Chapter : 4

Crime Completed 13688

Kejadian di kelab malam tu tidak di ungkit atau dihiraukan lagi kerana tiada apa-apa yang berlaku menimpa dirinya dan rakan-rakan dia. Selepas keluar dari kelab tu, tiga rakannya sedia menunggu di dalam kereta, dan mereka semua pulang ke rumah masing-masing. Dia yang serumah dengan Tania terus ke apartment sewaan mereka.. Dan kemudian tidur.

Keesokan harinya, Rossie yang bekerja di sebuah kafe bangun awal dan mulakan tugasnya sebagai barista dan common staf untuk kafe kecil di pusat bandar. Dengan hasil dari kerjanya itu dia gunakan untuk bayar apartment dan makannya tanpa susahkan sesiapa. Selain tu dia ada juga mohon untuk pratikal di sebuah syarikat bagi program intership kolejnya.

Ingat jadi Budak straight A ni tak ada struggle ke?

Ada wei...cuma tahan tak tahan je tu soalnya.

Rossie menanggalkan apron yang dipakainya. Kemudian dia menyidai kain buruk yang digunakan untuk mengelap meja di dapur kafe tersebut. Sebelum melangkah keluar dari kafe yang menjadi tempat kerjanya hampir tiga tahun yang lalu, dia sempat melayang- layangkan gincu di bibir mungilnya.

Pintu di kuak, dan dia meninggalkan kafe tersebut. Syifnya sampai pukul 6 petang sahaja. Manakala yang selebihnya akan disambung oleh staf lain.

Begini la rutin seharian Rossie. Bekerja di kafe Mary Fleur dari seawal 8 pagi sehingga 6 petang setiap hari Jumaat hingga Ahad. Masa yang selebihnya akan digunakan untuk berjumpa dengan teman lelakinya,

Kadang-kadang dia akan pulang ke rumah jikalau tiada janji temu bersama Ryan.

Di apartment dia tinggal bersama Tania. Rakan sekolej sama course dia. Ibubapanya sudah lama meninggal dunia. Ibunya sakit menderita kanser rahim. Ayahnya pula meninggal dunia akibat kemalangan semasa dia berusia 5 tahun. Dia dibesarkan di sebuah rumah anak yatim setelah itu.

Rossie meneruskan perjalanannya sehingga tiba di sebuah bus stop. Di sini la dia dan Ryan selalu bertemu dan lelaki itu menjemputnya. Ryan mengatakan kepadanya bahawa dia ada perkara yang mahu dibincangkan. Harap-harap mereka tidak bertekak seperti hari tu lagi sudah.

Rossie duduk di kerusi panjang khas yang disediakan di stesen tersebut. Terdapat banyak kereta yang masih melalui jalan itu.  Mungkin kerana esok hari Ahad, jadi ramai yang hendak pulang awal dan ada pula mungkin bercadang keluar dari bandar itu untuk bercuti di hujung minggu.

Sedang dia melayan perasaan dengan keadaan sekeliling, telefonnya bergetar menandakan mesej dimasuk. Dia menatap skrin telefon itu dengan hati berdebar. Mesej dibuka dan dibaca.

Awak dah ada di situ?

Rossie melepaskan keluhan panjang. Dia balas mesej itu sesaat kemudian. Sebelum termenung seketika.

Pelayan menghidangkan minuman di meja mereka sebelum beredar pergi. Rossie pandang lelaki segak berbaju serba hitam di depannya dengan perasaan penuh penantian. Diam-diam tangan yang ada di bawah meja di kutil hujung jari kerana resah.

         "Mana awak pergi semalam?"tanya Ryan dengan muka poker face dan bernada mendatar.

          Rossie menahan nafas dalam diam apabila dia bertentang mata dengan teman lelakinya itu. "Kenapa awak tanya?"

          "Bila ditanya tu jawab dengan jawapan bukan dengan soalan.."

           Untuk sesaat Rossie nampak ada garisan emosi yang tidak jelas di mata itu. Entah kenapa dia rasa jauh sedangkan Ryan ada dekat dengan dia. Kenapa teman lelaki dia ni dah banyak berubah. Tak macam dulu. "Kelab...dengan Tania..Gabby.."jawabnya mahu tak mahu dalam keadaan teragak-agak.

