Chapter : 57

Crime Completed 13688

Seminggu kemudian

Kenapa ya, orang cipta hari macam ni?

Nak tunggu Isnin tiba ke Ahad perlu tunggu enam hari,

Sedangkan nak tunggu Ahad ke Isnin tu hanya sehari je?

Pelik?!

Suara pembaca berita berkumandang dalam kawasan diner pada tengah hari itu. Awalnya siaran tv itu memaparkan iklan tentang shampoo dengan model Christiano Ronaldo mereka. Sekali tu berita pula yang muncul beberapa saat kemudian.

"Broadwood City, jam tempatan, kejadian perbalahan antara geng kongsi gelap yang berlangsung sejak ke belakangan ini sekali lagi terjadi apabila orang awam membuat laporan mengenai kekecohan yang berlaku di sebuah pusat snooker dan berjudi yang ada di daerah tersebut. DI laporkan lagi hampir 40 orang lelaki terkorban sewaktu pergelutan terjadi. Menurut pihak polis yang datang ke tempat kejadian, ketibaan mereka telah lewat kerana semasa tiba di situ, mereka hanya melihat keadaan tempat itu yang sudah musnah dan rosak sepenuhnya dengan mayat lelaki bergelimpangan di dalam premis dan jalan raya.Kesan luka tembakan dan kelaran di leher kelihatan pada setiap mayat di situ."

Walaupun suara pembaca berita itu cukup kuat untuk didengari oleh para pengunjung di diner itu, namun tiada siapapun yang peduli untuk pandang ke skrin tv atau focus pada pemberita wanita tersebut. Oleh kerana semua itu sudah terjadi selama beberapa hari berturut-turut, kejadian tersebut sudah menjadi tidak asing buat mereka penduduk tempat tersebut.

Seakan angin lalu yang datang menyinggah. Begitu la mereka semua rasakan. Sekejap saja rasa takut, kemudian 'pergi lantak la kau situ'!

          "Ee...seramnya"

          "Makin menjadi-jadi betul kes jenayah dekat tempat ni kan."

           "Langsung tak ada sikit pun hati perut masa nak bunuh orang.."

          "Kan..bunuh orang macam sembelih ayam aku menengokkan berita kebelakangan ni...senang-senang je dia orang buat semua tu!"

Borak tiga orang rakan kumpulan Rossie, Hayden dan Tania di meja besar di diner tersebut. Mereka semua baru sahaja selesai jalankan sesi presentation untuk projek mereka. Selain Noah, semua ada di situ untuk makan yang dibelanja oleh Hayden. Kata lelaki tu ianya sebagai ganjaran buat mereka semua kerana telah lakukan yang terbaik untuk dapatkan markah penuh buat projek mereka itu.

Rossie yang dengar perbualan itu pasang telinga tetapi sibukkan diri dengan mengasingkan kacang hijau dari nasi gorengnya. Dia tidak suka makan kacang. Tapi suka makan nasi goreng. Tapi itu la kadang-kadang terlupa hendak pesan dari awal!

Hayden di samping Rossie, duduk merapat pada gadis itu dengan sebelah tangan berada di atas peha gadis tersebut. Sebelah lagi membelek skrin telefon. Mulut pula mengunyah.

Tania di tepi meja berdekatan dengan Rossie buat muka tidak kisah dengan perbualan mereka di situ kerana sudah tahu siapakah dan si pelakunya. Dia sebagaoi ejen rahsia di situ pun tidak berdaya hendak berbuat apa-apa. Sedangkan pihak atasanya telah bising dan marah kerana masih lagi gagal menamatkan kemelut di tempat itu.

          "Oh ya...mana Noah...kenapa kebelakangan ni dia dah tak ada dekat kolej.."

          "Yalah...projek kita ni siap pun tanpa dia.."

           "Mana Noah dah pergi Hayden?"tanya ketua kumpulan.

           Tanpa memandang ketua kumpulannya itu,   Hayden berkata dengan nada selamba badak dia. "Dah mampus agaknya.."ibu jarinya scroll skrin melihat imej dan butiran yang terpapar.

Mereka semua membuat muka dengan jawapan itu. Masing-masing saling mengerling ke antara satu sama lain.

            Rossie pula gerak mengaut kacang yang penuh dalam sudu itu dan di sua ke Hayden. "Ahh.."nganganya pada lelaki itu.

Masih lagi memandang skrin telefon,Hayden pusingkan kepalanya sambil menaip sesuatu di skrin telefon lalu mengangakan mulutnya. Sedikit pun tidak peduli untuk pandang apatah lagi mengerling apa yang disuap ke dalam mulutnya.

            Sudu itu pun disuapkan ke dalam mulut Hayden. Berpuas hati dengan tindakannya itu, Rossie sambung makan nasi gorengnya. "Noah sakit...dia tak sihat. Sebab tu dia tak datang ke kolej.." dalihnya setelah itu.

         "Sakit apa?"

         "Dia jatuh sakit sebab Hardin meninggal dunia ke?"

          "Patutlah tak ada dekat mana-mana...teruk sangat sakitnya tu?"

Mereka di situ dengan beria ingin tahu.

         Tapi Rossie malah tersenyum senang. "Tak adalah. Tak teruk mana pun?"selain patah tangan dan kulit terbakar, rasanya boleh tahan lagi agaknya!DIa suka sebab akhirnya Noah jatuh jugak!Padan muka!Puas hati dia!Kalau bukan kerana Noah, Hardin pasti Bersama mereka sekarang ni!

         "Harap-harap dia cepat sembuh la."

         "Kan...rindu dengan perangai comel dia.."

         "Eew...kau kenapa cakap dia comel!Sakai betul la kau ni ketua!"

Tania kerling ke Rossie dengan kening berkerut susah hati. Risau betul dia akan Rossie sejak kawannya itu bergaul dengan Hayden. Sikap tenang bersahaja Rossie membuatkan dia takut!"Macam mana kau tahu dia sakit?"tanya dia yang akhirnya bersuara selepas sekian lama mendiamkan diri di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience