Chapter : 58

Crime Completed 13688

Baru sahaja mulutnya hendak dibuka untuk bersuara, di saat tangan Hayden yang ada di atas peha dia tiba-tiba mencengkam kuat. Buatkan dia tersentak seperti kena renjatan eletrik. Dengan pantas kepalanya berpaling ke Hayden.

        Sambil mengunyah sisa kacang dalam mulutnya, Hayden beri senyuman manis penuh maksud pada Rossie. "Sayang..awak dah puas makan belum?Saya nak ajak dating."beritahu dia selepas itu. Ingin alihkan perhatian semua orang di situ dari bercakap mengenai Noah.

        Faham dengan renungan itu, Rossie mengangguk kepala mahu tak mahu. "Sure."

        "Ooohh...untung la...dating dengan anak orang kaya.."

        "Hmm...yalah untung!Dah la pergi dating sana..berbulu mata aku tengok kau orang berkepit je!"

         "Ahahah...jelous ke ketua kumpulan?"

Borak mereka di situ dengan riang dan mesra tanpa mengetahui bahawa Noah telah kemalangan selepas dikejar oleh anak buah Hayden tiga hari lepas selepas kawasan kubu rahsia lelaki itu diketahui konco-konco Hayden.

Bukan setakat di bom dan dibakar, hampir semua manusia yang hidup di dalamnya lelaki ke perempuan, Budak kecil tua atau muda. Semuanya habis punah dimamah runtuhan dan kebakaran. Berita nyatakan ianya kejadian lintar pintas sedangkan hanya Hayden sahaja yang tahu apa yang terjadi!

Kemalangan tu telah menyebabkan Noah patah tangan dan cedera sikit. Tapi masih mampu lagi bergerak. Dasar si liat nak mampus!Itu kata Hayden selepas dia dapat tahu Noah masih hidup! Mengenangkan persahabatannya dengan Noah, Hayden beri peluang kepada Noah untuk bernafas sekejap sebelum mengerjakan lelaki itu lagi.

          "Nak ke mana?"tanya Tania dengan resah. Dia tidak suka Hayden libatkan Rossie dengan kehidupan berbahaya lelaki tu.

Hayden ketawa kecil. Sambil memandang Tania, dia peluk sekeliling pinggang Rossie. Saja nak sakitkan hati Tania dengan menunjukkan gadis itu bahawa Rossie lebih percayakan dia dari sesiapa dekat tempat ni!

           "Memangnya kenapa kau nak tahu?Dia anak kau ke?"sentap Hayden dengan muka selamba bersahaja tetapi berbaur tidak suka.

             Kening Tania mencerlung tidak suka. "Aku tanya je sebab aku risau..kau tu bukannya boleh buat percaya sangat." cebiknya

           Hujung bibir Hayden terjungkit.  "Kau kau jelous sebab dia luangkan masa lebih dengan aku dari kau?"

Tania mengetap giginya dengan erat. Hampir saja dia mencarut di situ.

           "Tak adalah...kau jangan la bawa dia ke sana ke mari tanpa peduli keselamatan dia." sungut Tania.

Mereka yang lain di situ hanya dengar tak dengar akan perbualan tu kerana mahu menikmati makanan percuma mereka. Bukannya kali pertama Tania bertekak dengan hayden. Sejak dua orang itu ada beef antara satu sama lain sejak tu Tania sekali pun tak pernah tunjuk rasa senang pada Hayden. Ada saja yang hendak di gaduhkan.

          "Aku tahu nak jaga dia,..kau tak payah sibuk nak sekolahkan aku...kalau kau sendiri pun tak boleh nak 'jaga' urusan sendiri..inikan orang lain?"tambah Hayden dengan sinis.

          Rossie yang mengesan keadaan di situ semakin tegang terus tepuk dada Hayden menyedarkan lelaki itu. "Hei..apa ni. Sudah la."

Hayden tidak terkutik. Dia balas renungan mencabar Tania tanpa berkelip sedikitpun! Pandang Tania buatkan dia teringat pada IZack yang telah memperdayakan dia selama ini. Jadi apa saja yang melibatkan Izack, dia akan rasa anti dan benci yang amat sangat.

          "Dah, jom kita gerak"ajaknya beberapa saat selepas itu.

          "Sekarang?"soal Rossie.

          "Ya...kembang la tekak aku nak makan"getus Hayden sambil capai beg tangan Rossie lalu lengan gadis tersebut.

          "Hah?Dah nak balik?Bayar macam mana?"tanya ketua kumpulan.

          Hayden kerling ke mereka di hadapannya  sewaktu bangun dari situ. "Makan la...aku dah bayar awal-awal lagi tadi."pesannya saat dorong Rossie keluar dari bawah meja itu.

          "Oh!Cantik!"seru mereka dengan gembira.

Dalam keterpaksaannya, Rossie terpaksa akur dan gerak keluar dari situ meninggalkan Tania dan kawan-kawan sekumpulan projeknya.

Tania yang ditinggalkan pula hanya mampu membuat muka sambil memandang sekelilingnya dengan jengkel!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience