Chapter : 31

Crime Completed 13688

Cawan diletakkan atas meja kaca sebelum dia capai telefon yang sudah retak skrinnya. Dilihat seketika skrin itu. Pecah gara-gara bergelut saat dirinya mahu diikat oleh penjahat tempoh hari. Mungkin lain masa dia kena belajar untuk pertahankan diri sendiri. Ini tidak buku sahaja yang dihadapnya.

Letih betul jadi perempuan lembik macam ni!

        "Apa kau buat dekat sini...masuk la dalam dulu."ajak Tania di tepi pintu slidding beranda itu.

Seusai dia tiba di apartment, beberapa ketika kemudian Tania pula yang pulang. Terkejut la jugak kawannya itu setelah lihat dia di situ.

         "Nia?" panggil Rossie dengan nada termenung dia.

          "Kenapa?"tanya Tania.

          "Should I just die?" Rossie dongak memandang ke Tania yang sedang berdiri di situ.

Kening Tania berkerut.

          "Apa kau merepekkan ni?"

Rossie kembali termenung memandang ke langit semula. Dia sandar malas ke belakang. Melepaskan hela nafas panjang letihnya. Terbayang dia imej ngeri dan muka jahat Ryan.

          "Aku tak kuat lagi nak tangani Ryan. Macam mana kalau dia datang cari aku semula?"

Tania pun silangkan tangan ke dada. Dia sandar pada bingkai pintu itu. Memerhati tepi muka Rossie.

           "Sikit je lagi...4 bulan lagi sebelum final exam. Lepas tu kita bebas...lepas tu boleh la kau nak ke mana-mana kemudiannya."

            "Hmm."Rossie humming Panjang tiada mood.

            "Oh ya..kau balik tadi dengan siapa?"

            Tidak terkutik dengan soalan itu, dia memejamkan matanya. "Teksi."

            "Sendirian?"

            "Hmm." jeda Rossie lagi dengan mata terpejam. Badannya masih letih dan lesu. Hendak buat apa pun tidak larat.

Melihatkan Rossie tiada mood hendak berkata apa-apa, Tania ambil keputusan untuk masuk ke dalam dan sediakan makan malam mereka.

Dekat 10 minit masa berlalu....

Rossie yang memejam mata sudah terlelap.

Tania di dapur sudahpun siap satu hidangan.

Pada masa itu la loceng apartment itu mahu berbunyi.

Tania yang mendapatkan pintu itu.

             "Ya...sekejap!"sahutnya.

Apabila pintu terbuka, Tania dikejutkan dengan kehadiran lelaki lampai di depannya. Lelaki itu memandang dirinya dengan muka dingin tiada perasaannya. Lelaki itu diam berdiri di situ.

            "Rossie mana?"tanya Hayden dengan muka serius tapi segar seperti baru sahaja mandi.

             Kening Tania terangkat tinggi. Dia sedikit takut melihat renungan itu. Jadi dia hanya ajukan tangan ke belakang dimana pintu beranda Rossie berada. "Ada...dekat dalam...ada apa ni?"

Masa itu la Noah ada di belakang Hayden. Renungan lelaki itu tidak dapat ditafsirkan saat bertentang mata dengan Tania.

Tanpa berkata apa-apa, Hayden menerjah masuk ke dalam apartment itu lantas berarak masuk ke situ dengan langkah berangnya. Darah dia yang berderau sejak pulang dari hospital belum surut-surut lagi. Ibarat mahu membunuh semua orang yang melintasi depan dia apabila dia dapat tahu Rossie tiada lagi di situ.

Habis semua anak buah yang ada dia kerah untuk mencari gadis itu, sampailah fikirannya terlintas memikirkan kediaman Tania dan Rossie. Itu dia terus ke situ bersama Noah.

          "Rossie?"panggil Hayden sebaik jengah kepala ke luar beranda itu. Bila kepalanya pandang ke kanan, Rossie sedang terlena di kerusi panjang. Tangan yang masih mengenakan gelang hospital terkulai ke tepi kerusi.

DI dalam Tania bersama Noah sedang berborak akan sesuatu. Mereka berdua kelihatan tegang dan serius.

            "Kenapa Hayden ada dekat sini?"tanya Tania dengan kening berkerut.

            Noah pandang wajah Tania dengan lama sebelum pegang tepi lengan tu dengan perlahan. "Hayden telah hapuskan Ryan...lepas apa yang terjadi. Saya tak boleh nak buat apa-apa untuk halang dia. Hayden terlalu marah mengenai apa yang berlaku dekat Gudang tu.."

Tania menahan nafas dengan kuat saat tangannya naik menekup mulut. Dia sudah diberitahu awal siapakah mereka. Jadi dia tak terkejut mengenai hal itu. Apa yang dia terkejut adalah berita mengenai Ryan. Apa maksud dihapuskan?Memanynya Hayden dan bunuh Ryan?

            "Disebabkan kami serang port pada malam tu, pengikut lelaki yang racunkan Rossie tu dapat tahu hal sebenar. Mereka tahu Rossie penting untuk Hayden...sebab itu Hayden ke sini lepas dapat tahu yang Rossie tiada di hospital.."jelas Noah dengan berhemah.

            Sambil membuat muka tak percaya dan sedikit marah. Tania turukan tangannya dari mulut lalu berbisik keras. "Kenapa boleh jadi macam ni?Apa yang awak semua dah lakukan?Itu maksudnya Rossie dalam bahaya kerana dia dikaitkan dengan Hayden?"

             "Saya sendiri tak tahu.."ketap Noah yang turut berasa berang dengan semua itu. Dia pelik!Selama ni tiada apa-apapun. Entah kenapa sejak kebelakangan ni, satu persatu masalah timbul, itu belum lagi dengan isu geng mereka dan kumpulan mafia Hayden yang melibatkan polis dan penguatkuasa bernama Javie tu!

Kepala Tania berpaling pantas ke arah beranda. Dari cermin slidding door itu dia nampak Hayden sedang berlutut di tepi kerusi dimana Rossie berada. Susah betul la semua ni! Tak pasal-pasal jadi serabut macam ni.

           "Buat masa sekarang Rossie akan bersama dengan Hayden sehingga kami selesaikan isu kami. "pesan Noah lagi.

           "Hah?"kepala Tania menoleh ke Noah semula. "Kenapa pulak?Dia kawan saya kan...itu masalah awak. Awak yang selesaikannya. Kenapa nak libatkan Rossie. Kami hanya mahu belajar dan tamatkan kuliah di sini supaya dapat jadi orang berjaya... bukan dalam bahaya!"

           "Saya tahu...saya minta maaf dari awal. I can't do anything about this one okay!?"Noah mendengking keras kerana enggan meninggikan suara.

             Kembang kempis hidung Tania menengok muka   tenang Noah. Entah kenapa dia rasa kecewa. Dia percaya sangat yang Noah ni lain dari mereka. Tapi lelaki ni pun sama je!"Fine...kalau macam tu mulai detik ni juga, saya nak awak jauhkan diri awak semua dari saya dan kawan-kawan saya. Dan saya akan lepaskan Rossie kepada Hayden kalau Rossie setuju untuk ikut awak semua!" terus dia berpaling ke arah sofa. Dia henyak punggung dengan marah tanpa memandang Noah lagi.

Noah terkedu. Dia kaku di situ sebaik mendengar kata-kata Tania itu. Kepalanya tunduk memandang ke bawah. Diam-diam dia mengetap gigi kuar-kuat sangat jarinya dikepal erat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience