan tu ketawa besar.
"Kau ingat aku nak takut dengan kata-kata kau tu?Aku dah masak dengan perangai kau Hayden. Kau takkan berani jadi jahat kerana janji kau pada orang tua kerepot tunggu mati kau tu. Apa dia cakap...jadi mafia yang pertahankan kredibiliti penjenayah pada masa yang sama kebajikan rakyat terjaga?AHAHAHAH! Hei!Kau nak buat jahat pun berkira, ini kan lagi nak bunuh orang?"
Hayden pun apalagi, dia pun ikut ketawa la.
"Hahaha...kan betul cakap kau!Tapi kalau ayah aku tak tahu, tiada masalah. Macam kau cakap, dia dah tua kerepot dan tunggu mati...mana la dia kisah nak tahu apa aku buat.lagipun kau tu ibarat nyamuk. Bila menggigit sakit, tapi sekali tepuk dah mati." balas Hayden pula. DIa sikit pun tidak terasa atau sakit hati. Sebab marah dia menguasai semua rasa yang ada ketika itu.
"Kau me-"
"Ah lagi satu...neraka kirim salam!"sampuk Hayden serta merta sebelum dia putuskan panggilan tu. Tidak mahu beri peluang Noah balas kata dia. Sebab pelan dia adalah untuk jengkelkan lagi Noah tu!
Nak sakitkan hati dia konon!!
Jangan mimpi!
Ini Hayden Mikhael la!
Skrin telefonnya di pandang buat seketika. Berkira-kira samaasa Noah akan menghubungi dia semula atau tidak. Sekali tu tekaan dia tepat.
Noah hubungi dia semula.
Sambil tersengih jahat dia putuskan panggilan tersebut dan terus block nombor itu.
Seusai itu Hayden buat panggilan ke seseorang. Iaitu anak buahnya yang banyak melakukan kerja-kerja kotor untuk dia selama ini selain Izack, Noah dan Hardin.
Nampak je dia diam dan tidak banyak buat hal mafia, walhal dia dekat belakang rakan-rakannya, dia pun buat apa kerja mafia ni.
Take note in mind next time,
Jangan pandang orang sebelah mata,
Setiap manusia itu bertalam dua muka!
Share this novel