"Hei!Apa ni!"gelut Rossie sambil memukul-mukul badan Izack semasa dirinya di dorong masuk ke penjuru rak di situ sebelum belakang badannya bersandar ke rak itu. Beria dia mengedipkan mata ingat kepalanya akan terhantuk, tetapi tidak kerana tangan Izack memegang belakang kepalanya pada waktu itu.
"Awak bising...orang dengar..!"ugut Izack semasa berdiri melangit di hadapan Rossie menghimpit gadis itu di antara rak dan dirinya.
Kepala Rossie mendongak ke atas untuk bertentang mata dengan lelaki lampai di hadapannya itu. Dia pandang dengan kening mencerlung tidak puas hati. "Awak nak apa lagi ni?"Lengan itu di pegang dengan kuat supaya dapat menolak Izack menjauh darinya, tetapi lelaki itu enggan berganjak.
Untuk seketika Izack hanya diam menatap wajah marah Rossie. Tangannya masih memegang belakang kepala tersebut. Sebenarnya dia ada sesuatu yang hendak disampaikan kepada Rossie tetapi tidak tahu bagaimana hendak diluahkan.
Rossie turut membalas renungan Izack. Pandang muka lelaki itu buatkan dia teringat semua momen dia bersama mereka semua. Dari Tania, Hayden, Hardin, Noah, Gabby dan Gina.
Kenapa la semua ni mesti terjadi? Sebak bertandang di dadanya. Kalau la masa boleh di putar balik!
"Maafkan saya..."ucap Izack dengan perlahan. "Saya tahu saya tak patut libatkan awak dengan semua ni sejak awal lagi...sebab itu saya datang temui awak."beritahunya dengan perlahan di hadapan muka Rossie.
Mata Rossie berkaca. Kenapa la baru hari ni dia dengar kata maaf dari semua orang! Kenapa pepas semua ni terjadi! Betapa bencinya dia mendengar perkataan itu sekarang. "Saya maafkan awak...saya maafkan semua orang. Jadi berhenti ganggu saya." lafaznya dengan lekas. Ingin menamatkan perbualan mereka berdua serta merta.
Izack menghadang tepi Rossie. Menghalang gadis itu dari kemana-mana. "Saya belum habis bercakap dengan awak lagi Rossie. Please dengar dulu..."mintanya dengan nada merayu. Dia kena beritahu jugak!
Dada Rossie naik turun kencang kerana ingin menjerit dan mengamuk di situ. Tapi tidak, dia malah merenggus kasar dan silangkan tangan ke dada. Badannya di sandar ke belakang saat palingkan kepala ke kanan. Tanpa berkata apa-apa dia diam di situ memberi peluang kepada Izack untuk menyatakan keinginan lelaki itu.
Apabila Rossie tenang, perlahan-lahan Izack jarakkan dirinya. Dia berdiri dua langkah ke belakang dari Rossie tanpa mengalihkan matanya dari muka itu.
"Saya tahu semua ni buatkan hidup awak tidak tentu arah...musnah dan rosak...saya bagi memori tidak indah dalam hidup awak...saya tahu semuanya salah saya...kalau saya tak libatkan diri awak sejak awal lagi, awak takkan bersama dengan Hayden, Ryan takkan mati, Hardin takkan mati, awak tidak susahkan diri untuk bantu Hayden atau kehilangan kawan baik awak pada masa yang sama...oleh itu saya akan bertanggungjawab pada awak...izinkan said a untuk perbaikinya semula.."luahnya dengan satu nafas.
Terkedu Rossie. Dia palingkan mukanya ke Izack dengan mata terbuka kaku. Mulutnya terbuka sedikit kerana tergamam.
"Saya janji saya akan pasti masa depan awak terjamin. Saya akan bahagiakan awak.."beritahu Izack lagi. "Jadi rancangan saya lepas awak habis exam final nanti, saya akan datang jemput awak untuk tinggal bersama dengan saya. Bukan saja saya, awak akan temui Tania dan yang lain juga di sana nanti."tambahnya.
Kata-kata itu sungguh mengejutkan dia sampaikan Rossie tidak sedar yang dia menahan nafas sepanjang masa itu. Matanya juga tidak berkedip dari memandang wajah serius Izack.
"Sebenarnya nama saya bukan Izack...nama sebenar saya Alec Benjamin. Saya anak kepada ketua polis negara. Dan juga tua dua tahun dari awak. Saya beritahu semua ni sebab saya betul-betul maksudkan apa yang saya katakan tadi."dia pandang Rossie tepat ke mata itu.
Rossie pandang 'what the hell' bila dengar semua itu. Tak percaya betul la!
"Lepas apa yang berlaku baru awak nak bertanggungjawab?Boleh ke saya percaya?Entah-entah semua ni hanya helah awak aje supaya saya jauh dari Hayden."tanya Rossie dengan perasaan marah dan sedih pada masa yang sama.
Izack pandang dengan kening mencerlung susah hati.
"Ianya ambil masa untuk saya lakukan hal ni Rossie. Saya tahu saya salah. Sebab itu saya cakap semua ni..saya janji pada awak. Semua ni tidak akan berulang lagi...kalau awak teruskan juga untuk bersama Hayden...awak tak tahu apa yang akan terjadi di masa depan awak nanti...lagipun saya lepaskan Hayden seperti mana yang awak minta...awak tahu apa yang saya perlu hadapi hanya untuk hapuskan arahan penangkapan Hayden tu?Kalau tak cukup lagi...saya akan letak jawatan dari pekerjaan ni..."
Rossie terpempan. Dia tidak menyangka sampai begitu nekad sekali lelaki di hadapannya ini! Kalau Hayden, dia minta pasti tidak akan dapat lakukan hal yang sama! Sementara Izack...hanya kerana dia lelaki ini sanggup letak jawatan!
Risau melihat reaksi Rossie yang mungkin akan menolaknya.. Izack a.k.a Alec dekati gadis itu lalu memegang kedua belah lengan itu dengan lembut.
"Please Rossie. Think about it okay??Saya berikan awak masa untuk fikirkannya semula. Hari ni saya akan ambil penerbangan awal pada pagi esok. Dua minggu dari sekarang saya akan datang semula ke sini. Dan saya harap masa tu awak dah ada jawapan untuk saya."
Huh!
Takkan la!
Rossie tergamam.
Tersekat-sekat nafasnya waktu itu saat memandang wajah penuh berharap Izack. Dia tidak tahu hendak berbuat bagaimana. Dia bingung!
"Okay?"tanya Izack lagi.
Mahu tak mahu Rossie mengangguk kepala. Dia menundukkan matanya ke bawah kerana tidak tahu hendak beri reaksi apa.
"Okay...saya akan pertimbangkannya."
"Thank you."ucap Izack dengan lega sebelum tarik Rossie ke dalam pelukan lantas mengucup mahkota kepala gadis tersebut dengan mata terpejam. Dalam diam dia berdoa supaya Rossie terbuka hati untuk menerima pelawaannya.
Saat dirinya di peluk, Rossie berdiri kaku di situ sambil mencengkam kuat kain kot Izack. Dia termenung memikirkan Hayden. Agaknya kalau dia minta jawapan dari lelaki tu adakah dia akan mempunyai harapan?Atau tidak?
Share this novel