"Arghh!!!"
"Wei!Sakit!Sakit!"
"Alah...sikit je...tunduk la lagi.."
"Bawah lagi...kita kena panaskan badan betul-betul.."
"Warm up kepala kau!Ini nak patahkan tulang aku namanya!"
"Auw-auw..kaki aku nak koyak!Gina lepaskan aku!"
Walaupun mereka berempat lain kelas, tapi aktiviti kelab mereka sama. Iaitu kelab netball wanita. Menggunakan waktu yang ada selepas kuliah, mereka sering beriadah di gelangang netball indoor dalam gimansium. Biasanya macam tu la sebab kelab basketball lelaki buat aktivit dekat gelangang outdoor. Nak fair and square mereka berbuat begitu la ketetapannya.
Lapan orang gadis yang berbaju uniform netball masing-masing di tengah gelanggang sedang melakukan aktiviti memanaskan badan. Termasuk la Rossie, Gabby, Tania dan Gina di situ. Biasanya ada jurulatih mereka sekali, tapi wanita itu cuti Panjang kerana baru bersalin. Mahu tak mahu terpaksa la mereka berlatih sendiri dan lakukan kajian bersempena pertandingan antara semester sewaktu carnival musim bunga campus mereka itu.
"Kau sure kau nak main?Kau kan baru sihat.."tanya Gina sambil buat renggangan di tangan kanannya kepada Rossie yang duduk di lantai membuat split 180 darjah.
Tania pandang menoleh ke Rossie. Menunggu apa agaknya alasan Rossie kali ni.
Sambil tersenyum manis Rossie mengangguk kepala. "So sweet kau risaukan aku...tak ada apa la..sakit aku tak serius mana pun.."ujarnya sebelum bangun dari situ.
"Jangan sakit la eh...tak ada kau sunyi wei.."beritahu Gabby sambil merangkul bahu Rossie.
Tania yang perhatikan Rossie pandang dengan renungan yang tidak dapat ditafsirkan. Seakan dalam konflik hendak mengatakan sesuatu.
"Okay!Girls!Teams up!"laung kapten pasukan di hujung gelanggang dengan lantang.
Mereka semua pun mula berjogging dan berkumpul di hadapan ketuas pasukan mereka itu. Buat seketika kapten memberi penerangan dan briefing mengenai Teknik latihan dan strategi mereka sebelum memulakan latihan.
20 minit kemudian, latihan berlangsung tanpa masalah.Suara mereka melaung dan seretan tapak kasut getah menghuni ruangan gimansium itu. Punya la tekun mereka sampaikan, ketika itu didatangi dengan pelawat mengejut seorang pun tidak perasan.
Sehingga la bola yang dipegang seorang dari mereka terbang tinggi di Udara hingga tersasar dari cengkaman rakan dan melayah ke satu arah.
Berdesup laju bola itu melayah masuk ke dalam tangan seseorang.
Membuat semua gadis di situ berdiri kaku memandang ke tepi gelanggang dimana pelajar dari pasukan bola keranjang berada. Untuk seketika mereka semua diam membisu tercegat di situ memastikan yang mereka tidak salah tengok.
"Sorry ganggu."sengih Izack di situ saat memandang setiap seorang di situ dengan bola di dalam tangan yang dia sempat sambut tadi. "Boleh kita orang tumpang main dekat sini...luar hujan pulak.."
Antara lapan orang di situ, hanya empat orang sahaja yang tidak terkesan dengan kehadiran kumpulan itu. Kalau pelajar lagi akan fangirl mereka, tidak empat orang sekawan itu.
"Kami ada masa 40 minit lagi...kalau nak tunggu la."beritahu Gabby kepada Izack dengan tangan bersilang didada.
Rossie yang sedang berdiri di sebelah Gina pandang Hayden di sebelah Noah ketika itu. Geng empat sekawan ni adalah satu pasukan bola keranjang jugak. Selain Rossie, rakan-rakannya juga memusuhi geng Hayden ni.
Sebab apa?
Sebab pasukan bola keranjang dan bola jaring adalah pasukan paling sengit dalam campus ni. Mereka sering bersaing untuk menjadi yang terbaik, malah berebutkan trofi kecemerlangan setiap semester!
Mostly, pasukan bola keranjang selalu mendahului mereka.
"Darlin...please..kami tak ada masa sebanyak tu untuk tunggu. Sebab kami sendiri orang yang sibuk. Apa kata kau orang tunggu dekat tepi dan bagi kita orang practice dulu...kemudian kau orang sambung latihan."cadang Noah.
