Devastated.
Malu!
Bengang!
Marah!
Segala rasa berkecamuk di dalam dada masing-masing. Bau haruman masakan di diner menghuni seluruh ruangan itu. Suara orang hiruk pikuk bercakap dan bising dari televisyen yang sedang menayangkan siaran perlawanan baseball memeriahkan suasana tempat itu.
Ada pelanggan sedang makan dengan gelojoh di suatu sudut.
Ada juga pelanggan sedang berborak mengenai sesuatu yang ada di atas kertas di meja saat memegang telefon di telinga.
Terdapat pula pasangan kekasih duduk disamping antara satu sama lain bercumbuan di tempat awam tanpa segan silu.
Dan di tepi dinding kaca itu duduknya lapan orang lelaki dan perempuan secara berpasangan menghadap antara satu sama lain. Dua di sebelah kanan dua di sebelah kiri dua lagi di kerusi panjang membelakangkan dinding kaca itu dan dua lagi hujung meja membelakangkan pintu masuk kedai.
Nak dibandingkan dengan reaksilelaki, mereka lebih kelihatan bersahaja dan tenang.
Namun lain pula ceritanya dengan si gadis, mereka semua kelihatan bercemberut masam tidak puas hati.
"Hai handsome.."sapa gadis di meja sebelah ketika itu.
Tiga orang wanita di meja sebelah itu ketawa terkekek-kekek kerana teruja melihat empat jejaka bersebelahan dengan mereka ketika itu.
Tapi sayang, sikit pun tidak dihiraukan dengan geng Hayden sebab mereka fokus pada yang ada dekat sebelah mereka.
Hardin yang paling dekat dengan meja tu pandang mereka seketika sebelum capai gelas berisi coca cola miliknya lalu di teguk.
Noah dan Izack sejak tadi tak putus asa hendak pikat gadis di sebelah mereka.
Hidangan makanan penuh di meja itu. Si lelaki yang pesan semua itu. Bau harum dan sungguh menyelerakan. Tapi sikit pun tidak membuatkan gadis-gadis di situ gerak untuk makan.
"So?Kau dah ada boyfriend?"tanya Noah pada pasangannya, Tania.
Tania menggeleng kepala. Dia curi-curi mengerling ke Rossie. "Kami bertiga tak ada... tapi Rossie ya." beritahu dia sebagai amaran supaya tidak menyusahkan Rossie.Kawannya itu sudah cukup banyak dengan masalah yang ada.Jangan ditambahkan lagi.
"Oh really?Elok sangat la tu kan?" Hardin rangkul bahu Gina sambil tersenyum manis pada pasangannya itu.
Gina menjuling mata menyampah. Dia tolak tangan Hardin turun dari bahunya. "Tak bermakna saya sukakan awak..jadi jangan sentuh saya tanpa kebenaran!"ugutnya.
"Serius la tak ada teman lelaki?Orang comel dan cantik macam kau orang ni tak ada pasangan?"soal Izack saat pandang Gabby.
Gabby yang duduk di sebelah Izack bercemberut tidak puas hati. Dia pandang muka itu dengan jelingan tajam. Sedang berkira-kira kenapa la mereka boleh kalah dengan lelaki playboy di sebelahnya itu. "Memangnya susahkan hidup sesiapa ke?"soalnya.
Izack ketawa. "Woah...I like it...kau tahu..ramai gadis yang kita orang jumpa semuanya kalau boleh nakkan kita orang...lain dengan kau orang...benci betul pada kita orang? macam dia orang dekat meja sebelah kita?" kata dia sebelum menjuih bibir ke meja tadi.
Malas hendak mempedulikan lelaki itu Gabby capai gelas berisi jus oren lalu di teguk dengan rakus. Hendak hilangkan rasa marah yang membuak di dalam dadanya ketika itu.
"Makan lah..tunggukan apa lagi.." pelawa Noah pada mereka di situ.
