"Nia...!"
"Kau la Gabby!"
"Eh...aku pulak."
"Kau kan lahir dua bulan awal dari aku..itu maknanya kau lebih tua..kau aje la."
"Apa kaitannya...kita seumur gak kan..?"
"Ish!Aku sekeh kepala sensorang nanti kang baru tahu!Siapa punya idea semua ni?"
"Kau kan!"
"Dah la wei...nak buat ke tak ni..orang dah pandang kita pelik ni!"
Telagah tiga sekawan yang sedang berdiri di tepi tiang menghadap laman berumput kolej. Waktu itu masa senggang selepas kuliah. Biasanya pelajar-pelajar akan luangkan masa di laman itu. Sama ada berbaring atau beriadah dan bermain. Pada masa yang sama situ juga adalah tempat berkumpulnya geng Hayden.
Awalnya Gina cadang untuk beri penghargaan kepada Hayden dan kawan-kawan lelaki tu kerana membantu mereka selamatkan Rossie. Gina minta Tania supaya dia yang pergi temui mereka dan tawarkan mereka makan tengah sama di cafeteria nanti sebagai ucapan terima kasih walaupun Rossie masih di hospital.
Hampir lima minit tiga orang itu begitu.
"Apa masalahnya...kita masih ada baki dua hari je lagi sebagai pasangan dia orang...tak adanya dia orang nak marah.."kata Gabby.
"Ini bukan soal marah ke apa...kau tak ingat ke cara kita layan dia orang macam mana?"
Tidak semena Tania ketawa. "Itu kau orang la...aku tak ada la marahkan Noah macam mana kau marahkan Hardin dengan Izack.."
Jengkel dengan komen itu, Gabby tolak lengan Tania main-main. "Isy!Kau ni kan!"kata mereka dengan serentak.
"Eh...asal dengan aku pulak?"Tania tolak Gabby dan Gina silih ganti pula.
"Wei...aku kena tolak sekali kenapa...kan Gabby yang tolak kau?"Gina tolak lengan Tania pula. "Kau la ni.."dia kemudiannya tolak lengan Gabby.
Gabby buat muka terkejut, dia tolak lengan Gina. "Isy...asal dengan kau orang ni?"
Sedang mereka asyik borak dan saling bertolak antara satu sama lain, mereka di dekati dari arah belakang. Iaitu Hayden dan geng lelaki itu. Mereka perasan akan kelibat tiga sahabat itu dari jauh lagi. Hairan menengok mereka di situ seperti sedang bertekak akan sesuatu, mereka pun datang la mendekat.
Tanpa berkata apa-apa, Izack cekau kolar hood yang dipakai Gabby dan tarik gadis itu ke belakang.
Hardin merangkul bahu Gina dan di Tarik rapat ke tepi badannya.
Sementara Noah, cubit sedikit kain lengan dress Tania dan jarakkan gadis itu dari Gabby.
Dan mereka semua lakukan dalam keadaan serentak. Menyebabkan ketiga-tiga gadis disitu tersentak kerana terperanjat. Gabby memang menjerit la sebab kolar baju dia tiba-tiba di rentap, Gina hanya membutang mata memandang ke tepi bila dirinya di peluk. Tania pula tayang muka comel dia saat tunduk memandang jari itu mencubit kain bajunya.
"Apa yang kau orang bertiga gaduhkan ni?"tanya Hayden dengan tangan di dalam poket seluarnya. Dia tilik setiap seorang di situ. "Rossie ada dekat hospital lagi...kau orang jangan susahkan aku untuk tengokkan kau sekali.."
Kejung terus tiga orang itu dibuat kehadiran empat jejaka di situ. Masing-masing jadi kelu!
"Mana ada kita orang gaduh."nafi Tania.
"Memang macam ni la kita orang bergaul.."beritahu Gina.
"Hey!Apa ni pegang orang macam ni!Longgar la baju aku!"sentap Gabby pada Izack.
"Memangnya apa yang kau orang sibuk bualkan sampai tolak menolak macam tadi?" tanya Noah tiba-tiba.
Dengan serentak Tania dan Gabby kerling ke Gina yang dipeluk oleh Hardin. Hingga buatkan Hardin sendiri perasan akan hal tu. Dia pandang ke tepi muka Gina.
Terkebil-kebil Gina waktu itu. Muka naik blushing macam apa! Dia cuba tolak dirinya dari pelukan Hardin. Rasa panas pula!
Kenapa la pulak mereka munculkan diri di sini!
Hayden pandang curiga ke Gina. "Something berlaku ke? Kau orang kena kacau? Ke kau orang nakkan sesuatu?" tanya dia.
Noah, Izack dan Hardin tilik setiap wajah di situ buat seketika.
Share this novel