Hayden ketawa, dia yang tidak berbaju itu tanpa segan silu tunduk menyondong seakan mahu berbaring ke atas Rossie. Tetapi tidak, dia jadikan kedua-dua kaki sebagai sokong sementara tangan sebelah lagi di tegakkan ke tepi kepala Rossie supaya tidak letakkan beratnya sepenuhnya ke atas gadis itu.
Sambil menelan air liur berkali-kali Rossie diam memerhatikan pergerakkan itu tanpa melawan kerana tiba-tiba saja dia termangu sendiri kerana melihat badan Hayden yang penuh dengan tatu dan berketak-ketak di atasnya.
Siut betul! Kalau ya pun pakai la baju tu!
"A-apa yang awak nak cuba buat hah!" terketar-ketar Rossie bertanya.
Setelah selesakan diri, Hayden bersuara di depan muka itu. "Kau nampak apa dekat bawah tadi?"tanya dia dengan perlahan.
Lekas-lekas Rossie palingkan ke tepi. Enggan pandang muka tu. Bibirnya di ketap erat. Buat dia teringat muka serius Hayden semasa lelaki tu pukul orang je!Takut!
"Saya tak faham apa yang awak tanyakan tu."nafinya.
"Aku nampak kau tadi dekat bawah."
Rossie tidak menjawab.Dia hanya berkerut kening mencerlung susah hati.
Tepi wajah Rossie di tatap Hayden bila gadis itu tidak menghiraukan pertanyaannya. Kebisuan Rossie sudah cukup untuk beritahu dia yang Rossie memang telah nampak.
"Haih.."keluhnya sesaat kemudian, kepalanya tertunduk untuk beberapa saat. "Ianya bukan seperti yang kau fikirkan...aku tak bunuh dia orang cuma cederakan je...dan semua itu hanya cara aku bagi amaran." bisiknya dengan perlahan.
Rossie mengedipkan mata beberapa kali saat nafas Hayden berhembus ke kulit lehernya ketika itu. Kalau la Hayden tahu betapa kuatnya efek lelaki ni padanya, pasti malu dia dibahan nanti.
Dengan bersungguhnya dia kawal dirinya waktu itu!"It's okay...awak cuma buat kerja awak...kenapa awak nak jelaskan kepada saya.."balasnya dengan susah payah untuk tidak kedengaran aneh. Dadanya sesak, fikirannya pula menerawang yang entah apa-apa!
"Kau tak kisah?"tanya Hayden saat mengangkat kepalanya dari tepi leher Rossie ketika itu. Dia pandang Rossie dengan renungan redup.
Tanpa memalingkan mukannya pada Hayden, Rossie beritahu."Ya...saya tak kisah...jadi awak tak perlu risau!Saya takkan bencikan awak hanya disebabkan kegiatan awak tu...sekarang tolong..bangun dari saya..da-"
Jengkel melihat Rossie yang enggan memandangnya, Hayden pegang bawah dagu tu.
Belum sempat Rossie hendak menghabiskan kata-katanya, bawah dagunya dia cengkam sebelum satu kucupan kuat hinggap pada bibirnya. Buat beberapa saat dia kaku di situ kerana terpempan dengan tindakan tersebut sampai lupa hendak bernafas bagaimana.
Tangan Hayde yang mencengkam tangan Rossie tadi turun untuk memegang belakang kepala tu sewaktu tangan sebelah lagi sudah melingkar ke sekeliling belakang badan gadis tersebut. Semakin lama, semakin dalam kucupannya.
Oleh kerana tangannya telah bebas, Rossie pegang kedua-dua belah bilah bahu itu hendak menolak supaya lelaki itu menjauh darinya. Namun tangannya itu dialihkan oleh Hayden dengan mudah sesaat kemudian.
Tanpa melepaskan tangan yang di pegangnya, Hayden turunkan badannya sedikit buatkan dia hempap Rossie, tetapi kakinya masih menyokong dirinya untuk tidak meletakkan berat sepenuhnya ke atas gadis itu dan pada masa yang sama.
Sesaat semasa Hayden gerak mengubah kedudukan kepalanya, Rossie sempat mencari nafas sebelum lelaki itu kembali mengucup bibirnya semula buatkan dia terperangkap dalam dakapan lelaki itu.
Tiba-tiba bunyi deringan telefon kedengaran. Ianya datang dari telefon Hayden yang di letakkan atas almari sebelah katil itu.
Awalnya tidak dihiraukan oleh Hayden, tetapi selepas tiga kali berbunyi, dengan deraman jengkel dia tumbang ke tepi Rossie dan gerak mencapai telefon itu.
"Better kau orang ada sebab kukuh kacau time ni!"bebelnya sambil tu.
Seperti orang sesak nafas, Rossie di sebelah ikut gerak mahu bangun selamatkan diri, sekali tu tangan Hayden muncul, kolar baju Rossie di cekau dari belakang dengan Hayden.
"Mak!"jerit Rossie.
"Nak pergi mana tu...aku belum habis lagi."Hayden melarang saat jari dia sentuh butang hijau pada skrin telefon.
Akibat dari tarikan di kolarnya, Rossie terbaring semula ke atas katil dengan kasar sambil dia menahan nafas terkejut.
"Hello?"sapa Hayden dari balik nafas dengan kening berkerut. Dada dia naik turun hendak hilang sabar kerana di ganggu.
Tidak mahu mengalah, Rossie cuba lepaskan diri dengan memusingkan badan dan berniat hendak gigit lengan Hayden yang memegang kolar bajunya. Berharap cubaannya itu berjaya, namun baru saja dia buka mulut hendak menggigit tangan itu, Hayden duduk tegak dan lepaskan kolarnya dengan mengejut.
"Apa kau cakap?"seru Hayden kedengaran terkejut yang amat sangat. "Bila tu?Dia dekat mana sekarang?"kelam kabut Hayden merangkak turun dari katil tu.
Terkebil-kebil mata Rossie perhatikan tingkah lelaki itu. Dah kenapa pulak tu?Mulutnya yang ternganga di katup semula.
"Fine...tunggu situ. Aku datang kejap lagi."kata Hayden lagi buat kali terakhir sebelum putuskan panggilan tu.
Mundar mandir Rossie perhatikan Hayden waktu itu. Ada apa yang dah berlaku ni?Buat dia terkejut je la!
"Ada apa ni Hayden?"tanya Rossie.
"Siap cepat...kita gerak ke hospital sekarang."gesa Hayden saat gerak ke pintu bilik. Mahu keluar dari situ.
"Hah?Kenapa?"Rossie pun ikut merangkak turun dari katil tu. "Kenapa ke hospital?"
Sambil buka pintu, Hayden pandang ke Rossie dengan kening berkerut susah hatinya."Hardin eksiden...keadaan dia serius...sekarang siap cepat. Aku tunggu dekat bawah."ujarnya dengan lekas sebelum berlalu keluar dari situ.
KLIK!
Pintu tertutup.
Buatkan bilik itu menjadi dingin dengan secara tiba-tiba. Rossie yang ditinggalkan sendirian di situ tercengang sendiri.
Hardin ekdsiden?
Share this novel