Tania mengetap bibir kerana menyampah dengan nada yang digunakan Noah. Tidak hairan la kenapa perempuan semua tergila-gilakan mereka. Tengok saja la gaya kasanova yang satu ni berkelakuan.
"Boleh...ambil la..kami tunggu dekat tepi!"aju kapten pasukan bola jaring dengan teruja. "Lagipun kami tak sibuk mana pun."
Dengan pantas kepala Rossie, Gabby, Tania dan Gina berpaling ke arah kapten mereka itu. Mereka buat muka dengan mulut ternganga sedikit dengan kata-kata itu.
"Memang tak la..."bantah Rossie dengan kening mencerlung. Suka hati je nak guna pengaruh mereka dekat tempat latihan dia. Kalau dah masuk rumah orang tu kenalah sedar diri tu cuma tetamu, jangan berlagak macam tuan rumah pulak. "Ini tempat kami dulu...jadi biar kami yang habiskan latihan dulu baru awak semua..."
Hayden yang dengar sejak tadi pandang Rossie tanpa berkedip. "Kalau macam tu kita buat bet.."ajunya sambil maju ke hadapan mendekati gadis itu.
Semua orang yang berada di situ perhatikan langkah kaki panjang Hayden itu penuh penantian. Mereka menunggu apa yang Hayden akan lakukan pada Rossie sebab hanya gadis itu sahaja yang berani melawan kata kumpulan itu terutama sekali Hayden.
Sampailah Hayden berdiri melangit di depan Rossie, lelaki itu tunduk memandang mata itu.
"Kami tak ada masa untuk diluangkan untuk pertaruhan awak tu."balas Rossie. Dia masih sakit hati dengan komen Hayden pagi tadi. Berani betul lelaki ni perlekehkan dia. Dasar lelaki tidak mengenang budi!
"4 vs 4...siapa yang golkan 5 jaringan. Kumpulan tu yang akan jalankan latihan dulu...dan siapa yang kalah kena belanja makan.."cadang Hayden setelah itu.
Mereka berdua saling bertentangan mata antara sama lain. Cuba melawan siapa yang bakal berkedip terlebih dahulu.
"Rossie?"panggil Gabby menyedarkan kawannya itu.
"How about it?"soal Hayden lagi dengan kepala terlentok sedikit ke kiri dengan sengih meleret mengejeknya. "Takut?Kau kalah?"
Rossie menjuling mata menyampahnya. "Ugh!Fine!!"balasnya semasa berpaling hendak menjauhkan diri dari Hayden. Dia tak takut pun!Dia orang tak tahu ahli kumpulannya macam mana! "Kapt!You in!"beritahunya sambil tu.
Tiba-tiba pergelangan tangan Rossie dipegang Hayden. Lelaki itu tarik gadis itu mendekat padanya semula hingga menyebabkan badan itu melanggar dadanya. "One more thing..."katanya.
Sambil menahan nafas terkejut, Rossie dongak memandang Hayden kerana terkejut. Matanya turun ke jari jemari runcing yang erat mencengkam pergelangan tangan kanannya waktu itu. "Ada apa?" tanya dia dengan jantung berdegup kencang dalam dada seperti mahu meledak. Kenapa dia rasa lain macam ni?
"Kalau kumpulan aku kalah, kau dan kawan-kawan kau kena jadi pasangan kita orang selama satu minggu ni.."beritahu Hayden Bersama renungan jahat.
Terbeliak terus mata Rossie dibuatnya. "Gila apa!"marahnya semasa merentap tangannya dari cengkaman Hayden. "Kalau macam tu kalah ke menang pertaruhan ni tak ada gunanya pun.."
"Hahah...sebab itu jangan macam-macam dengan aku.."Hayden ketawa kecil sewaktu berkata.
Sh*t betul!Rossie buat muka tak puas hati sambil mengepal penumbuk erat-erat. Dari mana asal HAyden ni?Kenapa lelaki ni perangainya mengalahkan syaitan sendiri?
"Gabby, Gina, Tania...kita main berempat.."maklum Rossie tanpa mengalihkan pandangannya dari mata Hayden.
Lantas Hayden pun palingkan kepala, memandang tiga orang rakannya yang sedang berdiri di tepi gelanggang sejak tadi. Tanpa mengatakan apa-apa, dia janya menggunakan isyarat kepala untuk memanggil mereka supaya mendekat.
Share this novel