Chapter : 22

Crime Completed 13688

"Awak bawa saya ke mana ni Ryan?"tanya Rossie semasa perhatikan keadaan sekeliling kereta. Pemanduan selama 15 minit itu telah membaca dia ke sebuah Gudang atau bangunan terurus.

Tidak kelihatan seperti terbiar kerana ada lampu dan cahaya dari jendela-jendela di situ. Beberapa buah van dan kereta yang lain turut bertapak di halamannya.

         "Keluar!"arah Ryan dengan dingin.

          "Kita dekat mana ni?"tanya Rossie lagi berkerut kening mahu menangis.

          "Aku kata keluar!!Pekak ke!!!"bentak Ryan sekuat hati hingga bingit satu kereta tu dengan suaranya.

Mata Rossie berkedip-kedip laju dek bentakan itu. Dalam keadaan terketar-ketar dia buka pintu kereta dan gerak keluar dari kenderaan tersebut.

Ryan terus dapatkan Rossie. Lengan gadis itu di cengkam sebelum dia tarik tubuh kecil itu bersamanya ke pintu masuk bangunan tersebut. Terseret-seret kaki Rossie kerana langkah lekas lelaki itu.

           "Apa yang awak nak buat ni Ryan...kenapa awak bawa saya ke sini?" soalnya.

            Tanpa memandang Rossie, Ryan yang berwajah  serius itu berkata. "Ada orang yang mahukan kau..lebih dari aku"

            "Hah?"nganga Rossie dengan kening berkerut kebingungan. Nafasnya tertahan-tahan di kerongkong hingga sakit dasa dia dibuatnya.

Pintu besi yang dirantai dengan besi dan mangga di rentap Ryan dengan kuat  sebelum lelaki itu dorong ia pintu tersebut ke dalam. Menghasilkan bunyi berkelentang-kelentung yang kuat saat ia di dorong ke dalam.

Mulanya Rossie mahu menjerit dan bergelut, tetapi tidak jadi setelah dia lihat apa yang ada di dalam Gudang dan depan matanya itu. Dia fikirkan tempat itu adalah tempat pembunuhannya atau dipenuhi dengan gangster jahat, Tetapi sebaliknya.

Mana-mana dapat dilihat orang berpakaian serba hitam bersenjata ke hulu dan hilir melakukan sesuatu. Bau busuk seperti klorin atau bahan kimia yang tengik di hidu hidung. Empat buah meja panjang di kelilingi dengan mereka yang bertopeng mulut dan serbuk putih.

          "Ohoi!Kau datang!"sapa seorang lelaki bersut dan lampai dari sebelah kanan dengan tiba-tiba.

Dengan serentak,Rossie dan Ryan berhenti dari berjalan dan berhenti di situ menghadap lelaki tersebut. Orang itu menanggalkan topeng hitam satu kepala tu sebelum berdiri di hadapan mereka.

           "Ni aku dah bawak orang yang kau perlukan tu.."beritahu Ryan sambil tarik Rossie supaya ke depan.

Mata bulat Rossie menjadi semakin bulat apabila dia dengar Ryan cakap macam tu. Dia pandang teman lelakinya dengan muka kejung penuh ketakutan. Apa yang lelaki ni katakan?Orang yang diperlukan?Memangnya dia ni apa?

            Apabila topeng itu ditanggalkan, wajah milik lelaki itu pun terdedah. "Ah...ini ke yang kau kata orang special mamat sengal tak guna Hayden tu?"lelaki tu tunduk mendekat ke Rossie. Mahu meneliti wajah itu. "Kau sure dia bukan seorang daripada spare part dia?"

Ryan menyilang tangan ke dada. Dia buat muka grumpy bila mengingatkan kembali pertarungannya dengan geng Hayden siang tadi. Lelaki tu dengan bangga beritahu pada dia supaya berpisah dengan Rossie sebab Rossie tak nak dengan dia lagi.

Sekarang tengok siapa yang susahkan siapa!Nak sangatkan Rossie. Cari sendiri kalau nak dapat! Itupun kalau Rossie hidup lagi. Lelaki ini juga adalah orang yang telah membekalkan dia samseng untuk membelasah Hayden.

               "Ya..."keluh Ryan dengan jengkel.

Selepas dia kalah, lelaki depannya ini beritahu Ryan siapakah Hayden yang seenar sewaktu dia mengadu akan betapa lembik dan lemahnya anak buah lelaki ni lepas dia bayar mahal. Rupa-rupanya anak kepada ketua mafia satu tempat ni.

Tak hairan la perangai macam setan! Berlagak nak mampus. Untuk balas balik apa yang Hayden dah buat, dia beritahu yang Rossie ni kenalan rapat Hayden selepas apa yang dia Nampak di diner tempoh hari. Dimana teman wanita syok suci dia ni duduk atas riba lelaki keparat tu.

         "Hai cutie.."senyum lelaki tu saat mahu menyentuh Rossie.

          Cepat-cepat Rossie rangkul lengan Ryan, mengelak diri nya dari di sentuh dengan lelaki itu. "Awak...apa semua ni..bawa saya balik...siapa lelaki ni."dia tak faham kenapa Hayden ikut terjebak dalam hal ni!

           Seakan di sentuh sesuatu yang jijik, Ryan tolak turun tangan Rossie dari lengannya. "Kau bukan lagi teman wanita aku, apa nak jadi pada kau...aku dah tak peduli lagi"lafaznya tanpa perasaan.

           Rossie bergelut enggan melepaskan tangannya, tetapi tindakan kasar Ryan buatkan dia terlepas juga tangan itu. "Awak...apa ni...kenapa cakap macam tu..."air mata mula bergenang. "Kenapa awak bencikan saya sangat.salah apa saya pada awak...."

Tanpa berkata apa-apa, Ryan berpaling sebelum pergi dari situ. Meninggalkan Rossie.

              "Ryan!"panggil Rossie mahu mengejar teman lelakinya.Tetapi tidak sempat apabila lelaki lampai bersut tadi peluk tubuhnya dari belakang dan menghalang dirinya. "RYAN!!!!!"

Suara jeritan Rossie di belakang sedikit pun tidak menghentikan langkah Ryan malahan lelaki itu sempat lagi menutup pintu besi itu sepenuhnya.

             "Lepas!Lepaskan saya!ARGHHHH!!!!!"teriak Rossie dengan kaki meronta-ronta mahu di lepaskan.

Lelaki itu ketawa kecil saat mengeratkan pelukannya ke sekeliling pinggang itu. Gadis itu tidak terlalu sukar di uruskan.

             "Shhh.jangan takut sayang..."bisiknya di tepi telinga Rossie sewaktu gadis itu bergelut dan menjerit tidak tentu arah. "Lepas aku dapat apa aku nak...kau akan bebas...so don't worry okay. Cuma jadi budak baik je.."

Bisikan itu telah menyebabkan dia berhenti dari bergelut, bulu romanya ikut tegak meremang. Rossie menahan nafas terkejut dengan mata terbutang luas. Dia kaku memandang ke depan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience