Chapter : 36

Crime Completed 13688

Suasana hening menghuni kawasan perpustakaan. Ramai pelajar di situ. Kebanyakannya sibuk menelaah dan menyiapkan tugasan mereka. Ada juga yang duduk di situ meletakkan kepala atas meja tertidur. Ada juga yang duduk santai di situ untuk guna wifi buat permainan online mereka.

Dan masa itu la muncul seorang pelajar lelaki berkemeja flennel lepas tidak dibutang, dipadankan dengan t-shirt putih dibahagian dalam, jean hitam koyak di bahagian lutut berjalan masuk melalui pintu masuk. Beg bergalas sebelah bahu sementara sebelah tangan lagi memegang sebuah buku. Sepertinya baru selesai hadiri kuliah.

Sambil berjalan dia mengerling ke kanan dan kiri setiap celah rak di situ. Mencari seseorang di situ. Dekat 10 rak yang dia lintas, akhirnya kelibat orang yang dicari kelihatan. Berhenti sekejap di depan Lorong itu, kepalanya di paling kanan dan kiri memastikan tiada sesiapa yang perasan.

Masuk saja dia ke lorong itu, gadis yang mengikat satu rambut ke belakang tersebut di dekatinya dengan senyap kerana gadis itu sedang berdiri membelakangkan dia. Tersengih dia bila nampak betapa struggle badan kecik tu cuba menggapai buku.

"Isy!"

Rossie dongak menjengket kaki mencapai buku tebal yang ada di tingkat tiga rak buku tersebut. Sebelah tangan pegang rak, sebelah lagi cuba menggapai buku. Hujung kakinya ikut berjengket dengan harapan dia dapat mengambil buku rujukan itu.

Di saat dua jarinya itu hendak berjaya sentuh buku tersebut, satu kelibat muncul dari belakang lalu diikuti dengan tangan lain yang menggapainya.

Mata Rossie perhatikan buku itu lalu gerak berpaling ke belakang. Bila dia pandang, nafasnya terus tertahan di kerongkong kerana terperanjat! Dia terpaksa double take sebab visual lelaki itu sekalipun tidak pernah buatkan dia terpana!

          "Susah jugak nak cari awak sejak jadi teman wanita Hayden ya?"tegur lelaki di hadapan Rossie saat hulur buku itu padanya.

           Mata Rossie berkedip sedar. Dia pegang buku tu bersama perasaan tidak suka dan terkejutnya. Mana taknya, asyik buat dia terperanjat je setiap kali berjumpa!"Kalau awak lakukan tugas awak untuk jauhkan dia dari saya maybe kami tiada apa-apa hubungan sekarang ni.."ujarnya dengan nada berbisik yang perlahan.

Lelaki di hadapan Rossie membuat muka, dia angkat tangannya dan memegang rak yang ada di belakang kepala Rossie. Menggunakan badannya, dia sondong ke tepi, menghadang gadis itu dari di lihat sesiapa.

         "Kalau awak berani, awak akan katakan tidak pada dia?Sekarang tengok..hal jadi rumit. Kalau sesuatu berlaku pada diri awak..apa yang awak akan lakukan nanti?Nangis?"bisik lelaki tu lagi sambil pasang telinga dan peka akan sekelilingnya. Khuatir kalau ada yang memasang telinga.

         Rossie buat muka. Hak-alah...asal jumpa je nak membebel pada dia!Ingat dia nak sangat ke hadap semua ni!?What a pain in the ass!"Ada apa ni?"Rossie tilik lelaki lampai di depannya atas bawah dengan kening berkerut curiganya. "Kalau awak datang sini cuma nak berleter pada saya..baik awak pergi temankan kawan baik awak Hayden tu.."keluhnya yang mahu bergerak ke tepi agar keluar dari Lorong tu.

           "Nak pergi mana tu...kita belum habis lagi!"Sambil membuat muka bengangnya, lelaki tu capai lengan Rossie, menarik Rossie supaya berdiri di depannya semula dengan paksa. Reaksi jengkel jelas terpancar di wajahnya.

            Rossie terpaksa jalan mengundur dibuat tarikan itu. Berdiri saja di depan lelaki itu semula, dia berkedip mata sewaktu lengan dia di cengkam dengan erat oleh lelaki tersebut. Apa isu lelaki ni, asyik nak pegang dia je!"Iihh!Nak apa lagi?" renggus Rossie kerimasan.

Mimik muka lelaki itu berubah 360 darjah dalam sekelip mata selepas Rossie pandang.

             "Memandangkan awak dah terjebak sekali dengan kami semua di sini..ada sesuatu yang saya mahu awak lakukan.."katanya sebelum tersenyum mesra.

             Buat seketika Rossie diam memandang wajah itu tanpa berkedip. Bunyi macam serius?Ada apa-apa yang tak baik akan berlaku ke? "Amendanya tu?"

Perlahan-lahan lelaki itu pun menunduk ke tepi telinga Rossie. Buatkan Rossie terkejut sekejap bila lelaki tu begitu rapat dengannya hingga bau minyak wangi yang dipakai turut dihidunya. Lelaki itu kemudian berbisik sehalus yang boleh ke Rossie.

             "Saya nak awak ajak Hayden dating dengan awak malam ni...pastikan dia tak sentuh telefon dia. Sesuatu yang besar akan terjadi malam ni...jadi alihkan perhatian dia sebaik mungkin."

Rossie pandang ke balik bahu lelaki itu, matanya terarah ke hujung lorong rak buku itu. Mujur la tiada siapa yang lalu Lalang di situ. Kalau ada memang nahas la dia! "Untuk apa?"bisiknya juga.

            "Lebih baik awak tak tahu apa-apa mengenainya. Just do as I said. Alihkan perhatian dia..."selesai berkata, lelaki itu jarakkan dirinya dari Rossie. Tangannya masih memegang rak di situ. Bersandar padanya.

            Ada-ada je la!Rossie buat muka. Ingat dia ni apa?Orang tengah?Memangnya apa isunya lelaki ni dengan Hayden?Kan mereka kawan?Asal gaya lelaki ni seakan mahu khianati Hayden. "Kenapa awak buat semua ni?Awak bencikan dia ke?"

            Soalan itu buatkan lelaki tersebut terpempan. Dia pandang Rossie dengan renungan yang tidak dapat ditafsirkan. Bukan benci! Ianya adalah tugas dia. "Panjang ceritanya kalau nak diberitahu...one day... awak akan faham. Buat masa sekarang just make sure tiada siapa tahu tentang kita... terutama sekali Hayden..okay?"

Ih!Ada ke! Dah suruh dia libatkan diri tapi tak nak beritahu apa hal sebenarnya tu!

          "Kalau saya tak nak buat apa yang awak mintak?Apa yang akan berlaku pada saya?"tanya Rossie lagi dengan renungan judging dia.

          "Terpulang...kalau awak nak tengok adanya pertumpahan darah di hadapan mata di masa depan nanti?Tak payah la buat."lelaki tu tarik sengih meleret penuh muslihatnya.

Rossie pandang pelik.

Heh?

Pertumpahan darah?

What the heck!

           "Macam mana saya nak alihkan perhatian dia kalau macam tu?"

            Senang dengan jawapan Rossie yang jelas-jelas mahu memberi kerjasama kepada dia, lelaki itu tersenyum manis. "Awak tunjuk muka cantik awak ni dan berkepit dengan dia sepanjang masa pun dah cukup...siapa je yang tak suka gadis bermata bulat macam awak ni.."pipi itu di cuit manja. "Tapi jangan la melebih pulak..."terus hujung hidung itu di jentik perlahan dengan hujung jari telunjuk.

            Menahan nafas terkejut Rossie. Dia tepis tangan itu dengan lekas dari pipinya. Ya-yalah cantik!Ingat dia nak percaya?Bunyi pun macam mengutuk dia ada la!"Hei!Apa ni!Jangan la di cubit!Suka hati je!"deramnya dari balik ketapan gigi.

            Lelaki itu ketawa kecil kerana tercuit dengan sikap Rossie sebelum berkata sesaat kemudian. "Dah la. Itu je saya nak beritahu." katanya saat meletakkan tangan atas kepala tu dan digosok perlahan. "Ingat apa saya suruh."lantas dia pun berpaling mahu gerak pergi dari situ.

Terpinga-pinga dengan keadaan itu, Rossie hanya berkerut kening sambil betulkan rambutnya. Suka hati je!Kusut nanti rambut dia ni. Dah suruh blah macam tu!Memangnya dia ni apa!

             "Oh ya...lagi satu.."tiba-tiba lelaki tu berpaling semula.

              Rossie tersentak sekali lagi. Hah!Apahal lagi tu! "Apa?tanya dia serta merta dengan kening terangkat. Tak habis-habis!

Lelaki tu buat muka semasa mendekat.

              "As lucky charm.."katanya semasa mendekati Rossie dan tunduk mengucup pipi tu sepintas lalu.

              "Huh!"Rossie membutang mata saat bibir itu menyentuh pipinya. What the fudge!

              "Stay safe Rossie."ucap lelaki tu saat berpaling dan melambai tangan beredar dari situ. Meninggalkan Rossie yang sedang terpinga-pinga di situ sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience