"Eh...tengok tu.."
"Bukan ke Ryan tu?"
"Asal dengan muka dia?"
"Kenapa ramai-ramai ni?"
Ryan yang berlebam wajahnya itu di perhatikan oleh pelajar yang lalu lalang melewati koridor tersebut. Lelaki itu dengar akan semua bisikan itu. Namun dia tidak mempedulikannya. Langkahnya di atur ke gymnasium dimana Rossie selalu menjalani latihan bola jaring aktiviti kelabnya. Selepas beberapa minit berjalan, akhirnya dia tiba di hadapan pintu gymnasium. Masuk-masuk saja ke situ, dia Nampak ahli pasukan bola jaring sedang duduk berehat di bench.
Mungkin mereka baru selesai latihan.
Terus dia gerakkan matanya ke kumpulan tersebut, lantas nampaklah Rossie bersama dengan teman-teman gadis itu. Ryan jalan berarak ke tempat Rossie tanpa mengalihkan tumpuannya ke gadis cantic yang mengikat rambut tinggi ke belakang. Gadis yang selama ini dia hanya anggap hanya teman wanita. Bukan cinta hati bukan pengarang hati.
Sebenarnya Ryan tidak pernah menyukai Rossie. Apa yang dia cuma mahukan dari gadis itu adalah jatuhkan reputasi Rossie sebagai best student di situ. Dia tidak suka Rossie kerana gadis itu sentiasa mendahului dia. Tidak kira apa dia lakukan Rossie sentiasa menjadi yang terbaik. Sampaikan ayah dia persoalkan dia takkan la dia lelaki boleh kalah pada perempuan. Anak yatim lagi tu.
Tak habis dengan ayahnya, pensyarah, professor mahupun rakan kelas lain persoalkan Ryan. Yalah bercinta dengan Budak dekan kenapa tidak setading Rossie. Kenapa makin ke bawah, kenapa tak bijak seperti Rossie. Gara-gara fed up la dia begini!
Ya sejak awal lagi semuanya hanya la lakonan. Ryan suka sakit Rossie kerana hendak jatuhkan self esteem Rossie dan berharap semua itu dapat menjejaskan kecerdasan Rossie. Tetapi sangkaannya itu meleset. Malahan Rossie tidak terkesan sedikit pun. Malah kedudukannya pula yang jatuh merundum.
Akhirnya elok kedudukan Ryan kedua teratas diganti dengan Hayden dan geng lelaki itu.
Hal tersebut telah menyebabkan dia kecewa dan tertekan dan akhirnya mengambil keputusan untuk mengambil 'barang'. Semakin dia ambil, semakin ketagih. Dan tak dapat dibendung. Sejak itu sikap dia semakin memburuk.
Tak cukup dengan itu,
Apa yang membuatkan dia semakin marah adlaah Hayden dan kawan-kawan lelaki tu telah membelasah dia dengan teruk.
Sekarang dia tak peduli! Kalau dia tak boleh miliki Rossie. Tak ada sesiapa boleh miliki Rossie.
"Rossie!"panggil Ryan saat menghadap kumpulan gadis di situ termasuk Rossie dan kawan-kawannya.
Rossie yang seronok berbual dan ketawakan sesuatu bersama Tania tersentak. Pandang saja dia ke Ryan, senyuman di bibir terus hilang.
"Ikut aku.."arah Ryan.
Tania pegang lengan Rossie gaya protective. Dia tidak berani hendak bersuara takut kalau Ryan apa-apakan dia. Jadi dia pandang muka serius dan bengkak itu dengan kening berkerut tidak puas hati.
"Muka kau tu dah kenapa?"tanya Gabby sedikit hairan melihat wajah kacak Ryan sudah kebiruan seperti telah di tumbuk. "Kau okay tak tu?"
"Ada apa ni?"tanya Gina pula.
Ryan hanya mengangguk kepala ke Gabby. Tidak mempedulikan mereka. "Aku kata ikut aku sekarang kan..dengar tak?"arahnya bernada jengkel yang di kawal.
Enggan buat hal atau cetuskan kekecohan Rossie bangun dari situ dan turun dari barisan bangku di situ sebelum tiba di hadapan Ryan. Dia pandang takut akan lelaki lampai itu. "Ada apa?"soalnya.
Tidak menunggu lama Ryan cengkam celah jari jemari Rossie. Menarik gadis itu ke arah pintu keluar gymnasium.
Tania jadi takut. Dia yang dapat merasakan ada yang tidak kena akan berlaku, turut melompat turun dari situ. Meninggalkan "Ryan tunggu!"panggilnya.
Gabby dan Gina yang kebingungan di situ bangun dari duduk mereka. Dua orang itu perhatikan langkah Tania yang sekelip mata sudah jauh ke hadapan.
"Nia!Kau nak ke mana tu!"panggil Gabby.
Tania tidak sempat untuk dengar kerana sudahpun berada di luar gymnasium itu. Mujur la dia sempat kejar pasangan itu.
Rossie yang sedang bergelut dalam cengkaman Ryan cuba berhenti dari berjalan. "Apa ni Ryan.."
"Aku kata ikut aku kan...apa yang susah sangat kau nak faham bahasa aku ni.."deram Ryan dari balik ketapan gigi.
"Cakap je la apa dia...tak payah la Tarik saya macam ni."minta Rossie dengan kening mencerlung.
Mereka berdua tiba di depan pintu lif. Kasar-kasar Ryan tekan butang lif itu.
Lalu muncul Tania tidak lama kemudian. Gadis itu menghadang Rossie dan menolak Ryan ke belakang. "Hentikan semua ni Ryan..."arahnya.
"Kau jangan nak menyibuk!"Ryan tolak Tania semula.
"Apa masalah kau ni!Kau nak apa dari Rossie hah..tak cukup lagi ke apa yang kau dah buat dekat dia!" gelut Tania sambil menarik Rossie supaya dilepaskan dari lelaki itu.
Berang kerana dirinya dihalang dan di lawan sebegitu, Ryan lepaskan Rossie sebelum hayun tangan menampar wajah Tania sekuat hati. Tercampak tubuh kecil Tania ke lantai dek tamparan itu sesaat selepas itu.
"Tania!"panggil Rossie dengan penuh kengerian, dia gerak hendak mendapatkan Rossie tapi tidak sempat kerana Ryan lebih cepat. Lelaki itu cengkam lengannya dari ditarik menjauh dari Tania.
Sambil teresak-esak menangis kerana kesakitan, Tania gagahkan juga dirinya untuk bangun. "Rossie.."panggilnya sambil menggapai tangan ke arah Rossie yang sedang diheret masuk ke dalam lif setelah pintu itu terbuka.
Kelibat Rossie dan Ryan pun menghilang apabila pintu lif tertutup rapat. Meninggalkan Tania di lantai sendirian menangis tidak berdaya tamparan yang diberikan tadi terlampau kuat hingga menyakitkan leher dan pipinya.
Masa itu baru la Gabby dan Gina datang. Dua orang itu berlari ke arah Tania yang sedang bersimpuh menangis teresak-esak.
"Apa yang dah berlaku ni?"tanya Gina sebaik dia melutut di sebelah Tania.
Gabby bantu Tania bangun dari situ. "Kau okay?"
Tania menggeleng kepala sambil menangis. "Ryan bawa Rossie pergi...aku risau kalau dia apa-apakan Rossie.."nangisnya dengan terdesak saat memegang lengan Gina dan Gabby mencari sokongan.
Gina dan Gabby berkerut kening kebingungan. Tidak mengerti dengan apa yang telah terjadi.
"Apa kau cakapkan ni?"soal Gabby pula setelah menyedari kesan luka dan merah di pipi Tania waktu itu. "Kenapa dengan muka kau ni?"
"Ryan dia apa?"soal Gina.
"Ryan...dia bukan seperti yang kau orang fikirkan...dia seorang abusive...dia selalu pukul Rossie... tolong la dapatkan sesiapa...selamatkan Rossie...."nangis Tania tersedu-sedu teruk.
Gabby dan Gina tidak tahu hendak berbuat apa. Mereka hanya mampu memandang ke antara satu sama lain saling mencari jawapan.
Share this novel