"Apa tadi tu?Kenapa kau masuk dengan Hayden?"tanya Gabby sambil menyua segelas minuman kepada Rossie.
Sambil membuat muka, Rossie mencebik. "Tak ada apa-apa...cuma pertembungan yang malang buat aku." katanya.
"Hahaha...tak baik cakap macam tu...kau tahu mana-mana gadis yang bersama dengan Hayden sentiasa bertuah. Kau tengok la sendiri...jadi popular gitu.."seloroh Gina.
Mendengar komen itu buatkan Rossie mengetap bibir kerana menyampah. Bertuah la sangat! Dapat malu dan cemarkan nama baik keluarga sendiri lagi adalah. Tak kuasa dia!
"Oh ya...teman lelaki kau tahu tak kau ke kelab hari ni?Mahunya dia angin nanti kau tak beritahu dia."sampuk Tania tidak lama kemudian.
Rossie ambil tempat di bangku kaki panjang bersebelahan dengan Tania lalu duduk menghadap pemandangan dimana para pengunjung di situ menari mengikut rentak lagu yang dimainkan Dj. Sambil tu dia sisip sedikit punch drink perisa anggur dan beer itu.
Hujung bibirnya terjungkit sedikit. "Tak tahu..kalau dia tahu, aku takkan ada dengan kau orang dekat sini.."beritahunya sambil melirik manusia-manusia depannya.
Tidak lelaki tidak perempuan. Semuanya tenggelam dengan dunia masing-masing. Ada yang ketawa semasa berborak dengan rakan ada yang menari dan melompat-lompat dengan bersemangat. Tidak lepas juga yang bercumbuan secara terbuka di situ.
"What?Dia tak tahu?"soal Gabby di sebelah kiri Tania.
"Dia sibuk dengan persiapan interview university dan assignment dia...buang masa katanya dia kalau ke tempat macam ni katanya."kata Rossie saat terbayangkan wajah kekasih dua tahunnya. Dia kenal sejak awal semester pertama sehinggalah masuk semester lima.
Jangan tanya kenapa dia masih stay dengan teman lelakinya itu. Bukan sekali dua dia mintak putus!Tapi tidak mahu jugak di lepaskan! Menyesal pun ada sebab dia bercinta dengan teman lelakinya tu.
"Kau masih gaduh dengan Ryan? Tak berbaik lagi ke?Don't worry la kalau macam tu...kita orangkan ada..."aju Gina sambil merangkul bahu Rossie.
"Dia yang rugi...bukan aku...jom la!"ajak Rossie semasa capai tangan Gina dan Tania pada masa yang sama untuk ke lantai menari. Alang-alang dah datang kan..takkan nak tengok je!
"Woohooo!"sorak mereka dengan bersemangat semasa berjalan ke arah lantai menari dan menyertai orang yang ada di situ sebelum ikut menari mengikut rentak lagu yang dimainkan oleh Dj!
Sesama mereka, empat sahabat itu berdiri menghadap antara satu sama lain sambil menjulang tangan ke atas dan melompat dan nyanyi pada masa yang sama. Rossie perhatikan rakannya dengan senyuman lebar di bibir. Sambil tu dia pegang tangan Tania untuk di pusingkan beberapa kali.
Kelibat empat orang sahabat itu telah disedari oleh sekumpulan pengunjung lelaki yang berdiri di tepi bar. Mereka di situ mula berbisik ke antara satu sama lain sambil ketawa. Mungkin mereka berminat, Kumpulan lelaki itu pun berjalan menyertai mereka yang sedang menari itu.
Rossie dan kawan-kawannya yang tidak sedar akan kehadiran lelaki-lelaki tersebut, seronok menggoyangkan badan mereka dengan girang. Tiada tanda yang mereka akan berhenti. Namun tidak lama...
Satu sentuhan hinggap di pinggangnya yang terdedah. Dengan muka terkejutnya, Rossie palingkan kepala. Lalu bertemu muka dengan lelaki segak yang mungkin tua beberapa tahun dari dia senyum padanya.
"Seorang je?Boleh join tak?"
"Apa ni pegang-pegang.."dada itu di tolak Rossie. Dia jauhkan dirinya dari lelaki itu. Tiba-tiba je pegang orang!
"Hei...jangan la segan...semua orang dekat sini happy...happy je."tambah seorang lagi lelaki yang berdiri di belakang Gabby pula.
Menyedari diri mereka di kepung, empat orang gadis itu mula berhimpit ke antara satu sama lain. Rossie yang mendepakan tangan menghadang rakannya di belakang badannya.
"Kalau macam tu kau orang patut buat hal yang sama...orang datang sini nak happy. Bukan nak cari pasal. Pergi sekarang!"arah Rossie dengan renungan tegasnya.
"Uish...garangnya. Takut kami... marila...lagi seronok kalau dengan kita orang.." mereka mula mengepung Rossie dan kawan-kawannya di situ. Tangan mula terkapai-kapai mahu menyentuhnya.
Gabby pegang lengan Rossie lantas berbisik di tepi kepala rakannya. "Aku rasa aku kenal dia orang la..."
Rossie pandang ke balik bahunya. "Memangnya dia orang siapa?"
"Dia orang adalah anak buah ketua gangster Black Thug...kau jangan macam-macam... nanti bukan setakat kepala kita jadi bayaran...keluarga kita pun akan susah.."beritahu Gabby dengan cemas.
Mata Rossie mengerling ke arah lelaki gatal didepannya itu dengan kening mencerlung.
"Haih...tak guna betul."lafaz Rossie semasa pandang ke depan semula. Lima lelaki yang berkumpul di hadapannya di pandang dengan perasaan berbelah bahagi. Kenapa la malam ni jugak hari dia perlu di ganggu?
"Jom la.."ajak mereka lagi yang enggan berputus asa.
Memang tak la...Rossie palingkan kepala dan memandang tiga rakannya itu. Hanya menggunakan bahasa isyarat matanya, dia beritahu rakan-rakannya apa yang mereka perlu lakukan.
Dengan pengalaman persahabatan selama tiga tahun mereka itu, Gabby, Gina dan Tania pantas mengangguk kepala faham.
Rossie pun memaniskan mimik mukanya. Dia mulakan aksi lakonan dia untuk pancing mereka. "Okay."angguknya sambil berharap mereka akan lalai sekejap.
Lelaki-lelaki di situ pun tersenyum senang. Ada yang siap menjilat bawah bibir mereka lagi dengan nakal lagi tu.
"In your dream...douche bag!"lafaz Rossie dengan laju sebelum merempuh dengan serentak bersama rakan-rakannya melarikan diri dari situ.
Terpinga-pinga lelaki di situ bila lihat empat orang mangsa mereka lesap di depan mata begitu sahaja tidak terkejar. Masing-masing ternganga dan memandang wajah antara satu sama lain. "Kau orang tunggu apa!Kejar la dia orang!Tak dengar apa dia panggil kita apa?" marah lelaki pertama yang memegang Rossie tadi.
Share this novel