Tiga tahun yang lalu.
"Oh ya...sebelum ayah lupa. Kamu juga akan berkerjasama dengan beberapa orang rakan. Dan mereka ini adalah pelajar terbaik di akademi latihan ejen rahsia dan penyamaran. Dan mereka juga akan sertai misi kamu di kolej itu nanti.
"Rakan?"
"Ya...silakan masuk.."
Pintu pejabat terbuka ke dalam sesaat selepas Javie selesai memberi penerangan kepada anak lelakinya mengenai misi dan profile target mereka.
Sebaik sahaja pintu terbuka, muncul tiga orang gadis bersanggul kemas dan mengenakan uniform rasmi akademi mereka ke dalam ruangan pejabat tersebut. Mereka terus beri tabik hormat pada Javie setelah berdiri di situ.
"Kenalkan...ini la rakan kerja kamu selama kamu di kolej nanti, "
Ketiga-tiga mereka kerling ke lelaki segak yang sedang duduk di sofa tengah ruang pejabat itu. Sesaat selepas mereka bertentang mata, anggukan hormat di berikan kepada lelaki itu.
End of flashbacks
Tania pandang ke depan dengan renungan dinginnya. Smenetara Gabby dan Gina dibelakang membatu tidak memberi sebarang reaksi.
Lain pula ceritanya dengan rakan mereka.
Terketar-ketar teruk Rossie di situ sebaik selamat masuk ke dalam kenderaan. Pertama kali hadapi situasi itu.
Sementara Izack. Lelaki itu sedikit pun tidak terjejas, malah dia dengan bersahaja memandu keluar kereta itu dari kawasan fun fair ke jalan utama.
Pada waktu itu Rossie yang duduk di sebelah seat pemandu, pandang ke Izack dengan renungan tidak puas hati dan perasaan bengang dia. "Macam mana hal ni boleh berlaku?"tanya dia.
Izack diam tidak cakap apa-apa. Lelaki itu fokus memandang ke depan kerana dia memandu dengan kelajuan dari kebiasaannya.
"Izack!Saya tanya awak ni!"lengan tu digoyangkan dengan kencang. "Ini bukan seperti yang awak katakan kepada saya!"
Rahang Izack berketik. Kepalanya di palingkan ke sisi lalu bertentang mata dengan wajah pucat terkejut Rossie. "Itu la tujuannya." kata dia. "Saya minta awak alihkan perhatian dia supaya dia tak bersedia untuk pertahankan diri dia.."
Menahan nafas terkejut Rossie dibuatnya, dia pandang Izack dengan mata bulat kejungnya. Tangannya yang semakin menggigil kuat menjadi-jadi geletarnya. "Kenapa awak buat semua tu?" entah kenapa dia berasa seperti dia yang dikhianati sedangkan Hayden yang dalam masalah sekarang ni!"DIa kawan awak!"
Izack pandang semula ke depan, dia sempat kerling ke belakang dimana rakan-rakan Rossie berada. Mereka bertiga di belakang diam tidak berkata apa-apa seakan tiada apa-apa yang terjadi. "Sebab saya adalah ejen rahsia yang ditugaskan untuk menyamar bagi mendapatkan maklumat untuk segala aktiviti jahat geng mafia di tempat ni. Hayden adalah salah satu daripada sasaran saya.Semua ini adalah atas nama tugas sahaja!"
Perlahan-lahan kening Rossie terangkat tinggi, mulutnya terbuka sedikit kerana terlalu tergamam mendengarnya. Sampai hati!Kenapa jahat sangat!Sampai sanggup aniaya Hayden macam ni!Ini namanya main tipu!Ada ke patut biarkan Hayden terdedah tanpa persediaan begitu!
"Awak apa!?"keningnya mencerun marah.
Izack tarik sengih meleretnya. "Jangan risau..Hayden orang yang bijak..dia takkan mati dengan mudah. Lagipun sekarang belum masanya untuk dia mati.bukan setakat tu je...mereka bertiga dekat belakang tu..."kata dia dengan sinis. "Juga sebahagian dari pasukan saya."kerling dia ke cermin pandang belakang dengan mengejut.
Kepala Rossie pantas toleh memandang ke belakang dia. Bila dia pandang, tiga pasang mata dengan renungan dingin terarah padanya. Gabby, Gina dan Tania balas renungan dia dengan reaksi kosong di wajah mereka.
APA!
MEREKA APA!
"Kau orang-?"betapa tergamamnya dia dengan semua kenyataan itu. Apa yang telah berlaku ni? Tak mungkin kawan-kawan baiknya ini adalah ejen juga!"Apa semua ni!"soal dia dengan nada sedikit tinggi kerana begitu terkejut.
Izack yang sedang memandu itu bersandar relaks ke kerusi dengan tangan di tegakkan ke pintu kereta. Lalu jari tangan itu juga menggosok-gosok bibir. Nak terangkan macam mana ya! Nampaknya Rossie begitu marah!
"Asalnya pelan mereka adalah hanya untuk perhatikan setiap gerak geri Hayden dan kawan-kawan dia je...tapi tak tahu pulak awak boleh terlibat sekali dalam hal ni kerana telah selamatkan Hayden dari mati kehilangan banyak darah hari tu."
Air muka Rossie jatuh. Nak mencarut pun ada!
"Kebetulan pada waktu yang sama Tania bersahabat dengan awak, Jadi sejak tu saya arahkan Tania supaya duduk sebilik dan bersama dengan awak sepanjang masa. Mana la tahu kan awak ada secret kode dengan Hayden yang kami tak tahu...dan akhirnya pelan saya rosak disebabkan perasaan suka Hayden terhadap awak."kata Izack lagi dengan nada bersahaja.
Kegilaan apakah inI!
"Hah?"nganga Rossie kembali memandang Izack dengan reaksi tergamam. Sumpah dia sangat terkejut pada masa tu. "Awak dah pelan semua ni sejak tiga tahun lepas?"
Izack mengangguk kepala. "Yup...and trust me...I don't want do this...but I need to..jadi jangan salahkan mereka bertiga. Mereka hanya jalankan tugas atas arahan yang diberi.."
"Itu maksudnya....awak. Tania. Gabby dan Gina adalah polis?"tanya Rossie dengan mata bulatnya.
"Tak..kami hanya ejen khas...bukan polis. Tugas kami adalah untuk pantau, memerhati dan bekalkan maklumat kepada pihak berkuasa..."sambung Tania dengan mendatar. Dia pandang serba salah ke belakang kerusi Rossie duduk.
Rossie pandang ke depan dengan muka tercengangnya. Maknanya selama ni dia hanya sebahagian dari pelan mereka?What the heck! Maknanya semua ni lakonan je la!Mereka kawan dengan dia sebab fikir dia rapat dengan Hayden? How f*cked up all this!
"Memandangkan kau dah tahu semuanya, nampaknya kau jugak sebahagian daripada list pemerhatian kami..jadi berhati-hati lain kali semasa bercakap."kata Gabby dengan mendatar di belakang.
Gina yang duduk di tengah-tengah sekali menyilang tangan ke dada. "Tapi kenapa mereka datang ke fun fair tu?Ada sesiapa yang beritahu ke?"soalnya kerana terfikir sesuatu sejak dengar perbualan tu.
"Ada la tu yang beritahu...kalau bukan kita...mungkin satu daripada dia orang berdua.."sengih Izack yang tahu sesuatu mengenai Hardin dan Noah secara rahsia. Tapi tidak pernah dia ceritakannya kepada mereka.
Dah apa pulak lagi ni!?Kening Rossie berkerut sudah hati.
"Apa maksud awak?"tanya Rossie selepas dia sober dari terkejutnya. Dia tak tahu nak cakap bagaimana lagi mengenai rakan-rakannya itu. Hendak dimarah tiada guna, hendak di maki pun tiada fungsinya. Mereka tak boleh dedahkan siapa kereka kepada dia sejak dari awal kerana itu adalah protocol sebagai ejen rahsia!
Iaitu BERAHSIA!
Walaupun kecewa, Rossie masih mahukan penjelasan.
"Maksud saya...antara Hardin dan Noah, ada yang dedahkan lokasi kita di fun fair tu..sebab itu penyangak-penyangak tu datang serang.."
Rossie mencebik sedih, Takkan lah! Kenapa jahat sangat mereka ni! Wajah Hayden bermain dalam fikirannya. Takut pulak dia kalau ada sesuatu yang buruk menimpa lelaki itu.
"Kenapa la dunia mafia ni merumitkan...memangnya dia orang suka tikam dari belakang ya?"bisiknya sambil bawa kedua-dua tangan rapat ke dada mencari kehangatan untuk hilangkan rasa menggeletarnya.
"Nak buat macam mana...dah dunia mafia namanya..adil tak adil jahat tak jahat...semuanya sama di pandangan mata mereka."balas Izack.
"Maafkan kami Rossie...tak pernah terlintas di fikiran untuk pergunakan kau..kita orang hanya jalankan tugas yang diberikan saja."ucap Gabby.
"Betul...tapi percaya la kita orang memang suka berkawan dengan kau walaupun bukan kerana alasan kerja..kita orang akan tetap berkawan dengan kau."sambung Gina pula.
Tania tunduk bermain dengan hujung jarinya."Jadi jangan la bencikan kita orang lepas dapat tahu apa yang sebenarnya terjadi."kata dia sambil tu.
Masa itu la Rossie mula mengalirkan air mata kerana begitu tertekan. Segalanya berlaku dalam masa yang sama dengan serentak!Perasaan dia pula berkecamuk dan bercampur baur sampai tak tahu nak rasakan apa. Rambutnya direnggut dengan kuat.
Marah.
Kecewa.
Risau.
Takut!
Semuanya ada.
Share this novel