"Huh?Double date?"
Seru rakan-rakan Rossie dengan serentak di meja makan cafeteria itu.
Rossie yang duduk betul-betul menghadap mereka bertiga buat muka tidak pasti sambil mengangguk kepala. "Ha'ah...nak tak?"
"Dengan siapa?"soal Gina.
"Dengan kawan-kawan Hayden tu ke?"sampuk Tania.
"Tak nak la.."cebik Gabby tidak suka.
Rossie pandang akan mereka silih ganti setiap kali mereka bersuara. "Habis tu kau nak aku keluar date dengan Hayden sorang?"
"Dia kan boyfriend kau..apa masalahnya?"tanya Gabby dengan hairan.
Masalahnya dia dah di suruh ajak Hayden keluar!Kan pelik nanti kalau tiba-tiba ajak Hayden keluar sedangkan dia sendiri tak beria dengan hubungan mereka ni!Haih!Asal la dia yang kena peningkan kepala dengan masalah orang. "Jom je la...uh?Please?"rayu Rossie sambil berkerut kening terdesak yang amat sangat.
Tania menjuling mata menyampah. Dia silangkan tangannya ke dada. "Kalau keluar dengan kau tak apa...tapi kalau ada si Noah tu sekali..aku tak nak."
"Aku pun...tak kuasa la aku hadap si Izack tu..better aku tengok muka laki aku, Abang Suga dan Taehyung aku.Lagi menyenangkan hati dari si playboy tu.."getus Gabby dengan beria.
Gina yang dengar tersengih mendengar komen rakan-rakannya itu. "Kalau kau nak aku boleh je.."setujunya.
"Hah?Kau nak ikut sekali?"tanya Rossie tersentak kerana begitu lega sebaik mendengar sahutan kawannya itu. "Kau memang kawan baik aku!"senyum dia dengan lebar.
"Memangnya siapa je yang ikut nanti?Hayden, kau...lagi?"Tania tersentak apabila teringat akan persoalan itu.
"Aku dengan Hayden je la.."jawab Rossie serba salah, belakang telinga yang tidak gatal di garu dengan jari telunjuk.
"Ahaha..kelakar sangat...." ketawanya dibuat-buat. "Kau dah buang tebiat apa nak suruh kita orang jadi third wheely masa kau orang dating?"ujar Gabby sambil buat muka funny.
"Lah..kalau macam tu memang tidak la aku nak ikut sekali..nanti kang masa kau orang berdua-duaan aku je yang sendu dekat situ.."balas Gina tidak lama kemudian.
Mendengar kata-kata kawannya itu buatkan Rossie tertunduk hilang semangat. Dia kacau minuman di dalam gelas tanpa sebab. Apa dia patut buat? Takutlah nak keluar dengan Hayden sendiri!
Tania perasan akan reaksi Rossie. Dia tahu kawannya itu tidak pernah dating dengan real sejak bersama Ryan kerana sikap abusive lelaki tu. Jadi dia pasti yang Rossie mesti takut kalau hal yang sama berulang. "Yalah..aku ikut kau.."akurnya bernada malas seakan tidak mahu sedangkan dia boleh je.
Kepala Rossie tersentak memandang Tania sebelum tersenyum lebar. "Kau nak?"
"Yalah...kesian pulak kau kan...nanti entah apa benda merepek kau buat sampai buatkan Hayden serik nak keluar dating dengan kau.." seloroh Tania sambil suap salad campur ke dalam mulut.
Gabby dan Gina ketawa.
Tepi lengan Gina di singgul Gabby."Ha'ah...aku ingat lagi kes masa tahun pertama kita dulu masa mendaki tahun pertama dengan pelajar senior..hari tu punya la kita seronok mendaki, tiba-tiba boleh pulak seluar track Rossie koyak depan muka senior tu jugak.."
Tersembur Tania dari makannya sebelum terbatuk-batuk kerana tersedak.
Gina pula meledak ketawa dengan besar sambil memukul-mukul permukaan meja. "Ya ampun...wei...baru aku teringat!"katanya sambil tu.
"Hei...apa ni!Tak baik tau ungkit benda lama!"Rossie tarik muncung tak puas hati.
"Uhuk!Uhuk!Nak terkeluar anak tekak aku!Asal perangai kau orang ngek sangat ni!" kata Tania Blbersama sengih meleretnya kerana tahan dari ketawa di situ.
"Tak cukup dengan tu....masa kita tengok wayang wei...kau orang ingat lagi tak?"aju Gina pula saat pandang ke Gabby saat mukanya blushing sebab ketawa banyak.
"AHAHAHAHAHAHAHAHA!"semakin besar ketawa Gabby hingga dia tidak dapat mengawal badannya sebelum tergolek ke belakang lalu jatuh terduduk di atas lantai.
"Dah la tu!"Rossie ikut ketawa.
"Pasal dia terkentut tu ke?" tanya Tania inginkan kepastian.
Gina mengangguk kepala saat tercungap-cungap ketawa tanpa suara.
"Masa kita keluar dengan Budak dari kelab fotografi tu..hahahahah!Aku tak tahu apa dia makan!Tapi sampai sekarang aku teringat bau dia satu pawagam tu.... AHAHAHAH!!!!"
Kini giliran Tania pula yang hilang keseimbangan kerana ketawa terbatuk-batuk hingga kerusi yang dia duduk tergolek dan dia ikut terjatuh. Gina di sebelah menjadi-jadi tawanya. Tidak larat hendak ketawa tetapi tidak dapat mengawalnya.
"Oh my god!Nia!"Rossie dengan terkejut bangun dari situ hendak lihat kawannya yang masih terbaring di situ. "Kau orang okay tak ni?"
Gabby gagahkan dirinya untuk bangun dari situ namun masih tertawa kerana berasa begitu lucu hingga kejang perutnya waktu itu.
Rossie yang menjadi bahan ketawa di situ hanya mampu menggeleng kepala dan tunduk menekup muka dengan sebelah tangan. Ini la parahnya dapat kawan kuat membahan!
"Thanks Rossie sebab jadi kawan kita orang!Kau memang kawan terbaik!"ucap Gina dengan mengah Bersama sisa ketawanya.
"Yalah kau!"Rossie menjuling mata menyampahnya. Yalah terima kasih la sangat!Habis tu yang dia ni nak cakap apa pulak! Sama-sama?
Ugh!
Sabar je la!
Share this novel