          Ketika itulah Ryan melepaskan dengusan pendek dan sandar ke kerusi. Dia pandang muka Rossie dengan sinis. " Awak keluar tanpa pengetahuan saya...lagi?"

          Kening Rossie mencerlung. Dia sudah mengagak perbualan mereka ini tidak akan berakhir dengan baik. "Mana awak tahu saya keluar?"

          "Dari mana saya tahu bukan itu masalahbya...masalahnya sekarang, awak tak boleh dengar kata saya. Dah saya pesan jangan keluar awak masih jugak berdegil. Saya tahu awak budak pandai, pelajar contoh dan baik tatasulilanya. Dan boleh bezakan baik dan buruk..jadi tak boleh ke cuba dengar kata saya?"

           Rahang Rossie berketik.. Mula dah!Tahu toxic relationship?Well...ini la yang dia hadapi selama dua tahun ni. Bukan setakat dapat teman lelaki yang king control malah begitu mengongkong. Masakan tidak dia mahu mintak putus!Berkali-kali dia mahu putuskan relay dia ni, tapi Ryan tidak mahukannya!

           "Saya ajak awak kan.."balas Rossie teragak-agak.

           "Dan saya kata tak nak sebab saya busy...itu tak bermakna awak boleh ingkar kata saya.."tegas Ryan sambil menunding keras permukaan meja.

Terketap bibir Rossie setelah itu. Dia termenung memandang titisan air yang merintik di permukaan gelas jus orennya. Nampak menyelerakan untuk diminum, tapi tekak yang keringnya itu minta mahu menjerit di depan muka lelaki ini yang dia sudah letih dengan hubungan mereka itu!

            "Habis tu awak nak saya terperuk dalam apartment tu 24 jam tanpa berbuat apa-apa selain menghadap buku?"bidasnya kerana tidak sabar lagi. Kalau bukan mengenangkan dia di tempat awam memang tidak berani la nak melawan. Silap masa mahunya tangan lelaki tu naik ke muka dia.

            "Memang itu kerja awak kan... belajar!?"balas Ryan dengan kening berkerut. Dia tolak dirinya dari sandar dan sondong ke depan sambil merehatkan lengannya di atas meja dengan muka serius hendak marah.

Rossie berdengus tak percaya, dia buat muka funny bila mendengar komen itu.

            "Saya pun ada life jugak...ada kawan...ada minat dan hobi yang mahu di lakukan. Bukan nak ikut telunjuk awak macam lembu di cucuk hidung. Ya sudah..kalau awak tak tahan...kita putus...saya sendiri pun tak nak la bertekak dengan awak tentang hal yang sama berulang kali!"

             "Rossie!"deram Ryan penuh amaran.

              "Apa?Awak nak tampar saya?Tampar la...dah hebat sangat kan kalau jadi lelaki tu....tampar sini."tunjuk Rossie pada pipinya.Tempat selalunya jadi landing tapak tangan Ryan.

               Hidung Ryan kembang kempis, lelaki itu menggulung jari jemarinya dengan erat hingga buku ruas dia memutih. "Saya takkan putuskan hubungan kita...berapa kali saya nak beritahu. Kenapa susah sangat awak nak dengar kata saya?Kalau awak dengar kata dan jadi gadis yang baik, saya akan sayangi awak dengan baik...susah sangat ke?"soalnya.

             "Saya sanggup mati dari terus bersama awak Ryan!Berapa kali saya nak beritahu awak..!"Rossie bangun dari situ. Dia tidak betah hendak menghadap Ryan.

Pengunjung lain yang ada di restoran ada yang sempat mengerling.

             "Rossie!!"ngaum Ryan dengan berang yang turut bangun kasar-kasar lalu mendapatkan teman wanitanya. Lengan itu di cengkam kuat sebelum dia bawa mereka berdua keluar dari restoran itu.

Terkemut-kemut Rossie ketika itu, Dia cuba brek kakinya dan tarik tangan pada masa yang sama, tetapi kekuatan Ryan lebih kuat berbanding dia, jadi akhirnya dia di heret dari situ sebelum di sumbat ke dalam kereta secara paksa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience