Bunyi deringan telefon pejabat, mesin faks mencetak dan ketikan papan kekunci memenuhi ibu pejabat polis pada petang itu. Orang masih sibuk bekerja dan melakukan sesuatu di meja masing-masing. Namun tidak jauh dari tiga buah monitor, berdirinya Javie. Lelaki berusia 54 tahun itu sedang tunduk meneliti sesuatu dalam dokumen.
Pada masa yang sama seorang staf lelaki yang sedang duduk menaip sesuatu diganggu dengan deringan telefon di sebelahnya. Mahu tak mahu staf lelaki itu mengangkat telefon itu. Sesaat dia bercakap pada gagang wireless telefon itu, pandangannya terus di talakan ke arah tuannya, Javie di situ.
"Tuan Javie!"panggil staf itu.
Kepala orang tua itu tersentak dari bacaannya. "Ya?"sambutnya ke staf itu.
"Ada panggilan untuk tuan."maklum staf itu.
"Berikannya kepada saya."Javie menghulur tangan mahukan gagang telefon itu.
Lekas-lekas staf itu jalan ke tempat Javie dan menyerahkan telefon tersebut.
Dapat sahaja gagang itu, Javie gerak ke penjuru bilik dimana sebuah mesin air berada. "Hello?"
"Maaf tuan kerana hubungi tuan secara langsung begini.."
"Apa kamu fikir kamu buat?Macam mana kalau ada orang yang tahu?"
"Jangan risau. Saya guna phone anti peranti."beritahu pemanggil di dalam panggilan tersebut.
"Apa yang buatkan kamu nekad untuk hubungi saya begini?"bisik Javie dengan tegas. Keningnya berkerut resah.
"Sesuatu terjadi di lapangan. Sesuatu lari daripada pelan asal saya. Patutnya saya serahkan maklumat selepas urusniaga tu selesai dijalankan. Tapi Hayden nampaknya terganggu kerana sesuatu."
Javei kerling ke sekelilingnya dengan renungan penuh berjaga-jaga. Tak nak ada sesiapa yang dengar atau perasan dia di situ. "Apa yang terjadi?"
"Ianya hanya hal kecil saja. Jadi tuan arahkan mereka untuk hold dulu siasatan terhadap Badan Pendidikan di kolej ni..bila saya dapat butiran urusniaga tu baru tuan berikan tindakan."
"Sekarang kamu ada dimana?"hati seorang ayahnya direnggut resah mengenangkan keadaan anaknya yang ada di sana. Berbulan lamanya dia tidak lihat wajah mahupun dengan suara itu. "Kamu tak apa-apa?Makan jaga?"
"Ada dekat rumah kawan...dia ada sedikit masalah. Tuan jangan la risau sangat. Saya tak apa-apa. Semuanya baik-baik saja."
"Mana ayah tak risau...kamu tu Blbersama dengan orang yang berbahaya...bila-bila masa bahaya akan tiba...tidak Hayden...orang lain yang kamu berurusan tu."
Ketawa kecil kedengaran dari dalam panggilan itu. "Ya...saya tahu. Ayah jangan risau sangat. Kelakar pulak panggil ayah macam ni..biasanya gelar 'tuan' je"
"Apa yang kelakarnya...memang itu yang kamu patut panggil ayah kan?"
"Kalau macam tu, saya putuskan panggilan dulu. Nice to hear you father. Wish me luck."
Mendengar ucapan itu, Javie tersenyum lega. Dalam hati dia doakan keselamatan anaknya itu.
"I will, my son."
Tiga tahun yang lalu...
"Berikut merupakan nama dan tarikh lahir kamu. Kamu adalah anak seorang penjenayah dadah dan seludup senjata haram. Masuk sahaja ke kolej nanti, kamu perlu dekati lelaki bernama Hayden Mikhael. dia adalah pewaris kepada geng mafia paling berpengaruh di dalam negara ini. Tiada siapa yang berani sentuh mereka. Dan tiada siapa dibenarkan masuk campur urusan mereka. Untuk itu ayah mahu kamu masuk ke dalam geng mereka. Dapatkan kepercayaan mereka supaya mereka terima kamu sebagai seorang daripada mereka. "
"Dah jadi samseng pun ada hati nak belajar?Kelakar?"
"Biasalah..orang kalau nak pandai, jahat ke baik perlu tuntut ilmu juga. Boleh kamu lakukannya?"
"Benda kecik je...tapi macam mana dengan latar belakang sejarah jenayah saya?Mereka takkan syak ke?"
"Jangan risau...ayah dah uruskan kumpulan khas yang bertugas untuk menukar semua maklumat kamu dan padam apa yang tidak sepatutnya. Untuk meyakinkan kamu adalah penjenayah juga,. ayah telah cipta geng jenayah tu sendiri menggunakan nama ahli kongsi gelap yang berada di bawah kawalan ayah...jadi ianya pasti cukup untuk meyakin mereka"
"Apa yang saya kena buat selepas berjaya sertai mereka?"
"Dapatkan kepercayaan mereka, buatkan mereka dedahkan segalanya. termasuk tempat rahsia dan penyimpanan barang terlarang mereka. Ahli kongsi yang terlibat dalam urusaniaga terlarang mereka..cari tahu semuanya dan pastikan tidak ketahuan."beritahu Javie sambil tunjuk akan imej-imej yang terdapat di dalam kepingan foto di meja kaca itu.
"So...itu maknnya saya kena ikut mereka belajar sekali dan menjadi konco pada masa yang sama?Kalau macam tu laporan perlu di berikan macam mana?"
"Email. Guna alamat email ibu kamu tapi ayah yang akan menerimanya nanti."
"Okay...I'll do my best."
"Make sure kamu stay low...jangan obvious sangat."
Share this novel