"No!Saya tak nak jadi teman wanita atau pasangan lelaki macam awak ni! Saya dengar sendiri dari penjahat tu!Dia cakap awaknbunuh ramai orang termasuk kawan dia..." bidas Rossie lagi. Sebolehnya dia sandar ke belakang.
"Kalau kau berdegil jugak, kawan-kawan kau jadi taruhannya." perlahan-lahan Hayden bawa tangannya naik memegang pinggang Rossie dan merapat ke gadis itu.
Rossie.membuat muka tak suka."Jangan libatkan kawan saya dalam hal ni!"
"So be a good girl then. I treat you better..."bisiknya dengan nada menggoda saat tersenyum meleret.
Rossie merasakan perutnya memulas dengan aneh. Seakan ada kupi-kupu terbang didalamnya!
"Ap-apa yang awak nak cuba lakukan ni?Jauhkan diri awak dari saya!"arah Rossie dengan keras. dada Hayden ditolak olehnya apabila lelaki itu mula himpit dia semakin lama semakin ke belakang rel. Sudah la tingkat 10, kalau tergolek dia dari situ, sia-sia hidup kalau macam tu.
"No!"deram Hayden, nafasnya naik turun kerana sudah hampir hilang sabar.
Urgh!Degil betul la!
"Kenapa?Kenapa awak nakkan saya sangat sampai macam ni sekali?"soal Rossie dengan kening mencerlung.
Kepala Hayden pun jatuh hinggap di bahu Rossie dengan mengejut. Buatkan Rossie terkesan dengan hal itu.
Dia memejamkan matanya untuk seketika, cuba menenangkan diri. Tangannya di pinggang tadi dieratkan lagi lingkarannya. "I fall for you.."lafaznya dengan perlahan. "Long time ago..."fikirannya menerawang akan momen dimana dia hanya mampu perhatikan Rossie dari jauh dan telan semua rasa iri dan cemburunya!
"Hah?"Rossie ternganga. Suka?Dekat dia?Serious la! Kalau macam tu makin susah la macam ni!
Mata Rossie terarah pada kelibat Noah dan Tania yang ada di dalam ketika itu. Mereka turut sedang memandang ke arahnya pada masa yang sama. Dia tidak tahu hendak berkata apa!
"Jadi...aku mintak sangat-sangat, please...jangan bencikan aku...tiga tahun aku berharap pada kau sampai sanggup untuk teruskan study akudemi kau."lafaz Hayden tersekat-sekat. Dia nak rasa jugak mencinta dan dicintai, tapi mengenangkan ayahnya serta tanggungjawab, dia pasti tak semua orang akan suka dan terima dia dengan ikhlas tanpa undang di sebalik batu. Kalau dia salah pilih, maka mati jawabnya.
Rossie dalam dilemma.
"Tapi...mereka kata awak berbahaya...."bisik Rossie ditepi kepala tu. Dadanya sesak dan jantung dia berdegup kencang bagaikan baru maraton. Dia berasa tergamam yang amat sangat dengan luahan Hayden itu.
Keluhan panjang kedengaran. Itu lagi!Itu lagi! Siapa la yang lancang sangat beritahu Rossie ni. Nak mati sangat agaknya!"Memang aku berbahaya ..tapi hanya pada musuh aku..bukan pada orang yang aku sayang... " lafaz Hayden yang masih meletakkan dahi di bahu itu.
Rossie menjungkit kening tersentak.
Sayang??
Hayden pada siapa?Dia ke?
Berderau laju darah naik dari leher ke telinga sebelum ke muka. Buatkan Rossie merasai bahang blushingnya. Tetiba dia rasa berbunga pulak! Dasar buaya darat! Mulut manis bermadah!
"Ryan macam mana?"teringat pula dia pada lelaki tak guna tu. Entah apa.khabar agaknya!Jangan sampai jumpa dia lagi sudah! Kalau jumpa mati la dia! "Dia takkan lepaskan saya macam tu je..."
Masa itu la Hayden mengangkat kepala dari bahu Rossie. Dengan kening mencerlung marah. Lepas apa yang berlaku Rossie tetap jugak fikirkan soal Ryan. Buat dia muak! Mujur si tak guna tu dah mampus!
"Aku dah 'habiskan' cencorot tu...dia takkan lagi dapat ganggu kau..."katanya dengan kepala terlentok sedikit ke kanan. Tangan kirinya naik lalu jari telunjuk dia mendongakkan dagu Rossie naik ke atas.
Apabila dagunya di dongak secara mengejut, Rossie turut menahan nafas terkejut. Keningnya terangkat tinggi mulutnya terbuka sedikit. Hampir tergoda dengan tindakan Hayden itu. Patutnya dia benci dan jauhkan diri!Tapi makin di dekati makin menjadi-jadi pulak hati dia ni!
"Apa awak dah buat pada Ryan?"tanya Rossie teragak-agak. Matilah orang tu?
Dengan manja, Hayden lagakan hujung hidungnya ke pipi Rossie sampai terpejam matanya
"Kau tak payah fikirkan hal tu. Apa yang penting dia takkan kacau kau. Dan itu bermakna kau milik aku sekarang." baru la Hayden berhenti dari berbuat begitu untuk pandang muka itu semula.
Tanpa sedar, Rossie menelan air liurnya. Apa dia perlu buat sekarang?
Idea untuk jauhkan diri dari Hayden nampaknya tidakakan berjalan dengan lancar.
Tapi betul ke Hayden ni jahat? Kalau Hayden jahat lelaki ni mesti sudah lakukan sesuatu yang tak sepatutnya pada dia?
Atau?
Orang yang buat cerita dekat dia saja nak sakitkan hati Hayden?
Tapi kenapa?
Kan member sendiri?
Melihatkan Rossie buat muka sedang berfikir, Hayden ambil kesempatan itu untuk lakukan sesuatu. "Stop thinking...just follow the flow.."katanya dengan perlahan.
Rossie tersentak dari lamunannya. Dia gerakkan mata dia ke Hayden semula lantas terkedu sendiri bila sedar yang wajah mereka begitu hampir. "Apa?"nganganya lagi dengan dada sesak kerana sebu dengan perasaan berbunganya. Tak sepatutnya dia rasa begituz tapi nak buat macam mana, Hayden dah buatkan hormon dia tungang langgang!
Hayden menarik sengih lebar menampakkan barisan giginya yang rata. "Ini...."katanya sebelum memagut bibir Rossie dengan lembut.
Noah dan Tania yang ada di dalam ruang tamu perhatikan kejadian itu dengan kerutan di kening masing-masing dan reaksi berbeza di wajah.
Tania dengan perasaan tak puas hatinya.
Noah dengan renungan serius kesalnya!
Share this novel