Dengan perlahan bibir pucat itu di seka untuk melembabkan yang lagi dari kering. Seusai itu dia capai beanie bersih untuk di pakaikan ke atas kepala botak ayah Hayden.
"Kamu seorang saja?Dimana Hayden?Pakcik sudah beberapa hari tidak menemui dia?"suara serak sakit ayah Hayden menyapa.
Tangan Rossie yang sibuk meyarungkan beanie ke kepala itu berkata. "Dia ada perjumpaan dengan anak buahnya lepas berita mengenai semua ketua mafia dan Noah yang cuba hapuskan dia tertangkap oleh pihak berkuasa"beritahunya dengan perlahan.
Ayah Hayden menatap wajah sugul Rossie buat beberapa saat sehingga la dia menyedari ada garis sedih di mata itu. "Kamu bergaduh dengan Hayden ke?"
Rossie selesakan diri di atas katil itu. Dia duduk menghadap ayah Hayden dengan kening berkerut sedikit sambil tersenyum. "Tak adalah...kami tak bergaduh pun."
"Dah tu kenapa kamu nampak sedih?"
Perlahan-lahan Rossie menarik nafas sebelum dihela panjang. "Saya minta putus. Saya tahu Hayden seorang lelaki yang baik. Tapi saya tak boleh teruskan hidup sekiranya dia terlibat dengan semua bahaya ni.." jelasnya. "Saya nak hidup bahagia tanpa rasa takut dan risau sepanjang masa...lagipun kegiatan jenayah ni bukan suatu pekerjaan yang elok"
Senyuman nipis ikut terukir di bibir Ayah Hayden. Lelaki itu mengedipkan mata beberapa kali apabila rasa sakitnya bertandang semula. "Dulu pun pakcik macam kamu juga...terfikir untuk berhenti...tapi mengenangkan ramai yang bergantung hidup pada pakcik...pakcik terpaksa teruskannya juga. Lalu apa kata Hayden?"
Rossie menjungkit bahu. "Saya tak tahu. DIa tak cakap apa-apa. Tapi saya tak paksa dia. Ianya hak dan keputusan dia."
Ayah Hayden membuka mata dengan lemah lalu pandang Rossie dengan renungan berkaca. "Pakcik tak tahu...sampai bila pakcik boleh hidup lagi...hari-hari pakcik fikir..esok bangun tak aku...sedar tak aku?Ke mati?Mungkin hal ni berat untuk kamu, tapi sehingga pakcik hembuskan nafas yang terakhir...boleh tak kamu temani Hayden waktu dia perlukan seseorang nanti?"
"Boleh pakcik.."angguk Rossie dengan senyuman mengalahnya. Mujurlah dia kehilangan ayah dan ibunya sejak kecil lagi. Jadi tidak la sakit mana. Dapat di bayangkan nanti sekiranya ayah Hayden meninggal dunia. Pasti Hayden akan berduka yang amat!
Hujan turun renyai-renyai walaupun langit cerah. Seperti biasa suasana di kampus sibuk dengan para pelajar yang mahu ke kampus dan menghadiri kuliah masing-masing. Mereka semua ada yang berjalan keluar dari kereta mahupun bangunan yang ada berdekatan. Sambil berborak Bersama rakan di sisi mereka masuk ke dalam sambil meletakkan tangan ke dalam poket baju sejuk mereka.
Kalau dulu mereka berempat, sekarang masing-masing ikut haluan sendiri. Seorang ke utara seorang ke barat. Rossie luangkan masanya dengan membaca di kerusi yang diletakkan di kawasan lobi. Sendirian menelaah untuk peperiksaan akhir yang bakal berlangsung seminggu dari sekarang. Sejak tiba di situ dihantar oleh Hayden, dia bertapak di situ kerana Hayden ada urusan yang perlu diuruskan. Sejak perbualan terakhir mereka, Rossie masih bercakap dan berkelakuan biasa dengan Hayden. Tapi dalam diam dia juga dalam dilemma.
Sedang Rossie tekun mencatit nota di atas buku dari teksnya, pen di tepi buku itu bergerak-gerak sebelum ia jatuh dari meja dan mendarat di atas lantai. Perasan akan hal itu, dia tidak sempat hendak kutip apabila ia telahpun berguling-guling jauh darinya.
Dalam keadaan tunduk dengan tangan menggapai ke lantai, masa itu jugala muncul sepasang kaki lalu tangan yang mengutip pen tersebut.
Rossie kembali duduk tegak. Dia pandang ke depan lalu melihat Gabby, Gina dan Tania menghampiri dirinya. Terbit rasa sedih dan rindu dia apabila melihat tiga orang sahabat yang dia anggap seperti saudaranya sendiri. Tapi punah apabila dapat tahu semua itu hanya la sebahagian dari misi mereka semata dan rekaan.
"Lama kau dekat sini?"tanya Tania sambil hulur pen ke Rossie.
Teragak-agak hendak mencapainya, Rossie mengangguk kepala lantas di pegang pen tersebut. "Boleh la."jawabnya yang terus alihkan mata dari mereka dan tunduk memandang bukunya semula.
"Boleh kita orang duduk sekali?"minta Gabby pula.
"Duduk la.."pelawa Rossie. Dia kemas sepah yang ada di meja supaya mereka ada ruang untuk letakkan barang padanya.
Tania ambil tempat paling dekat dengan Rossie sementara Gina dan Gabby duduk menghadap Rossie.
Bila mereka berempat duduk, keadaan meja di situ menjadi kekok dan dingin. Rossie tidak menghiraukan mereka dan hanya sibukkan diri dengan telaahnya.
Tania di sebelah dalam dilemma hendak bersuara atau tidak saat pandang tepi muka rakannya itu.
Akhirnya Gina juga yang bersuara. "Kita orang last dekat sini...minggu ni."beritahunya.
"Okay."angguk Rossie saat pandang ayat di buku teks lalu diringkaskan ke buku notanya.
"Kita orang nak ucapkan selamat tinggal sebelum pergi.."
Masa itu Rossie sudah bergelut dalam diam untuk tidak menangis di situ. Sumpah ikutkan hati di mahu meraung di situ. Merayu kepada mereka supaya tidak meninggalkan dia. Tapi dia tahu, dirinya bukan sesiap buat mereka!
"Untuk tu kita orang nak minta maaf untuk semuanya. Bukan niat kita orang nak perdayakan atau gunakan kau. Ianya hanya disebabkan tugas yang telah diamanahkan. Aku harap kau akan lupakan segalanya tentang kita orang nanti."ucap Gabby pula.
Semakin dia tunduk semakin mengancam air matanya mahu keluar. Kuat-kuat Rossie ketap giginya. " No big deal. Good luck!"balasnya dengan susah payah!
Tania yang tidak dapat membendung rasa sedihnya terus menerpa ke Rossie. Dia dakap tubuh kecil itu seeratnya. "Maafkan aku Rossie...aku tak menyesal mengenali kau. Aku harap kau pun begitu...kalau ada jodoh kita jumpa lagi."beritahunya dengan sebak.
Dipeluk saja tubuh dia, Rossie hanya diam di situ tidak membalas pelukan itu. Terbayang fia akan semua kenangan dia bersama dengan rakan-rakannya ini.
Gabby dan Gina hanya perhatikan dua orang itu dengan renungan terkilan juga. Mereka sama-sama ikut terkesan.
"Aku pun. Terima kasih untuk semuanya walaupun ianya hanya samaran...aku hargai kehadiran kau."ucap Rossie dengan perasaan berserahnya.
Gabby dan Gina pun bangun lalu memeluk Rossie dan Tania dengan serentak.
Share this novel