Rossie di sebelah Hayden sejak tadi sudah panas punggung. Mana tidaknya, dia takut kalau Ryan dapat tahu tentang hal ni, tak ke kecoh nanti. "Awak semua makan la dulu. Biar saya bayar."katanya semasa bangun dari situ berniat mahu larikan diri.
Hayden dengan bersahaja pegang lengan Rossie. Menarik gadis itu supaya duduk semula di sebelahnya. "Bayar kemudian boleh... makan dulu."arahnya sambil tu.
"Yalah..jangan la segan..kita orang tak makan orang..."ujar Hardin dengan renungan nakalnya. "We eat beef..."ujarnya saat mengenyit mata ke Rossie.
Rossie, Tania, Gabby dan Gina buat muka jijik dengan serentak mereka berkata. "Eew..." entah apa-apa la punya perangai!
Bingai sungguh!
"Duduk je la."arah Izack sewaktu dia capai cheese stick yang ada di pinggan Gabby ketika itu. Lalu di gigit dengan berselera saat melirik ke Rossie.
Air muka Rossie jatuh. Dia mula gelabah di situ. Dengan cemas dia pandang sekelilingnya kerana risau."Kalau macam tu saya ke tandas dulu la."ngelaknya lagi. Kalau Ryan boleh tahu dia ke kelab, lelaki tu pasti boleh tahu dia duduk melepak dengan lelaki lain.
Hayden yang sudah merinding kejengkelan itu pun apalagi, dia tarik Rossie sampaikan gadis itu terduduk di ribanya dan terus dia lingkarkan tangan ke sekeliling pinggang tu.
Belum sempat Rossie hendak melawan atau bersuara, dengan sekelip mata mulutnya sudah di sumbat dengan kentang goreng oleh Hayden. Terkebil-kebil mata dia waktu itu. Tangannya naik memegang mulut.
"Makan je la,"arah Hayden tanpa memandang Rossie, setelah itu dia menyuap makanan ke mulutnya sendiri. Sedikit pun tidak kelihatan terganggu sebab bukan kali pertama dia melayani perempuan begini.
"So mulai hari ni...kau orang adalah pasangan kita orang.."beritahu Noah saat mengunyah daging panggang dan meletakkan makanan lain ke pinggan sambil tu.
"Siapa kata kami setuju...awak semua main tipu.."bidas Tania.
Semua di situ pandang ke Tania, sementara Rossie bergelut hendak turunkan tangan Hayden dari pinggangnya tetapi lelaki itu berdegil!
"Apa masalah awak ni?Lepaskan saya sekarang!"arah Rossie dengan geram.
"Duduk je la diam-diam. Makin kau bergelut makin lama la kau dekat atas peha aku."
"I hate you!"lafaz Rossie di depan mula Hayden.
Hardin berdengus kecil. "Darling..you ever heard this word?"tanya dia. "Jangan benci terlalu banyak nanti tersuka?"
Gabby menjuling matanya saat kunyah makanan seperti unta mengantuk. Dia tiada mood nak makan masa tu. "Jangan risau...aku takkan bencikan kau sangat...sebab aku takkan pernah sukakan kau.."gumamnya dengan perlahan sambil tu.
"Hahaha...comel la kau ni Gabby."puji Izack.
Gabby dan Gina pada masa yang sama buat muka kengerian. "Oh please la.."balas mereka pada masa yang sama.
Ketiga-tiga lelaki di situ ketawa kerana lucu melihat keletah dua orang sahabat itu. Senyuman terukir di bibir masing-masing hingga ada yang menampakkan kelukakn di pipi.
Mereka semua di situ berborak dan makan seperti sudah lama berkenalan. Sikit pun tiada suasana kekok di situ atau serius. Kerana gadis-gadis di situ tidak mengetahui siapakah identity empat orang jejaka yang bersama dengan mereka waktu itu.
Secara sembunyi, ada yang memerhati. Di satu daripada booth yang terdapat di situ. Memerhati kumpulan anak muda tersebut.
Share this novel